//

Saturday, February 3, 2018

Hati-hati orang kaya

https://youtu.be/2zcV4TgqC1w

Baca Lagi...


Wednesday, April 15, 2015

Coretan Dari Lubuk Hatiku

Tip-tip untuk semua
Bismillah hirrohmaa nirrohiimm... Assalamualaikum kepada semua muslimin muslimat pembaca blog saya yg budiman. Salam sejahtera kepada yg non muslim. Di sini saya ingin melakarkan satu coretan yg pernah saya catatkan di waktu bening pagi saat majoriti semua makhluk yg bernama manusia sedang lena di buai nikmat tidur... di waktu akal serta otak sedang berehat dan berhenti berfikir. Di waktu para kekasih2 Allah sedang sujud menghambakan diri kepada ILLAHI... merintih sayu, memuhasabah diri, mengadu kepada yg Satu, memohon kepada Yg Maha Pengasih.

Sedetik masa berlalu, selangkah aku bertapak kehadapan. Tak pernah undur ke belakang.
Sedetik masa berlalu, semakin dekat aku dengan rumah baru
ku, rumah terakhir aku diami di muka bumi ini
Sedetik masa berlalu, semakin pendek pendek usia ku..
Sedetik masa berlalu, masa itu tak kan datang kembali..
Sedetik masa berlalu, semakin dekat tapak-tapak Malaikat 'Izrail..
Sedetik masa berlalu....
Sedetik demi sedetik masa berlalu, kaki ku sentiasa melangkah mendekati dan menuju pintu kubur.

Dari itu....; JANGAN BIARKAN MASA BERLALU DENGAN SIA-SIA. HARGAILAH MASA YANG MASIH ADA DENGAN BERUSAHA MENCARI BEKALAN UNTUK DIBAWA MENGADAP ALLAH. SESUNGGUHNYA MASA SUDAH TERLALU SINGKAT BAGI KU.....YA ALLAHH..BERILAH AKU KEKUATAN UNTUK MENGUMPUL HARTA AKHIRAT DI DALAM RUANG MASA DAN USIA YANG SUDAH TINGGAL SISA INI.

khamis 7/2/2013 @3:03 am
ayasofiya@hasnah

Baca Lagi...


Tuesday, September 17, 2013

Keburukan Memanaskan Enjin Kenderaan

Tip-tip untuk semua

Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.

Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Makan masa dalam 15 minit juga. Golongan kaki panaskan enjin seperti itumesti bangun awal. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangka hayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia?

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan idling adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stylel Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus. Jadi berikut antara bahaya atau keburukkan dalam amalan yang tidak betul ini.

Dinding Silinder Cepat Haus

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

Palam Pencucuh Menjadi Kotor

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Paip Ekzos Cepat Berkarat

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

Fungsi Enjin Gagal Berfungsi Dengan Baik

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun dah mula guna pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, anda perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Anda rasa apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

Membazir Dan Mencemarkan

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin.

Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang anda perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan idling?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab mereka tahu jika enjin cepat rosak nanti mesti pelanggan mengadu. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus pandu cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini tidak, siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan isteri tapi enjin kereta terbiar hidup.

Seperkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan anda tidak bergerak. Kalau tunggu kekasih turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan idling ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Negara yang telah mencegah pemanasan injin ialah; Jepun United Kingdom Amerika Syarikat dan Kanada.

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Makanan Untuk Subur Dan Lepas Bedah

Tip-tip untuk semua

Ini adalah tip yang diberikan oleh Dr Hamid Arshat,pakar sakit puan dan pakar sakit tuan yang tidak asing lagi di Malaysia ini.

Apa yang kita perlu buat ialah;

1. Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunty untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis , fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil.

2. Ambil langkah untuk kurangkan stress. Exercise 30 minit setiap hari, banyak berzikir , baca quran 4-5 muka setiap hari.
Kurangkan pendedahan kepada toksin – jauhkan menghidu asap2 beracun, semburan insecticide dan pewangi dirumah dan dalam kereta. Gunakan bahan2 organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodorent.

3. Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dan lain-lain.

Juga jahukan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung - donut, kueh2, ice krim , chocolat dll. Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol atau kotak.

4. Makan 70% bahan2 mentah dan segar , iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Makan lebih buah tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dll.
Saya galakkan makan ulam-ulaman , sayur-sayuran saperti bayam, bendi, terong, kangkong, cekor manis, daun turi dan keledek merah.

5. Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji apel hijau, 2 carrot, 2 batang celery dan 1/4 buah papaya. Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.

6. Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.
Makan 2 biji telor saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti whole meal dan brown rice.

7. Makanan selingan (tea dan coffee break) - jauhkan makanan bergula dan karbohadret. Makan buah2 atau segenggan campuran kekacang almond, gajus, kismis dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.

8. Makan tengah hari - Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain2 jenis carbohydrate

9. Makan malam - Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau madu . Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan.
Atau buat rojak/pecal dari sayur kankong, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai .
Gantikan nasi putih kepada brown rice.

10. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU

Makan juga goji beri, lain-lain jenis berries, spirulina, rumpai laut.

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Jangan Abai Tanda Jangkitan Vagina.

Tip-tip untuk semua

Hanya 25 peratus individu alami masalah berjumpa pakar sakit puan

Bukan mudah untuk seorang wanita meluahkan atau berterus terang dengan masalah dihadapi, khususnya membabitkan bahagian alat sulit. Dilema itulah yang menghantui sebahagian besar wanita dalam kehidupan mereka apabila berdepan dengan vaginitis atau jangkitan vagina.

Sungguhpun vaginitis adalah masalah ginekologi yang meluas di Malaysia, perasaan malu untuk menyatakan masalah yang dihadapi begitu menebal, sama ada di kalangan belum berkahwin mahupun wanita yang sudah berumahtangga. Masalah jangkitan vaginitis menjadi lebih rumit ditangani kerana kebanyakan wanita kurang pengetahuan mengenai penyakit itu.

Vaginitis adalah keradangan vagina yang boleh mengakibatkan lelehan, kegatalan dan kesakitan vagina. Lazimnya, ia disebabkan oleh bakteria, protozoa, fungus atau jangkitan campuran serentak dengan sekurang-kurangnya dua daripada tiga patogen berkenaan.

Tiada wanita terkecuali daripada mengalami keradangan atau jangkitan vagina. Ini bermakna, vaginitis dialami wanita pada semua peringkat umur di seluruh dunia termasuk yang sudah mendirikan rumah tangga dan belum berkahwin.

Kajian menunjukkan hampir 80 peratus wanita pernah mendapat jangkitan atau keradangan vagina (faraj) pada satu-satu masa sepanjang hayat mereka.

Bagaimanapun, Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan dan Ginekologi Kuala Lumpur, Dr Raman Subramaniam, berkata dianggarkan hanya seorang dalam setiap lima wanita (25 peratus) berjumpa pakar sakit puan kerana masalah vaginitis. Malah, kebanyakan mereka tidak tahu punca jangkitan.

Beliau berkata, kebanyakan masalah vaginitis juga dikesan bukan kerana wanita berkenaan ingin mendapatkan kepastian mengenai jangkitan itu, tetapi biasanya ketika datang membuat pemeriksaan rutin atau pap smear dan sebagainya. Dalam sesetengah kes bukan wanita itu sendiri yang mengesan jangkitan berkenaan sebaliknya, adalah pasangan.

“Jangkitan vagina atau dikenali sebagai vaginitis adalah masalah yang biasa dialami wanita, tetapi tidak semua mendapat rawatan yang betul sehingga menyebabkan masalah itu berterusan bertahun-tahun.

