//

Tuesday, September 17, 2013

Keburukan Memanaskan Enjin Kenderaan

Tip-tip untuk semua

Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.

Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Makan masa dalam 15 minit juga. Golongan kaki panaskan enjin seperti itumesti bangun awal. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangka hayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia?

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan idling adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stylel Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus. Jadi berikut antara bahaya atau keburukkan dalam amalan yang tidak betul ini.

Dinding Silinder Cepat Haus

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

Palam Pencucuh Menjadi Kotor

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Paip Ekzos Cepat Berkarat

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

Fungsi Enjin Gagal Berfungsi Dengan Baik

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun dah mula guna pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, anda perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Anda rasa apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

Membazir Dan Mencemarkan

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin.

Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang anda perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan idling?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab mereka tahu jika enjin cepat rosak nanti mesti pelanggan mengadu. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus pandu cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini tidak, siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan isteri tapi enjin kereta terbiar hidup.

Seperkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan anda tidak bergerak. Kalau tunggu kekasih turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan idling ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Negara yang telah mencegah pemanasan injin ialah; Jepun United Kingdom Amerika Syarikat dan Kanada.

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Makanan Untuk Subur Dan Lepas Bedah

Tip-tip untuk semua

Ini adalah tip yang diberikan oleh Dr Hamid Arshat,pakar sakit puan dan pakar sakit tuan yang tidak asing lagi di Malaysia ini.

Apa yang kita perlu buat ialah;

1. Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunty untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis , fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil.

2. Ambil langkah untuk kurangkan stress. Exercise 30 minit setiap hari, banyak berzikir , baca quran 4-5 muka setiap hari.
Kurangkan pendedahan kepada toksin – jauhkan menghidu asap2 beracun, semburan insecticide dan pewangi dirumah dan dalam kereta. Gunakan bahan2 organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodorent.

3. Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dan lain-lain.

Juga jahukan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung - donut, kueh2, ice krim , chocolat dll. Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol atau kotak.

4. Makan 70% bahan2 mentah dan segar , iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Makan lebih buah tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dll.
Saya galakkan makan ulam-ulaman , sayur-sayuran saperti bayam, bendi, terong, kangkong, cekor manis, daun turi dan keledek merah.

5. Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji apel hijau, 2 carrot, 2 batang celery dan 1/4 buah papaya. Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.

6. Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.
Makan 2 biji telor saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti whole meal dan brown rice.

7. Makanan selingan (tea dan coffee break) - jauhkan makanan bergula dan karbohadret. Makan buah2 atau segenggan campuran kekacang almond, gajus, kismis dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.

8. Makan tengah hari - Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain2 jenis carbohydrate

9. Makan malam - Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau madu . Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan.
Atau buat rojak/pecal dari sayur kankong, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai .
Gantikan nasi putih kepada brown rice.

10. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU

Makan juga goji beri, lain-lain jenis berries, spirulina, rumpai laut.

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Jangan Abai Tanda Jangkitan Vagina.

Tip-tip untuk semua

Hanya 25 peratus individu alami masalah berjumpa pakar sakit puan

Bukan mudah untuk seorang wanita meluahkan atau berterus terang dengan masalah dihadapi, khususnya membabitkan bahagian alat sulit. Dilema itulah yang menghantui sebahagian besar wanita dalam kehidupan mereka apabila berdepan dengan vaginitis atau jangkitan vagina.

Sungguhpun vaginitis adalah masalah ginekologi yang meluas di Malaysia, perasaan malu untuk menyatakan masalah yang dihadapi begitu menebal, sama ada di kalangan belum berkahwin mahupun wanita yang sudah berumahtangga. Masalah jangkitan vaginitis menjadi lebih rumit ditangani kerana kebanyakan wanita kurang pengetahuan mengenai penyakit itu.

Vaginitis adalah keradangan vagina yang boleh mengakibatkan lelehan, kegatalan dan kesakitan vagina. Lazimnya, ia disebabkan oleh bakteria, protozoa, fungus atau jangkitan campuran serentak dengan sekurang-kurangnya dua daripada tiga patogen berkenaan.

