Tip-tip untuk semua
Air ketuban ialah cecair pelindung yang memenuhi rahim wanita ketika hamil.
Selepas 10 minggu kehamilan, pembentukan janin akan dibantu oleh kehadiran cecair yang mengandungi protein, karbohidrat, lipid dan fosfolipid, urea dan elektrolit ini. Air ketuban sangat penting bagi melindungi sebarang gegaran ketika kehamilan berlangsung. Dalam kehamilan normal, air ketuban sekitar 500-800 ml pada akhir kehamilan. di saat kelahiran. Air ketuban ini akan pecah disebabkan penolakan dari bayi dan juga kontraksi.
Ciri-ciri air ketuban ialah:
- rasa suam
- tidak berbau
- tidak berwarna/jernih.
Tip-tip untuk semua
Saturday, August 31, 2013
Info; Air Ketuban
Friday, March 30, 2012
Menanam Uri: Kepercayaan Masyarakat Melayu vs Hukum Islam.
Tip-tip untuk semua
Antara upacara karut yang masih dilakukan sewaktu menanam uri ialah:
1. Cuci uri itu dengan sempurna sehingga tiada bahagian yang tidak dicuci atau darah masih tertinggal.
2. Kemudian rendamkan uri tersebut seketika di dalam air garam jantan (garam kasar).
3. Bersihkan kembali uri tersebut dengan air biasa.
4. Masukkan uri tersebut ke dalam tempurung kelapa yang hampir sempurna.
5. Letakkan pen, buku atau apa-apa barang yang kita mahu anak kita dikaitkan apabila besar. Buku atau pen untuk mendapatkan anak yang pandai.
6. Bungkus tempurung tadi dengan kain putih.
7. Tanam sedalam sekurang-kurangnya 1 kaki di tempat-tempat yang jarang dipijak.
8. Tanam berdekatan anjung rumah untuk bayi lelaki atau berdekatan dapur untuk bayi perempuan (kononnya nanti pandai memasak).
9. Apabila tiba malam, nyalakan unggun api/pelita/lilin atau apa-apa yang seumpamanya di atas permukaan tanah tempat uri tadi ditanam untuk 2 minggu supaya bayi tidak kembung perut.
Menanam Uri Menurut Islam
• Hukum menanam uri adalah HARUS.
• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh dibakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing.
• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku dan sebagainya adalah amalan khurafat.
Tip-tip untuk semua
Monday, March 19, 2012
10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN
Tip-tip untuk semua
1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.
2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.
3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.
4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.
5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.
6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.
7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.
8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.
9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.
10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.
sumber; LifeFit.my
Tip-tip untuk semua
Sunday, October 9, 2011
10 Kelebihan Coca Cola ??....
Tip-tip untuk semua
Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :
1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa dua hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan coke. Kesannya karat hilang!
4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang.
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit? Celup tuala dengan coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!
8. Bahan aktif coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni! Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis. Sila lihat lori yang membawa air sirap coke dalam lori tangki, [bukan lori yang bawa coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis: bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. Tolong jangan letak/parking kereta
berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.
9. Para pengedar minuman coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!
10. Kandungan gulanya 18 sudu teh satu tin coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah.
Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi?
Perkara ini telah disampaikan oleh seorang sahabat... masa dia belajar di Mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. Dia nak carik jalan untuk serang cara lain, tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia sedang study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men & women. menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sebab diaorang tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama keturunan, diorg tak nak le mandul!
Kalau korang pernah terima forwarded email pasal bertapa cidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cucitoilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late. So kalau minum banyak & at that time baru lekat zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & amp; untuk kesihatan & amp; untuk tak support jewish companies.
Masih tidak pasti kesahihan artikel ini, namun jika ia benar bayangkan apabila ia masuk kedalam perut kita, bertambah sihatkah kita.. jika tidak benar pun lebih baik menjauhi, bukan kerana kesihatan sahaja malah untuk agama kita..
Tip-tip untuk semua
Saturday, June 18, 2011
Senyumlah Seikhlas Hati
Tip-tip untuk semua
Berikut adalah rahsia disebalik senyuman:
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi, menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan dan juga persahabatan.
15. Pujangga menyebut:
"SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".
Jadi anda semua jangan lupa untuk senyum, mulalah hari anda dengan senyuman. Sekerat atau meleret atau sampai kehujung telinga....tak kisah lah. Jangan senyum sinis dah lah, tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan pulak. Cukup sekadar nya sahaja ok. Sebab bila ketawa berlebihan pun akan mengelapkan hati.
