Tip-tip untuk semua
Diceritakan oleh Sayyidina Ali RA.; Adalah pada suatu hari masuk aku ke dalam rumah Nabi SAW. dan ada sertaku isteriku, Siti Fatimah RA.
Maka tatkala aku dekat dengan pintu, maka sabda Nabi SAW."Siapa yang dipintu itu? "Maka sahut Siti Fatimah; "Kami dengan suami kami, Ali. Hamba datang untuk menghadap engkau ya Rasulullah".
Maka tatkala Rasulullah membuka pintu bagi kami, tiba-tiba kami dapati akan Nabi hal keadaannya menangis akan sebagai tangis yang sangat.
Maka kataku (Sayyidina Ali RA.) baginya; "Penebusmu [adalah] aku, engkaulah bapaku dan ibuku Ya, Rasulullah. apakah yang menyebabkan engkau menangis?"
Maka sabda Rasulullah SAW.;
"Bahawa sesungguhnya telah aku lihat pada malam mikraj, beberapa perempuan daripada umatku di dalam siksa yang amat sangat. Maka sangatlah salah pekerjaan mereka itu., kerana itulah yang menyebakan aku menangis kerana keadaan mereka yang tersangat siksa".
Berkata Sayyidina Ali RA.;
"Ya, Rasulullah, bagaimanakah engkau lihat akan keadaan mereka itu?"
Maka sabda Rasulullah SAW.;
Telah aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya;
dan Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya;
dan Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung dengan dua kakinya pada hal terikat lagi terlipat dan telah mengeluarkan segala malaikat yang menyiksa itu dengan dua tangannya daripada pihak belakang lalu dilumurkan minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas ke dalam lehernya;
dan Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya. (Ada pun buah zaqqum itu adalah buah kayu di dalam neraka yang amat pahit dan apabila memakan mereka itu akannya, nescaya menggelegak (mendidih)segala isi perut mereka itu, dan otak dan gusi mereka itu dan keluar lidah apinya daripada mulut mereka itu)
dan Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung pada hal memakan ia akan daging dirinya manakala api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya;
dan Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia(perempuan) akan darahnya;
dan Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. Di dalam kerongkongnya api neraka pada hal keluar otak daripada kepalanya dan lagi mengalir ke dalam hidungnya dan segala badannya itu amat busuk lagi berputar-putar (menggelupur) seperti terkena penyakit yang besar;
dan Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya dipotong segala daging badannya daripada hadapan hingga ke belakang daripada segala anggota dengan gunting api neraka;
dan Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya hitam segala mukanya dan dua susunya dan api memakan isi perutnya;
dan lagi Aku lihat seorang perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan di atasnua itu beribu-ribu warna daripada azab;
dan Aku lihat pula seorang perempuan atas rupa anjing dan api neraka itu masuk daripada bawah duburnya dan keluar daripada ia{api} daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan kepalanya dan badanya dengan pemukul api neraka.
Kata Sayyidina Ali RA;
Maka berdirilah Siti Fatimah RA. kepada Nabi SAW. lalu berkata;
"Hai kekasihku dan cahaya mataku, khabarkan oleh mu apa dosa-dosa mereka itu hingga jatuh atas sekelian mereka itu dengan berbagai-baga siksaan itu?"
Maka sabda Nabi SAW.;
Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambu tnya daripada lelaki yang haram memandang dia,
Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti akan suaminya.
Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguh nya ia memberikan air susu suaminya [kepada bayi yang lain] dengan tiada izin suaminya.
Dan adapun perempuan yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah dengan tiada izin daripada suaminya.
Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.
Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tiada hendak bersuci badannya dan tiada hendak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringan akan sembahyang.
Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).
Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (adu domba/batu api) lagi amat dusta.
Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki
Semoga ianya mampu memberikan peringatan kepada kaum Muslimin dan Muslimat sekelian
* Dipetik dari Kitab Muhimmah karangan Sheikh Abdullah bin Abdul Rahim Fathoni 1384 Hijrah.
Tip-tip untuk semua
Sunday, June 6, 2010
Peringatan Besar Buat Kaum Wanita
Petua Mencuci Hati
Tip-tip untuk semua
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a
Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih."
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur.
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di ampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat
Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran
Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari
- Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif
Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).
7. Program minda/cuci minda
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -( CUBALAH!! ).
8. Berpuasa
Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati
Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
Walau pun sedikit. kalau terlalu miskin sedekahlah senyuman kerana Nabi saw pernah bersabda; 'senyum itu sedekah'. Senyum juga boleh awet muda tau..
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan
jangan makan makanan yang subhat (was-was, tidak pasti halal atau tidak).
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb).
Jangan dengar orang mengumpat.
"Wahai Tuhan...
Sesungguhnya aku tidak layak untuk syurgamu ...
namun aku tidak pula anggup menanggung siksa nerakamu...
dari itu ampukanlah dosa dosa ku
sesungguhnya Engkaulah pengampun
dosa dosa besar.
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...
"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"........
...Amin...
Tip-tip untuk semua
Saturday, June 5, 2010
2 Tips Asas Untuk Menajamkan Imaginasi
Tip-tip untuk semua
Imaginasi adalah bayangan minda.
Setiap orang ada cara tersendiri ketika berimaginasi. Ada yang suka membayangkan gambar pegun, membayangkan sesuatu peristiwa seperti wayang gambar atau dalam bentuk video. Ada juga orang suka berimaginasi dalam bentuk pergerakan animasi – macam cerita katun yang kita selalu tengok kat tv.