“Lebih-lebih lagi gejala vaginitis agak mengelirukan dan ada sesetengah doktor yang tidak melakukan diagnosis dengan sempurna seperti mengambil contoh lelehan vaginitis untuk analisis makmal,” katanya ketika pelancaran terapi gabungan vaginitis Neo Penotran yang mengandungi bahan antibakteria metronidazole (500 miligram) dan antikulat miconazole (100 miligram) anjuran Bayer Schering Pharma di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr Raman berkata, biasanya diagnosis terhadap jangkitan itu memerlukan pemeriksaan contoh lelehan vagina di bawah mikroskop dan juga kultur, namun keberkesanan ujian bukan saja berbeza dan bukan sentiasa tepat, malah diagnosis sedemikian turut mengambil masa serta boleh meningkatkan kos kepada pesakit secara keseluruhan.

Pada masa sama, wanita yang mengalami vaginitis pula akan terus berasa tidak selesa dan ada kalanya jangkitan boleh bertambah teruk.

“Beberapa faktor mempengaruhi lelehan vagina iaitu umur, perubahan paras hormon dan penggunaan alat perancang kehamilan, haid atau kehamilan. Kadangkala alahan terhadap bahan kimia seperti sabun juga boleh menyebabkan keradangan vagina dan masalah ini akan hilang apabila penggunaan bahan kimia itu dihentikan,” katanya.

Kajian menunjukkan sebanyak 27 peratus kes vaginitis disebabkan jangkitan kulat dan ini diikuti bakteria sebanyak 21 peratus, parasit (lapan peratus) dan lain-lain (tiga peratus).

Bagaimanapun, bukan semua lelehan vagina berpunca daripada jangkitan. Sesetengah lelehan adalah normal jika ia berlaku pada tengah kitaran haid (selepas haid), terutama bagi wanita muda berumur pertengahan 20 atau 30 tahun.

“Seseorang wanita boleh mengalami lebih daripada satu jangkitan pada satu-satu masa. Lebih 30 peratus kes vaginitis membabitkan jangkitan bakteria dan fungus. Walaupun ia masalah biasa, wanita perlu mendapatkan rawatan pakar kerana punca vaginitis tidak boleh ditentukan melalui gejala atau pemeriksaan fizikal saja. Malah, tiada satu gejala khas boleh menentukan jenis jangkitan yang dialami seseorang wanita. Kadangkala gejala menjadi sangat teruk sehingga wanita tidak boleh tidur dan alami kesakitan,” katanya.

Sementara itu, Perunding Obstetrik dan Ginekologi Fakulti Perubatan Universiti Wayne State, Amerika Syarikat, Profesor Jack D Sobel, berkata adalah penting bagi wanita peka terhadap tiga penyumbang utama yang menyebabkan vaginitis dan gejalanya supaya mereka boleh membuat rawatan awal dan mendapat rawatan yang betul.

“Kebanyakan wanita menganggap jangkitan vagina begitu sulit dan amat peribadi untuk diberitahu kepada individu lain. Oleh sebab itu ada kecenderungan untuk tidak membincangkan masalah berkenaan dan membiarkannya tanpa sebarang rawatan,” katanya.

Wanita seharusnya menyedari tiga punca utama vaginitis dan gejalanya supaya mereka boleh mendapatkan rawatan sewajarnya. Sungguhpun boleh mengelirukan, gejala yang diperlihatkan tetap menjadi tanda amaran vaginitis.

Rawatan bagi vaginitis kata Dr Sobe, biasanya bergantung pada jenis yang mana satu wanita berkenaan hadapi. Tablet, gel vagina atau krim mungkin rawatan sesuai bagi vaginosis bakteria, manakala tablet metronidazole bagi trikomoiasis.

Vaginitis atrophic (yang terjadi akibat tahap pengurangan estrogen selepas menopaus) biasanya dirawat dengan estrogen dalam bentuk krim atau tablet. Bagi jangkitan yang bercampur, rawatan berkesan bergantung kepada diagnosis yang tepat, tetapi terapi gabungan adalah pilihan paling baik bagi sesetengah kes.

