//

Wednesday, April 27, 2011

Kenali Sumber Makanan Rangsang Nafsu Lelaki

Tip-tip untuk semua

Setiap masyarakat di dunia mempunyai kepercayaan tersendiri tentang adanya makanan yang boleh merangsang sexs. Makanan afrodisiak adalah makanan yang di percayai boleh merangsang keinginan seks dan meningkatkan prestasi seks

Berikut adalah sumber makanan yang dikatakan mampu menaikkan dan merangsang keinginan seks serta menguatkan keupayaan seorang lelaki.

Asparagus

Ada yanga mengatakan asparagus menjadi makanan afrodisiak kerana bentuknya. Namun kebenarannya , asparagus kaya dengan vitamin E yang mana ia boleh merangsang hormon seks, menguatkan tenaga batin dan menambah stamina. Mengambil asparagus, ia membantu memulihkan prestasi seks.

Pisang

Sesetengah masyarakat di dunia percaya pisang makanan afrodisiak kerana bentuknya. Namun apabila dilihat dari segi pemakanan, pisang kaya dengan potassium dan vitamin B. kedua dua bahan penting itu adalah untuk menghasilkan hormon seks.

Enzim bromelain yang terdapat di dalam pisang memang sudah dibuktikan boleh meningkatkan libido lelaki. Jika dibandingkan dengan makanan lain, pisang membekalkan paling banyak potassium.

Lobak Merah

Rahsia kekuatan lelaki ialah pada jus lobak merah. Sejak zaman Greek purba lagi, lobak merah telah digunakan sebagai makanan afrodisiak. Lobak merah boleh meningkatkan libido lelaki kerana ia membekalkan sejenis sebatian yang menyerupai estrogen untuk merangsang keinginan seksual. Lobak merah juga kaya dengan beta karotena, sodium, potassium, zat besi, vitamin A dan B.

Avakado

Avokado adalah sumber 13 mineral penting termasuk besi, magnesium dan kuprum yang bergabung untuk membina dan membaik pulih sel darah merah. Avocado merupakan buah yang membekalkan vitamin B yang paling tinggi. Antara virtamin B yang dibekalkan ialah folat, pyridoxine (B6) dan pontothenic (B5). Vitamin B6 yang terkandung dalam avokado boleh meningkatkan pengeluaran hormon untuk merangsang seksual lelaki.

Coklat

Coklat antara makanan yang paling disukai sebagai afrodisiak. Coklat mengandungi phenylethylamine yang juga dikenali oleh sesetengah penyelidik sebagai ‘love chemical’. Ia memberi kesan yang sama saperti endorphin iaitu menyeronokkan, rasa selesa dan mengembirakan saperti dilamun cinta.

Penyelidik percaya coklat mengandungi bahan kimia yang memberi kesan neurotransmitter kepada otak. Selain itu, ia juga mengandungi serotonin untuk menenangkan fikiran. Manakala kandungan methylxanthines bertindak meningkatkan deria sensitive tubuh pada sentuhan walaupun sekadar sentuhan yang lembut.

Tiram

Ada juga yang percaya makanan laut saperti tiram boleh meningkatkan rangsangan seks kepada lelaki. Tiram mentah mengandungi kandungan zat besi yang tinggi iaitu salah satu mineral yang diperlukan untuk meningkatkan pengeluaran hormone testosterone dan menambah jumlah seperma lelaki.

Tiram bukan saja berguna untuk lalaki tetapi juga untuk wanita kerana hormon testosterone juga dipercayai boleh merangsang libido wanita. Tiram juga mengandungi dopamine iaitu hormone yang boleh menaikkan ghairah seks dan merangsang kepuasan seksual.

Bawang Putih.

Baunya mungkin ramai yang tidak suka kerana terlalu kuat.Namun jika ditanya tentang khasiatnya memang ramai yang mengaku kehebatannya sebagi makanan afrodisiak. Kehangatan bawang putih boleh mencipta keinginan seksual yang memuncak. Sebenarnya bawang putih mengandungi alicin yang boleh melancarkan perjalanan darah ke organ seksual untuk meningkatkan libido.

