//

Wednesday, September 30, 2009

Isteri aka Wanita Sentiasa Dara

Tip-tip untuk semua

Petua dari Dr. Fatma Az-Zahra.
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:

Lepas solat Isya', ambil air segelas...
1. baca Al-Fatihah sekali,
2. Ayatul Qursi sekali...dan
3. Surah Al-Waqiah ayat 35-38...sebanyak 7 kali.

** Tiup dalam air dan minum.
Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara(yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan
.

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Tuesday, September 29, 2009

Didiklah Isterimu Wahai Suami

Tips untuk semua

Suami yang bijak dan peka adalah pemimpin rumah tangga yang seharusnya sentiasa berusaha sekreatif yang mungkin untuk mencorak rumahtangga yang harmoni dalam mendidik seorang insan yang bergelar isteri. Kejadian Allah yang amat unik dan terperinci membekalkan sesuatu yang amat istimewa kepada kaum lelaki dimana dianugerahkan kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu mudah untuk beremosi atau tidak mudah didorong oleh perasaan.


Oleh sebab itulah kenapa Allah menciptakan lelaki dgn sembilan akal dan satu nafsu. Jika kekuatan akal yang dikurniakan ini dapat digunakan sebaik-baiknya, ditambah dengan kekuatan ilmu dan kesabaran yang disertai dengan kekuatan jasmani dalam mencari nafkah keluarga, maka suami akan menjadi tunjang kepada lahirnya sebuah keluarga yang harmoni seterusnya menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa kepada keluarga yang bahagia.

Keteguhan iman dan ketakwaan kepada Allah disertakan dengan usaha dan doa yang tidak putus- putus kepada illahi memberikan suami semangat untuk melayani karenah dan ragam isteri saban hari. Sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud: "Lelaki adalah pemimpin(pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya."

Dalam mewujudkan suasana yang tenteram dan aman damai diantara suami dan isteri, perlunya wujud suatu pro dan kontra antara suami isteri ini. Sekiranya si isteri sedang berduka, suami perlulah bijak dalam bertindak selaku pengemudi kepada sang isteri untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri yang sedang berduka. Dengarlah segala rintihan hati isteri dengan penuh rasa bertanggungjawab dan minat dalam mendengar perasaan hatinya. Disinilah lelaki hendaklah menggunakan daya fikir yang dikurniakan oleh Allah dalam mengahadapi wanita.

Jika dibandingkan dengan kaum lelaki, memang benar wanita dikurniakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Apa yang dimaksud bukanlah nafsu seks semata-mata, tetapi nafsu yang mendorong seseorang itu mudah berprasangak buruk,pemarah, pemboros dalam berbelanja dan sebagainya. Hasil dorongan nafsu itulah yang melahirkan pelbagai sifat dan perasaan di dalam dada para wanita. Disebabkan wujudnya benda-benda seperti itu,maka atas dasar inilah wanita harus diberi bimbingan dan panduan untuk mengawal segala tingkah lakunya supaya tidak melepasi sempadan sebagai seorang wanita.

Dalam mendidik isteri, kaum lelaki haruslah sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi pelbagai dugaan yang ditimbulkan oleh isteri ini. Didiklah dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang yang tidak putus-putus walaupun kadangkala didikan yang harus diberi itu memakan masa yang cukup panjang. Janganlah jemu dalam memberi sifat tanggungjawab ini kerana tugas dalam melaksanakan segala perihal ini memang menjadi tanggungjawab suami.

Kadangkala,kita sering terlupa akan hal ini, dimana Allah menjadikan lelaki@suami untuk mendidik isteri dan keluarganya tetapi apabila berhadapan dengan kaum perempaun yang pendek akal fikirannya, kaum lelaki lebih mudah naik angin. Tanpa kita semua sedari, memang tidak dapat dinafikan ada masa dan waktunya, kaum perempuan memerlukan masa yang lebih untuk memahami sesuatu perkara itu dan oleh sebab itulah lelaki mestilah memahami bahawa kaum perempuan ini sediakala lemah pemikirannya.

Ingatlah kita wahai kaum lelaki, Rasulullah SAW juga pernah berhadapan dengan pelbagai karenah daripada perempuan yang suka berleter. Taktala mendengar leteran daripada kaum perempuan ini, Rasullulah SAW tidak menjawab satu patah pun sehinggalah leteran oleh perempuan itu berakhir. Rasullulah memberi peluang kepada perempuan itu untuk meluahkan segala rasa ketidakpuasan hati yang melanda diri perempuan itu. Apabila segala yang diluahkan itu berakhir, barulah Rasulullah memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.

Rasullullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah." Apabila didikan yang sempurna diberikan kepada wanita ini, maka disinilah segalanya bermula. Kebaikan daripada seorang wanita yang menerima didikan yang betul mampu melahirkan kebaikan kepada seluruh umat yang dicorakkan oleh tangan wanita ini.

Seluruh alam dan isinya akan berbahagia andainya tangan yang lembut dan kehalusan belaian tangan ini datangnya daripada seorang yang bergelar wanita yang solehah. Sepertimana yang dapat disenaraikan disini beberapa sifat-sifat isteri yang solehah dan andaikata apa yang disenaraikan tidak ada pada seorang wanita itu, maka tidaklah boleh dijadikan alasan untuk tidak berkahwin, salah satu sifat lelaki yang sejati dan bertimbang rasa ialah bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka.

Sifat-sifat isteri solehah:

1.Mentaati perintah Allah SWT dengan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar hukum Allah SWT.
2. Sentiasa menjaga hati suami dengan bercakap dengan perkataan yang lembut-lembut.
3. Hendaklah mendiamkan diri ketika suami berkata- kata.
4. Hendaklah sentiasa menyerahkan diri kepada suami apabila diperlukan
5. Menghiasi diri dengan wangi-wangian dan (bersolek)
6.Tidak berhias dan memakai wangi-wangian apabila semasa ketiadaan suami.
7. Memelihara mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan suami.
8. Tidak curang dan mengkhianati suami apabila ketiadaanya dirumah.
9. Hendaklah sentiasa menghormati keluarga suami.
10. Mensyukuri apa yang disediakan oleh suami.
11. Sentiasa rela dan bersedia apabila disentuh suami bila sahaja dikehendakinya.
12. Tidak melakukan puasa sunat tanpa keizinan suami.
13. Tidak keluar rumah tanpa keizinan suami.

http://www.iluvislam.com/v/includes/jscripts/tiny_mce/plugins/imagemanager/library/TH.jpg
sumber; iluvislam.com

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Friday, September 25, 2009

Salam Aidilfitri!