Tiada wanita terkecuali daripada mengalami keradangan atau jangkitan vagina. Ini bermakna, vaginitis dialami wanita pada semua peringkat umur di seluruh dunia termasuk yang sudah mendirikan rumah tangga dan belum berkahwin.

Kajian menunjukkan hampir 80 peratus wanita pernah mendapat jangkitan atau keradangan vagina (faraj) pada satu-satu masa sepanjang hayat mereka.

Bagaimanapun, Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan dan Ginekologi Kuala Lumpur, Dr Raman Subramaniam, berkata dianggarkan hanya seorang dalam setiap lima wanita (25 peratus) berjumpa pakar sakit puan kerana masalah vaginitis. Malah, kebanyakan mereka tidak tahu punca jangkitan.

Beliau berkata, kebanyakan masalah vaginitis juga dikesan bukan kerana wanita berkenaan ingin mendapatkan kepastian mengenai jangkitan itu, tetapi biasanya ketika datang membuat pemeriksaan rutin atau pap smear dan sebagainya. Dalam sesetengah kes bukan wanita itu sendiri yang mengesan jangkitan berkenaan sebaliknya, adalah pasangan.

“Jangkitan vagina atau dikenali sebagai vaginitis adalah masalah yang biasa dialami wanita, tetapi tidak semua mendapat rawatan yang betul sehingga menyebabkan masalah itu berterusan bertahun-tahun.

“Lebih-lebih lagi gejala vaginitis agak mengelirukan dan ada sesetengah doktor yang tidak melakukan diagnosis dengan sempurna seperti mengambil contoh lelehan vaginitis untuk analisis makmal,” katanya ketika pelancaran terapi gabungan vaginitis Neo Penotran yang mengandungi bahan antibakteria metronidazole (500 miligram) dan antikulat miconazole (100 miligram) anjuran Bayer Schering Pharma di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr Raman berkata, biasanya diagnosis terhadap jangkitan itu memerlukan pemeriksaan contoh lelehan vagina di bawah mikroskop dan juga kultur, namun keberkesanan ujian bukan saja berbeza dan bukan sentiasa tepat, malah diagnosis sedemikian turut mengambil masa serta boleh meningkatkan kos kepada pesakit secara keseluruhan.

Pada masa sama, wanita yang mengalami vaginitis pula akan terus berasa tidak selesa dan ada kalanya jangkitan boleh bertambah teruk.

“Beberapa faktor mempengaruhi lelehan vagina iaitu umur, perubahan paras hormon dan penggunaan alat perancang kehamilan, haid atau kehamilan. Kadangkala alahan terhadap bahan kimia seperti sabun juga boleh menyebabkan keradangan vagina dan masalah ini akan hilang apabila penggunaan bahan kimia itu dihentikan,” katanya.

Kajian menunjukkan sebanyak 27 peratus kes vaginitis disebabkan jangkitan kulat dan ini diikuti bakteria sebanyak 21 peratus, parasit (lapan peratus) dan lain-lain (tiga peratus).

Bagaimanapun, bukan semua lelehan vagina berpunca daripada jangkitan. Sesetengah lelehan adalah normal jika ia berlaku pada tengah kitaran haid (selepas haid), terutama bagi wanita muda berumur pertengahan 20 atau 30 tahun.

“Seseorang wanita boleh mengalami lebih daripada satu jangkitan pada satu-satu masa. Lebih 30 peratus kes vaginitis membabitkan jangkitan bakteria dan fungus. Walaupun ia masalah biasa, wanita perlu mendapatkan rawatan pakar kerana punca vaginitis tidak boleh ditentukan melalui gejala atau pemeriksaan fizikal saja. Malah, tiada satu gejala khas boleh menentukan jenis jangkitan yang dialami seseorang wanita. Kadangkala gejala menjadi sangat teruk sehingga wanita tidak boleh tidur dan alami kesakitan,” katanya.

Sementara itu, Perunding Obstetrik dan Ginekologi Fakulti Perubatan Universiti Wayne State, Amerika Syarikat, Profesor Jack D Sobel, berkata adalah penting bagi wanita peka terhadap tiga penyumbang utama yang menyebabkan vaginitis dan gejalanya supaya mereka boleh membuat rawatan awal dan mendapat rawatan yang betul.