“Sekiranya diagnosis yang tepat tidak boleh atau tidak mungkin dibuat tanpa pemeriksaan kultur vagina, mikroskopi atau penilaian pH ini bermakna, wanita akan terus mengalami keadaan tidak selesa sementara menunggu keputusan ujian makmal. Penyelesaian terbaik ialah memberi preskripsi dengan spektrum luas dan mensasarkan semua tiga punca utama vaginitis,” katanya.

INFO
Antara langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengelak jangkitan dan menjaga vagina:

1. Selepas mandi bilas sabun pada bahagian luar genitalia (lipatan mengelilingi bukaan vagina dan uretra) betul-betul dan pastikan bahagian itu benar-benar kering bagi mencegah kerengsaan.

2. Galakkan pasangan menggunakan kondom ketika melakukan hubungan seksual, ia bagi mengelakkan jangkitan merebak melalui hubungan seksual.

3. Pakai seluar dalam daripada material kain kapas dan elak memakai seluar dalam yang lembap serta ketat.

4. Elakkan menggunakan sabun wangi bagi mencuci bahagian sulit, tampon atau penggunaan tuala wanita yang boleh menyebabkan kerengsaan.

5. Selepas menggunakan tandas, sapu dari bahagian depan ke belakang bagi mengelakkan penyebaran bakteria pada vagina.

6. Selepas mengadakan hubungan kelamin dan jika ingin mengelak kehamilan, jangan memancutkan air mani pada faraj.

Wanita dan vaginatis antara perkara yang berkaitan:

Wanita yang menghidap penyakit seperti kencing manis tidak terkawal juga mempunyai risiko tinggi mengalami jangkitan kulat dan masalah ini hilang apabila paras gula dalam darah terkawal.

Apabila mengalami jangkitan, segera jalani pemeriksaan. Pemeriksaan membabitkan soal selidik sejarah jangkitan faraj atau penyakit jangkitan kelamin, ujian rahim atau pH lelehan vagina. Ketika pemeriksaan doktor mungkin perlu mengambil sampel dinding rahim atau lelehan faraj untuk ujian makmal.

Vaginitis tidak menyebabkan kematian, tetapi boleh membuatkan seseorang wanita berasa tidak selesa, sakit pada vagina dan sebagainya.

Jika vaginitis berpunca daripada bakteria, ia boleh melarat hingga membawa kepada penyakit keradangan pelvis (PID) yang seterusnya berpotensi menjejaskan kesuburan dan menyebabkan kehamilan luar rahim.
Jika punca vaginitis adalah gabungan antara bakteria dan trikomoniasis (bakteria yang berada dalam usus) ia boleh menjejaskan kehamilan hingga menimbulkan masalah kelahiran tidak cukup bulan dan bayi lahir dengan masalah kurang berat badan.

sumber;fb
Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Friday, September 6, 2013

Adab Memandikan Bayi Yang Baru Lahir

Tip-tip untuk semua

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Saturday, August 31, 2013

Mulakan Sarapan Dengan Air Limau/Lemon

Tip-tip untuk semua

Potong limau/lemon dan masukkan 2-3 hiris kedalam satu gelas air suam dan minum. Lemon menjadikan air 'alkaline' dan memberi banyak khasiat terhadap kesihatan badan kita.

Seorang pakar dari Baltimore USA mengatakan airlemon bolih bunuh sel2 kanser dan ia lebih kuat lagi tindakan dari ubat kanser/chemotherapy.

Untuk pesakit2 saya yang mengalami berbagai jenis ovarian cyst termasuk endometriosis , adenomyosis dan fibroids sila cuba minum segelas air lemon yang fresh tiga kali sehari selama 3-6 bulan dan lihat ada tak perubahan dan tumbuhan2 tersebut.

