//

Friday, May 29, 2009

Serangan Jantung Kecil

SAKIT dada atau dada terasa ‘sesak’, sama ada ketika berehat atau melakukan aktiviti ringan seperti berjalan dan menaiki tangga, antara perkara yang perlu diberi perhatian serius kerana ia menjadi tanda utama kepada penyakit jantung, terutama bagi orang dewasa berumur 40 tahun ke atas.

Sakit dada atau dalam istilah perubatan dipanggil angina adalah serangan jantung kecil; yang sering disalah anggap sebagai gangguan biasa dan tidak perlu dibimbangkan kerana gejalanya sekejap, malah hanya ‘sakit sedikit’.

Anggapan ini menyebabkan masalah jantung semakin serius dan kajian menunjukkan 50 peratus pesakit yang mengalami serangan jantung meninggal dunia sebelum sempat sampai ke hospital.

Mengabaikan tanda yang dianggap ‘masalah biasa’ ini sebenarnya boleh menyebabkan kematian awal pada usia muda. Ini dibuktikan dalam kajian jangka panjang oleh Institut Kesihatan Awam di Oslo, Norway.
Kajian berkenaan membabitkan tiga pertanyaan seperti disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu:

• Adakah anda berasa sakit atau sesak dada apabila mendaki bukit, menaiki tangga atau berjalan cepat di permukaan landai?
• Jika anda sakit atau sesak dada ketika berjalan, adakah anda berhenti, berjalan perlahan atau terus berjalan?
• Jika anda berhenti atau berjalan perlahan, adakah sakit dada itu hilang dalam masa kurang 10 minit, selepas 10 minit atau lebih?

Anda dikatakan mengalami angina jika menjawab ‘ya’ bagi soalan pertama, ‘berhenti atau berjalan perlahan’ bagi soalan kedua dan ‘kurang daripada 10 minit’ untuk soalan ketiga.

Soal selidik itu dilakukan dalam tiga peringkat iaitu pada 1974 hingga 1978, 1977 hingga 1983 dan pada 2000. Peringkat pertama membabitkan 16,265 wanita dan 16,616 lelaki berumur 40 hingga 49. Manakala peringkat kedua membabitkan 15,318 lelaki dan 15,301 wanita.

Pada 2000, kajian susulan dilakukan dan didapati 1,316 lelaki dan 310 wanita (dari bahagian kedua) dan 2,685 lelaki serta 650 wanita dari kumpulan pertama meninggal dunia akibat penyakit jantung.

Kajian itu mendapati risiko kematian akibat sakit jantung adalah lebih tinggi di kalangan individu yang mengalami sakit dada. Malah, risiko sama dihadapi jika tidak mengawal peningkatan paras kolesterol dan tekanan darah.

Walaupun semua orang tahu penyakit jantung menjadi pembunuh nombor satu di seluruh dunia, masih ramai belum mengambil langkah pencegahan, terutama dalam kawalan berat badan dan pemakanan.

Menurut Pengarah Perubatan dan Perunding Kardiologi Intervensi, Pusat Penjagaan Jantung Kuala Lumpur (KLHC), Dr Mohamad Rafiq Ibrahim, 54 peratus penduduk Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan dan obes.

Berdasarkan pecahan kaum, 63.4 peratus adalah kaum India, 53.5 peratus (Melayu) dan 50.8 peratus kaum Cina mengalami masalah yang semakin membimbangkan ini.

Walaupun kebanyakan pakar perubatan menggunakan pendekatan Indeks Jisim Badan (BMI) untuk penentuan kegemukan dan tahap obesiti, kaedah yang dianggap lebih praktikal dan tepat ialah mengukur saiz pinggang.

Ia juga menjadi penanda aras penting kerana pengumpulan lemak pada bahagian pinggang bukan saja meningkatkan risiko sakit jantung, tetapi turut menjejaskan fungsi organ yang terletak di bahagian perut (abdomen).

“Sakit jantung tidak hanya berlaku pada lelaki dan akhir-akhir ini semakin banyak kes serangan jantung membabitkan wanita.

“Pada lelaki, risiko sakit jantung meningkat apabila berumur 45 tahun dan 55 tahun bagi wanita iaitu selepas menopaus.

“Malah lebih membimbangkan, apabila wanita diserang sakit jantung, masalah mereka biasanya serius kerana lambat dikesan.

“Selain itu, pesakit kencing manis perlu memberi perhatian serius dalam mengawal penyakit mereka. Kira-kira 80 peratus pesakit kencing manis meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Risiko kematian mengejut akibat masalah jantung di kalangan pesakit kencing manis sama seperti orang yang pernah mendapat serangan jantung,” katanya.

Dr Mohd Rafiq berkata, ini sebabnya konsep perkhidmatan kesihatan perlu diubah daripada memberi tumpuan terhadap rawatan kepada kaedah pencegahan yang terbukti lebih baik dan menjimatkan.

Namun ia bukan usaha mudah dan memerlukan kerjasama serta pembabitan secara langsung segenap lapisan masyarakat, terutama untuk mengubah gaya hidup menjadi aktif, kerap bersenam dan mengubah tabiat pemakanan.

“Fahaman orang kita yang menganggap boleh makan apa saja ketika muda juga perlu dibetulkan kerana pengumpulan lemak dalam salur darah bermula seawal umur dua tahun, tetapi biasanya pada umur tujuh tahun.

“Kerjaya kita hari ini sebenarnya terlalu banyak rehat. Ketika bekerja, terutama yang kerja di pejabat, adalah waktu badan berehat dan apabila balik kita perlu melakukan aktiviti cergas untuk menggerakkan seluruh anggota badan.

“Selain itu, pemeriksaan secara berkala boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan. Ketahui angka penting seperti tekanan darah, paras kolesterol dan gula dalam darah supaya langkah pencegahan boleh diambil jika melebihi tahap normal,” katanya.

Antara langkah pencegahan yang boleh diamalkan ialah:
• Beri perhatian apa yang anda makan. Jangan lupa ambil sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

Tiada pantang larang untuk makan kerana tiada makanan yang boleh dikategorikan sebagai ‘baik atau berbahaya’, tetapi segalanya hendaklah diambil secara sederhana.