“Kebanyakan wanita menganggap jangkitan vagina begitu sulit dan amat peribadi untuk diberitahu kepada individu lain. Oleh sebab itu ada kecenderungan untuk tidak membincangkan masalah berkenaan dan membiarkannya tanpa sebarang rawatan,” katanya.

Wanita seharusnya menyedari tiga punca utama vaginitis dan gejalanya supaya mereka boleh mendapatkan rawatan sewajarnya. Sungguhpun boleh mengelirukan, gejala yang diperlihatkan tetap menjadi tanda amaran vaginitis.

Rawatan bagi vaginitis kata Dr Sobe, biasanya bergantung pada jenis yang mana satu wanita berkenaan hadapi. Tablet, gel vagina atau krim mungkin rawatan sesuai bagi vaginosis bakteria, manakala tablet metronidazole bagi trikomoiasis.

Vaginitis atrophic (yang terjadi akibat tahap pengurangan estrogen selepas menopaus) biasanya dirawat dengan estrogen dalam bentuk krim atau tablet. Bagi jangkitan yang bercampur, rawatan berkesan bergantung kepada diagnosis yang tepat, tetapi terapi gabungan adalah pilihan paling baik bagi sesetengah kes.

“Sekiranya diagnosis yang tepat tidak boleh atau tidak mungkin dibuat tanpa pemeriksaan kultur vagina, mikroskopi atau penilaian pH ini bermakna, wanita akan terus mengalami keadaan tidak selesa sementara menunggu keputusan ujian makmal. Penyelesaian terbaik ialah memberi preskripsi dengan spektrum luas dan mensasarkan semua tiga punca utama vaginitis,” katanya.

INFO
Antara langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengelak jangkitan dan menjaga vagina:

1. Selepas mandi bilas sabun pada bahagian luar genitalia (lipatan mengelilingi bukaan vagina dan uretra) betul-betul dan pastikan bahagian itu benar-benar kering bagi mencegah kerengsaan.

2. Galakkan pasangan menggunakan kondom ketika melakukan hubungan seksual, ia bagi mengelakkan jangkitan merebak melalui hubungan seksual.

3. Pakai seluar dalam daripada material kain kapas dan elak memakai seluar dalam yang lembap serta ketat.

4. Elakkan menggunakan sabun wangi bagi mencuci bahagian sulit, tampon atau penggunaan tuala wanita yang boleh menyebabkan kerengsaan.

5. Selepas menggunakan tandas, sapu dari bahagian depan ke belakang bagi mengelakkan penyebaran bakteria pada vagina.

6. Selepas mengadakan hubungan kelamin dan jika ingin mengelak kehamilan, jangan memancutkan air mani pada faraj.

Wanita dan vaginatis antara perkara yang berkaitan:

Wanita yang menghidap penyakit seperti kencing manis tidak terkawal juga mempunyai risiko tinggi mengalami jangkitan kulat dan masalah ini hilang apabila paras gula dalam darah terkawal.

Apabila mengalami jangkitan, segera jalani pemeriksaan. Pemeriksaan membabitkan soal selidik sejarah jangkitan faraj atau penyakit jangkitan kelamin, ujian rahim atau pH lelehan vagina. Ketika pemeriksaan doktor mungkin perlu mengambil sampel dinding rahim atau lelehan faraj untuk ujian makmal.

Vaginitis tidak menyebabkan kematian, tetapi boleh membuatkan seseorang wanita berasa tidak selesa, sakit pada vagina dan sebagainya.

Jika vaginitis berpunca daripada bakteria, ia boleh melarat hingga membawa kepada penyakit keradangan pelvis (PID) yang seterusnya berpotensi menjejaskan kesuburan dan menyebabkan kehamilan luar rahim.
Jika punca vaginitis adalah gabungan antara bakteria dan trikomoniasis (bakteria yang berada dalam usus) ia boleh menjejaskan kehamilan hingga menimbulkan masalah kelahiran tidak cukup bulan dan bayi lahir dengan masalah kurang berat badan.

sumber;fb
Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Friday, September 6, 2013

Adab Memandikan Bayi Yang Baru Lahir

Tip-tip untuk semua

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Related Posts with Thumbnails