//

Monday, April 26, 2010

Pergerakan Didalam Solat

Tip-tip untuk semua
Ada 13 rukum dalam setiap solat yang kita lakukan setiap hari. Jikalau tidak cukup syarat-syarat tersebut maka terbatal lah solat seseorang. Marilah kita sama-sama hayati apakah yang terkandung di sebalik setiap rukun tersebut.

1 - Niat Sembahyang :
Setiap perbuatan yang dikira itu berdasarkan niat. Niat baik dibalas baik, niat buruk dibalas buruk. Sesungguhnya Allah Maha Menguasai hari pembalasan.

2 - Berdiri Betul :
Tegakkanlah agama Allah dengan lurus. Kebenaran itu lurus sahaja. Bila ada bukti sesuatu itu benar yang akal kita sendiri mengakuinya, maka benarlah ia biarpun sepahit mana hati kita menerima. Yang menyebabkan hati kita rasa panas bila mendengar sesuatu kebenaran kerana masih ada syaitan yang tersembunyi. Syaitan ini ego untuk menerima kebenaran.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Meluahkan rasa Kebesaran Allah agar hati bergetar takut kepadaNya biar pun kita tidak melihat Dia dengan dengan mata kasar. Semakin kita rasa getaran KeagunganNya, semakin mata hati kita terbuka sehingga satu tahap kita seperti melihatNya di hadapan (ihsan).

4 - Fatihah :
Pembukaan hati dan minda untuk berbicara denganNya. Kita berbicara denganNya menggunakan akal yang waras, sehingga turunnya ilham-ilham yang nyata (bukannya bayangan kosong) yang mampu memudahkan hidup kita. Ini akan mententeramkan jiwa dan mendamaikan rasa. Secara tidak langsung kita boleh mempertingkatkan kekuatan akal kita. Lemahnya sesuatu umat kerana gagal menyediakan generasi yang bijak berfikir.

5 - Ruqu' :
Setelah kita dapat ilham-ilham itu, tundukkan diri kepada Allah kerana ilham itu datang daripadaNya. Bukankah Allah yang mengilhamkan kepada manusia jalan kebaikan atau jalan kefasikan?

Kita menundukkan diri kepada Allah melalui akal. Jika mulut sahaja manis mengaku Islam tetapi akal tidak dibangunkan, tidaklah bermakna erti keIslaman kita itu. Jadilah kita umat Islam yang mudah diperkotak-katikkan seperti sekarang.

Bukankah para Nabi itu di kalangan orang-orang yang bijak lagi berhikmah? Sudahkah kita menjadi seperti mereka untuk membuktikan kita orang-orang yang menurut sunnah mereka?

6 - I'tidal :
Setelah kita merendahkan diri kepada Allah dengan mendepankan akal mengadapNya (bukannya menurut nafsu menurut membuta-tuli), bangkitlah untuk menyampaikan seruan agar semua manusia membangunkan akal untuk merasai KeagunganNya.

Untuk menyeru manusia kepada Allah, perindahkanlah akhlak sendiri, bukannya mencari keburukan orang lain. Pengajaran yang terbaik kepada manusia lain adalah dari contoh dari diri sendiri. Itulah Rasulullah lakukan. Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang tersembunyi di dalam hati dan apa yang kita kerjakan.

7 - Sujud :
Setelah menyampaikan seruan mengajak manusia kepada mentauhidkan Allah, bersyukurlah kita dengan merendahkan diri kepadaNya. Ini dapat melatih hati kita supaya tidak riak bahawa kita seorang sahaja yang benar dan orang lain semuanya tidak betul.

Wujudnya berpuak-puak dalam kehidupan umat Islam sekarang kerana adanya perasaan riak dan sombong sehingga satu puak rasa dia sahaja betul ikut Islam, dan menghukum puak lain tidak betul. Kalau macam ini, bila lagi umat Islam hendak bersatu?

Rendahkanlah keegoan masing-masing. Berlapang dadalah menerima perbezaan pendapat yang masing-masing ada rasional yang tersendiri. Sesungguhnya Islam itu agama yang luas bukannya sempit.

Selepas kita menyampaikan sesuatu seruan, serahkanlah kepada Allah. Oleh kerana kita menyambung dakwah Rasulullah, tugas kita hanyalah menyampai sahaja berdasarkan logik yang nyata. Bukan untuk menghukum orang.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Sentiasalah duduk bermuzakarah berbincang untuk mencari penyelesaian masalah. Bukannya untuk mencari kesalahan orang lain. Sebagai sebahagian daripada masyarakat Islam, masalah umat adalah masalah dari dalam diri kita sendiri.

Duduk bermuhasabah diri untuk mencari di mana silapnya diri kita sehingga menyumbang kepada perpecahan ummah. InsyaAllah, jika kita duduk dengan tenang hati, Allah akan buka pekung di dada kita. Itu pun bergantung kesanggupan kita mengakui kesalahan sendiri. Jika masa dalam solat ini pun hendak ego dan tidak boleh mengakui kesilapan sendiri, apa ertinya solat kita? Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi berbangga diri.

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Kita duduk di atas dunia ini bukan selama-lamanya. Jika ada permulaan, adalah pengakhirannya. Gunakanlah masa hidup di dunia untuk mencari erti ketenangan dan kedamaian jiwa. Kejayaan kita menyinari hidup sehingga kita rasa bahagia akan menjernihkan wajah dan melambatkan penuaan. Bukankah ahli-ahli syurga itu muda-muda orangnya?

Wajah cepat tua jika dalam hati ada rasa marah, tertekan dan suka mencari permusuhan. Mungkin kerana itu wajah kita umat Islam sekarang jadi cepat tua kerana hidup hanya hendak bertelagah atas rasa kononnya hendak perjuangkan Islam.

Islam diperjuangkan dengan memperindahkan akhlak sendiri, kemudian sampaikan apa yang kita lakukan yang menyebabkan jiwa kita rasa tenang dan bahagia ini. Kerana kita sudah pun mengamalkan apa yang kita kata.

10 - Tahhiyat Akhir :
Solat adalah pembukaan kepada kehidupan. Tahhiyat akhir itu bukan bererti kita berpisah dengan Allah, tetapi bermulanya waktu kehidupan selepas bersolat itu untuk sentiasa berfikir memujiNya. Bukannya selepas solat kita terus lupa dan sibuk mengejar duniawi.

Kita sentiasa memperbaiki akuan akidah kita dengan mengEsakan Allah sebagai satu-satunya tempat kita bergantung harap, bukan selainNya. Barulah perjalanan hidup kita rasa dilindungiNya dan mententeramkan jiwa. Bila diuji dengan tekanan hidup, kita tidak menyalahkan orang lain, tetapi menyalahkan diri sendiri. Itulah jiwa yang redha dengan takdir Allah.

Dan memperbetulkan persepsi kepada Rasul kita bahwa baginda hanyalah pemberi peringatan kepada kita sahaja. Sekadar cakap nak tegakkan sunnah Rasulullah, tetapi akhlak jauh dari akhlak baginda (Al Quran), tidakkah itu menandakan kita hanya bermuka-muka sahaja?

11 - Selawat Nabi :
Jiwa orang yang beriman terdahulu biar pun telah meninggal dunia, mereka tetaplah hidup lagi mendapat rezeki. Selawat yang disampaikan kepada mereka sebenarnya untuk kita sendiri, kerana segala amal-amal soleh yang kita buat itu untuk diri kita sendiri. Kita mendoakan kesejahteraan mereka di alam sana, samalah kita mendoakan kesejahteraan diri kita sendiri. Bukankah sesama golongan itu bersatu hatinya? Hati akan bersatu bila mencapai kesatuan akal. Akal boleh disatukan bila berfikir dengan nyata (logik)

12 - Salam :
Bermulalah perjalanan hidup kita untuk memasuki perjuangan agama Allah. Kita menoleh kanan dan kiri sebagai keseimbangan akal. Jika kita melihat pada satu segi tanpa menilai sudut yang lain, kita tidak mampu menilai dengan betul. Macam hendak melintasi jalan dengan selamat, kita kena toleh kanan dan kiri. Begitulah juga untuk hidup dengan selamat.

Lihat beza kehidupan bangsa-bangsa yang maju yang tenang dan kehidupan umat islam yang terhimpit lagi suka berpecah-belah. Kita akan nampak apa yang tersembunyi dalam hati yang menyebabkan kita jadi umat yang lemah.

Selepas bersolat itu, kita akan bersemangat untuk memperbaiki hidup kita menjadi manusia yang merendah diri dan berfikiran tinggi. Tiada lagi beragama secara menurut membuta-tuli, tetapi akal berterbangan bebas seperti camar yang bersayap seimbang. Gunakanlah pertimbangan akal yang waras dalam menempuhi kehidupan. Barulah hidup dalam keadaan selamat.

13 - Tertib :
Hidup perlukan kesabaran dan kesederhanaan. Tidak terlalu lambat dan tidak terlalu tergesa-gesa. Bergerak dalam keadaan tenang dan sesuai dengan keselesaan masing-masing. Kerana untuk mendapat ilham-ilham yang kreatif dan innovatif, kita perlukan perjalanan hidup yang tenang, bukannya tertekan.

Lakukan sesuatu perkara ikut urutan yang logik. Umpamanya hendak gemilangkan Islam kembali, kenalah bermula dengan muhasabah diri dulu seperti Rasulullah memencilkan diri dalam gua Hira'. Kemudian bangunkan akal fikiran. Kemudian barulah sampaikan segala buah fikiran kita berdasarkan logik kepada manusia lain agar mereka berfikir sama. Bukannya dengan cara mengutuk dan mencaci-maki. Bukannya dengan cara peperangan dan bertelagah sesama sendiri.

=================

** : Pendapat ini berdasarkan logik yang boleh kita fikirkan untuk mengembalikan kegemilangan Islam supaya Islam tidak menjadi agama yang lesu lagi...Perbezaan pendapat bukannya untuk bermusuhan tetapi untuk merasai Keagungan Allah yang memiliki rahmat yang luas. Kalau kita rasa
pendapat kita sahaja betul, dan pendapat orang lain salah, itu menunjukkan kesombongan diri seolah-olah rahmat Allah itu sempit.

Orang-orang beriman suka kepada perbezaan pendapat kerana ia akan membuka mindanya untuk berfikir dari sudut yang berbeza yang tetap ada rasionalnya di samping membuang egonya. Kerana itulah Rasulullah suka bermuzakarah dengan para sahabatnya. Islam digemilangkan dengan sama-sama berani mengemukakan pendapat masing-masing biarpun berbeza. Bukannya si murid mendengar ajaran tok gurunya secara membuta-tuli sehingga umat menjadi lembab otaknya.

.........................................

Solat dan beberapa lagi ibadat fizikal ini (yang nampak bila kita buat) seperti puasa, sedekah, naik haji dan sebagainya, syaitan terlalu gemar dengannya.

Bila kita bersolat, wah, benda yang 4 tahun lepas pun boleh teringat. Hebatnya ingatan masa ni.

Syaitan ni berduyun-duyun datang bila kita nak angkat takbir untuk solat. Berusaha sedaya dan semampu mungkin untuk bawa kita merayau ke sana sini dalam solat. Mulut terkumat kamit baca, tapi apa yang diingatkan tu, Allah lah yang maha tau. Semua orang mengalami situasi ini.