Tip-tip untuk semua



Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Friday, September 11, 2009

LAILATUL QADAR

Tip-tip untuk semua

Lailatul Qadar merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan lebih seribu bulan yang lain. Ini dapat kita lihat daripada apa yang telah dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Qadar. Begitu juga dengan apa yang telah diberitahukan oleh Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis yang sohih. Kita disuruh untuk menghidupkan malam lailatul qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu saja. Rasulullah S.A.W telah bersabda dalam hadis muttafaq 'alaih daripada Abu Hurairah yang artinya: Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu.

Menurut imam Fakhrurrazi bahwa Allah menyembunyikan malam lailatul qadar dari pengetahuan kita sebagaimana Dia menyembunyikan segala sesuatu yang lain. Dia menyembunyikan keredhaanNya pada setiap ketaatan sehingga timbul dalam diri kita keinginan untuk melakukan semua ketaatan atau ibadat itu. Begitu juga Dia menyembunyikan kemurkaanNya pada setiap perkara maksiat agar kita berhati-hati dan menjauhi segala maksiat dan tidak memilih antara dosa besar dan kecil untuk melakukannya kerana dosa kecil jika terus dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar jika kita tidak bertaubat dan berusaha meninggalkannya.

Dia menyembunyikan wali-waliNya agar manusia tidak terlalu bergantung kepada mereka dalam berdoa sebaliknya berusaha sendiri dengan penuh keikhlasan dalam berdoa untuk mendapatkan sesuatu daripadaNya kerana Allah menerima segala doa orang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa.

Dia menyembunyikan masa mustajab doa pada hari Jumaat supaya kita berusaha sepanjang harinya. Begitulah juga Allah menyembunyikan penerimaan taubat dan amalan yang telah dilakukan supaya kita sentiasa istiqamah dan ikhlas dalam beramal dan sentiasa bersegera dalam bertaubat.

Demikianlah juga dengan penyembunyian malam lailatul qadar agar kita membesarkan dan menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dalam mendekatkan diri kepadaNya bukan hanya sekadar menunggu malam lailatu qadar sahaja untuk beribadat dan berdoa. Tetapi inilah penyakit besar yang menimpa umat Islam yang menyebabkan malam-malam Ramadhan lesu kerana mereka hanya menanti malam yang dianggap malam lailatul qadar sahaja untuk beribadat. Kerana mengejar kelebihan lailatul qadar yang mana kita tidak mengetahui masanya yang tertentu menyebabkan kita terlepas dengan kelebihan Ramadhan itu sendiri yang hanya datang setahun sekali.

Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah:

1. Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya: Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). - Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa.

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya: Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -

3. Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya: Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).

4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya: Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.

Qadhi 'Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:

  1. Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.

  2. Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.

Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah:
  • Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.

  • Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.

  • Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.

  • Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Nabi Ayub a.s.

Tip-tip untuk semua

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Nabi Ayub a.s. menggambarkan manusia yang paling sabar, bahkan bisa dikatakan bahwa beliau berada di puncak kesabaran. Sering orang mengagumi kesabaran kepada Nabi Ayub. Misalnya, dikatakan: seperti sabarnya Nabi Ayub. Jadi, Nabi Ayub menjadi simbol kesabaran dan cermin kesabaran atau teladan kesabaran pada setiap bahasa, pada setiap agama, dan pada setiap budaya. Allah SWT telah memujinya dalam kitab-Nya yang berbunyi:

"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaih-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44)

Nabi Ayub AS adalah salah seorang nabi dari nabi-nabi Bani Israil dan salah seorang manusia pilihan dari sejumlah manusia pilihan yang mulia. Allah telah menceritakan dalam kitab-Nya dan memujinya dengan berbagai sifat yang terpuji secara umum dan sifat sabar atas ujian secara khusus. Allah telah mengujinya dengan anaknya, keluarganya dan hartanya, kemudian dengan tubuhnya. Allah SWT telah mengujinya dengan ujian yang tidak pernah ditimpakan kepada siapa pun, tetapi ia tetap sabar dalam menunaikan perintah Allah dan terus-menerus bertaubat kepada-Nya.

Setelah Nabi Ayub AS menderita penyakit kronis dalam jangka waktu yang cukup lama, dimana sahabat dan keluarganya telah melupakannya, maka ia menyeru Rabbnya, “(Ya Rabbku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang.” (Al-Anbiya’: 83). Dikatakan kepadanya, “Hentakkanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan minum.” (Shad: 42). Nabi Ayub AS menghentakkan kakinya, maka memancarlah mata air yang dingin kerana hentakan kakinya tersebut. Dikatakan kepadanya, “Minumlah darinya serta mandilah.” Nabi Ayub AS melakukannya, maka Allah Ta’ala menghilangkan penyakit yang menimpa bathin dan lahirnya.

Kemudian Allah swt mengembalikan kepadanya; keluarganya, hartanya, sejumlah nikmat serta kebaikan yang dikurniakan kepadanya dalam jumlah yang banyak. Dengan kesabarannya itu maka ia merupakan suri teladan bagi orang-orang yang sabar, penghibur bagi orang-orang yang mendapat ujian atau ditimpa musibah serta pelajaran berharga bagi orang-orang yang mahu mengambil pelajaran.*

Ketika Nabi Ayub AS sakit, maka ia menemukan kepingan wang milik isterinya yang diperoleh dari hasil pekerjaannya melakukan sesuatu, sehingga ia bersumpah akan mencambuknya seratus kali cambukan. Kemudian Allah meringankannya dari Nabi Ayub AS dan isterinya, seraya dikatakan kepadanya: “Dan ambillah dengan tanganmu seikat (rumput).” Yakni seikat jerami, ilalang, tangkai atau yang lainnya sebanyak seratus biji, kemudian pukullah ia dengannya “… dan janganlah kamu melanggar sumpah.” (Shad: 44). Yakni melanggar sumpahmu.