Daun Dan Batang Saderi

Saderi atau daun suo mengandungi beberapa zat penting saperti vitamin A, B1, B2, B3, C, dan E, Kalsium, zink dan banyak lagi. Daunnya mengandungi asid folik, karotena dan vitamin C. Manakala bijinya mempunyai flavonid, sedanolid dan minyak esen yang terdiri daripada asid petroselinik dan asid resinik.

Biasanya saderi di makan sebagai ulam ataupun sebagai bahan campuran di dalam sup. Saderi termasuk didalam makanan afrodisiak yang sering diamalkan oleh masyarakat melayu. Menariknya tentang saderi ini kerana ada kandungan sebatian androston di dalamnya. Ia adalah sejenis hormon yang tidak berbau biasanya dikeluarkan melalui peluh lelaki.

Badam

Badam dikatakan amat bermanafaat kepada lelaki kerana mengandungi asid lemak yang tinggi berfungsi untuk pengeluaran hormone lelaki dan boleh menambah pengeluaran seperma selain membantu meningkatkan kesuburan.

Badam padat dengan gizi dan kaya dengan beberapa kandungan mineral yang penting untuk kesihatan seksual dan reproduksi saperti protin, serat, kalsium, magnesium, kalium, riboflavin, besi, vitamin E, dan antioksida yang tinggi. Badam elok untuk kesihatan jantung kerana apabila jantung sihat dan cekap mengepam darah keseluruh anggota badan, pastinya ghairah seks yang hilang akan kembali semula.

Sumber; mingguan wanita.

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Monday, April 25, 2011

Tip Kenalpasti Cermin 2 Arah

Tip-tip untuk semua

Aduhhhh!!!..kalau cermin macam ni haru juga kan. Kita nak tengok muka kita, ternampak muka orang lain. naik bulu roma gini weh! Tapi apa yang saya nak kongsi di sini ialah apa yang dikongsi oleh orang lain dengan saya melalui email, iaitu TIP KENALPASTI CERMIN 2 ARAH. Bukan apa, ramai yang salah guna teknologi dan alatan canggih sekarang ini. Takut-takut orang ambil kesempatan atas kita yang dok syok tayang body depan cermin bilik air di bilik hotel, dalam tandas awam atau di mana-mana lah. Ingatkan cerminnya satu arah, rupa-rupanya 2 arah (ada orang sedang perhati kita dari belakang cermin dan kita tak nampak dia!). Lakukan ujian berikut:

1.TEST DENGAN KUKU JARI - Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat). Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah !

2.TEST DENGAN NAFAS - Hembus nafas hampir dengan cermin, jika ada kesan nafas/haba di cermin , maka selamat, jika tidak besar kemungkinan Ianya cermin 2 arah.

3.BUNYI - Cuba ketuk cermin tersebut dengan jari slow2, kuat kang pecah plak , jika ianya tidak berbunyi atau bunyi perlahan. Maknanya ia melekap didinding, jika berbunyi kuat pastinya ada ruang kosong/berongga dibelakang cermin tersebut.

Hati-hati dengan cermin!

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Gout

Tip-tip untuk semua

Ini juga saya ambil dari sebuah forum yang saya pernah baca. Satu pengalaman forumer yang sedang menghadapi penyakit gout yang kronik. Apa yang beliau rasai amat perit dan sukar. Semoga petua ini dapat membantu pembaca blog ini, atau setidak-tidaknya ia boleh disebarkan kepada orang lain samaada kepada ibu ayah, sedara mara, kawan-kawan dan sesiap sahaja yang mengalami penyakit yang sama.

=========================
~* Saya nak kongsi juga beberapa pengalaman menghadapi gout ini:

1) surah al-Mulk (Tabarokallazi...) digalakkan baca banyak semasa sakit. Cuba hayati maksudnya.