Tapi cuba bila kita berfikir atau tumpukan perhatian pada sesuatu. Ada tak masa kita berfikir tu, fikiran kita melayang-layang entah ke mana? Sudah tentu kita concentrate kan?

Ini kerana masa berfikir, proses berfikir tu tidak dijelaskan dengan perbuatan. Sedangkan syaitan itu dia pandang pada zahir perbuatan kita, then dia bisikkan dalam hati.

Dan sudah menjadi ketentuanNYA, DIA akan bekalkan dua jalan untuk kita pilih. Jalan kefasikan atau jalan kebaikan.

----------------------------------

Pergerakan Dalam Solat Dari Segi Perubatan Moden

Setiap yang Allah perintahkan dan ciptakan, tiada yang sia-sia. Segalanya ada hikmah. Nyamuk yang kita lihat hanya menghisap darah manusia, juga ada hkmah di sebalik kejadiannya.

Lebih-lebih lagi dengan pergerakan dalam solat. Kita dah bincangkan tentang hikmahnya dari segi batin, sekarang mari kita lihat dari segi kesihatan diri kita pulak.

Setiap gerakan sembahyang yang dicontohkan Rasulullah s.a.w. mempunyai banyak hikmah dan bermanfaat bagi kesihatan. Syaratnya, semua pergerakan tersebut dilakukan dengan sempurna, tertib serta istiqamah (dilakukan secara berterusan).

pergerakan dalam sembahyang dapat mengendurkan urat saraf dan mengaktifkan sistem haba dalam tubuh. Selain itu juga , membuka pintu oksigen ke otak, mengeluarkan arus negatif dari tubuhembiasakan pembuluh darah halus di otak mendapatkan tekanan tinggi, serta membuka pembuluh darah di bahagian dalam tubuh (arteri jantung).

Semasa takbir kita mengangkat kedua tangannya ke atas hingga separas dengan bahu. Takbir ini dilakukan ketika hendak rukuk, dan ketika bangkit dari rukuk.Kita juga mengangkat kedua tangannya semasa sujud. Apa rahsianya?

Pada saat kita mengangkat tangan separas bahu, maka automatik kita membuka dada, memberikan aliran darah dari pembuluh yang terdapat di lengan untuk dialirkan ke bahagian otak bagi mengatur keseimbangan tubuh.

Rukuk dengan tenang (tertib).
Ketika rukuk, kita meletakkan kedua telapak tangan di atas lutut. Apa rahsianya?

Rukuk yang dilakukan dengan tenang dapat merawat kelenturan tulang belakang yang berisi sumsum tulang belakang (sebagai pusat saraf manusia). Rukuk pun dapat memelihara kelenturan tuas sistem keringat yang terdapat di belakang pinggang, paha dan betis belakang.

Demikian pula tulang leher, tengkuk dan saluran saraf memori dapat terpelihara kelenturannya apabila rukuk. Kelenturan saraf memori dapat dijaga dengan mengangkat kepala secara maksimum dengan mata mengharap ke tempat sujud.

Kemudian bangun hingga berdiri tegak (iktidal). Apa rahsianya?

Semasa berdiri dengan mengangkat tangan, darah dari kepala akan turun ke bawah, sehingga bahagian pangkal otak yang mengatur keseimbangan berkurang tekanan darahnya. Hal ini dapat menjaga saraf keseimbangan tubuh dan berguna mencegah pengsan secara tiba-tiba.

Kemudian, sujudlah dengan tenang. Apa rahsianya?

Apabila pergerakan ini dilakukan dengan betul, sujud dapat memaksimumkan aliran darah dan oksigen ke otak atau kepala, termasuk pada mata, telinga, leher, serta hati. Cara seperti ini efektif untuk membongkar sumbatan pembuluh darah di jantung, sehingga risiko terkena jantung koroner dapat diminimumkan.

Kemudian bangunlah hingga kita duduk dengan tenang (duduk antara dua sujud). Apa rahsianya?

Cara duduk di antara dua sujud dapat menyeimbangkan sistem arus dalam tubuh kita. Selain dapat menjaga kelenturan saraf di bahagian paha, cekung lutut, cekung betis, sehingga jari-jari kaki. Subhanallah!

Masih ada pergerakan sembahyang lainnya yang pasti memiliki hikmah dan rahsia, termasuk amalan berwuduk. Semua ini memperlihatkan bahawa sembahyang adalah anugerah terindah daripada Allah SWT pada hamba-hambaNya yang beriman.

Ada pendapat yang mengatakan solat adalah yoga. Cuba survey bila yoga mula diperkenalkan. mana dulu, solat atau yoga?

Sebenarnya solat bukanlah senaman ataupun yoga. Bagi orang-orang Islam solat adalah lebih agung dari sebarang senaman termasuk yoga. Solat ialah zikir yang paling mulia. Dalam surah Al-Ankabut ayat 45 Allah berfirman, ' Dan zikrullah (iaitu solat) adalah lebih besar keutamaannya'

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Wednesday, April 21, 2010

Lelaki Malaysia menderita dalam senyap@mati pucuk

Tip-tip untuk semua

Tidak malam ini sayang, saya letih di pejabat.'' Mungkin ungkapan ini biasa diucapkan oleh isteri kepada suami. Bagaimana pula jika ucapan sama keluar dari mulut lelaki yang bergelar suami yang kehilangan perasaan keintiman.

Mungkin apa yang terfikir hanya keletihan atau tekanan menjadi faktor penyebab kelembapan rangsangan seksual.

Namun ia sebenarnya turut dikaitkan dengan faktor kesihatan, emosi dan gaya hidup seseorang yang amat berkait dengan kesihatan seksual.

Berbanding topik penjagaan kesihatan lain seperti amalan gaya hidup sihat, senaman dan pemakanan seimbang, topik ini amat jarang diperkatakan.

Selain kurang kesedaran mengenainya rasa malu dan ego adalah penyebab utama kenapa ia jarang dibincangkan.

Tetapi hakikatnya, kini semakin ramai lelaki di Malaysia sedang menderita dalam senyap.

Bagi masyarakat Asia, adalah sesuatu yang amat mengaibkan untuk memperkatakan tentang masalah seksualsecara terbuka kerana takut digelar 'tidak sempurna'. Ini kerana banyak beranggapan 'kejantanan' lelaki terletak pada kehebatan mereka di atas katil.

Justeru, untuk tidak berasa malu atau dimalukan golongan adam ini lebih rela menderita dalam diam.

Bukan kerana kesakitan yang mudah dikesan melalui pandangan orang lain tetapi masalah yang terlalu sulit sehingga menjejaskan semangat dan keyakinan diri empunya badan.

Apa yang dimaksudkan itu adalah masalah berkaitan keupayaan biologi anggota sulit yang dipanggil disfungsi erektil (ED) atau lebih dikenali dengan mati pucuk.

Menurut Pakar Urologi Universiti Hertfordshire, London, Profesor Michael Kirby, lemah tenaga batin dikaitkan sebagai ketidakupayaan yang berterusan untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan yang secukupnya bagi menghasilkan satu aktiviti seks yang memuaskan.

''Keadaan ini jika dibiarkan berlarutan akan membawa kepada kesan yang bahaya pada diri lelaki tersebut,'' katanya.

Terangnya, permasalahan ini sebenarnya berlaku akibat daripada gangguan vaskular yang menjejaskan bekalan darah ke zakar.

Perjalanan darah boleh terganggu akibat pengerasan arteri (arteriosclerosis), diabetes, tekanan darah tinggi atau tahap kolestrol dalam darah yang luar biasa tingginya.

Katanya lagi, diabetes adalah satu-satunya masalah utama yang boleh dikaitkan dengan lemah tenaga batin.

''Kesan penyakit yang dihadapi itu akan menyebabkan mangsa mengalami penyakit ED,'' katanya.

Peratusan pesakit diabetes yang mengalami mati pucuk adalah empat kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki biasa.

''Ini kerana mereka yang mengalami diabetes cenderung mengalami kerosakan saraf dan risiko kerosakan saraf akan semakin meningkat seiring dengan jangka masa seseorang itu mengidap diabetes.

''Kerosakan saraf turut menjejaskan pengaliran darah ke bahagian anggota badan yang boleh menyumbang kepada keletihan, selain menjejaskan keupayaan ereksi atau mengekalkan ereksi lelaki,'' terangnya pada satu majlis yang diadakan di sini baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, penyakit yang dihidapi juga turut menyumbang kepada keletihan dan kelesuan. Tambahan pula pengambilan ubat-ubatan dalam jangka panjang juga mungkin memburukkan lagi keadaan.

Oleh itu katanya, pemakanan seimbang adalah kunci utama kepada kesihatan. Patuhilah panduan pemakanan daripada doktor untuk memastikan diabetes dalam keadaan terkawal.

''Keadaan ini boleh menimbulkan kesukaran seksual lelaki pada sebarang usia melalui gangguan sistem perjalanan darah dan saraf yang terlibat untuk merangsang ketegangan.

''Kesannya kira-kira setengah daripada pengidap diabetes lelaki akan menghadapi masalah tenaga batin,'' ujarnya

Jelasnya, dalam satu kajian yang dilakukan oleh The Asia Pacific Sexual Healty and Overall Wellness Survey (AP SHOW) mendapati ramai lelaki di 13 buah negara termasuk Malaysia menderita penyakit berkenaan.

Malah hasil daripada kajian yang terdiri daripada 3,957 responden mendapati 57 peratus golongan lelaki dan 64 peratus wanita menyatakan tidak mendapat kepuasan yang sepenuhnya dalam hubungan intim bersama pasangan mereka.

Keadaan ini menjadi kebimbangan jika tidak mendapat rawatan yang sepatutnya pada peringkat awal.

Kini, para penyelidik mendapati empat daripada lima yang menderita masalah tersebut mempunyai masalah yang berpunca daripada keadaan fizikal

''Adalah tidak munasabah jika memberi alasan malu untuk mendapat rawatan pada peringkat awal. Malah akan wujud implikasi yang serius jika dibiarkan berterusan,'' terangnya.

Bagaimanapun, menurut kajian yang telah dijalankan berkaitan rawatan lemah tenaga batin di Asia mendapati, 25 peratus pesakit lemah tenaga batin juga menghidapi tekanan darah berlebihan, 15 peratus menghidap prostatik hyperlasia ringan, 13 peratus menghidap diabetes, sembilan peratus menghidap keadaan psikitri, tujuh peratus menghidap trauma pelvik, dan dua peratus mengalami kecederaan tulang belakang.

Dalam pada itu, pelbagai faktor yang boleh dikaitkan dengan masalah yang melanda lelaki ini.

''Hasil kajian mendapati, antara 10 hingga 20 peratus daripada kes mati pucuk adalah disebabkan faktor psikologi,'' katanya.

Bagaimanapun tegasnya, bagi kebanyakan lelaki, ED menambahkan lagi kemurungan mereka sehingga boleh menyebabkan kehilangan keyakinan diri, rendah diri, resah dan tekanan antara mereka dan pasangan.

''Kesemua gangguan emosi itu turut menjejaskan kesejahteraan emosi dan boleh menyebabkan masalah fizikal yang mendorong kepada kepada kegagalan untuk mencapai ereksi.