Air bersih dan lemon segar yang diperah merupakan salah satu penggalak tenaga bersih yang paling baik .

Kebanyakan orang bergantung kepada minuman berkafein seperti kopi untuk mendapatkan tenaga pada waktu pagi. Kopi adalah perangsang adrenal menghasilkan tenaga yang kotor dalam bentuk gula dalam darah dan tekanan oksidatif.

Malangnya, kopi adalah diuretik yang habis badan anda rizab air dan mineral yang penting dan elektrolit seperti natrium, kalium, kalsium, dan magnesium.

Orang ramai berasa bertenaga oleh kopi disebabkan oleh kesan kafein pada kelenjar adrenal. Kopi merangsang organ-organ ini untuk mengepam hormon adrenalina tenaga segera dan norepinephrine. Hormon-hormon ini merangsang badan untuk gula pecahan disimpan dan melepaskannya ke dalam aliran darah.

Proses ini menyebabkan gula darah yang tidak normal yang meningkatkan tekanan oksidatif, pembentukan radikal bebas dan kerosakan tisu secara keseluruhan.

Makanan dan minuman yang kita makan memberikan caj elektrik yang memulakan pengeluaran tenaga dalam badan kita. Ion adalah sebahagian daripada molekul yang membawa caj elektrik. Ion yang bercaj positif dipanggil "kation," manakala ion yang bercaj negatif dipanggil "ion negatif."

Kebanyakan makanan kita meletakkan ke dalam badan kita datang dalam bentuk yang kationik, manakala proses pencernaan semulajadi (asid hidroklorik, enzim penghadaman, air liur) adalah anion. Lemon adalah satu-satunya makanan anion . Ini bermakna bahawa ia membawa caj negatif yang sangat kuat dan amat aktif.
Lemon segar membantu mengoksidasi badan dan memaksimumkan fungsi enzim. Lemon dikenali untuk merangsang enzim semulajadi dalam hati/liver. Ia membantu hati dalam proses pembuangan toksin seperti asid urik dan membersihkan salur hempedu .

Asid sitrik juga boleh memainkan peranan yang amat penting dalam peroses chelation dengan batu-batu kalsium yang tidak normal. Ia mempunyai kebolehan unik untuk membentuk kompleks larut dengan kalsium yang banyak. Ia telah digunakan untuk menghapuskan batu pankreas dan batu karang. Mekanisme ini juga boleh membantu mencegah timbunan kalsium di dalam salurdarah yang menyebabkan penyakit jantung.
Air bersih dengan lemon menyediakan badan dengan penghidratan, anti-oksida dan elektrolit. Lemon adalah sumber yang kaya dengan perangsang - vitamin C. Ia juga mempunyai banyak elektrolit seperti kalium, kalsium dan magnesium. Lemon merupakan sumber yang amat besar sitrus fitonutrien iaitu anti-oksida bioflavonoid yang telah diberi label Vitamin P.

Vitamin P terdiri daripada hesperetin glikosida flavonoid dan naringenin. Kajian telah menunjukkan bahawa vitamin P meningkatkan keupayaan anti-oksida vitamin C. Bioflavonoids ini juga meningkatkan kebolehtelapan rerambut dan aliran darah . Ini adalah sangat penting untuk bekalan oksijen kepada tisu dan mengekalkan tekanan darah yang normal. Antioksidan ini juga telah terbukti untuk mengurangkan bengkak dan edema.

Apabila mengambil 1 limau dan diperah ke dalam 16-32 oz air bersih dan suam panas. Pastikan makan bahagian luar membran limau di mana kebanyakan serat pektin dan bioflavonoids sitrus terletak. Stevia boleh ditambah untuk membentuk air limau tanpa gula. Cuka epal cider dan pelbagai herba boleh digunakan untuk meningkatkan potensi enzim dan anti-oksida.