Jika Anda sedang mencari-cari cara macam mana nak menajamkan imaginasi, berikut adalah dua cara yang saya cadangkan untuk Anda:
1. Bayangkan selalu kehidupan Anda di masa hadapan seperti satu cerita.
Membayangkan sesuatu dalam bentuk video bergerak dengan penuh minat adalah teknik untuk melatih menajamkan imaginasi. Anda akan jadi terbiasa mengimajinasikan sesuatu hingga mampu memasukkan elemen bunyi, sentuhan, rasa, emosi dan suasana persekitarannya ketika itu.
Anda akan mampu merasai respon dari kelima-lima deria anda, sedangkan itu hanya di dalam imaginasi anda sahaja. Syaratnya, imaginasikan sejelas mungkin, bayangkan betul-betul, seolah-olah ia sedang berlaku. Beginilah caranya untuk kita melatih minda kita berimaginasi.
Lebih jelas bayangan imaginasi anda, lebih cepat matlamat anda direalisasikan sebab minda separa sedar anda akan faham sepenuhnya apa yang anda mahukan. Iamginasi adalah cara untuk kita mempengaruhi minda separa sedar kita lalu memanfaatkan kuasanya untuk menenukan kita dengan apa saja yang kita mahukan, termasuk mencapai kejayaan.
2. Lihat sesuatu benda seolah-olah benda tu pandai ‘transfrom’ sendiri atau anda mengubahnya kepada bentuk lain.
Untuk selalu berlatih teknik ni, minda anda kena jadi sedikit kebudak-budakan supaya senang menjadi kreatif dan inovatif.
Bebudak adalah golongan manusia yang tinggi imaginasinya sebab mereka suka membayangkan sesuatu ketika sedang bermain. Remaja dan golongan dewasa tak berapa suka membayangkan sesuatu yang bersifat kebudak-budakan sebab emosi mereka lebih banyak mengarah kepada keseriusan, no fun at all.
Sebagai permulaan, hampirkan diri anda dengan kanak-kanak. Luangkan sedikit masa bermain dengan mereka. Hepikan diri melihat telatah mereka. Kesannya anda akan mudah berimaginasi sebab minda anda ‘terjangkit’ gelombang minda kanak-kanak yang anda hampiri. Imaginasi anda akan menjadi semakin tajam, makin jelas.
Jika anda tak berapa suka berdampingan dengan kanak-kanak, baca banyak buku fantasi, novel fantasi atau banyakkan menonton filem sains fiksyen sebab kebanyakan daripada media hiburan jenis tu terhasil daripada imaginasi. Lebih kerap anda menontoh filem-filem sebegini atau kerap membaca buku-buku cerita fiksyen dalam bentuk sebegini, imaginasi anda akan menjadi semakin tajam. Anda akan cepat membayangkan sesuatu.
Kebanyakan orang, imaginasi mereka tumpul sebab minda mereka lebih mengarah kepada keseriusan. Mereka kurang suka berimaginasi, sebab lebih suka sesuatu yang realistik dan ‘tangible’. Jika anda nak membina imaginasi cemerlang anda kena keluar dari sikap macam tu. Tinggalkan.
Harapan saya, moga 2 tips tadi dapat menjadi panduan buat anda dalam usaha membina imaginasi.
sumber; http://motivasikejayaan.com/
Tip-tip untuk semua
Ubah 2 Perkara Untuk Mencapai Kejayaan
Tip-tip untuk semua
Untuk mencapai kejayaan dalam hidup, kita hanya perlu mengubah 2 perkara yang melibatkan kita dengan orang lain.
1. Mengubah diri menjadi orang yang bersikap baik sepenuhnya.
Kita tak akan dapat mengecapi kejayaan jika kita kekal dengan sikap sekarang ini. Kita kena ubah kepada sikap yang lebih baik supaya kita dapat mencapai tahap pencapaian yang lebih baik lantas membuat kita muncul lebih cemerlang dari orang-orang di sekeliling kita. Sikap yang baik, mendorong kita mengambil tindakan yang baik, hasilnya kita beroleh pencapaian yang baik-baik.
Mulai hari ini, ubah diri kita. Perbaiki sikap, cara bercakap, cara bergaul, cara kita memandang orang lain dan ubah persepi kita terhadap kehidupan. Hidup ini tidak kejam sebenarnya, tapi kita yang kejam pada diri sendiri sebab kita tak mengubah perangai kita dan tindakan kita menjadi perangai baik dan tindakan yang baik untuk kita mendapat hasil yang baik.
Sama-samalah kita ingat mengingati. Ubah diri menjadi seseorang yang baik, supaya kita dapat mencapai kejayaan, seperti yang kita idamkan. Baik kepada orang lain, baik kepada diri sendiri.
2. Berbakti kepada orang lain.
Sebuah perniagaan, sama ada yang menjual barangan ataupun yang menawarkan perkhidmatan, jika dikaji sebenarnya merupakan bakti kepada masyarakat. Untuk sesebuah perniagaan tu muncul jadi perniagaan berjaya, kena terlebih dahulu menaburkan bakti, memberi produk berkualiti serta perkhidmatan yang memuaskan hati.
Selepas tu barulah ramai orang akan membeli produk yang ditawarkannya, menggunakan perkhidmatan yang diberikan olehnya. Sama juga dengan diri kita. Untuk kita berjaya dalam pelajaran, kekeluargaan, kerjaya, perniagaan dan kewangan, kita kena berbakti dulu kepada orang lain. Dalam proses berusaha mencapai kejayaan, kita tak akan dapat menolak dari tidak melibatkan orang lain dalam hidup kita.