2) makanan laut dan kekacang,durian - ni "baja" bagi gout.

3) saya tampal ragi (yg orang buat tapai) yang dilarutkan dengan sedikit air di tempat bengkak - amat amat berkesan. Ada beberapa petua lain yang diberi rakan-rakan (TERIMAKASIH) tapi masih tak sempat nak cuba :

• salai buah betik dan gosok di tempat bengkak.
• rebus kurma merah dan daun pandan - daripada 7 gelas air, jadikan sampai 1 gelas dan minum.

4) saya makan ubat ARCOXIA (disyorkan oleh saudara, seorang ahli farmasi) sebiji sehari semenjak dua hari lepas - kini alhamdulillah, kaki boleh berpijak dan berjalan (walaupun masih macam robot).

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Turunkan Kadar Kolesterol Dalam Darah

Tip-tip untuk semua

Disini saya perturunkan beberapa petua yang saya baca dalam sebuah forum. Dan petua ini diamalkan sendiri oleh forumer tersebut. Saya hanya berkongsi dengan anda pembaca setia blog saya. Semoga ianya dapat dimanafaatkan bersama.


====================
Saya pernah mengalami kolesterol tinggi dalam badan..apa yang saya buat ialah;

i) Saya kurangkan makanan berminyak.

ii) Kurangkan makan makanan yang mengandungi tinggi protin iaitu ayam dan daging, selama 1 bulan saya hanya makan ikan sahaja.

iii) Dalam masa 1 bulan saya tidak memakan sotong, udang, ketam, kerang dan sea food yang lain kecuali ikan.

iv) Dan akhir sekali saya banyak buat senaman yang mengeluarkan peluh banyak, contoh: main ping pong, swim dan jogging waktu petang.

Alhamdulillah, setakat ini saya tidak mengalami ketinggian kolesterol sebab saya masih lagi maintain tentang makanan dan senaman.

=========================
* rebus nenas minum air. InsyaAllah

* makan ulam raja..insya-Allah cepat elok..

* jus celery ( batang calery)

* Cuba makan oats yang tak berapa sedap tu... Lebihkan fiber (sayur dan buah segar) dalam diet harian. Kalau mampu, kunyah celeri mentah dan ulam-ulaman. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan gula dan karbohidrat ringkas yang lain. Kalau lebih kalori, pastikan buat senaman untuk membakarnya pula.

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Tuesday, April 12, 2011

Gastrik; Tanda-Tanda Dan Rawatan

Tip-tip untuk semua

Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu;

1. Gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut).
2. Ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).

Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah,ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam dua bentuk iaitu :

1. Najis menjadi hitam seperti tar.
2. Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi.

Siapa Yang Berisiko?

Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :

# Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)

Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini.

# Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)

# Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui dua cara iaitu :

1. Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan

2. Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini

# Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.

# Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.

Rawatan

Ada 3 jenis ubat untuk gastrik iaitu :

* Antasid - bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari

* Antagonis H2 - berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis

* Perencat pam proton (PPI) - bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut

Masalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas 3 atau 4 hari iaitu apabila kesakitan hilang.

Mengapa perlu menghabiskan ubat?

Ubat diberi sebenarnya membantu memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ia mengambil masa 2 minggu untuk kembali normal. Memberhentikan pengambilan ubat selepas 3 atau 4 hari bermakna anda sengaja mengundang gastrik untuk datang balik.

Malah lebih baik jika pesakit jalani pemeriksaan teropong perut (endoskopi) untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit mengalami jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai.

Jaga Pemakanan, Ubah Gaya Hidup

Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :

* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol

* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit

* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur

* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap

* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam

* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)

* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut

* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing

sumber; sihatselalu.com.my

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Tips jantung Sihat

Tip-tip untuk semua

Jantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah. Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung. Antara penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak cukup, disebabkan saluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak, terutamanya "kolesterol".