Sementara itu, gaya hidup yang tidak sihat turut menyumbang kepada masalah seks seperti merokok, meminum minuman keras.

Amalan merokok katanya, bukan sahaja boleh menyebabkan kanser tetapi turut menjejaskan perjalanan darah serta mengganggu pencapaian ereksi.

Namun dengan ledakan teknologi baru terkini, kaum adam tidak perlu malu lagi dan boleh melakukan pemeriksaan sendiri tahap ketegangan ED di rumah.

Ukuran diognostik baru itu dikenali markah ketegangan ereksi (EHS). Ia mampu mengesan tahap awal ED dengan menggunakan skala empat markah yang mengenal pasti ereksi gred satu untuk lelaki yang mengalami ED hingga gred empat.

Terangnya, gred satu dinilai dengan zakar membesar tetapi tidak tegang, manakala gred dua pula keadaan yang tegang tetapi tidak cukup untuk melakukan hubungan intim.

Sementara itu, terangnya lagi, gred tiga pula di nilai dengan cukup tegang untuk seks tetapi tidak tegang sepenuhnya dan yang paling terbaik ialah gred empat, tegang dan keras sepenuhnya.

Beliau menambah, individu yang melakukan penilaian itu boleh mendapatkan rawatan dan perbincangan terperinci dengan pakar perubatan untuk mengembalikan fungsi seksual keseluruhan.

sumber; Mingguan Malaysia
oleh; Zuhayati Yazid

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Kitaran obesiti

Tip-tip untuk semua

Kesilapan memilih makanan menjadikan ramai kalangan rakyat Malaysia gemuk malah menyumbang kepada peningkatan kadar obesiti di negara ini. Obes akan menyebabkan perubahan dalam sistem enzim dan hormon tubuh. Seseorang yang obes tidak mungkin dapat kurus semula melainkan dia berbuat sesuatu bagi membaiki masalah ini.

Di klinik saya kaunseling peningkatan metabolisme menjadi asas kejayaan beratus individu yang kecewa dengan masalah obesiti.

Untuk membolehkan penurunan berat badan dilaksanakan dengan berkesan kita perlu mengenal pasti apa sebenarnya punca obesiti.

Ketagihan gula

Tubuh manusia mudah menjadi ketagih terhadap pelbagai jenis bahan dan molekul kimia seperti alkohol, kafein, garam dan gula. Otak manusia mempunyai sejenis memori yang mengesan bahan kimia.

Apabila lidah merasa bahan kimia tersebut, otak akan membuat rakaman memori itu. Apabila tidak mendapat bahan tersebut, otak akan ‘meminta’ sehingga akhirnya ketagihan berlaku sehingga akhirnya mengganggu sistem tubuh kita.

Ketagihan gula menyebabkan perubahan struktur dalaman dalam darah sehingga menyukarkan pembakaran lemak secara efektif. Akibatnya tubuh kita cenderung mengumpulkan lemak. Seseorang yang ketagihan gula cenderung untuk minum minuman manis beberapa kali sehari. Dia juga akan cepat lapar dan mudah letih. Bila mengambil minuman manis dia berasa seolah-olah bertenaga. Namun perasaan itu tidak kekal lama. Dalam tempoh beberapa jam dia teringin minuman manis semula. Dengan erti kata lain perasaan letih dan lapar yang dialaminya merupakan satu ketagihan.

Meskipun banyak gula diambil, paras gula dalam darah sentiasa rendah (hypoglycaemia). Tubuh begitu cepat menukarkan gula kepada lemak. Kadar tindakbalas kimia dalam darah begitu cepat sebenarnya merupakan sesuatu yang tidak baik.

Pada peringkat awal golongan ini menganggap diri mereka sihat kerana doktor memberitahu mereka tidak mengidap kencing manis. Mereka sering berkata ‘tak apa gemuk asalkan saya sihat’. Namun selepas beberapa tahun mereka pasti akan terkejut apabila disahkan mengidap kencing manis dan penyakit kronik yang lain seperti jantung. Tubuh pula semakin letih tidak bermaya.

Jelaslah obesiti dan paras gula yang rendah pada awalnya merupakan suatu petanda buruk dan permulaan kepada bahaya-bahaya lain yang bakal menimpa.

Kenapa begini ?

Metabolisme rendah mengundang keletihan, jantung berdebar-debar dan mood yang tidak stabil. Ramai yang pergi berjumpa doktor kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan tubuh mereka. Tetapi doktor gagal mengesan masalahnya kerana pemeriksaan pada darahnya adalah normal. Antara pemeriksaan yang dibuat adalah paras gula, paras kolestrol dan tekanan darah. Doktor memberitahu supaya berdiet dan melakukan senaman. Itu sahaja.

Mereka yang mengalami masalah ini pasti tertanya-tanya, jika mereka sihat mengapa berasa letih. Hati meronta-ronta mahu membuat senaman dan menjalani gaya hidup aktif tapi tubuh tidak mahu bergerak.

Apakah sebenar yang berlaku

Apabila kita makan banyak makanan berkarbohidrat dan bergula tinggi paras gula dalam tubuh kita meningkat. Insulin iaitu hormon yang mengawal kestabilan paras gula dalam tubuh juga akan meningkat. Apabila terdapat terlalu banyak insulin maka paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Lama kelamaan tubuh kita tidak lagi sensitif kepada insulin.

Maka insulin mula terhasil dengan semakin banyak mula memberikan kesan negatif.

Paras insulin yang tidak menentu menyebabkan paras gula tidak stabil. Apabila gula terlalu rendah seseorang mula berasa gelisah, resah, berdebar-debar dan moodnya tertekan. Dia akan sering kelesuan.

Kitaran yang merbahaya

Tubuhnya yang lemah akan memberi signal berterusan kepada otak bahawa ia kurang tenaga. Akibatnya mereka akan mengambil makanan manis bagi meningkatkan paras tenaga. Keletihan dan kurang tenaga disalahtafsir oleh otak sebagai lapar. Fenomena ini menjadi suatu kitaran yang merbahaya kerana lama kelamaan tubuh akan menjadi bertambah gemuk serta mengundang pelbagai penyakit kronik.

Apabila tubuh tidak lagi sensitif terhadap insulin maka kitaran hormon dalam tubuh kita akan menjadi kelam kabut. Hormon adrenal seperti ACTH akan keluar dengan banyak menyebabkan lemak berkumpul pada belakang tengkuk dan belakang badan kita. Badan akan mengembang menjadi bertambah lebar dan semakin besar. Bahagian dari pinggang ke atas tampak besar longgar dan menggeleber. Usaha bersenam dan berdiet adalah sia-sia kerana lemak seperti ini tidak boleh dipulihkan dengan diet. Sebaliknya ia hanya boleh dipulihkan dengan pemulihan sistem hormon tubuh kita.

Pemulihan semula memerlukan komitmen yang tinggi kerana ia melibatkan perubahan dalam cara makan, pemilihan makanan dan aktiviti seharian.

** bersambung

sumber; kolum Dr menulis di Mingguan Malaysia

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Tidur & sarapan rahsia kekal cergas

Tip-tip untuk semua

Sibuk berkerja hingga tiada masa untuk berehat? Apabila tiba malam, mata sukar terlelap dan keesokan harinya, anda terpaksa bangun awal. Namun, anda bangun lewat dan tidak sempat bersarapan. Sampai sahaja di pejabat, anda terus memulakan tugasan. Masuk waktu tengah hari anda sudah berasa letih. Ini menyebabkan anda tidak bersemangat membuat kerja.

Berdasarkan kajian berkenaan tekanan yang dijalankan pada akhir tahun lalu oleh jenama produk tenusu, Magnolia, 63 peratus daripada responden yang terdiri daripada orang dewasa muda Malaysia yang tinggal di kawasan bandar di Semenanjung Malaysia selalunya tidur selepas pukul 12 tengah malam. Manakala 55 peratus daripada mereka sentiasa terasa letih sepanjang masa. Kajian yang sama juga menunjukkan bahawa 73 peratus daripada mereka memerlukan rangsangan tenaga untuk menghadapi cabaran harian.

Tidur yang berkualiti dan sarapan berkhasiat kurang diambil berat oleh para pemuda yang bekerja disebabkan oleh jadual harian mereka yang sibuk.

Untuk kekal merasa cergas sepanjang hari. Caranya mudah iaitu tidur nyenyak yang mengembalikan tenaga pada waktu malam dan sarapan yang berkhasiat pada waktu pagi.

Menurut Dr. Edward Chan, Perunding Psikologi Prinsipal untuk Persatuan Psikologi Malaysia (www.psychology.com.my), dan salah satu daripada ahli pengamal Malaysia Association of Psychotherapy, rehat yang optimum pada waktu malam dan makanan yang berkhasiat pada waktu pagi merupakan cara terbaik untuk menyediakan diri untuk menghadapi cabaran akan datang.

Malangnya golongan muda cuba mencapai sebanyak yang mungkin setiap hari demi kerja dan persaingan. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, kebanyakan mereka terpaksa menanggung terlalu banyak tanggungjawab demi menyara diri dan keluarga mereka. Kadang-kala, beban ini ditambah pula dengan hubungan yang tidak menggembirakan dan kesesakan lalu lintas setiap hari.

Jelas, golongan muda yang bekerja kini hidup dengan bebanan tekanan dan kerisauan yang membimbangkan. Ini merupakan faktor utama gangguan tidur pada waktu malam.

 Tanpa rehat yang mencukupi pada waktu malam, seseorang akan merasa pening dan terganggu sepanjang hari. Emosi pula akan menjadi tidak stabil dan sukar membuat pertimbangan yang jelas. Akhirnya, mereka mungkin akan melakukan pelbagai kesilapan dan ini hanya akan menambah tekanan dan turut memberi kesan yang lebih serius untuk tidur pada waktu malam.

Selain daripada tidur yang optimum, sarapan pagi yang penuh berkhasiat juga penting untuk meningkatkan tahap tenaga dan produktiviti seseorang.

Malangnya, tekanan akan menjejaskan selera makan dan menyebabkan orang tergesa-gesa pada waktu pagi. Akibatnya, ramai orang yang bekerja tidak bersarapan tanpa menyedari bahawa tabiat ini membawa keburukan kepada produktiviti harian. Tanpa sarapan, anda akan berasa cepat letih dan tidak selesa sepanjang hari. Ini akan memburukkan lagi keadaan saraf yang sentiasa keletihan dan seterusnya menjejaskan tidur anda sekali lagi.

Dr. Chan juga mengingatkan bahawa tekanan yang tidak terkawal akan menjejaskan kesihatan fizikal dan mental, termasuklah gangguan kardiovaskular, gangguan makanan dan penghadaman, kemahiran sosial yang terganggu dan juga mengurangkan libido.

sumber; utusan malaysia

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Friday, April 16, 2010

Lelaki Punca Tidak Subur.

Tip-tip untuk semua

For Women Only: What You Need to Know about the Inner Lives of MenBerbincang mengenai masalah kesuburan, ramai menganggapnya sebagai masalah wanita, sedangkan realitinya hampir 50% masalah membabitkan lelaki, walaupun rata-rata cuba menafikan hakikat ini.

Bahkan, ada banyak kes masalah kesuburan berpunca daripada suami yang enggan bekerjasama menjalani pemeriksaan, menyebabkan rumah tangga sunyi sepi dan isteri terpaksa berdepan pelbagai tekanan emosi.