Kita memerlukan orang lain untuk kita menimba ilmu daripada mereka kemudian kita akan perlukan seseorang yang lain untuk kita curahkan ilmu yang kita ada supaya kita dapat menimba lebih banyak ilmu, dua kali ganda banyaknya dari jumlah sebelum tu.
Tadi kita kena ubah diri menjadi diri kita yang baru, dengan sikap baru, mindset baru, akhlak baru yang lebih baik. Sekarang, kita kena menabur bakti dengann bersikap baik. Apa yang kita berikan pada orang lain, kita akan dapat balik satu hari nanti dengan jumlah ‘double‘.
Tip-tip untuk semua
Tips Membina Mindset Kejayaan
Tip-tip untuk semua
Untuk kita mencapai kejayaan, terlebih dahulu kita kena ada mindset kejayaan.
Kita kena membentuk minda kita supaya terarah kepada kejayaan, bukan kegagalan. Sudah pasti kita akan menempuh kegagalan-kegagalan dalam proses kita memburu kejayaan tapi dengan mindset kejayaan yang kita sudah bina, kita akan mampu bangkit balik dari kegagalan, tak kira kegagalan besar atau kegagalan kecil.
Mindset kejayaan yang pertama adalah: dalam apa jua yang kita lakukan, kena berstrategi, mesti mau ada BLUEPRINT.
Blueprint adalah istilah yang diberi pada sesebuah perancangan bertulis. Sebelum memulakan langkah, tuliskan strategi anda di dalam sebuah buku khas, atau di dalam reminder kat dalam handphone.
Kemudian, baca buku tu setiap hari. Selain terus menerus berusaha, rekodkan perkembangan anda. Selepas 7 hari, baca balik rekod perkembangan anda.
Anda akan semakin optimis dengan usaha anda kerana anda dah nampak ia berhasil. Sejarah Islam sendiri ada kata, Nabi Muhammad s.a.w. sewaktu dalam usaha Baginda menyebarkan Islam, Baginda berusaha dengan penuh berstrategi. Maka, begitu juga kita dalam usaha kita memburu kejayaan kena bertindak penuh berstrategi.
Mindset kejayaan yang kedua: berani mendepani kritikan
Tiap kali mendepani kritikan daripada beberapa orang yang ada di sekeliling anda (kengkawan anda, ahli keluarga anda) elak untuk melawan. Dengar saja.
Anda kena banyak bersabar. Dah lumrah dunia. Sesiapa saja yang nak berjaya dalam bidang yang dipilihnya, pasti akan ada tentangan. Dalam ramai-ramai yang menghalang impian anda nak berjaya tu, akan ada beberapa orang yang menyokong anda. Untuk berani mendepani kritikan, anda hanya perlu tukar kritikan tu kepada motivasi dalaman sebaagi pendorong untuk anda.
Gunakan ‘reverse psychology’. Anggaplah mereka mengkritik anda kerana mereka mahu melihat anda berjaya. Jadi, buktikan kepada mereka! Orang tak akan percaya selagi diorang tak nampak, so buktikan sesuatu. Nampakkan kerajinan anda, perlihatkan hasil kerja keras anda.
Orang sekeliling tetap akan kritik anda, walaupun anda tak memasang keinginan untuk berjaya dalam hidup. Anda orang biasa ke, orang luasa biasa ke, diorang tetap kritik punya. Itu sudah menjadi satu hal yang normal dalam masyarakat kita.
Anda kena terima hakikat tu. Anggap saja diorang nak anda berjaya, sebab sekarang anda belum capai apa-apa pencapaian. Make them see who you are!
Mindset kejayaan yang ketiga: belajar apa yang perlu anda tahu sahaja
Untuk berjaya, anda tak perlu belajar menguasai 5 kemahiran sekaligus dalam satu masa. Anda tak akan dapat mencapai apa-apa bila anda buat camtu. Fokus untuk menguasai 1 kemahiran saja pada satu masa supaya anda berjaya.
Macam kita lempar batu ke dalam lubang. Andai kata kita nak beberapa biji batu ke dalam 5 lubang dalam masa yang sama, Anda rasa anda boleh buat tak? Dah tentu tidak. Kita hanya boleh melempar beberapa biji batu ke dalam 1 lubang pada 1 masa.
Oleh itu, fokuskan pada 1 perkara saja pada satu masa kemudian lakukan berbagai-bagai cara untuk mencapai kemahuan anda, selagi cara yang anda gunakan tu halal serta tidak bertentangan dengan syariat Islam. Kan itu lebih bagus? Kita manfaatkan tenaga kita, usaha kita kepada perkara yang benar-benar mendatangkan hasil.
Anda tak perlu belajar 5 perkara dalam 1 masa. Belajar 1 perkara pada 1 masa dulu. Paling bagus, belajar apa yang anda perlu, bukan yang anda sekadar mahu tahu. Sebagai contoh, katakan anda mahu berjaya dalam kerjaya anda sekarang ni.
Pelajari selok-belok kerjaya anda, luar dalam serta selidiki tahap-tahap yang perlu anda capai untuk anda berjaya dengan cukup cemerlang. Ingat lagi tak mindset pertama? Hidup kita kena ada strategi, mesti mau ada BLUEPRINT.
Belajar perkara-perkara yang perlu buat masa ini, lakukannya langkah demi langkah. Lama kelamaan, bila anda konsisten melakukannya anda tak akan sedar yang anda dah belajar banyak perkara berkaitan bidang anda.