Sakit jantung adalah antara salah satu penyakit yang amat digeruni. Kalau boleh,cuba usaha elakkan ianya dari terkena kepada kita. Disini diperturunkan tips untuk memiliki jantung yang sihat.

1. Ketahui Sejarah Keluarga Anda

Ketahui sejarah perubatan keluarga anda dan beritahu doktor anda tentang sebarang risiko-risiko keturunan.

Jika salah seorang daripada datuk nenek, ibu bapa atau adik-beradik anda pernah mengalami penyakit jantung sebelum berusia 55 tahun, maka anda turut cenderung untuk turut mendapatnya.

Mengetahui maklumat sedemikian akan membantu anda mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk mencegahnya daripada berlaku.

2. Di Meja Makan

Makan diet yang seimbang yang terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan makanan tenusu rendah lemak. Amalkan masa makan yang tetap pada setiap hari dan elakkan dari terlebih makan.

Kesemua lemak mempunyai kalori yang tinggi dan akan meletakkan anda berisiko untuk mendapat kolesterol dan darah tinggi, jadi anda perlu mengehadkan pengambilannya. Jika anda mesti mengambil lemak, maka pilihlah lemak-lemak tidak tepu. Elakkan makanan yang mengandungi lemak tepu, asid lemak trans dan kolesterol.

3. Serat Larut : Senjata Rahsia Anda

Serat larut (terutama sekali beta-glukan) adalah karbohidrat kompleks yang sangat bermanfaat terutama sekali untuk kesihatan jantung. Ia telah terbukti secara klinikal akan menurunkan kolesterol darah dengan menggabungkan asid-asid hempedu (yang mengandungi kolesterol) di dalam saluran pencernaan anda.

Ia kemudiannya akan dikeluarkan bersama bahan buangan badan anda dan ini bermakna kolesterol akan diserap dengan lebih sedikit ke dalam aliran darahanda. Ini akan membawa kepada paras kolesterol darah yang lebih rendah serta mengurangkan risiko penyakit jantung.

Oleh kerana serat larut (seperti beta-glukan) merupakan makanan rendah GI (Indeks Glisemik), maka ia juga berkesan untuk menstabilkan paras glukosa darah anda. Ini dilakukan dengan memperlahankan pencernaan serta penyerapan agar glukosa (gula) akan mengambil masa yang lebih lama untuk memasuki aliran darah anda.

Ini akan mengelakkan paras glukosa darah naik secara mendadak.

Oleh yang demikian, memasukkan lebih banyak serat larut serta makanan karbohidrat rendah GI ke dalam makanan seharian anda adalah suatu langkah yang bijak. Sesetengah contoh makanan rendah GI termasuklah barli, beras perang, muesli dan roti rendah GI yang telah dirumus khas.

4. Mengawal Tekanan Darah

Tahukah anda bahawa hanya 6 daripada setiap 100 rakyat Malaysia dapat mengawal tekanan darah mereka? Jangan biarkan diri anda menjadi salah seorang daripada 94 orang tersebut!

Periksa tekanan darah anda sekurang-kurangnya 2 kali setahun dan pastikan anda mengekalkannya pada paras yang rendah (130/80 mmHg atau lebih rendah) tanpa mengira usia anda.

5. Awasi Berat Badan

Lakukan senaman selama sekurang-kurangnya 45 minit pada kebanyakan hari dalam seminggu (atau lebih baik lagi, lakukannya pada setiap hari).

Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan atauobes, maka anda perlu lebih kerap melakukan senaman (dan dalam tempoh yang lebih lama) untuk menurunkan berat badan yang berlebihan.

Secara amnya, anda perlu mengekalkan Indeks Jisim Tubuh (BMI) pada lebih kurang 18-23 kg/m2. Bagi orang Asia, ukur lilit pinggang yang kurang dari 90sm bagi lelaki dan kurang dari 80sm bagi wanita adalah ideal.