Dalam ayat di atas terdapat dalil bahawa kifarat sumpah tidak disyariatkan kepada seseorang sebelum syariat kita, serta kedudukan sumpah di hadapan mereka adalah sama dengan nazdar, yang mesti dipenuhi.

Juga dalam ayat tersebut terdapat dalil, bahawa bagi orang yang tidak mungkin dilaksanakan hukuman had atasnya karana keadaannya yang lemah atau alasan lainnya, hendaklah dilakukan kepadanya hukuman yang disebut dengan hukuman tersebut, kerana tujuan dari perlakuan hukuman itu ialah pemberian rasa jera, bukan perosakkan atau penghancuran.


Perihal Nabi Ayub sakit teruk

Soalan:
Ada seorang penceramah di masjid tempat saya, dalam satu ceramahnya beliau menceritakan perihal Nabi Allah Ayub a.s. yang mendapat penyakit ganjil kerana perbuatan jin-jin kafir ke atasnya. Seluruh badan Nabi Ayub a.s. berkudis dan bernanah, sehingga dagingnya reput, berbau busuk serta berulat. Kami jemaah masjid tertanya-tanya tentang peristiwa itu, bagaimana Nabi Ayub a.s. boleh mengajak orang mempercayai seruannya dan kerasulannya, jika keadaan beliau seperti sedemikian. Mohon Dato' jelaskan?

FAUZI ABDUL RAHMAN,
Gombak, Kuala Lumpur

Jawapan:
Kisah Nabi Ayub a.s. terkena penyakit kerana perbuatan syaitan adalah kisah benar, wajib dipercayai kerana dipaparkan di dalam al-Quranul Karim dengan Firman Allah SWT (mafhumnya):

"Dan ingatlah akan hamba Kami, Ayub, ketika ia menyeru kepada Tuhannya, dengan rintihan; "Sesungguhnya ya Allah, saya diganggu syaitan dengan kesusahan dan keazaban." (Surah Shaad, ayat 41)

Dengan ayat ini, amat jelas bahawa Nabi Ayub a.s. terkena kesusahan dan keazaban. Cuma perbezaannya apakah jenis penyakit yang baginda alami? Apakah sehingga yang anda sebut tadi, sehingga bernanah dan berkudis serta hancur daging dan sebagainya.

Apa yang disebut penceramah itu memang ada sandarannya, seperti yang pernah kita lihat dalam tafsir-tafsir yang muktabar. Antara lain disebut dalam Tafsir al-Qurtubi, badan Nabi Ayub a.s., gatal dan berkudis, digaru dengan kukunya hingga berdarah. Ditambah lagi dengan digaru dengan tembikar (jenis batu bata) hingga daging-dagingnya berkecai.

Bagaimanapun, perlu disedari bahawa dalam kita-kitab tafsir, walaupun yang muktabar, memang pengarangnya telah memasukkan kisah-kisah yang diistilahkan sebagai israiliyaat (cerita-cerita kaum Bani Israil). Kisah-kisah seperti ini memang menembusi (dicatat) dalam kitab-kitab, bagaimanapun tidak ada sandarannya dan tiada hadis yang benar-benar sahih menceritakannya.

Malah dalam kitab Tafsir al-Qurtubi, juzuk ke 15, di halaman 208, selepas mencatat cerita seperti yang saya sebutkan tadi, penulisnya menghuraikan bahawa cerita-cerita Israiliyaat ditolak oleh ulama muktabar secara keseluruhannya.

Pada hemat saya, setelah melihat banyak tafsir yang menceritakan kisah Nabi Ayub a.s.terkena ibtilak, bahawa memang benar iblis laknatullah berjaya mengenakan Nabi Ayub a.s.dengan gangguan fizikal.

Dengan kejahatan iblis itu baginda terganggu dan susah untuk beribadah dan berasa kesengsaraan kerana gatal-gatal badan yang tidak henti-henti.

Hal ini juga menyebabkan emosi Nabi Ayub a.s.terganggu, yang kenali dengan waswasah, fikiran berkecamuk atau bercelaru bila mengenangkan gangguan ke atas dirinya itu.

Penyakit tersebut, tidaklah sampai badannya hampir luluh, berkudis bernanah sehingga sesiapa yang melihatnya berasa jijik, loya dan hampir termuntah.

Jika ini berlaku, kenabian atau kerasulan Nabi Ayub a.s. akan terjejas kerana tidak ada orang yang mahu menghampirnya, orang melihatnya sebagai mencelarukan fikiran mereka.

Menurut Ibnu Abbas, Nabi Ayub a.s. terkena penyakit itu selama tujuh tahun, tujuh bulan, tujuh hari, akhirnya Nabi Ayub a.s. mengadu kepada Allah, seperti yang terpapar dalam al-Quran mafhumnya:

"Dan ingatlah kisah Nabi Ayub ketika ia menyeru Tuhannya, "Sesungguhnya saya telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan yang lebih mengasihi daripada segala yang mengasihi.

"Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya.....(hingga akhir ayat)" (Surah al-Anbiya ayat 83-84)

Cara Allah hendak menyembuhkan penyakitnya adalah, pertama, dengan doa (rayuan) Nabi Ayub a.s. seperti di atas. Kedua, Allah mewahyukan kepada Ayub a.s. hentakkan kaki ke bumi yang dipijaknya beberapa kali, sehingga air terpancar dari bumi itu. Ketiga, ambil air itu untuk diminum dan dimandi dengannya.

Dengan berbuat demikian, Allah menyembuhkan Nabi Ayub a.s. dari penderitaannya, untuk menyambung semula tugas kerasulan baginda.

Walau apa pun yang diulas orang dari cerita ini, hendaklah kita mengambil iktibar bahawa Allah SWT memberikan contoh kepada kita, perihal kesabaran seorang Nabi yang terseksa hidupnya akibat gangguan syaitan.

Akhirnya, setelah begitu lama menanggung kesusahan barulah Nabi Ayub a.s. berdoa ke hadrat Allah memohon kesembuhan, lalu Allah SWT memperkenankan doanya

Wallahua'lam.

- lanh

(Petikan dari Harakah Bil.1338)

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Wednesday, September 9, 2009

Nabi Luth a.s.

Tip-tip untuk semua

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Nabi Luth a.s. ialah salah seorang rasul dan nabi yang diturunkan oleh Allah s.w.t. untuk membimbing manusia ke jalan yang benar.