Kuncinya adalah – jangan terlalu tamak nak berjaya dengan cepat. Kejayaan akan datang sendiri bila anda sudah tahu apa yang perlu dilakukan dengan mempelajari apa yang anda perlu tahu saja. Orang yang cemerlang dan berjaya, dia kurang tahu semua perkara, tapi dia tahu banyak perkara berkaitan bidang yang dia sudah berjaya.
Takkan anda nak tanya jutawan internet banyak perkara tentang pertukangan kereta? Dia mungkin boleh jawab, tapi tak detail. Contoh saja, contoh!..
Tip-tip untuk semua
Friday, June 4, 2010
3 Mindset Orang Berjaya
Tip-tip untuk semua
Orang berjaya ada sikap berlainan, perangai berlainan.
Orang berjaya senang dikenalpasti kerana kelainan yang ditonjokan oleh mereka kerana mereka ada 3 sikap yang dibentuk oleh 3 mindset berikut:
1. Sanggup bersusah payah untuk mencapai kejayaan diidamkannya.
Orang berjaya sanggup mendepani kesusahan dan perkara-perkara yang menyusahkan. Mereka tidak pernah merungut atau mengomplen sebab mereka tahu tak ada jalan mudah untuk berjaya. Mereka sanggup bersusah payah kerana mereka sedar, kesusahan tu hanya sementara.
b>2. Sanggup bekerja lebih lama dari orang lain di sekeliling.
Orang berjaya bekerja dalam masa yang lebih lama dari orang lain, biasanya mereka bekerja lebih dari 12 jam sehari, bahkan tak mustahil mencapai 16 jam sehari sehingga mereka terpaksa mengurangkan waktu tidur supaya boleh bekerja lebih lama. Dia biasanya bangun lebih awal dari orang lain, tidur lebih lambat dari orang lain.
3. Sanggup bekerja setiap hari walaupun pada hari cuti.
Orang berjaya tak akan pernah berhenti bekerja dan berusaha selagi apa yang mereka mahukan tidak tercapai. Tidak ada istilah cuti-cuti, tidak ada perkataan relaks terlalu lama dalam kamus hidup mereka.
Inilah ciri-ciri sikap yang membezakan orang yang berpotensi untuk berjaya dengan orang biasa. Mereka hanya akan berehat pada waktu tidur, pada waktu sembahyang, pada waktu makan.
Mindset penting orang berjaya – sanggup berkorban untuk memperoleh kejayaan. Mereka korbankan masa bersantai-santai, masa berjalan-jalan dan masa untuk bersukaria untuk mencapai kejayaan idaman mereka.
span style="font-weight:bold;">Tip-tip untuk semua
CIRI-CIRI WANITA AHLI SYURGA..INSYAALLAH
Tip-tip untuk semua
Mari kita sama2 membaca dan praktikkan sedaya upaya kita untuk melakukan nya...walaupun sukar tapi Cinta yakin kita mampu melakukan dengan izin dan redha ALLAH ...
Apakah hanya orang-orang beriman dari kalangan laki-laki dan bidadari-bidadari saja yang menjadi penduduk Syurga? Bagaimana dengan isteri-isteri kaum Mukminin di dunia, wanita-wanita penduduk bumi?
Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Syurga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.
Tentunya setiap wanita Muslimah ingin menjadi ahli Syurga.
Pada hakikatnya wanita ahli Syurga adalah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Seluruh ciri-cirinya merupakan cermin kepada ketaatan yang dia miliki.
Diantara ciri-ciri wanita ahli Syurga adalah:
1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah Subhanallahu wa Ta’ala, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk.
3. Bersaksi bahwa tiada Allah yang berhak disembah kecuali Allah Subhanallahu wa Ta’ala, bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah Subhanallahu wa Ta’ala seakan-akan melihat Allah Subhanallahu wa Ta’ala, jika dia tidak dapat melihat Allah Subhanallahu wa Ta’ala, dia meyakini bahwa Allah Subhanallahu wa Ta’ala melihat dirinya.
5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah Subhanallahu wa Ta’ala, tawakkal kepada-Nya, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap adzab Allah Subhanallahu wa Ta’ala, mengharap rahmat Allah Subhanallahu wa Ta’ala, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah Subhanallahu wa Ta’ala serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Taat kepada suami (dalam hal ma’ruf/kebaikan)
7. Gemar membaca Al Qur’an dan berusaha memahaminya, berdzikir mengingat Allah Subhanallahu wa Ta’ala ketika sendiri atau bersama banyak orang dan berdoa kepada Allah Subhanallahu wa Ta’ala semata.
8. Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
9. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap hewan ternak yang dia miliki.
10. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, suka berderma, menjaga diri dari meminta-minta, dan memaafkan orang yang mendhaliminya.
11. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.
12. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk
13. Menjaga lisannya dari perkataan dusta,mengumpat, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
14. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
15. Berbakti kepada kedua orang tua.
16. Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh
17. Menutup aurat dan menjaga kehormatan dirinya.
18. Menundukkan pandangan
19. Mendidik anak-anaknya dengan pendidikan islami.
Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Surga seluruhnya masuk dalam taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
Allah Subhanallahu wa Ta’ala berfirman:
” … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Surga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar.” (QS. An Nisa’: 13).
Wallahu Ta'ala A’lam Bis Shawab ...