LEMON

Well - what a remedy for the disease unbelievable - There is no harm just drinking this water as a normal water, day to day.? Please pass this on to your family and friends.
hello!!! just want to share this good information

Just cut 2-3 thin slices of lemon in a cup/container and add drinking water will become "alkaline water",
drink for the whole day, just by adding drinking water. Take it as drinking water every day is good for everybody. The surprising benefits of lemon! I remain perplexed!

================================

Institute of Health Sciences, 819 N. L.L.C. Charles Street Baltimore , MD 1201.
This is the latest in medicine, effective for cancer!

Read carefully & you be the judge.

Lemon (Citrus ) is a miraculous product to kill cancer cells . It is 10,000 times stronger than chemotherapy
Why do we not know about that? Because there are laboratories interested in making a synthetic version that will bring them huge profits.

You can now help a friend in need by letting him/her know that lemon juice is beneficial in preventing the disease. Its taste is pleasant and it does not produce the horrific effects of chemotherapy.

How many people will die while this closely guarded secret is kept, so as not to jeopardize the beneficial multimillionaires large corporations? As you know, the lemon tree is known for its varieties of lemons and limes.

You can eat the fruit in different ways:
you can eat the pulp, juice press, prepare drinks, sorbets, pastries, etc...It is credited with many virtues, but the most interesting is the effect it produces on cysts and tumors. This plant is a proven remedy against cancers of all types. Some say it is very useful in all variants of cancer.

It is considered also as an anti microbial spectrum against bacterial infections and fungi, effective against internal parasites and worms, it regulates blood pressure which is too high and an antidepressant, combats stress and nervous disorders.

The source of this information is fascinating: it comes from one of the largest drug manufacturers in the world,
says that after more than 20 laboratory tests since 1970, the extracts revealed that : It destroys the malignant cells in 12 cancers including colon, breast, prostate, lung and pancreas.

The compounds of this tree showed 10,000 times better than the product Adriamycin, a drug normally used chemotherapeutic in the world, slowing the growth of cancer cells. And what is even more astonishing: this type of therapy with lemon extract only destroys malignant cancer cells and it does not affect healthy cells.


Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Mencegah Keguguran Kandungan

Tip-tip untuk semua

Bagi kebanyakan orang hamil untuk mencapai cukup bulan (37-40 minggu) tidak menjadi masalah. Lebih kurang 10-15% akan mengalami keguguran dan sebahagian besar daripada mereka yang berlaku dalam 3 bulan pertama. Keguguran berlaku sekali pun sudah cukup untuk menyebabkan trauma mental, dan jika ia terus lagi berulang, ia sangat buruk padahnya dan boleh merosakkan perkahwinan anda. Saya mempunyai pesakit yang telah hamper 10-12 kali keguguran diperingkat awal kehamilan.

Biasanya, saya akan melaksanakan penilaian yang sangat berhati-hati, pemeriksaan secara menyeluruh dan penyiasatan makmal yang berkaitan untuk mencari apa-apa punca keguguran. Ada kala saya dapat mengenal pasti punca serta merta, tetapi kadang-kadang saya tidak boleh kerana ia mungkin disebabkan oleh kecacatan genetik / kromosom atau mungkin terdapat mutiple faktor-faktor berinteraksi.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini saya mendapati bahawa kadar kejayaan saya dalam merawat keadaan ini telah meningkat dengan ketara, dan saya cuba untuk menganalisis sebab di sebalik kejayaan ini.

Saya gunakan beberapa pendekatan rawatan saintifik. Jika saya mengesan sebarang penyakit dalam rahim atau ovari, seperti endometriosis dengan rahim retroverted, fibroid, ovari polisistik,rawatan secara pembedahan akan jadi pilihan.

Beberapa jenis jangkitan kuman iaitu TORCHES - Toxoplasmosis, rubella, CMV virus,herpes simples dan syphillis adalah dikaitakn dengan kejadian keguguran yang berulang2. Rawatan sewajar dengan antibiotik dan supplement untuk meningkatkan immunity/ketahanan badan perlu dilaksanakan.