Setiap kali sebelum mengambil makanan, ingat bahawa pinggan anda perlu dibahagi kepada empat bahagian iaitu untuk sumber karbohidrat (nasi), protein (ikan, daging, telur atau ayam), sayur dan buah.
• Jadikan senaman sebagai satu kemestian. Senaman semudah berjalan pantas selama 10 minit yang dilakukan tiga kali setiap hari dan tiga atau empat hari seminggu memadai untuk mengekalkan kesihatan dan menurunkan risiko penyakit jantung.
• Berhenti merokok.
• Jalani pemeriksaan kesihatan asas secara berkala sekurang-kurangnya setahun sekali, terutama tekanan darah, paras gula dan kolesterol.

* dipetik dari akhbar
Oleh; NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my

Baca Lagi...


Kanser Pangkal Rahim

Lindungi isteri anda....

Beri isteri perlindungan kesihatan. Ini cara moden dan paling baik untuk menunjukkan kasih sayang kepada isteri, terutama bagi melindungi mereka daripada serangan barah pangkal rahim — barah kedua paling umum di kalangan wanita Malaysia.

Berdasarkan laporan Daftar Kanser Kebangsaan 2003, barah pangkal rahim yang juga dikenali sebagai kanser serviks menduduki tangga kedua tertinggi selepas barah payu dara dengan catatan 12.9 peratus daripada semua kes kanser wanita.

Setiap tahun barah pangkal rahim meragut 270,000 nyawa wanita di seluruh dunia atau satu kematian dalam setiap dua minit. Di seluruh dunia, dianggarkan 500,000 kes baru barah pangkal rahim dicatat dan 266,000 kes daripadanya membabitkan wanita di negara Asia Pasifik, termasuk Malaysia. Daripada jumlah ini 143,000 kes berakhir dengan kematian atau satu kematian bagi setiap empat minit.

Barah pangkal rahim mewakili 7.9 peratus kemasukan ke hospital daripada semua kes kanser dan menyebabkan 10.5 peratus kematian di kalangan pesakit barah wanita di hospital kerajaan
“Hakikat ini menyedihkan kerana barah pangkal rahim adalah satu-satunya barah yang boleh dielak,” kata Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Datuk Dr Abdul Aziz Yahya.
Katanya, kira-kira 80 peratus pesakit hanya mendapatkan rawatan ketika penyakit sampai ke tahap serius iaitu apabila mengalami gejala seperti pendarahan atau pengeluaran bendalir faraj yang tidak normal, pinggul terasa sangat sakit dan sakit ketika mengadakan hubungan seks.

“Pendarahan selepas mengadakan hubungan seks antara tanda penting barah kian membesar. Oleh kerana tiada tanda atau kesakitan pada peringkat awal barah pangkal rahim, ramai wanita kurang memberi perhatian pada penyakit ini.

“Barah pangkal rahim boleh dikesan melalui ujian lumuran pap (pap smear) yang diperkenalkan sejak 60 tahun lalu. Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 2003 menunjukkan tahap kesedaran wanita di negara ini terhadap barah pangkal rahim masih rendah.

“Walaupun 90 peratus wanita tahu mengenainya, hanya 55.2 peratus pernah menjalani ujian lumuran pap sekurang-kurangnya sekali. Daripada jumlah ini hanya 32.1 peratus menjalani ujian lumuran pap secara berkala. Malah, ada yang tidak pernah dengar mengenai ujian ini,” katanya.

Yang menyedihkan, ramai berasakan ia tidak penting kerana mereka tidak sakit (23 peratus), tidak pernah dengar mengenai ujian ini (20.3 peratus), sibuk (18.3 peratus), malu (9.8 peratus), takut sakit (9.2 peratus), tidak mendapat cukup maklumat (3.8 peratus) dan lain-lain (15.8 peratus).

Barah pangkal rahim disebabkan jangkitan Virus Human Papilloma (HPV). Walaupun ada lebih 100 jenis HPV ditemui, dua jenis paling kerap menyebabkan barah ialah HPV16 dan HPV18 (70 peratus) selain HPV31 dan HPV45.

Siapa berisiko menghidap barah pangkal rahim?

Semua wanita yang pernah mengadakan hubungan seks. Lebih cepat seseorang wanita terdedah kepada aktiviti seks, lebih awal dia mendapat jangkitan. Lebih kerap dia melakukan hubungan seks, risikonya lebih tinggi kerana dia boleh mendapat jangkitan berulang.

Sebenarnya semua wanita terdedah pada jangkitan HPV, tetapi biasanya sistem imun badan dapat menghapuskannya dalam masa satu atau dua tahun. Namun dalam sesetengah keadaan, virus ini terus tinggal dalam badan sehingga wanita tua tanpa menyebabkan barah.

Virus akan membiak dan mula menyebabkan barah apabila sistem imun badan lemah. Proses ini mengambil masa lama; antara lima hingga 10 tahun untuk membentuk fasa pra kanser. Dari fasa ini ia mengambil masa lima hingga 10 tahun lagi untuk menjadi kanser. Ini sebabnya wanita disaran menjalani ujian lumuran pap yang boleh mengesan kehadiran sel kanser dari peringkat awal.

Kini ada cara lebih baik untuk melindungi wanita daripada barah pangkal rahim, iaitu melalui suntikan vaksin. Jika sebelum ini suntikan vaksin diberi sebelum seseorang wanita terdedah pada aktiviti seks (dari umur sembilan hingga 26 tahun) kini julat perlindungan vaksin baru lebih luas iaitu untuk semua wanita daripada 10 hingga 45 tahun.

“Ini bermakna wanita yang mengadakan hubungan seks dan ada anak masih boleh mendapat perlindungan daripada barah pangkal rahim. Pakar perubatan kini meletakkan vaksin sebagai perlindungan pertama barah pangkal rahim supaya wanita tidak dijangkiti HPV, diikuti ujian lumuran pap.

“Walaupun ada perlindungan vaksin, wanita perlu menjalani ujian lumuran pap secara berkala (setiap satu atau dua tahun). Ia perlu dilakukan secara seiringan kerana profil risiko barah berubah pada setiap orang,” kata Dr Abdul Aziz pada pelancaran Cervarix, vaksin baru penentang barah pangkal rahim anjuran GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd.

Vaksin ini mempunyai antigen bagi melawan jangkitan HPV16 dan HPV18 yang bertanggungjawab menyebabkan lebih 70 peratus kes barah pangkal rahim di seluruh dunia.

Rumusan khas ASo4, sejenis sistem adjuvan berfungsi meningkatkan tindak balas imun dan melanjutkan tempoh perlindungan daripada jangkitan HPV.