Pengenalan

Nabi Luth adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s. iaitu ayahnya yang bernama Hasan bin Tareh. Nabi Luth diutuskan sebagai rasul kepada satu kaum yang mendiami sepanjang timur laut (Dari Israel - Yordania), Laut Mati. Ibukota Sodom terletak di Utara Basin, Laut Mati.

Hampir keseluruhan kaum ini mengamalkan gaya hidup songsang, iaitu melakukan hubungan kelamin sesama sejenis iaitu lelaki dengan lelaki yakni meninggalkan perempuan. Perbuatan ini merupakan sesuatu penyelewengan fitrah yang amat buruk. Nabi Luth telah menyeru mereka untuk menghentikan perbuatan tersebut disamping menyampaikan seruan-seruan Allah, tetapi mereka mengabaikannya dan malah mereka mengingkari kenabiannya. Akhirnya, kaum Nabi Luth dimusnahkan dengan bencana yang sangat mengerikan dan dahsyat. Kejadian ini berlaku pada kira-kira tahun 1800 sebelum Masihi.

Nabi Luth Diutuskan Oleh Allah Kepada Rakyat Sadom

Masyarakat Sadum adalah masyarakat yang rendah paras moralnya dan rosak akhlak. Masyarakat Sadum tidak mempunyai pegangan agama atau nilai kemanusiaan yang beradab. Maksiat dan kemungkaran bermaharajalela dalam pergaulan hidup mereka. Pencurian dan perampasan harta milik merupakan kejadian hari-hari di mana yang kuat menjadi kuasa sedang yang lemah menjadi korban penindasan dan perlakuan sewenang-wenang. Maksiat yang paling menonjol yang menjadi ciri khas hidup mereka adalah perbuatan homoseksual {liwat} di kalangan lelakinya dan lesbian di kalangan wanitanya. Kedua-dua jenis kemungkaran ini begitu bermaharajalela di dalam masyarakat sehinggakan ia merupakan suatu kebudayaan bagi kaum Sadum.

Seorang pendatang yang masuk ke Sadum tidak akan selamat dari diganggu oleh mereka. Jika ia membawa barang-barang yang berharga maka dirampaslah barang-barangnya, jika ia melawan atau menolak menyerahkannya maka nyawanya tidak akan selamat. Akan tetapi jika pendatang itu seorang lelaki yang bermuka tampan dan berparas elok maka ia akan menjadi rebutan di antara mereka dan akan menjadi korban perbuatan keji lelakinya dan sebaliknya jika si pendatang itu seorang perempuan muda maka ia menjadi mangsa bagi pihak wanitanya pula.

Kepada masyarakat yang sudah sedemikian rupa keruntuhan moralnya dan sedemikian paras penyakit sosialnya diutuslah nabi Luth sebagai pesuruh dan Rasul-Nya untuk mengangkat mereka dari lembah kenistaan, kejahilan dan kesesatan serta membawa mereka alam yang bersih ,bermoral dan berakhlak mulia. Nabi Luth mengajak mereka beriman dan beribadah kepada Allah meninggalkan kebiasaan mungkar menjauhkan diri dari perbuatan maksiat dan kejahatan yang diilhamkan oleh iblis dan syaitan.

Ia memberi penerangan kepada mereka bahwa Allah telah mencipta mereka dan alam sekitar mereka tidak meredhai amal perbuatan mereka yang mendekati sifat dan tabiat kebinatangan dan tidak sesuai dengan nilai-nilai kemanusiaan dan bahwa Allah akan memberi ganjaran setimpal dengan amal kebajikan mereka. Yang berbuat baik dan beramal soleh akan diganjar dengan syurga di akhirat sedang yang melakukan perbuatan mungkar akan di balaskannya dengan memasukkannya ke dalam neraka Jahanam.

Nabi Luth berseru kepada mereka agar meninggalkan adat kebiasaan iaitu melakukan perbuatan homoseksual dan lesbian. Luth menyatakan perbuatan itu bertentangan dengan fitrah dan hati nurani manusia serta menyalahi hikmah yang terkandung didalam penciptaan manusia menjadi dua jenis iaitu lelaki dan wanita. Juga kepada mereka di beri nasihat dan diajukan supaya menghormati hak dan milik masing-masing dengan meninggalkan perbuatan perampasan, perompakan serta pencurian yang selalu mereka lakukan di antara sesama mereka dan terutama kepada pengunjung yang datang ke Sadum.

Diterangkan bahawa perbuatan-perbuatan itu akan merugikan mereka sendiri, kerana perbuatan itu akan menimbulkan kekacauan dan ketidak amanan di dalam negeri sehingga masing-masing dari mereka tidak merasa aman dan tenteram dalam hidupnya.

Demikianlah Nabi Luth, melaksanakan dakwahnya sesuai dengan tugas risalahnya.Ia tidak henti-henti menggunakan setiap kesempatan dan dalam tiap pertemuan dengan kaumnya secara berkelompok atau secara berseorangan mengajak agak mereka beriman dan percaya kepada Allah dan menyembah-Nya. Diajaknya Luth terhadap kaumnya untuk melakukan amal soleh dan meninggalkan perbuatan maksiat dan mungkar. Akan tetapi keruntuhan moral dan kerusakan akhlak sudah hidup lama di dalam pergaulan sosial mereka dan pengaruh hawa nafsu dan penyesatan syaitan sudah begitu kuat menguasai tindak-tanduk mereka, maka dakwah dan ajakkan Nabi Luth yyang dilaksanakan dengan kesabaran dan ketekunan tidak mendapat tempat di dalam hati dan fikiran mereka dan berlalu laksana suasana teriakan di tengah-tengah padang pasir .Telinga-telinga mereka sudah menjadi pekak bagi ajaran-ajaran Nabi Luth sedang hati dan fikiran mereka sudah tersumbat rapat dengan ajaran -ajaran syaitan dan iblis.

Akhirnya kaum Luth merasa dan kesal hati mendengar dakwah dan nasihat-nasihat Nabi Luth yang tidak putus-putus itu dan minta agar ia menghentikan aksi dakwahnya atau menghadapi pengusir dirinya dari sadum bersama semua keluarganya. dari pihak Nabi Luth pun sudah tidak ada harapan lagi masyarakat Sadum dapat terangkat dari lembah kesesatan dan keruntuhan moral mereka dan bahawa meneruskan dakwah kepada mereka yang sudah buta-tuli hati dan fikiran serta mensia-siakan masa.