** Ya ALLAH ..Terlalu jauh sangat diri ni nak mencapai apa yang tertulis di atas..betapa hina nya sebenarnya kita ini..betapa tak layak nya kita...Moga rahmat ALLAH bersama kita...Moga kita dapat baiki diri kita..Ya ALLAH Bantu lah kami hamba mu yang sangat Hina ini untuk mengikut apa yang mendekatkan kami kepada mu..berilah kami kebaikan di dunia dan akhirat..amin.**
Tip-tip untuk semua
6. Kuliah Al Fatihah: Ayat Ke Dua - Alhamdulillah
Tip-tip untuk semua
Setelah kita hurai Bismillah, bahas dan nilai, barulah terasa munasabah selepas itu kita puji Tuhan. Yakni selepas bismillah, alhamdulillah...
Setelah kita terasa banyaknya nikmat dan rahmat Tuhan, setelah kita sudah terasa kita tidak boleh hidup tanpa Tuhan, setelah kita terasa kita ini hambaNya yang patut merendah diri pada Nya, sebab pada Tuhan ada segalanya, yang mana pada Dia lah keselamatan kita, setelah kita rasa patut kita cintai dan takut denganNya.
Maka barulah rasa sedap hendak sebut alhamdulillah itu. Bila sebut alhamdulillah itu, kita sudah terbayang begitu rahmat dan nikmat Tuhan yang sangat melimpah ruah. Kalau tidak, kita sebut alhamdulillah, kita tidak rasa apa-apa.
Tamsilnya ibarat kita kenal seseorang A yang dia itu orang yang baik dan membantu, tentu kita akan cerita dengan orang lain iaitu B yang tidak tahu sangat hal A itu. Kita puji A itu baik sebab kita yang memujinya terasa dan tahu A itu suka menolong dan suka memberi. B yang kita ceritakan padanya tentang kebaikan A tadi, mungkin percaya atas dasar kita puji. B mungkin tidak terasa apa-apa sebab itu bukan pengalaman dia. Sekadar dia baik sangka sahaja terhadap A.
Begitulah selama ini kita puji Tuhan tidak terasa apa-apa. Kadang-kadang alhamdulillah jadi wirid pula Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah... hanya sekadar tidak prejudis, baik sangka, merasakan ia perkataan baik yang patut disebut selalu tetapi kita tidak terasa apa-apa.
Kalau tidak terasa apa-apa, yang berlaku ialah ia tidak membangunkan jiwa. Jiwa tidak hidup dan tidak terangsang. Berbeza sekali dengan orang yang memuji Tuhan dan dapat merasa yang mana akal serta perasaannya terus dimandikan oleh rahmat dan nikmat Tuhan.
Sama ada yang mata boleh melihat, yang tangan boleh sentuh, yang boleh difikirkan dan yang ada dalam perasaan. Maka dalam keadaan itu, bila dia puji Tuhan, dia sangat terasa, sangat terhibur, sangat bahagia, sangat terbangun perasaannya. Orang yang begitu bila puji Tuhan, terutama bila dijadikan zikir, sangat indah, sangat lazat, sangat terhibur dan sangat bahagia sebab ada satu rasa yang tidak boleh hendak digambarkan.
Sebab dia puji Zat yang Maha berkuasa, yang sudah memperlihatkan pada dirinya, rahmat dan nikmat Tuhan itu. Seolah-olah di depan matanya, nikmat dan rahmat Tuhan itu macam salji turun. Maka indahlah bila dia sebut alhamdulillah.
Orang yang tidak nampak nikmat Tuhan sekalipun melalui matanya, tidak terasa oleh hati, lebih-lebih lagi nikmat atau rahmat yang bersifat rohaniah, dia baca alhamdulillah sekadar untuk cari fadhilat. Ianya tidak dapat bangunkan syahsiah dan akhlak. Ia tidak mampu sebab apa yang dia sebut itu tidak menggugat perasaannya. Tidak terasa apa-apa. Maka patut sekali Tuhan letakkan Alhamdulillah itu selepas Bismillahi rahmanir rahim. Kalau kita faham Bismillah itu seperti yang disyarahkan, maka kita pun cakap Alhamdulillah... ia akan jadi sangat indah, sangat memberi kesan dan sangat memberi erti. Kalau tidak, kita tidak akan rasa apa-apa. Maha Besar Tuhan.
Mari pula kita terokai isi atau intipati alhamdulillah. sama ada yang bersifat mata, akliah atau rohaniah. 'Segala puji bagi Tuhan'. Apakah 'puji' itu?
Erti Puji: Ungkapan-ungkapan perkataan yang baik untuk ditujukan pada seseorang (kalau orang) atau pada Zat (kalau Tuhan), yang mana ungkapan-ungkapan itu layak bagi orang itu atau yang layak bagi Zat itu.
Kalau itulah takrif pujian atau itulah isi pujian, kalau kita kata Alhamdulillah, maka bagaimanakan segala puji bagi Tuhan itu berdasarkan takrif tadi?
Bagaimanakan untuk memuji Tuhan mengikut takrif itu? baiknya Tuhan, hebatnya Tuhan, maha kuasanya Tuhan, pemurahnya Tuhan dan maha agungnya Tuhan. Semua itu layak bagi Tuhan. Kalau kita hendak puji Tuhan atas dasar kelayakannya, ia bukan sekadar itu. Kalau Tuhan izinkan, katalah kita boleh hidup sejuta tahun, sepanjang sejuta tahun itu kalau kita hendak puji Tuhan, tidak akan habis.
Mengapa? Sebab sifat kesempurnaan Tuhan itu tidak terhingga dan tanpa batas.