Berdasarkan kajian klinikal, didapati tahap imun wanita yang diberi suntikan vaksin terhadap jangkitan HPV kekal tinggi sehingga 5.5 tahun dan lebih menarik, ia turut memberi perlindungan silang terhadap HPV31 dan HPV45.

Bila waktu terbaik untuk mendapatkan suntikan?

Secara praktikal, waktu terbaik mendapatkan suntikan ialah sebelum melakukan hubungan seks buat kali pertama. Suntikan diberi dalam tiga dos iaitu pada bulan pertama, kedua dan keenam.

Bagaimanapun, bagi wanita lebih berusia, sudah berkahwin dan ada anak, vaksin ini dapat memberi perlindungan daripada jangkitan masa depan. Lebih penting, ia juga dapat melindungi fasa pra kanser daripada terus berkembang kepada fasa kanser.

“Jangan tunggu sehingga ada tanda penyakit untuk mendapatkan pemeriksaan. Barah pangkal rahim tidak hanya menjejaskan kualiti hidup wanita, malah mempengaruhi kehidupan seisi keluarga, termasuk suami dan anak,” katanya.

Kajian LPPKN
- Tahu mengenai kewujudan ujian lumuran pap — 90 peratus
- Pernah menjalani ujian sekurang-kurangnya sekali — 55.2 peratus
- Menjalani ujian secara berkala — 32.1 peratus

Alasan yang diberi
- Berasa tidak penting kerana tidak sakit — 23 peratus
- Tidak pernah dengar mengenai ujian ini — 20.3 peratus
- Sibuk — 18.3 peratus
- Malu — 9.8 peratus
- Takut sakit — 9.2 peratus
- Tidak mendapat cukup maklumat — 3.8 peratus
- Lain-lain — 15.8 peratus

Antara halangan ;
- Kurang pendedahan
- Masalah ekonomi dan logistik (rumah terlalu jauh dari hospital)
- Kurang sokongan suami
- Terlalu ramai anak dan tiada orang boleh menjaga mereka ketika ibu ke hospital

* dipetik dari akhbar

Baca Lagi...


Tuesday, May 26, 2009

33 Petua Dan Tip Kuruskan Badan Tanpa Ubat

1. Jangan berlapar
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. Minum 8 gelas air sehari
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. Elakkan minum minuman bergas
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. Ambil sarapan pagi
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. Makanlah dengan perlahan-lahan
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. Kunyah makanan kepadacebisan lebih kecil
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda.
Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan disembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan??

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Baca Lagi...


Rahsia Wajah Dan Hati Yang Cantik

Tips agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik :

1. Untuk wajah, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir dan jangan lupa berdoa.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga' dengan memperbanyakkan solat-solat wajib dan sunat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.
Boleh juga amalkan membaca al-quran kerana al-quran adalah Kalam Allah. didalamnya terkandung pelbagai hikmah dan khasiat serta ubat untuk pelbagai penyakit. Firman Allah : "dan ingatlah dengan mengingati ALLAH hati akan tenang"

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', doa ketika melihat cermin iaitu, "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlakku). (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud a.s. iaitu selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayur-sayuranan, buah-buahan dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan, dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

** Mudah-mudahan ia menjadi amalan rutin kita sehari-hari, insyaAllah.

Baca Lagi...


Hindari Buruk Sangka

Dalam surah al-Hujaraat (QS49), Allah SWT menekankan tentang ukhuwah, baik sesama Muslim mahupun sesama manusia. Ukhuwah, yang biasa diertikan 'persaudaraan, diambil dari akar kata yang pada mulanya bererti 'memperhatikan'. Makna asal kata ini memberi kesan bahawa persaudaraan mengharuskan adanya perhatian dari semua pihak yang merasa bersaudara. Perhatian itu dicurahkan kerana adanya persamaan antara pihak-pihak yang bersaudara, sehingga makna asal tersebut kemudian berkembang dan pada akhirnya bererti 'persamaan dan keserasian' dengan pihak lain. Bahkan mencakup persamaan dalam salah satu sifat seperti kemanusiaan, suku, agama, profession, perasaan dan sebagainya. Dalam kamus-kamus bahasa, ditemukan kata 'akh' yang dibentuk dari kata ukhuwah digunakan juga dalam maksud teman akrab atau sahabat, yang tentunya terjalin kerana adanya persamaan antara mereka.

Hubungan yang baik antara satu dengan lain dan khususnya antara muslim yang satu dengan muslim yang lainnya merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya. Ini kerana Allah telah menggariskan bahawa setiap mukmin itu bersaudara, seperti dalam firmanNya yang bermaksud,
"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat." (Surah al-Hujuraat, ayat 10)

Seterusnya, Allah SWT telah memberi amaran,
"Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olok) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujuraat, ayat 11)

Itulah sebabnya, segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh dan memantapkan persaudaraan harus suburkan dan dipelihara, sedangkan segala bentuk sikap dan sifat yang dapat merosak ukhuwah harus dihilangkan. Agar hubungan ukhuwah Islamiah itu tetap terjalin dengan baik, salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah Husnuzh Zhan iaitu 'berbaik sangka'.

Oleh itu, apabila kita mendapatkan informasi negatif tentang sesuatu yang berkait dengan peribadi seseorang apatah lagi seorang Muslim, maka kita harus melakukan tabayyun (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya, apatah lagi memberi respons secara negatif.

Allah berfirman yang maksudnya,
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak dingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Surah al-Hujuraat, ayat 6).

Manafaat berbaik sangka

Ada banyak nilai dan manafaat yang diperolehi seseorang muslim apabila memiliki sifat husnuzh zhan kepada orang lain.

Pertama, hubungan persahabatan dan persaudaraan akan menjadi lebih baik. Berbaik sangka dalam hubungan sesama Muslim akan menghindari terjadinya keretakan hubungan.

Kedua, terhindar daripada penyesalan dalam hubungan dengan sesama kita kerana buruk sangka akan membuat seseorang menimpakan keburukkan kepada orang lain, tanpa bukti yang benar.

Ketiga, selalu berbahagia dan bersyukur di atas segala kemajuan yang dicapai oleh orang lain, meskipun kita sendiri belum dapat mencapainya.

