Tip-tip untuk semua
Anda menghadapi masalah dengan rambut gugur?... ikutilah tip-tip dibawah ini dan amalkanlah mana-mana tip yang anda rasa mudah. semoga ianya berhasil dan selamat.
1. Perah tiga biji limau nipis. Campurkan dengan dua biji putih telur. Ratakan di seluruh bahagian rambut. Biarkan selama dua jam dan kemudian cuci bersih dengan air suam.
2. Rendam segenggam halba dan beberapa keping buah sintok selama dua hingga tiga jam. Selepas itu, rebus airnya sehingga warna pereng pekat. Ramaskan ramuan sehingga hancur dan lumurkan pada rambut dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air bersih dan amalkan selalu bagi mencegah rambut anda gugur.
3. Parut halus lobak merah. Campurkan dengan minyak kelapa dan sapu pada rambut. Basahkan tuala kecil dengan air panas dan lap bahagian rambut itu tadi. Kemudian cuci sehingga bersih.
4. Tumbuk segenggam daun serai hingga lumat. emudian masak dengan secawan air hingga berwarna kekuningan. Sejukkan dan kemudian usapkan secara perlahan-lahan di bahagian kepala anda. Amalkan selama dua minggu bagi melihat keberkesanannya.
5. Ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya dan lendir pokok litup bumi. Masukkan kesemua ke dalam satu bekas. Campurkan sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut selepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama 30 minit. Bangun pagi dan cuci. amalkan seminggu sekali. InsyaAllah rambut anda tidak akan gugur dan lambat beruban.
6. Rebus segenggam kacang hijau tetapi jangan sampai airnya kering. Biarkan air tersebut sejuk. Kemudian, sebelum tidur, sapukan air pada akar rambut. Syampoo rambut pada keesokkan hari dan amalkan selalu.
7. Parut sebiji kelapa, perah dan ambil santannya. Masak santan hingga mengeluarkan minyak dan sejukkan. Ratakan di seluruh kepala dan biarkan semalaman. Keesokkannya barulah cuci hingga bersih dengan air suam.
8. Potong beberapa biji limau nipis kemudian tenyehkan di kulit kepala. Kemudian telur ayam dipecahkan dan sapu di bahagian yang bermasalah. Bungkus rambut anda beberapa jam sebelum dibasuh. Amalkan selalu untuk lihat hasilnya.
9. Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bungaan yang wangi. Kemudian basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut anda akan berbau harum.
* PERASAN TAK POINT NO 7? Itulah MINYAK KELAPA DARA :) . KALAU NAK LEBIH MUDAH, TELAN JE 2 BIJI TREENEA VCOA SEHARI. Insyallah, rambut anda akan lebih kuat,cantik dan bersinar ♥
Tip-tip untuk semua
Wednesday, April 10, 2013
Petua Mencegah Rambut Gugur
Saturday, April 28, 2012
Tips Perkahwinan
Tip-tip untuk semua
Tip-tip ini adalah dari ceramah Ustaz Azhar Idrus. Semoga ianya dapat memberi manafaat dan panduan kepada para pembaca sekalian.
1. KETIKA MENCARI CALON Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan
Tip-tip untuk semua
Friday, March 30, 2012
Menanam Uri: Kepercayaan Masyarakat Melayu vs Hukum Islam.
Tip-tip untuk semua
Antara upacara karut yang masih dilakukan sewaktu menanam uri ialah:
1. Cuci uri itu dengan sempurna sehingga tiada bahagian yang tidak dicuci atau darah masih tertinggal.
2. Kemudian rendamkan uri tersebut seketika di dalam air garam jantan (garam kasar).
3. Bersihkan kembali uri tersebut dengan air biasa.
4. Masukkan uri tersebut ke dalam tempurung kelapa yang hampir sempurna.
5. Letakkan pen, buku atau apa-apa barang yang kita mahu anak kita dikaitkan apabila besar. Buku atau pen untuk mendapatkan anak yang pandai.