Ubat satu-satunya, menurut fikiran Nabi Luth untuk mencegah penyakit akhlak itu yang sudah parah itu menular kepada tetangga-tetangga dekatnya, ialah dengan membasmikan mereka dari atas bumi sebagai pembalasan ke atas terhadap kekerasan kepala mereka juga untuk menjadi ibrah dan pengajaran umat-umat disekelilingnya. beliau memohon kepada Allah agar kepada kaumnya masyarakat Sadum diberi pengajaran berupa azab di dunia sebelum azab yang menanti mereka di akhirat kelak.

Tetamu Nabi Ibrahim dan Nabi Luth

Permohonan Nabi Luth dan doanya diperkenankan dan dikabulkan oleh Allah s.w.t. Dikirimkanlah kepadanya tiga orang malaikat menyamar sebagai manusia biasa. Mereka adalah malaikat yang bertemu kepada Nabi Ibrahim dengan membawa berita gembira atas kelahiran Nabi Ishaq, dan memberitahu kepada mereka bahwa dia adalah utusan Allah dengan tugas menurunkan azab kepada kaum Luth penduduk kota Sadum.

Dalam kesempatan pertemuan mana Nabi Ibrahim telah mohon agar penurunan azab keatas kaum Sadum ditunda ,kalau-kalau mereka kembali sedar mendebgarkan dan mengikuti ajakan Luth serta bertaubat dari segala maksiat dan perbuatan mungkar. Juga dalam pertemuan itu Nabi Ibrahim mohon agar anaksaudaranya, Luth diselamatkan dari azab yang akan diturunkan keatas kaum Sadum permintaan mana oleh para malaikat itu diterima dan dijamin bahwa Luth dan keluarganya tidak akan terkena azab.

Para malaikat itu sampai di Sadum dengan menyamar sebagai lelaki muda yang berparas tampan dan badan yang berotot, tegap dan sasa tubuhnya. Dalam perjalanan mereka hendak memasuki kota, mereka berselisih dengan seorang gadis yang cantik dan ayu sedang mengambil dari sebuah perigi. Lelaki muda (malaikat) bertanya kepada si gadis kalau-kalau mereka diterima ke rumah sebagai tetamu. Si gadis tidak berani memberi keputusan sebelum ia beruding terlebih dahulu dengan keluarganya. Maka ditngglkanlah para lelaki muda itu oleh lalu pulang ke rumah cepat-cepat untuk memberitahu ayahnya (Luth).

Mendengar khabar berita anak perempuannya, Nabi Luth menjadi bingung, jawapan apa yang harus ia berikan kepada para pendatang yang ingin bertemu ke rumahnya untuk beberapa waktu, namun menerima tetamu yang berparas tampan dan kacak akan mengundang risiko gangguan kepadanya dan kepada tetamu dari kaumnya yang tergila-gila untuk melakukan hubungan seks sejenis dengan anak muda yang mempunyai tubuh bagus dan paras wajah elok. Sedang kalau hal yang demikian itu terjadi ia sebagai tuan rumah harus bertanggungjawab terhadap keselamatan tamunya, padahal ia merasa bahwa ia tidak akan berdaya menghadapi kaumnya yang bengis-bengis dan haus maksiat itu.

Nabi Luth memutuskan untuk menerima lelaki-lelaki muda itu sebagai tetamu di rumahnya. Luth hanya pasrah kepada Allah dan berlindung sekiranya terdapat segala rintangan yang akan datang. Lalu pergilah ia sendiri menjemput tetamu yang sedang menanti di pinggir kota dan diajaklah mereka bersama-sama ke rumah. Ketika itu, kota Sadum sudah diliputi kegelapan dan manusia sudah nyenyak tidur di rumah masing-masing.

Nabi Luth telah pun berpesan kepada isteri dan kedua puterinya agar merahsiakan kedatangan anak-anak lelaki muda itu. Jangan sampai terdengar dan diketahui oleh kaumnya. Namun, kedegilan isteri Nabi Luth, yang juga sehaluan dan sependirian dengan penduduk Sadum, telah membocorkan berita kedatangan tetamu Luth kepada mereka. Berita kedatangan tetamu Luth tersebar kerana isteri Nabi Luth. Datanglah beramai-ramai lelak-lelaki Sodom, yang buta seks ini, ke rumah Nabi Luth, berhajat untuk memuaskan nafsu seksual mereka, setelah lama tidak mendapat anak muda. Berteriaklah mereka memanggil Luth untuk lepas anak-anak muda itu, agar diberi kepada mereka untuk memuaskan nafsu.

Dengar teriakan mereka, Nabi Luth tidak membuka pintu bagi mereka dan berseru agar mereka kembali ke rumah masing-masing dan jangan menggunggu tetamau yang datangnya dari jauh yang sepatutnya dihormati dan dimuliakan .Mereka diberi nasihat agar meninggalkan perbuatan kebiasaan mereka yang keji itu. Perbuatan mereka yang bertentangan dengan fitrah manusia dan kudrat alam di mana Allah telah menciptakan manusia berpasangan antara lelaki dengan perempuan untuk menjaga kelangsungan perkembangan umat manusia sebagai makhluk yang termulia di atas bumi. Nabi Luth berseru agar mereka kembali kepada isteri-isteri mereka dan meninggalkan perbuatan maksiat dan mungkar yang tidak senonoh, sebelum mereka dilanda azab dan seksaan Allah.

Seruan dan nasihat-nasihat Nabi Luth tidak dihiraukan dan dipedulikan ,mereka bahkan mendesak akan menolak pintu rumahnya dengan paksa dan kekerasan jika pintu tidak di buka dengan sukarela. Merasa dirinya sudah tidak berdaya untuk menahan arus orang-orang lelaki kaumnya itu yang akan memaksakan kehendaknya dengan kekerasan berkatalah Nabi Luth secara terus terang kepada para tamunya:" Sesungguhnya aku tidak berdaya lagi menahan orang-orang itu menyerbu ke dalam. Aku tidak memiliki senjata dan kekuatan fizikal yang dapat menolak kekerasan mereka , tidak pula mempunyai keluarga atau sanak saudara yang disegani mereka yang dapat aku mintai pertolongannya, maka aku merasa sangat kecewa, bahwa sebagai tuan rumah aku tidak dapat menghalaukan gangguan terhadap tetamu dirumahku sendiri.