Kalau Tuhan izinkan kita hidup sejuta tahun yang mana kita sentiasa memuji Nya dengan lazat, tanpa rasa susah, tanpa terleka, maka sejuta tahun itu tidak cukup kerana ia tidak ada kesudahan. Maha besar Nya Tuhan.
Patutlah selepas Bismillah, ialah alhamdulillah sebab perkataan yang layak bagi Tuhan itu tidak ada kesudahan. Jadi kalau kita hendak puji Tuhan, ia tidak akan berkesudahan. Oleh kerana umur kita pendek, tidak mungkin kita boleh buat.Kalau dipanjangkan umur kita berjuta-juta tahun pun, Tuhan lihatkan pada kita kesempurnaan Nya, tidak akan ada stop.
Jadi kalau kita faham, baru sedap menyebut alhamdulillah sebab kita nampak mengapa patut kita puji Tuhan itu, sebab sifat yang patut bagi Tuhan itu tidak terhingga. Maha bijaksana Tuhan meletakkan perkataan Bismillah kemudian Alhamdulillah.
Memuji Tuhan ini ada 3 peringkat :
1.Memuji dengan yang ada hubungan dengan Zatnya
2.Memuji dengan yang ada hubungan dengan sifat-sifat Nya
3.Memuji atas rahmat dan nikmat Nya
Jadi memuji Tuhan itu adakalanya berhubung dengan Zat Nya, adakala berhubung dengan sifat-sifat Nya dan adakala atas rahmat dan nikmat Nya. rahmat dan nikmat itu sudah kita perkatakan, yang ada yang bersifat mata, yang bersifat akal dan bersifat rohaniah.
1.Contoh kita memuji Tuhan atas di atas Zat Nya:
"Wahai Tuhan, Engkau yang maha kekal. Wahai Tuhan, Engkau maha esa. Wahai Tuhan, Engkau tidak perlukan ruang. Wahai Tuhan, Zat Engkau tidak menyerupai segala yang baru. Ya Tuhan maha suci Engkau dari mengambil tempat, berada dalam masa dunia dan akhirat".
2..Contoh pujian kita ke atas Tuhan berkait dengan sifat-sifat Nya: "Engkau Maha pengasih, Maha penyayang. Engkau maha pengampun. Engkau maha lembut. Engkau maha qahhar (keras) dan jabbar. Engkau maha bersykur, Engkau maha lemah lembut. Engkau maha agung, Engkau maha tinggi, Engkau maha pemarah (Tuhan memang layak)" Itulah pujian yang memang layak ke atas Tuhan.
3.Memuji Tuhan di atas pemurah dan penyayang Nya:
"Pemurahnya Engkau Tuhan, Engkau beri aku makan, beri aku ilmu (ada hubungan dengan nikmat akli). Terima kasih Tuhan kerana kenalkan Diri Mu padaku. Terima kasih Tuhan kerana Engkau jadikan Engkau Tuhan aku (itu nikmat dan rahmat). Terima kasih kerana memberi aku kesenangan, anak, pakaian, kesihatan, beri pemandangan yang indah dan macam-macam lagi."
Jadi memuji Tuhan itu, yang semuanya layak untuk Tuhan, adakalanya pada Zat Nya, adakala pada sifat-sifatNya, adakala pada nikmat dan rahmat Nya.
Pembahagian pujian itu pula ada 5 iaitu:
1.Puji Tuhan pada diri Nya.
Tuhan memuji diri. Ini banyak terdapat dalam Al Quran dan Hadis.
Contohnya:
"Aku Tuhan, sembahlah Aku."
"Tidak ada Tuhan selain Aku."
"Aku adalah qahhar."
"Aku jabbar."
"Aku pengasih dan penyayang."
Dia memuji diri Nya. Ada Hadis mengatakan, "Aku kasih pada hamba Ku, lebih dari seorang ibu mengasihi anaknya."
Apakah hujah untuk membenarkan Tuhan memuji diri Nya?
Sebab Tuhan memang layak. Lagi pun mana ada yang lebih atas dari Tuhan. Kalau dia hendak puji diri Nya, siapa yang hendak hukum Dia. Kalau kita hendak puji diri sendiri, nanti ada yang lebih atas yang akan tegur sebab ada orang yang lebih layak. Kalau Tuhan puji diri Nya, Dia pun memang tiada tandingan.Sebab itu ada amalan-amalan khusus kerana kita tidak mampu untuk puji Tuhan maka kita berkata, "Aku puji Engkau Tuhan sebanyak mana Engkau puji diri Engkau sendiri. Anggaplah ini juga pujianku untuk Mu". Ini termasuk rahmat Tuhan. Ini cara short cut sebab kita pun tak larat hendak puji Tuhan. Tuhan boleh terima, kan ini tidak boleh masuk akal. Secara logik mana boleh kongsi tetapi itulah yang disebut rahmat Tuhan itu luas. Dengan Tuhan tidak payahlah ikut prosedur yang logik-logik macam kepercayaan sesetengah golongan.
2. Pujian Tuhan pada hamba Nya:
Contohnya:
"Aku suka pada orang yang bertaubat."
"Aku suka orang yang bertaqwa"
"Aku suka orang yang pemurah"
"Aku suka orang yang buat dosa dan kemudian bertaubat atas dosanya"
"Aku lebih suka pada orang yang merintih atas dosanya daripada tasbih para aulia"
3.Pujian seorang hamba pada Tuhannya.