6. Bungkus tempurung tadi dengan kain putih.
7. Tanam sedalam sekurang-kurangnya 1 kaki di tempat-tempat yang jarang dipijak.
8. Tanam berdekatan anjung rumah untuk bayi lelaki atau berdekatan dapur untuk bayi perempuan (kononnya nanti pandai memasak).
9. Apabila tiba malam, nyalakan unggun api/pelita/lilin atau apa-apa yang seumpamanya di atas permukaan tanah tempat uri tadi ditanam untuk 2 minggu supaya bayi tidak kembung perut.
Menanam Uri Menurut Islam
• Hukum menanam uri adalah HARUS.
• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh dibakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing.
• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku dan sebagainya adalah amalan khurafat.
Tip-tip untuk semua
Saturday, October 1, 2011
Kelebihan Susu Kambing :
Tip-tip untuk semua
Rasulullah SAW pernah bersabda sebagaimana yang diriwayatkan dalam HR. Muslim bahwa Islam datang dalam keadaan asing dan pada akhirnya akan datang suatu masa di mana Islam akan menjadi asing kembali. Kerana dalam memahami dan mempraktiskan ajaran-ajaran Islam seorang muslim diperintahkan Allah SWT untuk meneladani Rasulullah SAW (QS. 33: 21), semaksimum mungkin. Seluruh sikap dan perilaku sehari-hari Rasulullah termasuk kebiasaan makan dan minumnya. Di antara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah saw. adalah susu kambing segar.
Antara kelebihan susu kambing :
- Paling hampir dengan susu ibu (minuman terbaik di dunia selepas susu ibu).
- Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah)
- Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila)
- Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu
- Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat
- Kambing betina beranak 2 kali setahun, 1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor.
- Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari
- Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam.
Maka makanlah yang halal lagi baik (thoyyib) dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu, dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya kepada-Nya saja menyembah (QS. 16 :114).
Di antara gangguan kesihatan yang mungkin timbul dari kebiasaan minum susu lembu adalah kegemukan (sangat lazim), asthma, infeksi paru-paru, allergi dan tuberkulosis.
Dunia sudah terlalu dipromosikan dengan susu lembu. Barat sengaja mahu memalingkan manusia dari sunnah nabi yang mengandungi seribu kebaikan. Hasilnya, harga susu kambing agak mahal berbanding susu lembu kerana susah didapati, terutama di negara kita. Walhal kos penternakan kambing jauh lebih rendah dari lembu, kadar pembiakannya tinggi, dan binatang ini tahan lasak.
Tip-tip untuk semua
Friday, June 19, 2009
Rahsia Disukai Ramai
Anda tentunya akan disukai ramai sekiranya :
*Bila anda mengucapkan “Selamat Pagi” atau “Assalamualaikum” , anda mengucapkannya dengan bersungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati.
*Anda penuh bersemangat dalam menghadapi hidup sehari-hari.
*Anda sentiasa jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda temui.
*Anda banyak mengukir senyuman manis yang ikhlas.
*Anda menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang kepada anda.
*Anda mampu bertahan selama berbulan-bulan tanpa meradang dan merengus.
*Anda tidak membebankan orang lain dengan masalah atau tugasan-tugasan anda.
*Anda dapat mengingat dengan baik rupa paras dan nama-nama orang.
*Anda dapat melahirkan perasaan tidak puas hati anda dengan sehalus yang mungkin dan tidak menyinggung hati mana-mana pihak.
*Anda tidak mempersendakan dan mempermainkan mana-mana pihak.
*Anda berhati-hati ketika menyampuk atau memotong percakapan orang lain.
*Anda menitikberatkan cara penampilan anda ketika anda bersosial.
*Anda menghindarkan diri daripada mengucapkan kata-kata kesat dalam perbualan anda.
*Anda tidak lokek dalam menghulurkan bantuan kepada orang.
*Anda tidak menyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang lain.
*Anda menitikberatkan perasaan orang lain ketika berkomunikasi (sama ada secara verbal ataupun unverbal).
*Anda dapat menyesuaikan diri dengan mereka yang ingin berkenalan dengan anda.
*Anda dapat menghindarkan diri daripada menegur kesilapan orang lainb secara langsung dan berterus-terang