Orang tua-tua dulu selalu berkata (berpesan), jangan gelak keterlaluan sangat kerana nanti lepas ni kita akan menangis pula (mendapat peristiwa/berita sedih).
Tip-tip untuk semua
Friday, March 5, 2010
Gula Putih vs Gula Merah
Tip-tip untuk semua
Dalam kehidupan kita seharian, penggunaan gula adalah amat sinonim di dalam menu harian terutama dalam minuman. Sarapan pagi atau pun minum petang. Dan kebanyakan kuih muih juga manis. makanan MANIS amat sinonim dengan orang-orang kelantan. Oleh itu kajian menunjukkan penduduk Kelantan yang paling ramai mengidap kencing manis.
Antara dua jenis gula ni... kalo nak dibandingkan yang mana lagi elok untuk kesihatan saya akan jawab gula merah... bukan gula putih yang biasa dijual di kedai tu... ini adalah kerana gula yang putih yang kebiasaan org guna dalam minuman tu telah diproses (di bleached dengan peluntur). Asalnya gula tebu ini berwarna kehijau-hijauan... bayangkan dari warna hijau ke warna putih, seputih-putihnya... berapa banyak kali ia telah dilunturkan warna nya?... yang warna putih tu, tidak dapat dielakkan terdapat campuran peluntur bersamanya. Apabila dimakan memang lagi merbahayakan!... cuba fikir-fikirkan, jika kita minum peluntur apa akan terjadi?... itu kalau peluntur semata... ini kan gula yang ada sedikit lekatan peluntur pada nya... agak lambat nak dapat lihat kesannya. Dari itu adalah lebih baik gunakan gula merah atau gula kabung... memang agak mahal sedikit dari yang putih ni... nak lagi bagus jadikan madu sebagai manisan untuk minuman atau sebagainya
Sebaik-baiknya tak payah pakai gula jika nak umur panjang dan kurang terkena sakit.
Pengganti gula untuk minuman dan makanan yang tidak membahayakan kesihatan adalah:
1. Stevia atau
2. Agave Nectar atau
3. Madu
Lagi manis dari gula 50% tapi lebih rendah dalam kalori 50%.
Tip-tip untuk semua
Saturday, May 16, 2009
43 Perkara Ringan Yg Menyekat Rezeki.
Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut.
Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.
Sunday, May 10, 2009
INFO : Senarai panggilan hormat & pantang larang pengacara majlis
Dalam urusan kita sehari-hari, adakalanya kita diminta untuk menjadi pengacara majlis bagi sesuatu majlis yang akan berlangsung di tempat kerja seperti jamuan perpisahan, Majlis Makan Malam Syarikat, Malam Amal, Hari Kualiti, pelancaran kempen dan sebagainya. Banyak daripada kita beranggapan bahawa tugas sebagai pengacara majlis merupakan tugas yang glamour dan mudah.
Sebenarnya, tugas pengacara majlis bukanlah mudah seperti yang kita jangkakan. Hal ini kerana kelancaran, kejayaan, hidup dan matinya sesebuah majlis bergantung sepenuhnya kepada pengacara majlis. Sekiranya dalam mengendalikan majlis, pengacara majlis hilang kata-kata maka keadaan ini akan menyebabkan kelancaran majlis terganggu. Begitu juga, jika pengacara majlis tidak pandai menarik perhatian tetamu yang hadir. Hal ini akan menyebabkan tetamu berasa bosan dan akhirnya meninggalkan majlis begitu sahaja. Akibatnya, tuan rumah atau penganjur akan menanggung malu. Oleh itu, sekiranya anda terpilih untuk menjadi pengacara majlis, pengetahuan tentang tugas sebenar pengacara majlis menjadi keperluan yang amat penting.
Pengenalan
Dalam sesuatu majlis pasti ada pelbagai jenis tamu mengikut pangkat dan kedudukan. Oleh itu, sebagai pengacara majlis, anda harus mengetahui penggilan hormat bagi seseorang tamu mengikut pangkat, darjat atau gelaran jawatan yang dijawat. Selain itu, sebagai pengacara majlis juga, anda harus mengetahui pantang larang terutama daripada segi berpakaian agar anda tidak menjadi isu dan memalukan pihak penganjur atau tuan rumah. Oleh sebab pentingnya panggilan hormat dan pantang larang daripada segi berpakaian, maka dalam bab ini akan disenaraikan panggilan hormat dan sedikit pantang larang berpakaian sebagai rujukan dan panduan para pembaca.