Itu mudah kita faham. Selemah-lemah kita, kita mesti ada puji Tuhan.
4.Puji hamba kepada hamba.
Contohnya: A kata B ini pandai dan sabar. Tetapi elok memuji dibelakangnya, takut dia tak tahan hendak bawa. Sebab puji di depan itu macam letak kayu balak di bahu. Ada ke orang yang boleh pikul kayu balak 10 ton atas bahunya?
Pujian dibolehkan kerana hakikatnya dia puji Tuhan. (Barangsiapa yang tidak bersyukur pada manusia, hakikatnya dia tidak bersyukur pada Tuhan). Kalau kita puji manusia, hakikatnya kita puji Tuhan. Sebab orang itu dapat nikmat dari Tuhan. Nikmat itu bukan hakiki
5.Pujian seseorang atas dirinya sendiri.
Itu tidak boleh kecuali atas dasar hendak sebut nikmat Tuhan yang ada pada dirinya. Tetapi itu kena berhati-hati.
Contohnya: Nabi-nabi terpaksa puji dirinya. Macam Rasulullah SAW kata, ,"Saya adalah seorang yang paling takut dengan Tuhan." Kalau Rasulullah tidak sebut, umat akan terkeliru. Jangan ada orang yang anggap, ada orang yang lebih takut pada Tuhan dari Rasul. Dia ceritakan nikmat Tuhan pada dirinya bukan kerana megah tetapi kena berhati-hati. Takut berbunga di dalam hati.
Rasulullah mengatakan,"Saya adalah orang yang paling fasih menyebut (huruf) dhad." Sebab menyebut huruf dhad itu susah. Memuji diri itu tidak digalakkan kecuali atas dasar hendak sebut nikmat Tuhan seperti oleh Rasul setelah diilhamkan.
Selepas sebut Bismillah, baru seronok hendak katakan alhamdulillah, iaitu segala puji hanya layak bagi Tuhan. Yang lain tidak layak dipuji. Itulah huraian dan tafsirannya bagi yang dikatakan "Segala puji hanya layak bagi Tuhan” itu.
Tip-tip untuk semua
5. Kuliah Al-Fatihah: Ayat Pertama - Bismillahirrahmaanirrahiim 2/3
Tip-tip untuk semua
SOALAN:
Nampaknya untuk membuatkan hati manusia sampai dapat dimanfaatkan, itu bukanlah satu kerja yang mudah.
Dalam pendidikan sekular, orang mengasah akal untuk sampai dapat dimanfaatkan, itu juga bukan mudah.
Ternyata, hati itu adalah simpulan yang kalau kita tidak pandai membuka simpulan itu menyebabkan hati itu buta. Butanya hati itu menyebabkan manusia tidak nampak sebesar-besar perkara.
Apakah program untuk membuka semula hati yang tertutup?
JAWAPAN:
Dalam ajaran Islam, Rasulullah SAW sudah ingatkan,"awaludin ma'rifatullah". Mula-mula sekali dalam Islam itu ialah mengenal Allah iaitu dari kecil atau dari tadika -taman didikan kanak-kanak [kindergarten]
Itu asas untuk menggerakkan hati dan mencelikkan hati. Kalau hendak celikkan hati, mesti diketuk dengan Tuhan. Sila ambil perhatian.
Kalau diketuk dengan harta, maka nafsu yang akan celik.
Asas mencelikkan hati ialah kenalkan Tuhan dari tadika. Kalau dari tadika sudah selalu hatinya terhubung dengan Tuhan, bila dewasa, ia sudah mudah. Sudah ada asas.
Bila tidak ada asas, setelah berusia 30 tahun baru sedar maka bukan senang. Tapaknya sudah lama terlajak. Hati sudah terbiar. Sekarang baru hendak kenal Tuhan. Sistem inilah yang tidak berlaku.
Orang sekarang yang diajar adalah atas dasar ilmu, ajar sepintas lalu, Tuhan tidak dikenalkan, maka roh tidak tercanai.Hendak beragama anak-anak lebih banyak diajar tentang syariat sedangkan Tuhan belum dikenalkan.
Kita ada bermacam-macam programmer untuk menjayakan pelbagai projek, tetapi sayang tidak ada programmer hati sehingga hati tidak diprogramkan untuk hidup. Kita harap ia hidup sendiri sedangkan hatilah yang paling susah untuk dihidupkan. Macam hendak dapat sagu, kena tebang rumbia, kena pecahkan ruyung. Ini ruyung tidak dipecahkan tetapi kita harap dapatkan sagunya.
Kesimpulan: Kerana Bismillah adalah sebahagian dari Al Fatihah, hakikatnya dari Bismillah itu Allah hendak menghadiahkan kita sebesar-besar hadiah. Kalau kita faham ini, kita tidak akan pernah terputus hati dengan Allah. Kunci keselamatan dunia dan akhirat iaitu Al Fatihah yang di dalamnya ada Bismillah, inilah kemuncak kebesaran yang diperolehi dari Bismillah itu.
Didalam Bismillah itu ada Allah yang Maha Baik, yang sangat mencintai kita dan dari sana kita akan dapat mengenal diri bahawa kita rupanya hamba yang amat memerlukan Tuhan setiap detik. Bila itu berlaku, manusia mendapat kebahagiaan yang sebenarnya, rahmat dan berkat.
Yang sebenarnya Allah hendak beri istana yang besar iaitu Al Fatihah yang pintunya adalah Bismillah.