Berdasarkan kajian, masalah kesuburan boleh dipecahkan kepada 20% membabitkan lelaki saja dan 30% membabitkan lelaki dan perempuan, manakala 15 peratus lagi pasangan didapati normal.

Ini menunjukkan lelaki menyumbangkan 50% masalah di kalangan pasangan yang tiada anak.

Ironinya, lelaki hanya perlu menjalani ujian air mani, sedangkan si isteri terpaksa melalui beberapa pemeriksaan iaitu ujian keseimbangan hormon, imbasan ultra-bunyi bagi memastikan rahim dan saluran tiub fallopia tidak bermasalah dan tiada ketumbuhan, endometriosis atau fibroid serta pemeriksaan kualiti telur.

Tembok Keegoan

Malangnya, tidak ramai lelaki sanggup merendahkan tembok keegoan kerana bimbang jika disahkan masalah kesuburan berpunca daripada mereka, ia boleh dianggap mencalarkan harga diri.

Namun, anggapan lapuk ini perlu diketepikan kerana lebih cepat mereka menjalani pemeriksaan, iaitu selepas setahun berkahwin dan kerap mengadakan hubungan kelamin tetapi masih tiada anak, terutama di kalangan pasangan berusia, masalah lebih mudah diselesaikan.

Tidak semestinya apabila lelaki mengeluarkan air mani bermakna lelaki itu subur, kerana ada banyak kes lelaki mengalami masalah kekurangan atau tiada sperma. Jika dua kali pemeriksaan menunjukkan keputusan normal, pemeriksaan seterusnya berpindah kepada isteri.

Keputusan normal ini bermakna lelaki mempunyai jumlah sperma sebanyak 40 juta/mililiter. Secara kasarnya jumlah ini memang banyak, tetapi sebahagiannya mungkin mati, cacat atau tidak boleh berenang.

Daripada jumlah ini, 20 juta sperma perlu bergerak aktif dan boleh berenang pantas untuk melepasi ruang dalam rahim dan salur tiub fallopia. Ini penting kerana sperma perlu berenang sejauh 18 kilometer mengikut jarak sperma sebelum sampai ke telur.

Sebanyak 15% sperma yang boleh berenang aktif ini pula mesti mempunyai bentuk normal. Sperma tidak normal seperti berkepala dua, bentuk kepala kecil, terlalu besar, tajam atau bengkok ekor bercabang dua tidak boleh bersenyawa dengan telur.

Bagaimana Sperma Dihasilkan?

Sperma terhasil daripada pembahagian sel yang berulang dalam testis pada kadar 100 juta sel sehari. Penghasilan sperma adalah satu proses panjang dan ia mengambil masa tiga bulan untuk matang.

Sperma matang ini akan berpindah ke dalam epididimis iaitu tiub bergelung, sepanjang tujuh meter dan menyambungkan antara testis dan vas deferens. Sperma matang akan bergerak sepanjang tiub dan disimpan di bahagian bawah (antara dua hingga 10 hari) sehinggalah diperlukan ketika ejakulasi.

Secara purata, lelaki normal mengeluarkan kira-kira tiga mililiter setiap dua hari ketika ejakulasi. Ketika ejakulasi, sperma akan dikeluarkan dulu bersama cecair prostatik, disusuli cecair semi vesikal (yang akan beku dan menjadikan air mani pekat seperti gel).

Kategori Ketidaksuburan

Masalah kesuburan lelaki boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu :

Masalah sperma akibat kecacatan kongenital (sejak lahir) pada organ peranakan lelaki seperti:

* Ketiadaan vas deferens (tiub panjang yang menyalurkan sperma) dan sperma tidak boleh keluar melalui pancutan air mani. Ini menyebabkan air mani tidak mengandungi sperma langsung apabila dianalisis.

Daripada sini, pakar urologi akan menjalankan siasatan lanjutan terhadap keadaan fizikal buah zakar seperti saiz dan kedudukan melalui ujian hormon, sinar-X dan ultra bunyi.

* Masalah vas deferens tersumbat — dapat diatasi melalui pembedahan, pengambilan ubat dan biopsi.

Air mani tidak dapat dikeluarkan,- sebaliknya mengalir balik ke dalam pundi kencing. Masalah ini boleh disebabkan penyakit kencing manis atau pengambilan ubat tertentu. Pasangan boleh dibantu mendapatkan anak melalui teknik persenyawaan in-vitro (IVF). Namun kes ini jarang berlaku.

Genetik — sama ada membabitkan kromosom, sista fibrosis atau masalah sindrom autoantibodi yang menganggap sperma sebagai bahan asing yang perlu dimusnahkan. Masalah autoantibodi biasanya membabitkan lelaki yang pernah menjalani vasektomi (kaedah pemandulan dengan mengikat vas deferens terutama di kalangan lelaki Barat). Bagaimanapun, kes ini juga jarang berlaku.

Masalah hormon — Paras testosteron atau hormon tiroid terlalu rendah. Masalah ini boleh diatasi dengan pengambilan ubat.

Gangguan seks — Seperti mati pucuk atau ejakulasi awal. Ini biasanya disebabkan tekanan, pengambilan ubat antidepresan, mengawal tekanan darah tinggi atau kolesterol. Ubat penguat seks seperti viagra bagaimanapun hanya untuk ereksi, tetapi tidak membantu menambah jumlah sperma.


Masalah urat (salur darah) pada testis kembang atau timbul. Akibatnya, aliran darah tidak lancar dan boleh merosakkan epididimis dan mengurangkan jumlah sperma. Masalah boleh dibantu melalui pembedahan dan IVF.

Senaman keterlaluan - seperti angkat berat. Dalam keadaan ini, badan menghasilkan steroid yang menyebabkan masalah ereksi, mengganggu keseimbangan hormon dan mengurangkan penghasilan sperma.

Tekanan,- terutama di tempat kerja atau masalah psikologi. Namun ia biasanya lebih dialami wanita.

Obesiti — kesuburan lelaki boleh menurun jika terlalu gemuk kerana mereka mungkin berdepan masalah kekurangan atau tiada sperma langsung.

Pengambilan dadah,- alkohol dan merokok. Tiga faktor yang perlu dielakkan jika mahu kekalkan kesuburan.

Terdedah kepada bahan beracun atau pencemaran.

Makanan, terutama jika terlalu banyak makan makanan laut (tiram, kepah, lala, kerang, kepala udang) kerana ia mengandungi banyak raksa yang boleh mengurangkan jumlah sperma.

Rawatan kemo atau radioterapi boleh membunuh semua sel dan sperma. Oleh itu lelaki yang perlu menjalani rawatan ini dinasihatkan supaya menyimpan sperma dalam bank sperma untuk digunakan kelak.

Serangan penyakit seperti buah pinggang, sirosis hati dan kurang zat. Malah, lelaki yang mendapat beguk selepas akil baligh juga boleh mengalami masalah kekurangan atau ketiadaan sperma. Puncanya masih tidak diketahui.

Segera Mendapatkan Rawatan.

Masalah kesuburan ini akan terus berpanjangan jika tidak mendapat rawatan. Ada juga lelaki yang pada awal perkahwinan normal, tetapi menjadi tidak subur selepas beberapa ketika atas faktor yang diceritakan tadi.

Namun bagi pasangan yang berkahwin lewat, segeralah buat pemeriksaan jika tidak mendapat anak selepas setahun berkahwin.

Terdapat banyak kaedah moden boleh membantu pasangan mendapatkan anak, asalkan lelaki sanggup bekerjasama. Antara teknik yang biasa digunakan ialah persenyawaan dalam rahim (IUI, sperma terbaik akan dipilih dan dimasukkan ke dalam rahim isteri untuk persenyawaan) yang sesuai bagi lelaki yang mengalami masalah bilangan sperma rendah (15 juta hingga 17 juta/mililiter).

Jika tidak berjaya, pasangan boleh beralih kepada teknik IVF (persenyawaan luar rahim, embrio akan disuntik ke dalam rahim isteri). Namun, pasangan berumur disarankan supaya terus menggunakan kaedah ini.

Kaedah terbaru adalah suntikan sperma Intra-sitoplasmik (ICSI) iaitu teknik persenyawaan secara mikromanipulasi atau bantuan di mana sperma akan disuntik ke dalam telur di bawah mikroskop supaya tersenyawa menjadi embrio sebelum dimasukkan ke dalam rahim.

Jika anda mengalami masalah kesuburan, jangan malu kerana anda bukan bersendirian. Lebih baik menjalani pemeriksaan saintifik (rawatan moden) untuk mencari puncanya. Namun, jangan berharap boleh berlaku perubahan mendadak selepas menjalani rawatan kerana sperma mengambil masa lama untuk dihasilkan.

Sehingga kini tiada kaedah boleh membantu memulihkan keadaan sepenuhnya atau mencapai tahap normal, tetapi jangan cepat putus asa, sebaliknya terus berusaha mendapatkan zuriat.

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


LABU - Kaya Dengan Khasiat.

Tip-tip untuk semua

Dills Atlantic Giant Pumpkin 15 Seeds -HUGEBuah ini adalah antara watak yang turut tersenarai dalam kisah dongeng kanak-kanak Cinderella. Ditukar oleh tukang sihir menjadi kereta kuda, buah labu ternyata sudah dikenali kebanyakan orang sejak zaman kanak-kanak lagi.

Jika tidak kerana kisah Cinderella, mungkin juga anda mengenali buah labu sebagai hiasan ketika orang Amerika Syarikat (AS) menyambut Helloween. Atau mungkin juga sebagai buah yang bijinya (kuaci) cukup popular dan enak dikudap ketika menonton tv..

Namun begitu, jarang orang memperkatakan tentang khasiat buah comel berwarna kuning atau hijau kekuningan ini.

Baik Untuk Si Rabun

Biasanya bersaiz bulat, labu merah yang berasal daripada keluarga cucurbitaceace adalah sejenis sayuran yang kaya dengan pelbagai sumber berguna untuk kesihatan tubuh.

Jika anda seorang yang berdepan dengan masalah rabun terutamanya pada waktu malam atau ketidakseimbangan gula dalam darah, anda mungkin patut mempertimbangkan labu merah sebagai menu dalam diet anda.

Ini kerana pakar dietetik mendedahkan vitamin A dan vitamin C adalah antara dua jenis vitamin yang paling tinggi dalam isi labu.

Malah khasiat daripada tumbuhan ini boleh dibahagikan mengikut buah, biji, daun atau bunganya.

Selain vitamin A dan C, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotin dan serat. Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menyatakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan.

Pelbagai Khasiat Labu

Dalam buku 'Vegetables : For Health and Healing' nukilan Ong Hean Chooi, isi labu yang direbus dikatakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning. Labu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetes manakala labu yang dikukur halus boleh merawat luka kecil seperti terbakar atau luka pisau.

Daun labu merah pula bagus direbus untuk dijadikan penawar cirit-birit atau demam. Boleh juga ditumbuk kasar untuk diletakkan pada otot yang sakit.

Menariknya ramai yang menyangka menikmati kuaci labu sekadar bahan kudapan kosong. Kajian yang dilakukan oleh saintis AS pengambilan biji labu yang dimakan secara teratur dalam mencegah masalah batu ginjal. Kajian lanjut turut pernah dilakukan oleh saintis dari Thailand.