Buruk sangka salah satu penyakit hati

Buruk sangka adalah satu dari penyakit hati yang amat kronik. Ia bukan sahaja menjarah dengan parah hati dan jiwa pengidapnya, tetapi turut lahir tersendiri, malah ia lahir bersama dengan sifat-sifat mazmumah yang bongkak, dendam, zalim dan sebagainya. Apabila sifat tersebut meneraju dan memacu kehidupan seseorang insan, ia akan menjadi manusia yang sentiasa resah, gelisah dan tidak tenteram, kerana sentiasa mencari keaiban dan kelemahan orang lain, tidak punya masa untuk mengingati Allah SWT.

Buruk sangka yang dimaksudkan di sini ialah buruk sangka yang tidak baik. Ia mengheret sifat-sifat mazmumah yang bersarang di hati, yang akan mempengaruhi anggota-anggota badan yang lain supaya mengikut kehendaknya. Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya menyatakan,

"Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah! Itulah yang dikatakan HATI." (Hadis Riwayat Al-Bukhari Muslim)


Buruk sangka dibahagikan kepada 2 jenis:


1. Buruk sangka yang bertujuan baik, seperti untuk menyedar atau memperbaiki seseorang yang dikatakan melakukan kejahatan.


2. Buruk sangka yang bertujuan jahat demi untuk menjatuhkan maruah dan kedudukan seseorang. Walau apapun tujuannya, buruk sangka tetap memberikan impak yang negatif, jarang ada manusia yang terselamat dari terkena bahana prasangka. Dengan sebab itulah Islam sangat melarang dari berprasangka.


Buruk sangka boleh terjadi dengan berbagai sebab antaranya:

1 - Godaan dan tipu helah syaitan atau iblis.
Buruk sangka adalah jalan terbaik bagi syaitan merangsang manusia untuk bergaduh, mengumpat, melempar tohmahan, membuat pakatan jahat, berpecah belah dan sebagainya.

2 - Kelemahan jiwa.
Jiwa yang lemah akan mendorong seseorang mudah terikut dengan pemikiran yang negatif dan buruk terhadap orang lain.

3 - Perasaan sombong dan bongkak.
Perasaan ini menyebabkan seseorang itu merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain. Ia merasa dengki kalau ada orang lain mendahului dalam mengecapi sesuatu kejayaan atau membuat sesuatu kebaikan atau pun mendengar orang memuji musuhnya dihadapannya.

4 - Keburukan batinnya.
Seseorang yang biasa membuat tipu helah dan penipuan akan merasakan orang lain juga sama sepertinya.

Ruginya berburuk sangka

Apabila kita melakukan atau memiliki sifat buruk sangka, ada sejumlah kerugian yang akan kita perolehi, baik dalam kehidupan di dunia mahupun kehidupan di akhirat. Ia adalah wadah kehancuran, mengundang segala macam keruntuhan. Jiwa mangsanya hancur luluh, perasaan amat tertekan, rumahtangga kian runtuh, kedamaian akan musnah, masyarakat menjadi porak-peranda. Kesemuanya itu adalah gara-gara perangai buruk sangka. Justeru, Islam sangat-sangat mendesak umatnya agar mendahulukan bersangka baik daripada cepat bersangka buruk. Satu-satu hukuman tidak harus dijatuhkan hanya berdasarkan kepada sangkaan.

Allah SWT telah mengharamkan sikap buruk sangka terhadap sesama mukmin, kerana ia akan menyebabkan timbulnya fitnah, bukan sahaja di antara seseorang individu dengan individu yang lain tetapi juga dalam masyarakat Muslim amnya. Apabila sikap terkutuk ini terdapat di kalangan kita, ia boleh mengwujudkan perasaan saling tidak percaya, saling meragui, benci-membenci, pertelingkahan, perpecahan dan akhirnya bermusuh-musuhan di antara sesama Islam.

Pertama, mendapat dosa. Buruk sangka merupakan sesuatu yang berdosa kerana kita sudah menganggap orang lain tidak baik tanpa dasar yang jelas, berusaha menyelidiki atau mencari-cari keburukkan orang lain dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk tentang orang lain.

Allah SWT telah mengharamkan hamba-Nya yang beriman dari menyimpan perasaan persangkaan atau sangka-sangka buruk terhadap Allah dan terhadap saudara-saudaranya yang seagama. Malah Allah mengharamkan juga segala unsur, bibit atau segala punca yang boleh menyebabkan timbulnya rasa buruk sangka di kalangan muslimin. Pengharaman ini telah ditegaskan di dalam al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW sebagaimana firman Allah yang maksudnya,
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. )Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani (Surah al-Hujuraat, ayat 12)

Asal dari godaan syaitan

Kedua, dusta yang besar. Berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, kerana apa yang kita kemukakan merupakan suatu dusta yang sebesar-besarnya, perkata ini disabdakan oleh Rasulullah SAW, "Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu perbicaraan yang paling dusta." (Hadis Riwayat Muttaafaqun alaihi)

Rasulullah SAW juga telah memberi peringatan tentang sifat-sifat yang patut dihindari oleh setiap Muslim seperti saling dengki-mendengki, marah mahupun bersikap acuh tak acuh. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
"Hindarilah prasangka, kerana prasangka itu berita yang paling bohong. Jangan saling mencari-cari keburukan orang. Jangan saling mengorek rahsia orang dan saling menyaingi. Jangan saling mendengki, jangan saling marah dan jangan saling tak acuh. Tetapi jadilah kamu semua bersaudara sebagai hama-hamba Allah." (Sahih Muslim)

Ketiga, menimbulkan sifat buruk. Berburuk sangka kepada orang lain tidak hanya berakibat pada penilaian dosa dan dusta yang besar, tetapi jua akan mengakibatkan munculnya sifat-sifat buruk lainnya yang sangat berbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungannya dengan orang lain.