6. Berhenti Merokok

Tembakau dalam rokok akan mengakibatkan saluran darah anda menjadi sempit serta mengurangkan bekalan darah ke jantung dan organ-organ penting anda yang lain. Jadi, hentikannya sekarang demi kebaikan jantung anda.

7. Jangan Lupa Berjumpa Doktor!

Dan akhir sekali, jangan terlepas daripada menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan anda. Pemeriksaan yang kerap akan dapat mengesan serta merawat kes-kes awal penyakit jantung dan juga diabetes.

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Halia; Kegunaan dan Khasiat

Tip-tip untuk semua

Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale dari keluarga zingiberaceae kaya dengan kandungan kalium (125 miligram), fosforus (63mg) dan kalsium tenaga (52 kilokalori) selain protein, karbohidrat, gentian, vitamin C dan niasin.

Perisa Masakan

Di kalangan masyarakat Malaysia, halia bukan saja berkhasiat malah menjadi perisa atau sebahagian daripada ramuan masakan Halia dikatakan ditanam di China sejak berkurun-kurun lamanya. Malah, tanaman itu dikatakan berkemungkinan berasal dari negara tersebut.

Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun lalu. Mereka bergantung kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai penyakit seperti masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. Gejala itu berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah.

Perubatan Moden

Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden.

Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagaigingeroles memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan.

Selain berbau harum, campuran halia dalam masakan menjadi pembuka selera makan. Selalunya halia ditumbuk atau dimayang halus, ditumis bersama perencah lain untuk masakan sup, kari, sambal, rendang dan tomyam.

Buang Angin

Dalam perubatan alternatif, halia yang ditumbuk atau air rebusannya digunakan sebagai ubat minum atau sapu.

Seperti yang diketahui umum, air rebusan halia yang dicampur lada hitam boleh menghilangkan angin di perut. Air rebusan ini sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang mengalami masalah angin seluruh badan.

Banyak Kegunaan

Bagi mereka yang terseliuh anggota badan, halia tua yang ditumbuk halus dan dipupuk di tempat tersebut boleh mengelakkan angin memasuki bahagian berkenaan.

Halia juga boleh mengubati penyakit sendi, cirit-birit, kekurangan tenaga,pening kepala dan demam panas. Selain itu, halia membantu menghadam makanan, mengawal hati daripada kesejukan dan menghilangkan bau busukmulut.

Pengambilan halia juga mencegah rasa pening dan mual atau motion sicknesssemasa menaiki kenderaan serta membuang kahak dan lendir yang melekat di halkum.

Halia juga membantu menguatkan tenaga batin iaitu menambahkan air mani.

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Tomato; Cantikkan Kulit Wajah

Tip-tip untuk semua

Tomato atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetum sememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.

Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat sertavitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan. Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineralgaram.

Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki. Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.

Berikut adalah petua dan cara-cara penjagaan kulit menggunakan tomato.

Mengecilkan Liang Roma

Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan 2 hingga 4 titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.

Merawat Jerawat

Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.

Membersihkan Kulit Muka

Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.

Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.

Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.

Menyejukkan Kulit Yang Rosak

Kisar sebiji tomato  dan campurkan dua sudu yogurt.
Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit.
Bilas dengan air suam.

Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit. Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.
Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Khasiat Tomato

Tip-tip untuk semua

Tomato buah berwarna merah dan boleh dimakan mentah. Namun, bukan semua orang menggemarinya! Tahukah anda tomato mengandungi pelbagai khasiat tersendiri, termasuk membantu mencegah penyakit berbahaya?

Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakitjantung. Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.

Kenapa anda perlu mengambil buah-buahan yang kaya dengan anti-oksida? Berikut ialah fungsi dan kelebihan anti-oksida untuk tubuh badan kita :

* Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan
* Melancarkan perjalanan darah
* Menghalang pembengkakan dan keradangan
* Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan
* Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Related Posts with Thumbnails