Mereka mendedahkan hanya lima hingga 10 biji labu diperlukan sehari untuk mencegah batu karang.

Satu lagi kebaikan yang jarang didedahkan tentang ialah khasiatnya untuk kanak-kanak yang menderita kecacingan. Biji labu dikeringkan dan ditumbuk halus sebelum dicampur dengan air suam. Tapiskan campuran itu dan airnya diminum sebelum tidur.

Untuk anak-anak yang kurang nafsu makan boleh diberikan isi buah labu. Sebaiknya ia dihidangkan secara menarik untuk menarik perhatian anak anda.

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Kencing Manis Punca Sakit Jantung, Darah Tinggi, Buah Pinggang Rosak.

Tip-tip untuk semua

Diabetes For Dummies (For Dummies (Health & Fitness))Kencing manis, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan sakit jantung — empat penyakit yang saling berkait rapat. Biasanya jika seseorang ada kencing manis, dia berisiko tinggi mengalami tiga penyakit lain, terutama jika gagal mengawal paras gula dalam darah.

Dianggarkan di seluruh dunia ada kira-kira 250 juta pesakit kencing manis dan catatan menunjukkan kebanyakannya meninggal dunia akibat komplikasi penyakit. Punca utama kematian di kalangan pesakit kencing manis ialah masalah jantung dan kegagalan buah pinggang.

Di Malaysia, jumlah pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup.

Pakar perubatan percaya kebanyakan pesakit menghidap kencing manis beberapa tahun sebelum penyakit dikesan. Yang membimbangkan, lebih lama seseorang itu menghidap kencing manis, lebih tinggi risiko untuk mendapat komplikasi penyakit.


Punca Kematian Kelima Tertinggi Dunia

Kencing manis adalah penyakit zaman moden paling nyata dan menjadi punca kematian kelima tertinggi di dunia. Dianggarkan satu kematian berlaku dalam setiap 10 saat akibat kencing manis. diabetes

Komplikasi kencing manis boleh dibahagi kepada dua iaitu:

1) Mikrovaskular (membabitkan kerosakan salur kecil) seperti kerosakan mata dipanggil retinopati diabetis yang mengakibatkan pesakit hilang penglihatan, kegagalan buah pinggang, kerosakan saraf kaki dan meningkatkan risiko kaki dipotong.

2) Makrovaskular (membabitkan salur darah besar) lebih mudah berlaku pada kadar 4 kali lebih tinggi berbanding komplikasi mikrovaskular. Kencing manis boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, strok, penyakit vaskular periferal (PVD iaitu salur darah besar pada kaki).

Pecahan komplikasi kencing manis :

*- 55% kematian kerana komplikasi jantung
*- 13% kes kematian kerana paras gula tidak terkawal
*- 13% kes kematian kerana kanser
*- 19% kes kematian kerana lain-lain penyakit

Perkara pertama perlu dilakukan untuk mengelak komplikasi ialah mengawal paras gula dan tekanan darah. Bagaimanapun, pesakit kencing manis yang turut mengalami masalah tekanan darah tinggi sukar mencapai paras gula dan tekanan darah yang disasarkan (selamat).

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Aroma perfume Lebih Berbahaya dari Asap Rokok!!

Tip-tip untuk semua

Natural Perfumes: Simple Aromatherapy RecipesSeperti yang kita ketahui, dan mungkin banyak dari juragan semua yang menyukai aroma perfume yang biasanya untuk menyegarkan wangi dari pakaian yang kita gunakan, ternyata aroma dari perfume itu berbahaya gan! Terdapat 500 lebih bahan kimia yang bisa meracuni tubuh menjadi bahan dasar perfume.

Saat ini, sejumlah kantor, klub kesehatan, studio yoga, dan tempat umum dibuat peraturan harus bebas wewangian. Tidak hanya asap rokok, ternyata tempat-tempat ini juga melarang orang yang masuk memakai perfume dan wewangian lainnya. Pasalnya, dari hasil penelitian, perfume pun dapat menciptakan polusi udara, atau populer dikenal sebagai 'polusi perfume'!!!!

Dari hasil penelitian tersebut, tidak sedikit orang yang menderita asma, gangguan pernafasan lainnya, penyakit lingkungan, atau kelelahan berlebihan yang disebabkan terpapar wewangian perfume yang bertahan di udara meski telah lama disemburkan.

Riset menurut ahli gizi holistik dan naturopati, Michelle Schoffro Cook; mengatakan terdapat 500 lebih bahan kimia berbahaya yang menjadi bahan asas pembuatan wewangian di perfume. Kebanyakan berasal dari bahan kimia sintetis yang diperoleh dari bahan petrokimia, dan telah terbukti mengandungi neurotoxin (racun yang bisa merusak pembuluh darah atau saraf otak). Dan, terdapat juga kandungan karsinogen (bahan yang dianggap sebagai penyebab kanser).

Penelitian ini amat mengejutkan. Bagaimana tidak? Hampir semua wanita, bahkan lelaki mengenakan perfume. Siapa sangka, banyak bahan kimia yang terkandung dalam perfume atau wewangian lain yang tak kalah berbahaya dibandingkan bahaya asap rokok.

Jika Anda bisa mencium aroma perfume, itu karena bahan molekul sintesis yang beracun dari perfume masuk melalui saluran pernapasan, yang langsung memberikan jalan menuju otak. Yang juga merbahaya, meskipun tidak mencium aromanya, Anda tetap menghirup bahan kimia dari paparan perfume.

Karena itu, otak atau organ tubuh paling vital ini bisa terganggu akibat aroma perfume ini. Sebenarnya, otak dilindungi oleh mekanisme yang tak bisa ditembus zat berbahaya. Sayangnya, hal ini tidak sepenuhnya boleh melindungi otak. Penelitian baru-baru ini menunjukkan system ini dapat membiarkan sejumlah racun lingkungan, termasuk yang terkandung dalam perfume yang dapat masuk ke otak.

Dan, jika sudah masuk ke dalam otak, beberapa racun baru bisa dihilangkan dalam waktu lama dan dengan pengobatan intensif. Kerusakan otak bisa berupa peradangan dan munculnya plak otak. Keduanya merupakan gangguan paling berbahaya pada otak.

Beberapa bahan kimia yang biasa terkandung dalam perfume:

Antara lain ethanol, benzaldehyde, benzyl acetate, a-pinene, acetone, benzyl alcohol, ethyl acetate, linalool, a-terpinene, methylene chloride, a-terpineol, camphor, dan limonene. Memang, sebagian dari bahan ini memang tidak berbahaya bagi tubuh. Tapi, sebagian lagi bisa menyebabkan otot tubuh tegang, lebih mudah marah, asma, sakit persendian, kelelahan, tenggorokan gatal, sakit kepala, batuk, dan iritasi kulit.

Jadi, aroma perfume atau wewangian tubuh lainnya yang dianggap boleh membuat pemakainya lebih atraktif, ternyata juga boleh mengganggu kesehatan. Setidaknya, untuk menyeimbangkan racun yang masuk ke dalam tubuh,sebaiknya anda lindungi tubuh dengan asupan makanan yang mengandung antioksidan tinggi, seperti buah-buahan dan sayuran.

Sumber:
VIVAnews
"Dari itu, hati-hati dalam penggunaan perfume. Jangan terlalu banyak menggunakannya, kerana ternyata aroma dari perfume tidak baik untuk kesehatan"

"Ayoh...mulakan hidup yang sehat dari sekarang!"

Homemade Wangian

** Daun pandan dan bunga melur memang wangi. Kalau saya masuk taxi yang gunakan daun pandan sebagai pewangi, rasa cukup selesa. Kalau mereka guna pewangi kimia seperti Ambi Pur dan sebagainya, rasa sangat melemaskan.

** Asapkan rumah seminggu sekali ok jugak dgn Kayu Gaharu atau Setanggi Ros.

** Pewangi rumah berasaskan barang dapur pula seperti berikut:
1. Semangkuk besar air suam
2. Sebiji lemon kuning perahkan ke dalam mangkuk tadi dengan kulit
3. Sebutir cengkeh masukkan ke dalam mangkuk sama
4. Potongan serai wangi atau serai biasa masukkan ke dalam mangkuk sama

- Biarkan air suam tadi jadi sejuk selama 2 jam.
- Masukkan ke dalam botol spray air.
- Spray lantai dan dinding kecuali perabot dan alat letrik.
- masuk dalam botol dan simpan peti sejuk. Boleh guna 2 hari saja.

Selain daripada mewangi rumah, ia juga akan menghalau nyamuk dan membunuh kuman.

Yang tersimpan dalam botol tu boleh dicampurkan ke dalam sebaldi air dan dijadikan air bilasan terakhir mandi pagi dan petang. Pewangi badan natural.

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Monday, April 12, 2010

QURAN TERJEMAH PER KATA

Tip-tip untuk semua

Oleh: QURAN TERJEMAH PER KATA

Betapa nikmat membaca al-Qur'an kalau faham kata per kata dari setiap ayat seperti orang Arab...




PERTAMA DI DUNIA

- maksud di bawah setiap ayat al-Qur'an
- mempermudah kita memahami erti dan isi al-Qur'an
- dilengkapi Asbabun Nuzul yang memperkayakan al-Qur'an ini

Kelebihan Tafsir Quran Per Kata

- Tafsir umum yang ringkas, bukan sekadar terjemahan, disusun berdasarkan kata per kata dari setiap ayat al-Qur’an

- Mudah dibaca dan difahami, baik secara terpotong-potong kata per kata atau pun secara ayat per ayat.

- Disusun dengan merujuk kepada buku-buku Tafsir yang mu’tabar

- Dilengkapi dengan Asbabun Nuzul, iaitu informasi tentang keadaan dan latar belakang turunnya setiap ayat.

- Dilengkapi juga dengan terjemahan.

- Sesuai untuk dijadikan hadiah buat yang tersayangni...

Apa kata Ulama' dan Ahli Tafsir

"Ini akan membuat anda mengetahui makna dan tafsir setiap kata dari ayat Al Qur'an"
(Dr.Hidayat Nur Wahid)

"Tafsir Qur'an per Kata adalah cara cepat belajar memahami Al Qur'an"
(Dr. Ahzami Samiun Jazuli, Pensyarah Bidang Tafsir)

"Tafsir yang sangat mudah dan baik terutama bagi pemula dalam memahami Al Qur'an"
(DR.Amir Faishol Fath, Pensyarah Bidang Tafsir)

Tafsir Qur'an Per Kata merupakan sebuah tafsir yang wajib dimiliki oleh setiap muslim yang ingin merasakan kelazatan membaca al-qur'an.
(Ustadz Ahmad Kusyairi Suhail)

Baru pertama kali ini saya menemukan tafsir yang sangat mudah dan baik terutama bagi pemula dalam memahami al-Quran. Tafsir ini sungguh sangat bermanfaat bagi pembaca yang tidak faham bahasa Arab dalam memahami maksud kata per kata dari ayat-ayat al-qur'an.
(Dr. Amir Faishol Fath, Pensyarah Bidang Tafsir, Pakistan)

# Untuk keterangan lanjut.

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Saturday, April 10, 2010

Panduan Berdamai Suami Isteri

Tip-tip untuk semua

The Good Wife Guide: 19 Rules for Keeping a Happy HusbandBiasanya, setelah suami isteri bergaduh dan bertengkar, mereka mahu berdamai. Kalau boleh, mereka mahu supaya pergaduhan itu adalah yang terakhir. Jadi mereka inginkan perdamaian yang kekal. Tetapi biasanya, apa yang berlaku ialah sebaliknya. Perdamaian itu bersifat sementara. Esok lusa mereka bergaduh lagi.