Sabda Rasulullah SAW dari Abdullah bin Umar yang bermaksud,
"Aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sedang tawaf di Kaabah lalu bersabda: Demi jiwa Muhammad yang di tangan-Nya, sesungguhnya kehormatan seseorang mukmin lebih besar di sisi Allah dari engkau (Kaabah) wangnya dan darahnya sehinggalah dia berprangsangka sesamanya yang baik." (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Dari Haritha bin an-Nukman berkata,
"Bersabda Rasulullah SAW: Tiga perkara yang sentiasa ada pada umatku: Kepercayaan sial. Hasad dengki. Prasangka. Beliau bertanya: Apakah yang boleh menghilangkan dari itu (semua) wahai Rasulullah bagi sesiapa yang telah ada pada dirinya perkara-perkara tersebut? Baginda bersabda: Apabila berhasad dengki mintalah ampun, apabila berprasangka janganlah diteruskan dan apabila mempercayai tataiyur hendaklah dihapuskan." (Hadis Riwayat at-Tabrani)

Semua punca-punca timbulnya buruk sangka yang dijelaskan oleh ayat al-Quran dan hadis-hadis di atas berpangkal dari
hati yang rosak dan berpenyakit lantaran kejahilan (tidak berilmu agama). Akhirnya menyebabkan lemah iman, lemah keperibadian, hilang panduan dan tidak tahu ke arah mana mahu dituju sehingga mudah berburuk sangka.

Hal keadaan seperti ini telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud,
"Apabila (seseorang) kurang berilmu akan (mudah) menimbulkan perasaan benci dan tuduhan salah (kepada orang lain). Dan jika pengetahuan tentang athar (hadis dan perbuatan sahabat) hanya sedikit, akan ramai yang mengikut hawa nafsu. Berpunca dari yang demikian, akan engkau temui suatu kaum (kumpulan) yang ramai mencintai (menyebelahi) kaum (kumpulan) yang lain hanya atas dasar hawa nafsu (bukan atas dasar kebenaran al-Quran atau al-Hadis) kerana tidak mengetahui (ilmu)nya dan dalilnya. Sedangkan mereka menyokong atau memusuhi (satu kumpulan) tanpa mengikut (landasan) hadis yang sahih dari Nabi dan dari Salaf ummah ini, mereka tidak mengetahui makna (al-Quran dan al-Hadis) dan tidak mengetahui apa yang dikehendaki (oleh hadis) tersebut dan tidak tahu untuk mempraktikalkannya." (Hadis Riwayat Imam Malik)

Berbuat Baik Dan Bersabar Di Atas Perilaku Manusia

Seorang lelaki bertanya,
“Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar menghadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab, “Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu, maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar di dalam semua keadaan sama ada ketika senang atau pun susah kerana ia merupakan pengukur darjat keimanan seseorang. Islam juga mengajar umatnya supaya jangan membalas keburukan orang sebaliknya menambahkan lagi kebaikan terhadap mereka mudah-mudahan dengan itu hati mereka menjadi lembut dan baik. Allah sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang sentiasa sabar dan benar dalam bertindak. Setiap umat Islam wajib menghubungkan silaturrahim dan haram memutuskannya.

Penawar buruk sangka

Sebenarnya, tiada penawar mahupun yang berasaskan sainstifik atau tradisional yang mampu mengubati dan menyembuhkan penyakit buruk sangka ini. Namun para ulamak dan cendiakawan islam ada menyarankan beberapa cara. Antaranya:

  1. Buruk sangka terhadap diri sendiri, tetapi jangan mencari kekurangan orang lain, tetapi bergaullah dengan orang yang diburuk sangka terhadapnya itu dengan lebih rapat dan berdoalah untuk kebaikkan baginya.
  2. Bermuhasabah diri setiap hari, jadikanlah diri kita seorang yang dapat menguasai was-was, bukan orang yang dikuasai was-was.
  3. Perbaikilah diri kita dan bersihkanlah ia dari sifat buruk, kerana di sebalik buruk sangka akan mengundang sifat-sifat keji yang lain.
  4. Ingatlah selalu bahawa Mahabbah, Mawaddah dan bersikap toleransi itu adalah nikmat yang sangat besar. Jangan musnahkan nikmat itu dengan sifat buruk sangka.
  5. Ingatlah selalu, bahawa buruk sangka boleh merosakkan diri kita. Kita akan kehilangan rakan, kekasih, saudara-mara, malah juga isteri. Kita akan kehilangan ramai khalik dan disisih oleh masyarakat.
  6. Ketahuilah dan ingatlah, bahawa syariat islam meletakkan asasnya atas rasa sangka baik terhadap semua orang islam dalam semua bidang: ekonomi, politik, sosial dan lain-lain lagi.

Dalam satu hadis Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan mambawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah, seorang yang benar (jujur). Berhati-hati terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah, sebagai seorang pendusta." (Hadis Riwayat Bukhari)

Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka, maka masing-masing kita harus menyedari betapa hal ini sangat tidak baik dan tidak benar dalam hubungan persaudaraan, apatah lagi dengan sesama Muslim dan aktivis dakwah. Di samping itu, bila ada benih-benih perasaan buruk sangka, maka perkara itu harus segera dicegah dan dijauhi kerana ia berasal dari bisikan atau godaan syaitan yang bermaksud buruk kepada kita.

Orang-orang yang mempunyai penyakit buruk sangka, ragu-ragu dan was-was terhadap orang lain dan ibadahnya, maka dia wajib berusaha meninggalkan penyakit tersebut dan segera bertaubat. Agar ia tidak berulang, maka perlu dirawat dengan ilmu agama terutama ilmu akidah. Oleh itu setiap mukmin sewajarnya menyibukkan dirinya dengan menuntut ilmu seperti menghadiri majlis-majlis ilmu yang memperkatakan tentang agama. Kerana hanya ilmu agama yang dapat merawat dan menyembuhkan penyakit buruk sangka, ragu-ragu dan was-was.


**Renung-renungkan.


Baca Lagi...


12 penipuan popular

Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengenal pasti 12 jenis taktik paling popular yang digunakan golongan penjenayah kolar putih. Dengan jumlah kerugian membabitkan RM16.5 juta sepanjang tahun lalu, Timbalan Pengarah II (JSJK) Bukit Aman, Datuk Abdul Razak Ab Ghani, menyifatkan kes jenayah penipuan di Negara ini membimbangkan, manakala taktik penipuan semakin licik dan canggih.

“Saya ber pendapat sikap tamak masyarakat menjadi punca utama gejala penipuan terancang sukar dibenteras sepenuhnya, biarpun tahap pendidikan rakyat kita membanggakan, namun kerana wang mereka mudah gelap mata hingga ramai ditipu dengan air liur sahaja.,” katanya.