Mendengar keluh-resah Nabi Luth, lantas anak-anak muda itu memberitahu hal yang sebenar, mereka adalah malaikat-malaikat yang menyamar sebagai manusia yang diutus oleh Allah untuk menurunkan azab dan seksa atas rakyatnya kerana segala kemungkaran dan kemaksiat yang keji dan kotor.

Malaikat-malaikat itu menyuruh Nabi Luth membuka pintu rumahnya seluas mungkin agar dapat memberi kesempatan bagi orang -orang yang hauskan seks dengan lelaki itu masuk. Namun malangnya apabila pintu dibuka dan para penyerbu memijakkan kaki untuk masuk, tiba-tiba gelaplah pandangan mereka dan tidak dapat melihat sesuatu. Malaikat-malaikat tadi telah membutakan mata mereka. Lalu, diusap-usap dan digosok-gosok mata mereka, ternyata mereka sudah menjadi buta.

Sementara para penyerbu rumah Nabi Luth berada dalam keadaan kacau bilau berbentur antara satu dengan lain berteriak-teriak menanya-nanya gerangan apa yang menjadikan mereka buta dengan mendadak para berseru kepada Nabi Luth agar meninggalkan segera perkampungan itu bersama keluarganya, kerana masanya telah tiba bagi azab Allah yang akan ditimpakan. Para malaikat berpesan kepada Nabi Luth dan keluarganya agar perjalanan ke luar kota jangan seorang pun dari mereka menoleh ke belakang.

Nabi Luth keluar dari rumahnya sehabis tengah malam, bersama keluarganya terdiri dari seorang isteri dan dua puterinya berjalan cepat menuju keluar kota, tidak menoleh ke kanan mahupun kekiri sesuai dengan petunjuk para malaikat yang menjadi tamunya.Akan tetapi si isteri yang menjadi musuh dalam selimut bagi Nabi Luth tidak tergamak meninggalkan kaumnya. Ia berada dibelakang rombongan Nabi Luth berjalan perlahan-lahan tidak secepat langkah suaminya dan tidak henti-henti menoleh ke belakang karena ingin mengetahui apa yang akan menimpa atas kaumnya, seakan-akan meragukan kebenaran ancaman para malaikat yang telah didengarnya sendiri.

Dan begitu langkah Nabi Luth berserta kedua puterinya melewati batas kota Sadum, sewaktu fajar menyingsing, bergetarlah bumi dengan dahsyatnya di bawah kaki rakyat Sadum, tidak terkecuali isteri Nabi Luth yang munafiq itu. Getaran itu mendahului suatu gempa bumi yang kuat dan hebat disertai angin yang kencang dan hujan batu sijjil yang menghancurkan dengan serta-merta kota Sadum berserta semua pemghuninya . Bertebaran mayat-mayat yang dilaknat oleh Allah S.W.T di kota Sodom, dan hancurlah kota tersebut yang berada di laluan manusia yang lalu-lalang.

Namun, masih ditinggalkan kesan-kesan kehancuran kota tersebut oleh Allah S.W.T, sebagai peringatan kaum yang kemudian yang melalui di jalan tersebut. Demikianlah kebesaran dan ayat Allah yang diturunkan untuk menjadi pengajaran dan ibrah bagi hamba-hamba-Nya yang mendatang.

Kisah Nabi Luth Di Dalam Al-Quran

Kisah Nabi Luth dalam Al-Quran terdapat pada 85 ayat dalam 12 surah diantaranya Surah Al-Anbiyaa ayat 74 dan 75 , Surah Asy-Syu'ara ayat 160 sehingga ayat 175 , Surah Hud ayat 77 sehingga ayat 83 , Surah Al-Qamar ayat 33 sehingga 39 dan surah At-Tahrim ayat 10 yang mengisahkan isteri Nabi Luth yang mengkhianati suaminya.

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Friday, September 4, 2009

Berbakti kepada ibu bapa

Tip-tip untuk semua

Suatu wasiat yang diturunkan oleh Allah swt kepada manusia.
Di zaman Islam kembali dagang manusia berhajat agar wasiat ini dapat diulang.

Rasulullah saw menitikberatkan birrul waalidaini iaitu berbakti kepada ibubapa.
Berbuat baik kepada ibubapa adalah perkara besar, berada di tangga kedua selepas taat kepada Allah dan Rasul.

Di zaman Islam kembali dagang, air mata ibubapa seperti tiada apa-apa... tiada terkesan langsung di hati anak-anak melihat airmata ibubapa mengalir walaupun mereka sudah dewasa dan berakal.

Ulama menyimpulkan dua keadaan :
1. Berbakti kepada ibubapa semasa hidup
2. Berbakti kepada ibubapa selepas mati

Bagaimana?

Allah swt telah memuliakan kita dengan ibubapa. Sebagaimana kita telah mendapat kemuliaan itu maka muliakanlah mereka.

Semua orang akan melalui fasa menjadi anak dan seterusnya ibu atau bapa.Jika umur masih dipanjangkan oleh Allah, akan melalui fasa menjadi datuk atau nenek.. dan seterusnya.

Daripada surah Al Isra' Allah swt telah berfirman yang bermaksud :
'Dan kepada kedua ibubapa berlaku ihsan'


Di dalam ayat di atas itu Allah swt telah mensyariatkan :

1. Jangan mensyirikkan Allah
2. Berbakti kepada dua ibubapa

Berbakti kepada ibubapa ada dua cara :

a. Berbakti dengan lisan
b. Berbakti dengan sifat/tubuh badan

a. Lisan-
yang menghormati dan memuliakan mereka sehingga jangan sedikit pun ada mengeluarkan satu perkataan yang boleh mengguris hati mereka.

Memilih perkataan yang mulia.
Allah tidak menyebut hasana yang bermaksud baik tetapi qoulan kariima yang bermaksud perkataan yang mulia.
= Qoul yang menjadikan mereka merasa mulia.

Qoulan kariima adalah suatu perintah daripada Allah swt kepada anak tidak kira berapa usia ibubapa. Qoulan mesti meletakkan ayah sebagai ayah dan ibu sebagai ibu walaupun mereka adalah orang musyrik.