Lain-lain terapi tertumpu pada meningkatkan imuniti pesakit dengan memberikan beberapa penggalak imun dan tambahan. segar makanan / diet kesuburan. Saya percaya bahawa salah satu faktor dia menyebabkan keguguran ialah immunty/ketahanan yang rendah dan toksin berlebihan di dalam tubuh, Langkah2 memberikan antioksidan dan vitamin C, E dos tinggi akan dapat membantu.

Kaedah lain terapi memperbaiki persekitaran pesakit dengan tujuan mengurangkan tekanan fizikal dan mental esp kerja-kerja yang berkaitan, mengurangkan pendedahan kepada toksin luaran, bahan kimia pencemar dan berbahaya.

Cuba ikuti langkah-langkah:

1. Jumpa pakar gyne anda dengan seberapa segera . apabila anda terlambat datang haid , buat ujian kencing untuk mengesahkan kehamilan. '

2. Menahan diri daripada hubungan seksual sehingga mendapat nasihat daripada doctor anda.

3. Hormon sokongan-mempercayai bahawa salah satu faktor yang menyebabkan awal keguguran kekurangan progesteron . Saya biasanya memberi pesakit yang berulang kali gugur, hormon progesteron dalam bentuk suntikan atau tablet dalam 3 bulan pertama kehamilan.

4. Saya memberi multivitamin saperti obimin, asid folik, Vit C 1gm dan Vit E 400-800 IU setiap hari.

5. Penggalak imun -Jintan Hitam (habbatus Sauda), antioksidan yang diperoleh daripada ekstrak buah-buahan dan sayur-sayuran. Baru2 ini saya juga beri Livovid iaitu sijenis supplement untuk membersihkan 'toxins dalam badan.

6. Bagi orang-orang yang gemuk dan mempunyai PCOS Saya akan beri mereka Metformin 500mg. Kurangkan karbohidrat dan gula. .Jauhkan fast dan junk foods.

7. Rehat adalah amat penting. Kurangkan aktiviti2 fizikal dan mental., Jauhkan kerunsingan. Berehat sebanyak2, jika perlu masuk hospital untukberehat di atas katil, sekurang-kurangnya tinggal di rumah.

8. Jauhkan racun serangga atau semburan pewangi atau kimia

9. Kurangkan Caffein dan juga teh, mengapa tidak mencuba air kelapa.

10. kedudukan Mudah ketika berbaring menyiarap jika anda mempunyai rahim yang retroverted dan belum lagi diperbetulkan, meletakkan 2 bantal di bawah perut anda. Luangkan 10-15 minit pada kedudukan itu pada kira-kira 10-11 pagi.dan pukul 3-4 petang dan setengah jam sebelum tidur.

11. Akhirnya - banyak Relaksasi, dan untuk umat Islam, membaca quran, zikir dan doa. Positif dalam pemikiran, menghilangkan segala bentuk negatif.

sumber; Dr Hamid Arshat
Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Merancang Jantina Bayi

Tip-tip untuk semua

Kita merancang Allah menentukan. Semuanya boleh dirancang termasuk jantina bayi. Kesluruhan kadar kejayaan 70%. Tiga bulan sebelum mencuba buat segala persiapan, untuk kesan waktu subur/ovulation. dan panduan jenis pemakanan dimulakan awal-awal lagi.

Merancang anak lelaki

Petua yang saya berikan tidak boleh dijamin sepenuhnya keberhasilannya. Mungkin dengan izin Allah s.w.t. anda akan mencapai 70% kejayaan.

Sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y. Sedangkan telur/benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).

Ciri-ciri benih lelaki berbeda – benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama. Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.
Untuk mencuba anak lelaki, ikuti garis panduan berikut:

1.Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2.Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah-kaedah mengesan waktu penetasan telor, Lihat carta BBT diatas sebagai panduandan cara-cara untuk mencatit suhu badan setiap pagi.