Ibu bapa mengalami ketandusan kasih sayang dari anak-anak walhal dia sangat melimpahkan kasih sayangnya kepada mereka, kenapa? Kerana mereka itu tidak menunaikan satu daripada tanggungjawab iaitu memahamkan bahawa Tuhan itu adalah sebesar-besar kasih sayang.
Ibu bapa berikan anak-anak nasi setiap hari, mengapa anak-anak tidak diberi iman pun setiap hari?
"Orang yang mendidik anaknya dengan Tuhan, roh akan hidup tetapi orang yang mendidik anak dengan wang, rohnya akan mati."
Satu pengkhianatan besar oleh ibu bapa bilamana mendidik anaknya dengan wang. Sedangkan mendidik dengan Tuhan itu adalah ketepatan untuk menghidupkan roh dan kemanusiaan anak itu. Secara tak sedar kita sebagai ibu bapalah yang membunuh kemanusiaan anak kita sendiri.
Tip-tip untuk semua
4. Kuliah Al-Fatihah: Ayat Pertama – Bismillahirrahmaanirrahim 2/2
Tip-tip untuk semua
PETIKAN : "Orang yang mendidik anaknya dengan Tuhan, roh anak akan hidup, tetapi orang yang mendidik anaknya dengan duit, rohnya akan mati"
Tuhan suruh setiap kebajikan itu dimulakan dengan Bismillah. Ertinya dalam satu hari, berapa ratus kali kita baca Bismillah. Hendak makan, minum, pakai pakaian, hendak berjalan, kita baca Bismillah. Apa maksud lainnya?
Supaya kita ada rasa kehambaan. Rupanya kita tidak boleh hidup tanpa Tuhan. Rasa kehambaan itu sifat tawadhuk yang wajib. Tuhan suka sangat hamba itu merasa hamba. Jadi bagi yang prihatin, dia menjadi tawadhuk, merasa perlu dengan Tuhan, dia merasa kalau tidak kerana Tuhan, dia tidak boleh hidup. Lahirlah rasa berTuhan. Akhirnya hati kita sentiasa berhubung dengan Tuhan. Rupanya Allah mennyuruh kita membaca Bismillah, kebanyakan kita pada hari ini tidak sampai kematlamatnya. Paling baik, baca Bismillah itu sekadar dapat berkat kerana ikut sunnah Rasullah SAW.
4.Hikmah lain yang tersirat, kalau kita tidak baca Bismillah dalam berpakaian, makan, minum ertinya apa yang kita buat tidak berkat. Kalau tidak berkat, Tuhan tidak bersama kita. Bila Tuhan tidak bersama, itu yang jadi masalah. Bila makan minum, penyakit pun banyak. Bila kita berpakaian, hati jadi lalai, rasa diri cantik dan hebat. Lalai itu adalah salah satu bala dari Tuhan.
Buat apa pun kalau tidak baca Bismillah, walaupun berjaya Tuhan beri cara istidraj. Maju di satu sudut tetapi negatif di sudut lain. Berniaga maju tetapi orang benci, anak isteri tidak harmoni. Oleh kerana Tuhan marah, diberi secara istidraj, untung disatu sudut, di lain sudut Tuhan tarik kasih sayang, makan banyak datang penyakit dan lain-lain lagi.
5. Kalau kita kaji dalam Bismillahi rahmanir rahim, terutama bila baca Al Fatihah sampai habis, kemudian sebelum baca ayat lain, baca Bismillah, selain hendak pertahankan berkat, kedudukannya sunat sahaja. Tetapi bagi Al Fatihah diwajibkan kerana ia satu ayat daripada surah itu. Kalau solat tidak baca Bismillah, batal Fatihah, batal solat.
Apa maksudnya?
Sebenarnya kita baca BIsmillah ini kasih sayang Tuhan. Bagi kita, Al Quran yang isinya ada di dalam Al Fatihah itu, kalau kita ada ilmunya, boleh fahami, hayati dan applykannya dalam kehidupan kita, itu rahmat dan nikmat Tuhan yang paling besar, yang mana kita akan selamat di dunia dan akhirat. Begitu kasih sayang Tuhan. Patutlah Tuhan suruh baca Bismillah di awal Al Fatihah sebab Tuhan itu Maha Pengasih dan Penyayang. Patutlah wajib baca Bismillah pada Al Fatihah, tidak seperti surah-surah lain.
Inilah yang sebenarnya kemuncak hikmah Rahman dan Rahim Tuhan.Apa yang saya ceritakan di atas termasuk dalam isi Al Fatihah. Saya dahulukan supaya kita nampak, sebab nikmat yang lahir, mudah untuk kita faham dan cepat terasa. Nikmat yang bersifat rohaniah perlu dikaji dan dibahaskan baru terasa. Begitu juga rahmat dan nikmat Tuhan yang bersifat akliah lebih mudah kita rasa daripada yang bersifat ruhiyyah atau maknawiyah.
Sebab nikmat Tuhan ada 3 iaitu yang ;
1. bersifat mata,
2. bersifat akal dan
3. bersifat roh.
Mata cepat nampak nikmat tetapi itu pun payah untuk terasa.
Yang bersifat akliah, mungkin lambat sedikit untuk terasa manakala yang bersifat ruhiyyah itu lagilah lambat. Perlu dikaji, dicungkil dan diulaskan baru terasa.
Dulu saya belajar Al Fatihah 5 minit sahaja. Kemudian tukar surah lain. Tidak terasa besarnya Al Quran. Hanya ingat fadhilatnya sahaja. Ruhaniahnya tidak terasa.
Tip-tip untuk semua