Contoh; daripada kisah Nabi Ibrahim :

Nabi Ibrahim mengucapkan :
'Ya abatii, lima ta'budu.. la yasma' wala yabsir'
'Ya abati' dalam bahasa Arab adalah kalimah yang terlalu lembut/halus.

Dalam Bahasa Melayu, panggilan ayah adalah seiring dengan maksud ini atau lain-lain panggilan yang setimpal dengan statusnya sebagai bapa.

Dalam doa, kalimah ;
waliwaalidaina = dua ibubapa, lebih tepat, lebih khusus
waliwaalidiina = dua ibubapa termasuk datuk nenek, terangkum semua

b - sifat/tubuh badan.
Kalau dalam sebuah majlis adanya ibubapa bersama tidak boleh bercakap melainkan dua perkara :

i. Ilmu
ii. Hajat

Yakni tidak boleh menyampuk mereka melainkan dua perkara yang di atas sekiranya mereka sedang ada tetamu/kawan/majlis.

Contoh; daripada kisah Ibnu Sirin :
Tatkala Ibnu Sirin sedang berada di dalam sebuah majlis, ibunya masuk ke majlis itu. Lantas Ibnu Sirin tidak banyak berkata-kata. Apabila ditanya akan keadaanya itu, dia menjawab 'kerana menghormati ibunya'.

Dalam adat Melayu pun ada adat yang baik ini, diwarisi daripada ulama Islam dahulu.

Menggunakan perkataan yang halus dan tinggi serta lembut - 'falaa takullahuma auffin'

Ulama mengatakan jika ada lagi perkataan yang lebih ringan daripada 'uff' itu pun Allah akan mengharamkannya. Akan tetapi tiada yang lebih ringan daripada 'uff' itu yang menunjukkan ketidakpuasan hati seorang anak.

Luka atau calar di hati ibubapa sampai mati. Sekali terkeluar sesuatu perkataan itu tidak boleh ditarik balik. Jadi berhati-hatilah apabila mengeluarkan kata-kata.

Berbakti dengan jawaarih yakni anggota atau tubuh badan

1. Yang paling besar sekali ialah 'suhbatul aba' yakni bersama mereka

Tidak boleh bermusafir tanpa keizinan ibubapa.

Tidak boleh duduk jauh/bekerja jauh daripada mereka tanpa keizinan mereka. Kalau pergi juga sudah dikira derhaka kepada ibubapa.

Ulama mengistinba'kan :

Daripada kisah seorang sahabat :
Suatu ketika ada sahabat hendak berbaiah kepada nabi untuk berhijrah dan berjihad.

Nabi bertanya : Adakah kedua mereka atau antara salah satu mereka masih hidup?
Sahabat menjawab : Na'am
Nabi berkata : Adakah kamu datang untuk mencari pahala?
Sahabat menjawab : Na'am
Nabi berkata : Baliklah kepada mereka, sentiasalah bersama mereka, berbuat baik kepada mereka.

'Suhbatul' adalah bermaksud sahabat, yang sentiasa berada di sisi mereka, untuk berbakti kepada mereka.

Kisah sahabat yang kedua :
Di suatu ketika yang lain, seorang sahabat dari Yaman hendak berbaiah untuk berjihad.

Nabi bertanya : Adakah ibu kamu masih hidup?
Sahabat jawab : Ya.
Nabi berkata : Pergilah pegang kakinya, sesungguhnya di situlah syurgamu.

Rasulullah saw bersabda :
'hajat ibubapa lebih utama daripada hajat anak-anak'.

Hajat ibubapa hendaklah diutamakan daripada hajat isteri dan anak-anak.

Hajat :
i. Beri makan kalau mereka lapar
ii. Beri pakaian kalau mereka berhajat
iii. Berbakti kepada ibubapa selepas mati
*Selepas mati tiada yang dihajatkan ibubapa melainkan doa anak-anak.

Isu solat jenazah

Hak solat jenazah adalah hak 'al qarabah' yakni kaum kerabat. Ia adalah hak warisan walaupun telah diwasiatkan oleh simati kepada orang tertentu dari luar kaum keluarga contohnya imam. Orang lain tidak boleh melakukannya melainkan dengan keizinan ahli waris.

Isu khenduri arwah

Adalah suatu kelencongan memanggil orang makan dan berdoa untuk ibubapa sedangkan anak-anak sendiri duduk di luar ataupun sibuk dengan urusan khenduri itu.

Kisah sahabat lagi :
Seorang sahabat bertanya :
Adakah lagi hak yang hendak aku sempurnakan, ibubapaku telah mati?

Nabi menjawab :

1. Doakan mereka
2. Mohon ampun untuk mereka
3. Baikkan silaturrahim

Silaturrahim, silatul qorobah, silatul waalidaini
Silah = hubungan, rahim = perut

Menunjukan bakti kepada ibubapa yang sudah mati ialah ialah dengan meneruskan hubungan dengan saudara mara ibubapa walaupun mereka sudah tiada. Menziarah orang yang pernah mereka ziarahi. Menghubungkan silaturrahim yang ada dengan adanya mereka. Bahkan ada yang mengatakan sahabat-sahabat mereka juga.

Kisah Ibnu Omar
Ibnu Omar terjumpa seorang tua di jalanan. Orang tua itu adalah seorang Yahudi. Ibnu Omar lalu menyelimutkannya dan memberi unta tunggangannya sedangkan Ibnu Omar sendiri berjalan kaki.

Sahabat-sahabat bertanya : Siapakah dia?
Ibu Omar menjawab : Dia adalah kawan al Khattab semasa jahiliah.

Kesan berbakti kepada ibubapa

1. Amalannya diterima oleh Allah swt. Sebaliknya, amalannya ditolak oleh Allah swt walaupun beliau bersolat, berpuasa, belajar/berilmu. Apabila amalan diterima, hidup diberkati di dunia dan di akhirat.

Allah menetapkan berbuat baik kepada ibubapa selepas tidak syirik kepada Allah, dalam ayat di atas tadi, menunjukkan besarnya ia.

2. Diampunkan dosa.

Manusia yang memenuhi hajat ibubapa dihapuskan dosanya oleh Allah swt. Sebaliknya, derhaka kepada ibubapa menyebabkan amalan tidak diterima walaupun siang malam bersolat. Dosanya tidak diampun.