Selepas habis haid bolih bersetubuh berhenti pada hari ke10 dan bila catitan BBT menurun menunjukkan berlakunya 'ovulation' , biasanya hari ke14 - 15, mulakan hubungan dengan suami.

Satu cara lain untuk kesan hari penetasan telor ialah dengan membuat ujian air kencing pertama pagi dengan alat ujian 'Ovulation Test Kit' yang bolih di beli difarmasi. Mulakan ujian pada hari ke10 dikira dari hari pertama mula datang haid.

Bagi mereka yang pusingan haid teratur iaitu 28 - 30 hari jauhkan persetubuhan mulai hari ke10 . Bila ujian kencing positif mula bersama keesokkan hari berturut2 selama 3 hari dan selepas itu selang hari sampai hari ke20.

3.Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4.Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Kita hanya merancang, Allah swt yang akan menetukan. Allah yang memberi rezeki kepada maanusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah, dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu.

Bila boleh tahu ?

Ujian Ultrasound pada kebiasaannya boleh mengesan jantin bayi dalam umur kandungan antara 5-6 bulan.

Bolehkah merancang anak kembar

Dalam keadaan biasa satu kembar akan berlaku daripada 80 kehamilan. Kejadian kandungan kembar sedikit dipengaruhi oleh baka dan keturunan.

Wanita-wanita yang sedang menjalani rawatan kesuburan, peluang dapat anak kembar bagi mereka yang makan pil subur (clomiphene) ialah antara 5-10% , sedangkan mereka yang menerima suntikan homon subur atau menjalani rawatan bayi tabung uji, peluang dapat anak kembar ialah 20-30%.

Anda boleh mencuba rawatan tersebut, tetapi rawatan suntikan hormon subur membawa risiko kembar sampai lapan yang akhirnya akan gugur.

Makanan terbaik untuk pembentukan otak.

Protin adalah zat makanan asas bagi pembentukan otak bayi dalam kandungan. Ia boleh didapati dari berbagai sumber pemakanan diantaranya daging lembu atau kambing, ayam, ikan dan lain-lain jenis makanan laut, tauhu dan tempe (dari kacang soya), kacang hijau, susu dan produk-produk darinya, telur dan lain-lain.
Dari semua itu, ikan dan makanan dari kacang soya dan susu merupakan sumber protin yang mudah hazam dan diserap ke dalam saluran darah dan seterusnya dibekalkan kepada bayi dalam kandungan. Ada yang percaya makan lebih makanan dari kacang soya menghasilkan kulit bayi yang cantik ! Mungkin benar?

Minyak ikan dipercayai juga penting bagi pembentukkan otak bayi. Makanlah minyak dan telur ikan dalam kadar yang lebih dari biasa mulai kandungan 5 bulan keatas. Amalan meratah ikan dan tahu juga baik bagi wanita-wamita hamil !

sumber; Dr Hamid Arshat@pakar sakit puan

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Info; Air Ketuban

Tip-tip untuk semua

Air ketuban ialah cecair pelindung yang memenuhi rahim wanita ketika hamil.

Selepas 10 minggu kehamilan, pembentukan janin akan dibantu oleh kehadiran cecair yang mengandungi protein, karbohidrat, lipid dan fosfolipid, urea dan elektrolit ini. Air ketuban sangat penting bagi melindungi sebarang gegaran ketika kehamilan berlangsung. Dalam kehamilan normal, air ketuban sekitar 500-800 ml pada akhir kehamilan. di saat kelahiran. Air ketuban ini akan pecah disebabkan penolakan dari bayi dan juga kontraksi.

Ciri-ciri air ketuban ialah:
- rasa suam
- tidak berbau
- tidak berwarna/jernih.

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Related Posts with Thumbnails

Protected by Copyscape Web Plagiarism Software