Metro Ahad 4 Mac 2007
Sikap tamak punca ditipu dengan air liur ; oleh JAMILUL ANBIA MOHD DENIN

Dua belas taktik penipuan paling popular sepanjang 2006 adalah seperti berikut:

1. Taktik: Jual beli tanah
Jumlah kes: 79
Jumlah kerugian: RM4.6 juta
Modus operandi: Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya berpotensi dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh. Mangsa ditunjukkan geran tanah sebagai bukti dan diminta membuat pembayaran tunai. Mangsa hanya menyedari tertipu apabila mendapati geran tanah diberikan sebenarnya palsu selepas di periksa dengan pejabat tanah dan tanah ditawarkan itu milik orang lain.

2. Taktik: Bomoh buang sial
Jumlah kes: 120
Jumlah kerugian: RM2.8 juta
Modus operandi: Dalang mendakwa mangsa ada sial, roh jahat atau nasib malang dan berkebolehan mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani upacara rawatan khas membuang badi. Proses rawatan biasanya mengambil masa lama dan mangsa perlu membuat bayaran ditetapkan. Mangsa hanya sedar tertipu apabila tiada perubahan pada diri dan bomoh menghilangkan diri. Ada juga mangsa wanita dicabul dan ditiduri.

3. Taktik: Jual beli kereta
Jumlah kes: 71
Jumlah kerugian: RM2.1 juta
Modus operandi: Sindiket mencari mangsa yag memiliki kereta tapi belum menyelesaikan pinjaman atau bermasalah membuat bayaran ansuran dengan bank. Mereka menawarkan bantuan kononnya boleh menjual kereta mangsa dan menyelesaikan urusan pinjaman dengan bank. Mangsa menyedari ditipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan bayaran atau menerima saman lalu lintas. Selepas melakukan pemeriksaan, mangsa akhirnya mendapati keretanya tidak dijual, manakala anggota sindiket penipuan menghilangkan diri bersama kereta.

4. Taktik: Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi
Jumlah kes: 45
Jumlah kerugian: RM1.6 juta
Modus operandi: Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau Maxis yang kononnya ingin menyewa tanah untuk didirikan pencawang.Mangsa ditawarkan bayaran sewa bulanan tidak kurang RM10,000. Bagaimanapun, mangsa diminta menyerahkan geran tanah, membuka akaun bank baru kononnya untuk memudahkan bayaran sewa dan diminta mengeluarkan semua duit simpanan dengan alasan untuk mengelak cukai pendapatan. Selepas duit diserahkan, mereka menghilangkan diri.Kebanyakkan mangsa adalah penduduk dikawasan kampung.

5. Taktik: Menang hadiah utama loteri
Jumlah kes: 135
Jumlah kerugian: RM1.3 juta
Modus operandi: Dalang sindiket biasanya warga Indonesia yang bijak berlakon kononnya mereka memenangi hadiah utama loteri enam digit. Anggota sindiket, termasuk wanita, mencari mangsa dikawasan awam, terutama wanita yang banyak memakai barang kemas pemilik kereta mewah. Mereka mendakwa tidak boleh menuntut hadiah kemenangan kerana mereka warga asing, lalu menawarkan mangsa tiket loteri mereka dengan meminta bayaran sebanyak RM10,000.Biarpun jumlah itu besar, ia dikatakan jauh lebih rendah berbanding hadiah kemenangan yang kononnya RM200,000. Jika mangsa kekurangan tunai, mangsa boleh menyerahkan barang kemas dengan nilai dikehendaki. Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila mendapati tiket loteri diberikan sebenarnya tiket menggunakan jarum dan gam.

6. Taktik: Beli barang runcit dengan cek palsu
Jumlah kes: 63
Jumlah kerugian: RM1.3 juta
Modus operandi: Sindiket membeli pelbagai barangan runcit, namun pembayaran terpaksa dibuat dengan sebahagian kecil menggunakan tunai, manakala sebahagaian besarnya menggunakan cek, dengan alasan mereka syarikat yang harus ditibuhkan. Mangsa menyedari tertipu apabila mendapati cek digunakan tidak laku, manakala syarikat dimaksudkan tidak wujud.

7. Taktik: Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan Kastam
Jumlah kes: 106
Jumlah kerugian: RM782,510
Modus operandi: Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon bimbit,kereta dan komputer yang hendak dijual dengan harga murah kerana ia kononnya barang lelongan kastam turut digunakan untuk menyakinkan mangsa. Mangsa diminta membayar sejumlah wang sebagai cengkeram atau deposit sebelum barangan dihantar kemudian. Namun,penghantaran tidak dibuat dan anggota sindiket menghilangkan diri dengan wang cengkeram.

8. Taktik: Menang peraduan Akademi Fantasia 4 (Af4)
Jumlah kes: 330
Jumlah kerugian: RM700,000
Modus operandi: Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah kerana memenangi hadiah peraduan AF4 sebanyak RM9,000 Namun mangsa perlu membuat bayaran ke satu bank sebanyak RM1,000 terlebih dulu.Mangsa menyedari tertipu apabila wang RM9,000 yang dijanjikan tidak diserahkan.Polis kesal kerana banyak kali mengeluarkan kenyataan mengenai penipuan ini, namun orang ramai masih tidak ambil berat.

9. Taktik: Gores dan menang
Jumlah kes: 53
Jumlah kerugian: RM281,334
Modus operandi: Dianggotai sindiket yang mencari mangsa dirumah,kedai atau tempat awam.Mangsa diberi kad dan diminta menggores diatasnya untuk mengetahui hadiah dimenangi. Hadiah dijanjikan termasuk kereta dan wang tunai. Apabila mangsa ingin menuntut hadiah di premis yang selalunya beroperasi hanya dalam tempoh singkat, mangsa diminta membuat bayaran tertentu. Seringkali mangsa hanya menerima hadiah barangan elektrik, kerusi urut atau pinggan mangkuk yang tidak setimpal dengan wang dilaburkan.

10. Taktik: Tawaran pakej haji dan umrah
Jumlah kes: 13
Jumlah kerugian: RM264,000
Modus operandi: Sindiket menyamar kakitangan Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji serta umrah pada harga murah dan cepat.Namun, selepas mangsa membuat bayaran,pakej ditawarkan didapati tidak wujud. Ada mangsa menyedari ditipu selepas ada dilapangan terbang dan bersedia memulakan perjalanan.