Panggilan hormat
Penggilan hormat yang sesuai hendaklah digunakan terhadap orang-orang kenamaan sebagai tanda penghormatan kepada kedudukan mereka. Amat mustahak bagi seorang pengacara majlis mengetahui dan menggunakan panggilan hormat dan gelaran yang betul mengikut protokol dalam sesuatu majlis yang dikendalikan.
Panggilan hormat bagi Yang di-Pertuan Agong, Sultan-Sultan dan Yang DiPertua Negeri adalah seperti berikut:
(a) Yang di-Pertuan Agong - *DYMM Seri Paduka Baginda
(b) Raja Permaisuri Agong - DYMM Seri Paduka Baginda
(c) Raja Perlis - DYMM Tuanku
(d) Sultan Kedah - Ke Bawah DYMM Al-Sultan
(e) Sultanah Kedah - Ke Bawah DYMM Tuanku
(f) Sultan Selangor - DYMM Sultan
(g) Tengku Ampuan Selangor - DYMM Tengku Ampuan
(h) Yang Dipertuan Besar - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
(i) Tunku Ampuan - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
(j) Sultan Pahang - Ke Bawah DYMM Sultan
(k) Sultanah Pahang - DYMM Sultanah
(l) Sultan Terengganu - DYMM Sultan
(m) Tengku Ampuan Besar - DYMM Tengku Ampuan Terengganu
(n) Al-Sultan Kelantan - Ke Bawah DYMM Tuanku
(o) Raja Perempuan Kelantan - DYMM Tengku
(p) Sultan Johor - DYMM Baginda Sultan
(q) Sultanah Johor - DYMM Baginda Sultanah
(r) Paduka Seri Sultan Perak - DYMM Paduka Seri Sultan
(s) Raja Permaisuri Perak - DYMM Raja Permaisuri Darul Ridzuan
(t) Yang DiPertua Negeri Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Tuan Yang Terutama
(u) Isteri Yang DiPertua Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Yang Amat Berbahagia
*DYMM = Duli Yang Maha Mulia
Panggilan hormat bagi orang-orang kenamaan yang lain ialah:
(a) Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat
(b) Isteri Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia
(c) Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat
(d) Isteri Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia
(e) Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berhormat
(f) Isteri Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berbahagia
(g) Menteri, Timbalan Menteri - Yang Berhormat
(h) Isteri Menteri dan Timbalan - Yang Berbahagia
(i) Tun/isteri - Yang Amat Berbahagia
(j) Tan Sri/isteri - Yang Berbahagia
(k) Datuk selain negeri Johor - Yang Berbahagia
(l) Dato’ dari negeri Johor - Yang Berhormat
(m) Raja/Tengku - Yang Mulia
(n) Isteri Raja/Tengku - Yang Berbahagia
(o) Panglima Angkatan Tentera/isteri - Yang Berbahagia
(p) Ketua Polis Negara/isteri Yang Berbahagia
(q) Ketua Hakim Negara - Yang Amat Arif
(r) Isteri Ketua Hakim Negara - Yang Amat Berbahagia
(s) Hakim Besar - Yang Arif
(t) Isteri Hakim Besar - Yang Berbahagia
(u) Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Arif
(v) Isteri Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Berbahagia
(w) Peguam Negara/isteri - Yang Berbahagia
(x) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam/isteri - Yang Berbahagia
(y) Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Persekutuan/ isteri - Yang Berbahagia
(z) Ketua-Ketua Jabatan Negeri - Yang Berusaha/Yang Berbahagia
Pantang larang
Dalam mengendalikan sesuatu majlis, seseorang pengacara majlis harus kelihatan menarik dan cantik kerana pengacara majlis merupakan orang yang menjadi tumpuan dalam majlis tersebut. Namun begitu, sebagai seorang pengacara majlis, anda harus mengetahui serba sedikit pantang larang daripada segi berpakaian.
Seorang pengacara majlis sangat dilarang memakai pakaian berwarna kuning apabila mengendalikan majlis yang melibatkan golongan atau kerabat diraja. Selain itu, jika majlis yang dikendalikan dihadiri oleh kerabat diraja dari negeri Perak, maka warna ungu juga dilarang daripada dipakai. Begitu juga dengan kain songket. Jika anda mengendalikan majlis yang mungkin dihadiri oleh kerabat raja Negeri Sembilan, anda tidak boleh memakai pakaian berasaskan kain songket.
Jadi, sebagai pengacara majlis, anda harus pandai memadankan pakaian dengan majlis yang akan dikendalikan. INGAT, anda merupakan cerminan bagi pihak penganjur atau tuan rumah.