Antara faktor yang menyebabkan suami isteri bergaduh dari masa ke masa ialah kerena mereka tidak menggunakan teknik-teknik yang betul untuk berdamai. Pakar-pakar komunikasi interpersonal memberi panduan bagaimana cara untuk mencapai perdamaian yang tahan lama.

1. Jangan merajuk

Sejak masik kanak-kanak lagi, perempuan sudah pandai menggunakan strategi merajuk untuk mendapat apa yang mereka hendak. Perbuatan merajuk ialah sejenis tingkah-laku manipulatif, atau putar-belit. Ramai isteri menggunakan strategi merajuk untuk menang dan untuk memaksa suami mengalah. Apabila bergaduh, jangan suka merajuk.

The Dudes' Guide to Pregnancy: Dealing with Your Expecting Wife, Coming Baby, and the End of Life as You Knew ItMerajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuan menyelesaikan masalah. Malah ia boleh memburukkan lagi masalah yang ada. Walaupun dengan cara merajuk isteri boleh mendorong suami mengalah, namun strategi merajuk tidak membawa kedamaian yang kekal. Malah perbuatan merajuk sangat membahayakan kerana ia
akan menyusahkan usaha untuk berdamai semula. Semakin kuat dan semakin lama rajuk seseorang isteri, semakin susah bila mereka hendak berdamai. Ini disebabkan si suami tahu bahawa dia sedang dihukum oleh isterinya dengan cara merajuk. Orang yang menganggap dirinya dihukum tidak mempunyai dorongan untuk memulakan proses berdamai.

Manakala orang yang menghukum tidak mahu berdamai selagi dia belum menang. Isteri-isteri berani merajuk kerana dia yakin suaminya akan mengalah dan memenuhi kehendaknya. Dengan itu, maka menanglah si isteri. Tetapi itu adalah keyakinannya sahaja. Banyak perbuatan isteri adalah berdasarkan keyakinan palsu. Lain kali, bila dia merajuk lagi, helah itu mungkin memakan dirinya sendiri kerana tidak ada lelaki yang suka dihukum oleh isterinya sendiri.

2. Jangan menghukum

Pergaduhan, pertengkaran dan koflik antara suami isteri meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan kedua-dua belah pihak. Dalam keadaan begitu, masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kata berbisa dan perbuatan salah pihak yang satu lagi.

Lelaki dan wanita mempunyai cara-cara sendiri apabila menghukum pasangan. Lelaki cenderung untuk "menarik diri" di mana mereka tidak mahu lagi bercakap-cakap dengan isteri, melainkan terpaksa. Wanita pula cenderung untuk merajuk, menekan, menarik muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidak mahu melayan suami. Namun, hukuman tidak mungkin menyelesaikan sebarang masalah. Hukuman juga tidak menolong proses berdamai. Malah hukuman akan hanya mempercepatkan proses kerosakan hubungan. Walau apa bentuk hukuman sekalipun, sama ada ia kecil ataupun besar, hukuman hanya menyukarkan proses perdamaian. Jadi, kalau benar masih ada niat mahu berdamai, jangan menghukum.

3. Jangan berdusta

Kalau pasangan kita menunjukkan sikap mahu berdamai, dan kita sendiri pun mahu berdamai juga, jangan berdusta. Jangan pura-pura tarik harga atau jual mahal. Jangan pura-pura tidak sudi. Jangan pura-pura sudah benci. Perbuatan seperti itu ada risikonya. Dia mungkin menyangka kita betul-betul tak sudi dan tidak mahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong bersedia untuk melupakan usaha berdamai.

4. Jangan mencari salah

Kalau mahu berdamai, berhentikan tabiat suka mencari salah orang. Di sini, mencari salah termasuklah perbuatan mencari kelemahan-kelemahan dan kekurangan-kekurangan orang itu, dan menuduh orang itu salah atau silap. Ia juga termasuk perbuatan berleter, menegur, mengkritik dan menasihati orang itu. Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian-kajian mendapati, wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan.

5. Berhentikan bahasa negatif

Dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila bergaduh ialah bahasa tuduhan dan bahasa celaan. Kalau mahu berdamai, berhentilah daripada menggunakan bahasa negatif. Antara contoh-contohnya;

"Ini semua kerana sikap awak yang tak betul tu." (tuduhan)

"Kenapa abang tak mahu dengar nasihat saya?" (tuduhan)

"Ini salah awak juga." (tuduhan)

"Kalau awak baik dan sayang kepada anak isteri, kita takkan selalu bergaduh." (tuduhan)

"Abang tak guna langsung." (celaan)

"Awak tak senonoh!" (celaan)

"Abang ni, sekolah saja tinggi, tapi otak bodoh juga." (celaan)

"Awak tak sedar, diri awak tu siapa." (celaan)

Untuk tujuan berdamai, tukar bahasa negatif kepada bahasa positif. Jenis-jenis bahasa positif yang sangat baik kesannya kepada hubungan cinta suami isteri ialah bahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dan sanjungan. Gunakan bahasa ini dengan murah dan lumayan.

6. Bercakaplah tentang hari ini dan esok

Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan tentang hari ini dan hari esok. Jangan pandang ke belakang, melainkan untuk tidak mengulang lagi kesilapan kita sendiri pada masa lalu. Jangan sekali-kali mengungkit perkara-perkara yang menyebabkan konflik itu. Jangan sentuh apa yang sudah terjadi, sebaliknya bercakaplah tentang apa yang hendak dibuat. Buangkan perkataan "dahulu" dan "semalam" daripada kata-kata kita. Kedua-dua perkataan itu sangat berbahaya. Tidak ada siapa pun yang boleh menyelesaikan "dahulu" dan "semalam".

7. Senyum semula

Di dalam sebuah kajian, antara perkara yang banyak disebut oleh lelaki terhadap bekas-bekas isteri mereka ialah bahawa isteri mereka tidak senyum lagi. Jadi, senyumlah, walaupun susah, kerana senyuman ialah cara yang mujarab untuk berdamai semula.

8. Mulakan berdamai

Biasa terjadi, konflik yang berlaku itu berlarutan beberapa lama kerana masing-masing tidak mahu memulakan proses berdamai. Walaupun masing-masing mungkin mahu berdamai, tetapi masing-masing takut risiko jika dia yang memulakannya. Mana tahu kalau orang itu tidak mahu berdamai? Kalau benar kita mahukan perdamaian, ambil langkah pertama untuk berdamai. Jangan tunggu sampai orang itu yang mesti memulakannya. Tunjukkan bukti bahawa kita mahu berdamai. Gunakan kata-kata ataupun perbuatan. Andai kata orang itu menolak usaha kita, kerana dia memang tidak mahu berdamai, sekurang-kurangnya kita
telah berusaha untuk berdamai, jadi kita tidak berasa bersalah lagi atas alasan kurang usaha.

9. Kenal pasti punca masalah

Masalah ialah punca konflik yang utama. Selagi punca masalah itu tidak dikenal pasti dengan tepat dan diatasi, selagi itu konflik yang sama akan berulang-ulang kali tercetus lagi. Sebagai contoh, perbuatan isteri yang
suka mengugut suami mungkin menjadi punca konflik. Selagi tabiat buruk itu tidak diatasi, selagi itu si isteri akan mengulang ugutan-ugutannya, dan konflik demi konflik akan tercetus. Kenal pasti dengan tepat punca masalah itu. Tujuannya bukanlah untuk mengungkit-ungkit perkara yang sudah berlaku, tetapi untuk mengelakkannya daripada berulang lagi pada masa depan. Apabila mengenal pasti punca masalah, jangan gunakan perkataan-perkataan yang berfungsi sebagi label kepada perbuatan orang itu. Gunakan perkataan-perkataan yang menerangkan apa yang sebenarnya dia telah lakukan sehingga tercetusnya konflik.

Contohnya;

a. "Awak tak bertanggungjawab." (x)
"Saya mahu supaya saya diberi wang belanja dapur yang cukup tiap-tiap bulan." (/)

b. "Awak degil." (x)
"Saya mahu supaya cakap saya didengar dulu sebelum awak bantah." (/)

c. "Awak sudah bosan dengan saya." (x)
"Saya mahu supaya saya diberikan sedikit perhatian, jadi saya tak berasa diri saya diabaikan." (x)

10. Kenal pasti perubahan

Terangkan dengan bahasa yang tepat apakah perubahan yang kita mahukan. Oleh kerana konflik biasanya berpunca daripada tingkah-laku yang tidak disetujui, maka cara berdamai ialah dengan mengubah tingkah-laku itu. Ramai orang, apabila mereka mahu supaya pasangannya mengubah tingkah-lakunya, mereka bercakap secara am dan kabur. Mereka menggunakan perkataan-perkataan yang mempunyai banyak makna. Ini menyebabkan pasangannya tidak faham dengan jelas tingkah-laku yang mana satu yang mesti diubahnya.

Sebagai contoh, perkataan biadab di dalam ayat "Awak biadab." mempunyai makna yang kabur, kerana perkataan itu tidak memberitahu dengan tepat perbuatannya yang mana satu yang dimaksudkan sebagai biadab. Jadi, sukarlah bagi si isteri untuk mengenal pasti perbuatannya itu dan bagaimana dia hendak mengubah tingkah-lakunya kepada yang "tidak biadab".
Contoh;

a. "Jangan biadab pada saya." (x)
"Jangan menengking saya." (/)

b. "Jangan suka tunjuk gaya." (x)
"Tak payahlah awak belajar main golf." (/)

c. "Jangan pemalas." (x)
"Jangan selalu tidur siang." (/)

d. "Layan saya dengan betul." (x)
"Jangan paksa saya makan nasi bungkus selalu." (/)

e. "Jangan syirik." (x)
"Jangan bomohkan saya." (/)

Kebolehan mencari gaduh dan berkonflik dengan pasangan sendiri tidak perlu dipelajari. Semua orang memiliki kebolehan itu sebagaimana semua manusia memiliki kebolehan berlari. Tetapi kebolehan hidup dalam perasaan seronok, gembira dan bahagia dengan pasangan mesti dipelajari sebagaimana manusia perlu belajar cara berlari menggunakan teknik-teknik yang betul.

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Friday, April 9, 2010

Berbohong antara ciri-ciri orang munafiq

Tip-tip untuk semua

Sincere RepentanceImam Ghazali banyak sekali mengupas mengenai bahaya lidah. Dalam salah sebuah kitabnya Ihya Ulumuddin, memberikan tumpuan khusus mengenai bahaya lisan atau perihal lidah.

Melalui keupayaan akal, manusia berucap atau mengeluarkan kata-kata melalui perantaraan lidah. Lidah merupakan alat yang membantu manusia menterjemah dan menyampaikan sesuatu perkara melalui kod-kod bahasa, sebagai ungkapan perasaan, pendapat, pengetahuan dan sebagainya.