3. 'Mustabun do'a' = doa dimakbulkan
Doanya Allah pandang + dengar. Adalah suatu musibah doa yang tidak Allah dengar.

Kisah Uwais al Qorni
Telah datang satu gerombolan dari Yaman. Orang Yaman baik akhlaknya. Dalam rombongan itu ada seorang yang bernama Uwais al Qorni yang suatu ketika dulu pernah kena sakit sopak. Kerana taat kepada ibubapa dan beliau berdoa kepada Allah, dia sembuh, kecuali sedikit tanda tinggal di kakinya.

Rasulullah saw menyuruh sahabat-sahabat mencari Uwais al Qorni dalam gerombolan itu dan meminta Uwais membacakan doa untuk mereka kerana doanya mustajab kerana dia seorang anak yang taat kepada ibunya.

Sangat sedikit doanya ditolak, banyak diterima.
Dan sekiranya dia bertawassul..

Isu tawassul

Tawassul ialah menjadikan amalan soleh sebagai suatu wasilah atau jalan. Yakni bertawassul dengan amal soleh, contohnya :

Ya Allah, sekiranya amalan solehku dulu diterima maka (jadikanlah ia wasilah) aku bertawassul dengannya, berikanlah aku...bantulah aku...

Ada keadaan di mana tiada siapa yang dapat menolong melainkan Allah swt.

Kisah daripada hadis sohih, Rasulullah menceritakan :

Tiga orang lelaki terperangkap di dalam sebuah gua di mana pintu gua telah tertutup dengan batu besar. Mereka bertiga bertawassul dengan amalan soleh mereka yang lalu..

1. Lelaki pertama yang berpeluang berzina tetapi tidak melakukannya.. memohon sekiranya Allah swt mengiranya sebagai amal soleh, bertawassul dengannya, agar dibuakkan pintu gua itu. Batu yang menutup itu bergerak/beralih sedikit..tetapi mereka masih belum dapat keluar..

2. Lelaki kedua, seorang pemotong kayu, tiap-tiap hari bawa balik susu untuk ibubapanya dan tidak membenarkan orang lain meminumnya melainkan ibubapanya makan/minum terlebih dahulu. Suatu hari, beliau terlewat balik, ibubapanya sudah tidur, dia tidak membangunkannya, walaupun anak-anaknya menangis kelaparan mahukan susu itu..memohon kepada Allah sekiranya Allah menerimanya sebagai amal solehnya membukakan pintu gua itu..pintu gua itu terbuka sedikit lagi..tetapi meweka masih belum dapat keluar..

3. Lelaki ketiga, seorang majikan yang tidak diambil upah oleh seorang pekerja yang meninggalkan pekerjaannya sehingga pekerja itu menuntutnya lama kemudian, dia telah memberi kesemua upah termasuk untung yang terkumpul dari pelaburan upah itu untuk sekian lama..bertawassul dengannya agar Allah swt membebaskan mereka dari terperangkap itu..batu itu beralih lagi dan akhirnya mereka semua dapat keluar dari gua itu..

Seorang guru penceramah semasa penceramah masih belajar pernah berkata, jarang orang yang berbakti kepada ibubapa susah hidupnya.

Sesungguhnya rahmat Tuhan tidak akan turun kepada orang yang memutuskan silaturrahim.

Ditanya : Bagaimana pula orang yang derhaka kepada ibubapa?

3. Ketaatan kepada ibubapa membawa kepada kelapangan hati kerana ketaatan ibubapa merupakan suatu ubudiah.

Sesungguhnya manusia yang engkar ia tidak tenang.

Jadi, kalau rasa hidup susah, doa tidak diterima, mintalah ibubapa mengampunkan dosa-dosa kita. Mungkin ia penyebab hati kita tidak bahagia. Kemudian cari kemungkinan ada hak-hak ibubapa yang tidak kita tunaikan.

Isu
Ada orang berbuat baik kepada ibubapa tetapi ibubapa tidak suka kepadanya. Samada ia seorang anak atau seorang menantu. Kita muliakan dia, dia hina kita. Kita buat baik, dia tidak terima.

Itulah sebaik-baik bakti. Mungkin Allah swt hendak mengangkat darjat kita, hendak mengampunkan dosa kita.

Kisah Omar Al Khattab
Omar al Khattab semasa menjadi khalifah pernah masuk ke dalam sebuah wadi lalu mengambil tanah dan meletakkan ke mukanya. Apabila ditanya, beliau memberitahu : Aku teringat di dalam wadi ini aku pernah menggembala unta ayahku. Dan tiap-tiap hari ayahku memukul aku.

Walaupun ayahnya seorang pemabuk tetapi dia tetap taat sedangkan semasa itu dia masih seorang jahiliah.
Ulama mengatakan, Allah menunjukkan bahawa dengan ketaatannya dia diangkat menjadi khalifah Islam.


Allah mengajarkan bahawa tidak boleh membuka sayap/bahu di depan ibubapa, tidak boleh berjalan di depan ibubapa.


Urusan syurga bukanlah suatu urusan yang kecil.


Soalan : Kalau demikian kewajipan kita berbakti kepada ibubapa bagaimana pula dengan kebaktian kepada ibubapa mertua ? - by Wash

1. Hak utama suami adalah berbakti kepada ibubapanya. Isteri hendaklah membantu itu, walaupun dia (isteri) tidak suka, dikira dia (isteri) berbakti kepada ibubapanya (isteri) juga.

2. Walaupun isteri wajib mentaati suami tetapi Islam menetapkan suami menolong isteri mentaati ibubapanya (isteri) walaupun dia (suami) tidak suka dan pahalanya seperti dia (suami) mentaati ibubapanya (suami) sendiri.

Kebaktian, kedudukan adalah sama walaupun mertabat berbeza.

Manzilah

Bila berkahwin, dengan akad walaupun belum dijima' keluarga isteri sudah menjadi muhrim si suami..
..tetapi anak kepada isteri tidak dikira mahram suami selagi isteri dan suami baru itu belum berjima'..
..sebab itu suami baru boleh menceraikan isteri dan mengahwini anak kepada isteri selagi pasangan itu belum 'bersama'..

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Related Posts with Thumbnails

Protected by Copyscape Web Plagiarism Software