11. Taktik: Tawaran bantuan kebajikan dan rumah kos rendah
Jumlah kes: 45
Jumlah kerugian: RM178,000
Modus operandi: Beroperansi dikawasan luar bandar dan mangsa biasanya orang tua,miskin atau ibu tunggal. Anggota sindiket menyamar kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau wakil yayasan kebajikan. Mangsa dijanjikan bantuan kewangan tetap bulanan atau rumah kos rendah pada harga potongan lebih 70 peratus. Untuk memperolehnya, mangsa diminta mengeluarkan semua wang didalam bank bagi membuka akaun baru atau membuat sejumlah bayaran, kononnya deposit pembelian rumah. Biasanya, mereka sangup mengikut mangsa ke pejabat LTH atau bank untuk keluarkan wang. Ketika urusan membuka akaun bank baru dan mangsa diminta tunggu diluar bank dan ketika itu anggota sindiket menghilangkan diri.

12. Taktik: Menang cabutan bertuah dari Hong Kong atau Macau
Jumlah kes: 6
Jumlah kerugian: RM161,000
Modus operandi: Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara.Mangsa bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang kedalam akaun tertentu.Selepas bayaran dibuat, wang kemenangan dijanjikan tidak di peroleh.

** berhati-hati lah agar kita tidak di TIPU

Baca Lagi...


Mutiara Kata: Sabda Rasulullah SAW

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Anas r.a. maksudnya:
Dari keimanan itu terpancarnya hal-hal kebaikan
(Riwayat Bukhari)

-------------- xxxxx ------------
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
Cinta terhadap dunia adalah sumber segala dosa
(Petikan kitab Imam Ghazali)

-------------- xxxxx -------------
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
Dengki (hasad) itu dapat merosakkan segala kebaikan sebagaimana api dapat menghanguskan kayu-kayan
(Petikan kitab Imam Ghazali)

-------------- xxxxx -------------
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
Nilai seseorang itu dapat diukur dari (tahap) agama yang dipegang oleh sahabat karibnya, oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat dalam pergaulan
(Petikan Kitab Imam Ghazali)

--------------- xxxxx -------------
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
Barangsiapa yang semakin bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah hidayahnya, maka dia semakin jauh dari Allah
(Petikan Kitab Imam Ghazali)

---------------- xxxxx -------------
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:
Orang yang memulakan memberi salam adalah terlepas dari sifat sombong dan takabbur
(Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)

--------------- xxxx ---------------
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:
Tidaklah di antara dua orang yang bersahabat kecuali siapa yang lebih menghargai sahabatnya maka dialah yang lebih disukai oleh Allah s.w.t
(Petikan kitab Imam Ghazali)

--------------- xxxxx --------------
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu, nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah
(Al-Hadith)


----------------- xxxxx ---------------
"hiduplah di dunia ini seolah2 anda orang asing"
-hadis-

------------------ xxxxx ---------------
jihad yg paling besar ialah melawan hawa nafsu dalam diri sendiri
– hadis -

------------------ xxxxx ---------------
Rasulullah bersabda,
Perangilah nafsumu dgn 4 pedang riadhah iaitu;
1. lapar,
2. kurang tidur,
3. tidak berkata-kata hanya sekadar keperluan dan
4. menahan kritikan(amarah).

----------------------- xxxxx -------------------
Seorang muslim itu adalah saudara bagi muslim yang lain. Janganlah menzaliminya dan jangan membiarkan ia di zalimi.
- hadis -

----------------------- xxxxx --------------------
Barangsiapa menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya.(hajat yang dimaksudkan ialah hajat yang menuju kearah kebaikan)
- hadis -

------------------------ xxxxx -------------------
Barangsiapa menutup keburukan saudara muslimnya nescaya Allah akan menutup kebaikannya di hari akhirat.
- hadis -

------------------------ xxxxx -------------------
Sabar itu adalah separuh dari iman.
- hadis -

Baca Lagi...


Monday, May 25, 2009

Mutiara-Mutiara Kata

Senyum itu sedekah

---------------- xxxxx -------------------
- Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya,
- Akal mengatatakan wanita Cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan..
- Hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.


---------------- xxxxx -------------------
Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.

---------------- xxxxx --------------------
- Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
- Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
- Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
- Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

----------------- xxxxx ----------------------
Sahabat yang baik adalah orang yang bercakap benar, dan bukannya hanya membenarkan kata-kata.

----------------- xxxxx -----------------------
Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati.

----------------- xxxxx -----------------------
Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa.

----------------- xxxxx -----------------------
Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.

---------------- xxxxx ------------------------
Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair.

---------------- xxxxx -------------------------
Ukhuah itu bukan terletak pada pertamuan....
bukan pada manisnya ucapan dibibir...
tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam DOAnya...(imam Al-Ghazali)

----------------- xxxxx ------------------------
Mengetahui dan mengenali keterbatasan diri adalah salah satu cara terbaik untuk syukur kepadaNYA...

------------------ xxxxx -----------------------
Sesungguhnya Allah itu menyayangi kita lebih dari kita menyayangi diri kita sendiri dan lebih dari ibu kita menyayangi kita... subhanallah...

------------------ xxxxx -----------------------
Hitunglah NIKMAT ALLAH yang dianugerahkan kepadamu sebagai ganti dari menghitung penderitaanmu.

----------------- xxxxx ------------------------
- Belajarlah bersabar dari wanita yang bernama Asiah (isteri Firaun),
- Setia dari Khadijah (isteri Nabi SAW yang pertama),
- Jujur dari Aisyah (Isteri Nabi SAW yang paling muda umurnya)..dan
- Teguh hati dari Fatimah (Puteri Nabi Muhammad SAW)


----------------- xxxxx -------------------------
Jangan mengeluh hanya kerana tidak punya kasut....
sebelum melihat org lain tak punya kaki .

----------------- xxxxx -------------------------
Jangan letakkan garam di dalam air yg sedikit, masinnya akan terasa....
tetapi letakkan ia di dalam tasik yang besar, agar hilang masinnya

Begitulah dgn masalah yang kita hadapi, jangan terlalu menumpukan pada masalah tersebut sehingga membebankan diri sendiri...
tetapi berlapang dada lah, kerana dengan nya mudah bagi kita menerima hidayah dan pasti ada hikmah disebaliknya.

---------------- xxxxx ----------------------
- Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah..Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
- Tidak perlu isteri secantik Balqis...Andai diri tidak sehebat Sulaiman
- Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf...Seandai kasih tak setulus Zulaikha
- Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim...Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah

----------------- xxxxx ---------------------
Jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat.