Lidah manusia bukan sahaja boleh mengungkapkan rasa syukur atas kebesaran Allah S.W.T., malah boleh disalahgunakan dengan pelbagai cara. Tanpa pancaran iman dan nilai etika, menurut Imam Ghazali, menerusi lidah akan berlakulah pendustaan (pembohongan), buruk sangka, permusuhan, fitnah, mencarut, mencela, mengutuk, pertelingkahan, mengumpat, melaknat dan membicarakan sesuatu dalam keadaan kesat, kasar dan penuh dengan kesombongan.

Islam menghubungkan akhlak dengan keimanan seseorang individu dan menganggap orang yang paling mulia akhlak itu adalah orang yang paling tinggi darjat keimanannya. Oleh itu tidaklah menjadi ketakjuban kepada kita bahawa adakalanya mereka yang berpura-pura alim kucing, di depan mata pijak semut pun tak mati, bila di belakang dialah merupakan yang terhandal sekali berbohong.

Allah berfirman dalam surah al-Hajj ayat 30 bermaksud: "Hendaklah kita menjauhi perkataan-perkataan dusta."

Peribahasa lama Melayu menyebut, "kerana lidah (mulut) badan binasa" atau "kerana pulut santan binasa" memberikan kita kepada satu ingatan yang tegas. Untuk hidup dalam suasana yang tenteram, aman dan damai, hendaklah diawasi lidah kerana melaluinyalah tutur kata akan menjadi lebih benar, beradab dan bahasanya lebih bersopan.

Sikap suka berbohong bukan sahaja menimbulkan kemarahan orang yang mendengarnya, malah menimbulkan implikasi buruk kepada si pembohong itu sendiri.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Tidak beriman seseorang itu dengan sempurna sehingga ditinggalkan pembohongan sama ada semasa senda gurau atau semasa bersengketa atau perbalahan."

Tabiat suka berbohong termasuk dalam kategori dosa-dosa besar setelah syirik (menyekutukan Allah) dan durhaka terhadap kedua orang tua. Ini ditegaskan dalam sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Mahukah kamu aku tunjukkan perihal dosa-dosa besar? Kami menjawab: Ya, tentu mahu wahai Rasulullah. Rasulullah menjelaskan: Menyengutukan Allah, durhaka kepada kedua orang tua. Oh ya, (ada lagi) Iaitu perkataan dusta." (Riwayat Muttafaq Alaih)

Jelaslah betapa besarnya pengaruh lidah dalam kehidupan manusia. Manusia yang dapat mengawal lidahnya, tidak mengucapkan kata-kata yang boleh menyebabkan kemarahan orang lain, bukan sahaja disanjung malah dianggap mempunyai budi pekerti yang mulia. Manusia seperti ini disanjung tinggi sebagai yang beradab, bersopan dan jika tidak lagi bersama kita, jasanya akan tetap dikenang, perilakunya menjadi buah mulut masyarakat untuk dicontohi. Buah fikirannya akan tetap harum semerbak, malah menjadi bahan renungan yang mendalam.

Demikian juga untuk mengenali ciri-ciri munafik ke atas seseorang ialah di mana bila bercakap ia berbohong.

Daripada Abdullah bin Amru bin Al-Aas bahawa Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: "Empat perkara yang menjadikannya seseorang itu munafik dan jika terdapat satu daripadanya maka ianya mempunyai ciri nifaq sehingga ditinggalkan iaitu apabila diberi kepercayaan dia khianati, bila bercakap dia bohong, bila berjanji dia mungkir, bila berkelahi dia kejam." (Riwayat Muttafaq Alaih)

Allah berfirman di dalam al-Quran surah Qaaf ayat 30 bermaksud: "Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)."

Ingatlah bahawa setiap pergerakan kita sentiasa diawasi oleh dua malaikat iaitu Raqib dan Atid. Elakkan daripada terjerumus ke dalam dosa termasuk melemparkan tuduhan, prasangka buruk serta bercakap bohong. Setiap apa yang diucap akan diperjawabkan di akhirat kelak. Hanya perkataan-perkataan yang diredhai Allah akan dicatit, manakala perkataan-perkataan yang mendatangkan kebencian Allah akan dicatit atas kemurkaan-Nya sampai hari qiamat.

Nabi Muhammad s.a.w. memberi amaran dalam dua buah hadith yang bermaksud: "Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya) akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat." (Riwayat Muslim)

"Seseorang yang sudah cukup disebut pendusta (pembohong) jika ia berbicara hanya atas dasar setiap apa yang ia dengar." (Riwayat Muslim)

Tutur kata yang benar dan baik perilaku akan memberikan kita kekuatan. Tanpanya menyebabkan kita akan hancur berkecai, sebagaimana hancurnya burung Phoenix dalam metos sejarah tamadun manusia sepanjang peradaban.

Daripada Muaz, katanya Rasulullah s.a.w. memegang tanganku sambil berjalan lalu bersabda bermaksud: "Wahai Muaz! Aku wasiatkan kamu supaya bertaqwa kepada Allah dan bercakap benar, iaitu menepati janji, menunaikan amanah, meninggalkan khianat dan mengasihi anak-anak yatim, memelihara jiran tetangga, mengawal kemarahan dan lembut percakapan, menyebarkan salam dan taat setia terhadap pemimpin yang adil, bertafaqun memahami al-Quran, kasih akan akhirat, takut hari hisab, pendek angan-angan, baik amalan. Aku larang kamu daripada memaki hamun orang-orang Islam atau mempercayai pembohong atau mendustakan orang yang benar atau menderhakai Raja yang adil atau melakukan kerosakan di muka bumi. Wahai Muaz! "Ingatlah Allah pada setiap pokok dan batu, dan bertaubatlah setiap dosa yang sabit secara sulit, yang secara terang." (Riwayat Baihaqi)

Imam Abu Hamid Ghazali : An Exponent of Islam in Its TotalityRasulullah s.a.w. pernah menghadapi dilema dan mengganggu perasaannya ketika menghadapi fitnah atau pembohongan golongan munafiq mengenai isterinya yang paling dicintai telah berbuat serong dengan sahabat Rasulullah s.a.w. yang masih muda bernama Safawan. Namun Allah Taala sendiri yang membersihkan 'Aisyah dari tuduhan yang hina itu melalui wahyu-Nya dalam surah an-Nur ayat 11 hingga 23.bermaksud;
"Inilah tipu daya dan kerosakan serta kejahatan yang datang dari golongan munafiq dalam mana-mana masyarakat dan adalah kewajipan untuk menjaga daripada kemudharatannya serta daripada fitnah dan pembohongan yang dilemparkan untuk memecahkan perpaduan umat Islam."

Berhubung perkara pendustaan dan pembohongan ini Allah berfirman bermaksud: "Mahukah Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa, yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh syaitan-syaitan itu) sedangkan kebanyakan beritanya adalah dusta." (Surah asy-Syuaraa' ayat 221 - 223)

Segala tingkah laku, tutur kata sama ada yang terlafaz atau tidak merupakan keluhuran budi seseorang dan kerana itu segala yang benar-benar dilarang oleh Islam adalah bertujuan mengelak daripada berlakunya kerenggangan hubungan persaudaraan yang sepatutnya terjalin erat. Perlakuan buruk, yang tidak mengambil kira nilai budi bahasa dan peribadi mulia, akan memutuskan ikatan kasih sayang yang akhirnya menimbulkan kebencian di hati semua pihak.

Rasulullah s.a.w. ditanya tentang kelakuan apakah yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga. Jawab baginda: "Taqwa kepada Allah dan keindahan akhlak, dan ketika baginda ditanya: "Apakah yang pa-ling banyak memasukkan orang ke dalam neraka?" Baginda menjawab: "Kejahatan mulut dan kemaluan".

Kemudian Allah memberi amaran kepada golongan yang suka berbohong dan berdusta di dalam firman-Nya bermaksud: "Maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, dan mendustakan kebenaran sebaik-baik sahaja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang kafir? (Surah az-Zumar ayat 32).

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Hukum Mengahwini Wanita Hamil

Tip-tip untuk semua

Soal jawab ini dikongsi oleh seorang ustaz yang juga seorang rakan melalui email. Diharap ini dapat bantu kita jadi manusia lebih berpengetahuan perihal agama dan meningkatkan ketaqwaan kepada Nya.

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5. Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak mengandung luar nikah, cepat cepat kahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... na'uuzubillah himindzaalik.

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut.

Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat-amat penting untuk semua umat ISLAM.

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.


http://negarakumalaysia.blogspot.com

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Monday, April 5, 2010

Khasiat Buah Lemon

Tip-tip untuk semua

Lemons for Sale - to Buy - 37+ Lemon Fresh Lemons-10 Lbs - $21.34 Cost includes Expedited Shipping - USPS Priority Mail - Delivered 2-3 days from Order date (Except over Sunday)- Best Price & Freshest Fruit Available-Home or Business Delivery- Wax-free California Lemons- Non-Spray - Non-irradiated - Fresh Picked Only to Fill Your Order -All Naturally Grown Environmentally Friendly Substainably Farmed Lemons From Our Orchards At Hickory Hill Farm, California, U.S.A. Always Know Where Your Lemons Have Been.Buah limau lemon mengandungi kandungan vitamin C yang banyak. Antara khasiat limau lemon ialah:

* Jika diminum air rebusannya, boleh dijadikan sebagai rawatan masalah pernafasan dan sakit belakang.

* Juga dapat membunuh cacing di dalam perut dan usus.

* Dipercayai dapat mengubati demam panas.

* Kepingan limau segar atau kering yang dicampur bersama air didih atau direbus, dapat mengubati masalah:

- gastric yang kronik,
- batuk,
- tiada selera makan,
- muntah-muntah,
- bronchitis dan angin di dalam perut.

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Khasiat Epal Hijau

Tip-tip untuk semua

Lodge Enamel on Cast-Iron 3 Quart Apple Pot, GreenAmalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh membantu mencegah:

* Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
* Mengurangkan risiko penyakit jantung.
* Membantu kesihatan membran paru-paru.
* Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
* Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
* Membantu mengekalkan berat badan.
* Mengurangkan tekanan penyakit asma.
* Mengurangkan risiko barah.
* Dengan menghidu epal dapat menenangkan fikiran.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman:

- Kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

- Epal elok dimakan tanpa kulit atau dimasak sedikit supaya tidak mengurangkan kandungan vitamin C dan serabut yang terdapat di dalamnya jika berhasrat untuk mendapatkan khasiat herba.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah:

- Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Khasiat Ubi Kentang

Tip-tip untuk semua

The Sweet Potato CookbookUbi kentang kaya dengan potassium, vitamin C yang membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi.

Kandungan potassium ubi kentang adalah dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam pisang dan fiber. Jumlah lemaknya pula di bawah paras 25 peratus, dengan ini dapat menghalang enapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah.

* Hirisan ubi kentang mentah serta jusnya boleh membantu mengurangkan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi dan radang otot.

* Ubi kentang juga boleh melegakan kesakitan salah urat atau tergeliat, luka-luka kecil dan kebakaran ringan dengan cara menekapkan hirisan kentang di tempat berkenaan selama 15 minit atau lebih.

* Ubi kentang lecek (tanpa mentega) boleh memutihkan dan melembutkan tangan.

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Kacang Soya

Tip-tip untuk semua

25 Lbs Organic Soybeans - Certified Organic Soy Beans for Soymilk, Tofu, Food Storate & more.KACANG SOYA ataupun nama saintifiknya glycine max, sejenis tumbuhan tegak dan rimbun berukuran sehingga 70 cm. Bunganya berbentuk gumpalan, berwarna putih dan ungu. Manakala bijinya adakala berwarna kuning, hijau, coklat ataupun hitam atau kedua-duanya.

Kacang soya adalah legume berprotin tinggi (keluarga fabaceae) yang ditanam sebagai makanan bagi manusia dan ternakan. Perkataan soy (soya bean) diambil dari perkataan bahasa Jepun, shoyu (kicap).

Ia dianggap sebagai sumber protein lengkap iaitu protein yang mengandungi sejumlah besar kesemua asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh manusia kerana ketidakupayaan badan manusia bagi menghasilkannya. Dengan sebab ini, kacang soya amat penting bagi kebanyakan pengamal vegetarian. Protein kacang soya pada asasnya sama dengan biji legum lain (pulses). Bijiran bukan legum yang lain mempunyai profil yang setanding dengan kacang soya adalah bijiran seperti oat.

Kacang soya boleh diproses dengan pelbagai cara. Bentuk biasa hasil soya termasuk tepung soya, tauhu, tempe, soya licithin dan minyak sayuran. Ia juga merupakan bahan utama dalam penghasilan kicap.

Kebanyakan keluaran tenusu telah ditiru menggunakan kacang soya dan keluaran seperti susu soya, yogurt dan krim keju soya boleh didapati dengan mudah. Keluaran ini mempunyai tekstur dan bentuk yang serupa dengan keluaran berasaskan susu, bagaimanapun hasil soya tidak mengandungi jumlah kalsium yang banyak. Maka, kebanyakan pengeluar kacang soya menjual keluaran diperkaya dengan kalsium.

Tofu mengandungi sejumlah besar mineral penting kerana garam kalsium digunakan bagi pemejal protein dalam susu soya bagi menghasilkan tauhu (tofu). Tambahan lagi, protein soya telah didapati dapat mengurangkan penyingkiran kalsium oleh buah pinggang.

Kacang soya digunakan dalam barangan pengilangan termasuk minyak, sabun kosmetik, resin, plastik, dakwat, krayon, pelarut dan biodesile.

KEBAIKAN SOYA:

1. Ia merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan murah daripada daging, susu dan telur.

2. Mengandungi 50 peratus protein bagi setiap 100 gm kacang soya, merupakan dua kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu dan tiga kali lebih daripada telur.

3. Kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium, magnesium, zat besi dan fosforus.

4. Kaya dengan vitamin A, B, C, D serta lacithin.

5. Ia boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.

6. Protein soya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung.

7. Mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.

8. Mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Manfaat Bawang Putih

Tip-tip untuk semua

Once-A-Day Odorless Garlic Tablet, 650 mg - Free ShippingSesetengah orang tidak sukakan baunya, tetapi tidak dapat dinafikan bawang putih mempunyai banyak kelebihan.

Secara umum, jika anda makan bawang putih setiap hari ia memberi manfaat dari sudut kesihatan. Antaranya:

* Satu atau dua ulas bawang putih bersaiz sederhana dapat mengurangkan sedikit (9% - 15%) tekanan darah, dan tahap kolesterol.

* Membantu mengurangkan pembinaan plak dalam sistem arteri.

* Mengurang atau membantu mengawal tahap gula dalam darah.

* Membantu mengelak pembentukan darah beku, sekaligus mengurangkan kemungkinan diserang strok dan trombosis. (Bagaimanapun penghidap hemofilia tidak harus menggunakan bawang putih).

* Membantu menghalang kanser, terutama dalam sistem penghadaman. Ia juga menghidari beberapa jenis tumor daripada menjadi lebih besar.

* Bawang putih mentah adalah antibiotik semula jadi yang kuat, yang boleh membunuh sesetengah jenis bakteria yang menjadi imun kepada antibiotik moden.

* Mempunyai ciri-ciri anti-fungal, anti-viral dan anti-oksidan.

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Sembelit penyebab buasir

Tip-tip untuk semua

Digestive Advantage IBS - Irritable Bowel Syndrome, Capsules, 96-CountMENGIKUT pendapat umum, buasir adalah topik yang jarang dibincang secara terbuka. Ini adalah kerana perasaan malu iaitu buasir terjadi di bahagian sulit. Kehadiran tisu buasir adalah sebagai komponen normal di dalam anatomi manusia. Buasir biasanya terdiri daripada kusyen vaskular (yang kaya dengan saluran darah) di dubur yang bertindak sebagai lapik termampat untuk membenarkan dubur tutup sama sekali. Buasir akan menaikkan simptom atau membawa masalah apabila ia membesar, lazimnya hasil daripada tekanan atau stres yang berlebihan.

Bagi kebanyakan dewasa, di satu tahap atau lain terpaksa menghadapi dengan pendarahan, kegatalan, lelehan lendir dan kadangkala kesakitan yang memaklumkan akan situasi buasir. Malangnya, buasir cenderung untuk menjadi lebih teruk hari demi hari. Situasi ini harus dirawat secepat mungkin selepas mendapat tahu mengenainya kerana terdapatnya perubatan dan rawatan yang berkesan. Selalunya, buasir memerlukan hanya penjagaan sendiri dan perubahan dalam cara hidup di peringkat awal tanpa memerlukan rawatan yang kompleks. Paras pesakit yang mengalami buasir yang lama dan kronik akan memerlukan rawatan pembedahan sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup untuk pendarahan, kesakitan dan buasir prolaps (tergelincir keluar).

Pakar Bedah Kolorektal Pusat Perubatan Prince Court, Prof. Dr. Yunus Gul Alif Gul berkata, buasir merujuk kepada urat darah di dalam dinding dubur.

"Kedudukannya berada di bawah selaput lendir iaitu lapisan dubur yang paling dalam.

Tekanan berlebihan di bahagian rektum menyebabkan dinding vena darah teregang dan membonjol, kadangkala boleh pecah, menyebabkan buasir," katanya.

Menurut Dr. Yunus Gul, di dalam saluran dubur manusia terdapat kusyen vaskular di antara anus dengan rektum bawah, menjadikan otot-otot dubur menjadi elastik atau kenyal.

Apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang mengeras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur ini akan membengkak.

Lama-kelamaan ia menjadi kurang memberi dan akhirnya terjulur keluar daripada dubur bersama darah yang berwarna merah cerah yang menitis, tersembur atau meninggalkan kesannya apabila dikesat tisu tandas.

Walaupun pendarahan dan sembelit dilihat sebagai gejala utama buasir, cirit-birit juga boleh menjadi puncanya.

Tambah Dr. Yunus Gul, pendarahan yang berlaku daripada dubur tidak semestinya buasir tetapi boleh jadi petunjuk kepada lain-lain penyakit yang lebih serius seperti kanser kolorektal.

"Mereka yang mempunyai sebarang gejala atau pendarahan dubur lebih baik terus berjumpa doktor. Ada juga pesakit yang tidak menunjukkan sebarang gejala awal," katanya.

Dr. Yunus Gul turut melahirkan kekecewaannya apabila kebanyakan pesakit hanya berjumpa doktor setelah buasir memasuki peringkat teruk.

Pada ketika itu, katanya, pilihan rawatan yang ada hanyalah pembedahan yang sepatutnya boleh dielakkan jika mereka merujuk pendarahan awal kepada doktor.

Punca-punca buasir

* Sembelit dan meneran berlebihan ketika membuang buasir.

* Pekerjaan yang melibatkan keadaan duduk atau berdiri dalam masa yang lama.

* Obesiti, kehamilan dan melahirkan anak.

Walaupun kadangkala buasir dikatakan lebih cenderung untuk diwarisi, ini adalah lebih kepada faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan di kalangan ahli keluarga yang menyebabkan kecenderungan untuk mendapat buasir. Penyakit ini boleh dicegah dan simptomnya dapat dikawal jika diurus pada peringkat awal. Walaupun dengan rawatan, pesakit harus mengubah cara hidup mereka untuk mengelakkan berulangnya masalah.

Rawatan

Rawatan buasir melibatkan langkah-langkah yang boleh dilakukan sendiri berdasarkan nasihat daripada doktor anda. Rawatan yang paling baik adalah pencegahan. Diet makanan yang tinggi dengan serat dan sebahagian besar dapat mengelakkan sembelit dan meneran berlebihan. Kadangkala ubat-ubatan atau prosedur pembedahan juga diperlukan untuk tujuan rawatan.

Rawatan perubatan

Ini adalah amat berguna terutamanya bagi pesakit buasir dengan tahap pertama. Jika buasir anda hanya wujud dengan ketidakselesaan yang sedikit, doktor anda boleh mencadangkan krim dari kaunter farmasi atau salap yang selalunya mengandungi anestetik sederhana atau agen melegakan kesakitan atau steroid. Bentuk rawatan perubatan ini, dengan gabungan nasihat untuk perubahan diet dan pembukaan usus yang betul, dilengkapkan dengan mandian air panas setiap hari yang dapat melegakan simptom tersebut.

Walau bagaimanapun, salap telah dikenal pasti menyebabkan tahap sensitif kulit yang tinggi dengan penggunaan jangka panjang. Pesakit dinasihatkan untuk mengelak penggunaan bagi tempoh yang lama. Daflon adalah sejenis ubat yang diestrak daripada sejenis kulit oren khas yang selalunya digunakan dalam merawat buasir. Ubat ini bertindak melindungi dan memperkuat saluran pembuluh darah di dalam tisu buasir dan mengurangkan pengembangan saluran tersebut. Ini adalah lebih sesuai bagi pesakit buasir dengan tahap pertama atau kedua dan tidak sesuai untuk merawat buasir yang di tahap seterusnya serta buasir luaran.

Prosedur lain termasuk pembedahan

* Ligasi pita getah
Satu atau dua pita getah yang kecil akan diikat di sekitar dasar buasir dalaman untuk menghentikan pengedarnya. Dalam masa beberapa hari, buasir itu akan tanggal sendiri tanpa rasa sakit.

* Jika prosedur lain tidak berjaya atau jika anda mempunyai buasir yang besar, doktor pakar anda akan membuang tisu berkenaan dalam satu prosedur yang dikenali sebagai hemorhoidektomi. Pembedahan ini dilakukan sama ada dengan menggunakan bius setempat digabungkan dengan sedatif (ubat penenang), anestetik spina atau bius umum.

* Pembedahan eksisi. Ia dikaitkan dengan tahap kesihatan yang lebih tinggi kerana bahagian bawah kulit dan saluran anus yang kaya dengan saraf fiber akan dieksisi ketika pembedahan.

* Ligasi Arteri Buasir (HAL Doppler) lazimnya sesuai untuk buasir berdarah termasuk buasir tahap ketuga. Sejenis alat ultrabunyi yang menggunakan gelombang bunyi untuk mengenal pasti arteri buasir yang akan diligasi. Ini mengurangkan pengaliran darah kepada buasir dan mengecutkan sebahagian besar longgokan dan perhentian pendarahan. Ia adalah prosedur sehari yang tidak sakit dan dilakukan di bawah anestetik umum atau spina, memberi hasil yang baik dan harapan yang cerah.

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Related Posts with Thumbnails

Protected by Copyscape Web Plagiarism Software