----------------- xxxxx -----------------------
- Hiduplah sesuka hatimu, Sesungguhnya kamu pasti akan mati.
- Cintailah siapa saja yang kamu senangi, ..Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya
- Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, ..Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya di akhirat nanti.

--------------- xxxxx -------------------
Jangan salahkan kumbang Kalau bunga layu ditangkainya
Tapi tengok-tengok la baja yang digunakan

---------------- xxxxx --------------------
Kalau nak buat, buat betul- betul, jangan buat-buat...
Kalau nak main, main betul-betul, jangan main-main..

---------------- xxxxx --------------------
Jika hati sejernih air, jangan biarkan ia keruh..
Jika hati seputih awan, jangan biarkan ia mendung..
jika hati seindah bulan, hiasi ia dengan IMAN

----------------- xxxxx ----------------------
Seorang yang menjadi hamba kepada nafsunya adalah lebih hina daripada hamba kepada seorang hamba (hamba abdi)

----------------- xxxxx ----------------------
Jauhi sifat amarah, kerana amarah itu merosakkan iman, sebagaimana jadam yang pahit merosakkan madu yang manis.

----------------- xxxxx -----------------------
Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuat kamu tersenyum, kerana hanya dengan senyuman sahaja yang dapat membuat hari-hari gelap anda menjadi cerah, ceria..

----------------- xxxxx -----------------------
Kebanyakan bekas akan penuh diisi kecuali bekas ilmu..

----------------- xxxxx ------------------------
Orang yang mulia menyalahkan dirinya..
Orang yang bodoh menyalahkan orang lain.

----------------- xxxxx -------------------------
Berfikir sebelum bercakap.
Nabi berkata " Dan janganlah kamu berbicara dengan satu perbicaraan yang akan menyebabkan kamu terpaksa meminta maaf esok"..


------------------ xxxxx ------------------------
Jangan mencaci maki iblis secara terang terangan, padahal anda sebenarnya kawannya secara sembunyi-sembunyi.

------------------ xxxxx ------------------------
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan...
Tetapi seringkali kita terpaku terlalu lama, pada pintu yang tertutup
Sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita...

------------------ xxxxx ------------------------
Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau....
Dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan...

----------------- xxxxx -------------------------
Kejujuran pada diri seseorang diukur dengan tingkah lakunya, bukan pekerjaannya

----------------- xxxxx -------------------------
MEMBAZIR ITU PENYESELAN.
Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada 9 pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:

Hati -Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.
Cinta -Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepadaNya.
Akal -Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.
Masa -Membazir jika tidak diuruskan sebaiknya.
Amalan -Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.
Zikir -Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
Tubuh badan -Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.
Ilmu Pengetahuan -Membazir jika tidak diamalkan untuk kebaikan.
Kekayan -Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah.

---------------------- xxxxx --------------------
Cuma 3 hari...
1. Semalam - Sudah menjadi sejarah.
2. Hari Ini - Apa yang sedang kita lakukan.
3. Esok - Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama
semoga hari yang kedua kita lebih baik
kerana mungkin ajal kita pada hari kedua
tiada hari ke 3

---------------------- xxxxx ------------------
Hidup cuma dalam 2 nafas...
1. Nafas Naik.
2. Nafas Turun.

- Hargailah nafas yang naik kerana udara yang kita sedut adalah pemberian Allah swt secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.

- Bertaubatlah dalam nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

----------------------- xxxxx -------------------
Hidup cuma ada 2 pilihan...
1. Hidup dalam keredhaan Allah.
2. Hidup dalam kemurkaan Allah.

----------------------- xxxxx --------------------
Hidup yang abadi cuma adaA 2 tempat ...
1. Kekal di dalam Neraka.
2. Kekal di dalam Syurga.

----------------------- xxxxx ---------------------
Belajarlah mencintai Allah, kerana cinta Allah adalah cinta yang KEKAL ABADI

----------------------- xxxxx ---------------------
Sucikan Najis...

Najis akal;
ialah kesyirikan dan men'syarikat'kan Tuhan dengan sesuatu yang lain. Ataupun kufur terhadapNya. Najis akal termasuk juga segala pegangan kepada kefahaman dan ideologi ciptaan manusia.

Najis hati;
ialah segala sifat-sifat keji dan mazmumah yang bersarang di hati seperti riak, sombong, angkuh, tinggi diri, hasad dengki, pemarah, pendendam dan sebagainya.

Najis nafsu;
ialah segala dorongan yang jahat dan negatif yang kalau dituruti akan menimbulkan dosa dan kemurkaan Allah.

------------------- xxxxx -------------------------
Boleh jadi Allah mencegah anda memperoleh sesuatu adalah sebuah kurniaanNya dan..
tidak terlaksananya keinginan anda adalah sebuah bentuk kasih sayangNya,
tertundanya pencapaian anda dari apa yang anda inginkan adalah inayah dari Allah,
kerana Allah mengetahui diri anda lebih dari anda sendiri....

Baca Lagi...


Wednesday, May 20, 2009

Petua Tidur

Tidur merupakan salah satu dari nikmat kurniaan Allah kepada kita. Semasa tidur sebahagian anggota tubuh kita akan dapat berehat, sebahagian dari otak kita juga dapat berehat. Jika manusia tidak dapat tidur, dia akan menjadi separuh gila (diganggu igauan semasa jaga atau hallucination). Oleh itu manusia perlukan tidur biarpun sebentar saja.

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadah yang paling ikhlas.

Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar. Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW, dia hanya akan dapat kerehatan saja.

Berikut adalah antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur:

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur dalam keadaan kaki anda menghala arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul (Surah Ikhlas, Surah Al-Kafiruun, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas) tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai 'night-cream' sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya?

-Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya ada syaitan atau jin betina.

-Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain.

-Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, syaitan atau jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih syaitan atau jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai 'bapa-bapa angkat' mereka bila syaitan atau jin tersebut 'tumpang semangkuk' ketika bersetubuh dulu.


Baca Lagi...


NAMA SYAITAN DALAM SURAH AL-FAATIHAH

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

6) IYA (disebut tanpa sabdu) sepatutnya IYYA. Iya bermaksud 'matahari'

Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!

7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

8) AMIN..... hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA...dua harakat, MIIIN.... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat, Insya-Allah.

--------------------- xxxxx ---------------------

** semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.


Baca Lagi...


Related Posts with Thumbnails

Protected by Copyscape Web Plagiarism Software