//

Saturday, August 22, 2009

MENJAGA HATI DAN MULUT

Tip-tip untuk semua

Dalam sejarah Islam nama Luqman al -Hakim cukup terkenal dengan kebijaksanaannya.
Luqman tidak pernah mengamalkan sikap yang buruk termasuklah setiap kali apabila berkata-kata.

Apa yang keluar daripada kedua bibirnya adalah kebijaksanaan. Dia tidak pernah mengucapkan sesuatu pun, kecuali hal-hal yang mulia, penuh makna dan hikmah, serta berguna.
Allah mengabadikan namanya dalam al Quran sebagai salah satu teladan untuk umat manusia.

Pada satu hari, Luqman telah diarahkan oleh tuannya menyembelih beberapa ekor kambing untuk dikendurikan. Selesai menyembelih tuannya berkata, ``Wahai Luqman, cuba berikan aku dua bahagian yang terbaik daripada daging-daging tersebut.''
Tidak lama kemudian Luqman datang dan menyerahkan sepotong hati dan lidah.

Tuannya meminta pula Luqman memberikannya bahagian yang paling buruk antara daging-daging kambing yang disembelih tersebut.
Luqman kembali semula ke tempat daging itu dikumpulkan dan sejurus kembali, dia sekali lagi membawa sepotong hati dan lidah.

"Apa maksud mu dengan ini semua, Luqman? Mengapa yang terbaik dan paling buruk sama bentuknya?'' tanya tuannya.

Luqman dengan tenang menjawab, " Tuan, jika kedua bahagian ini sudah baik, tidak ada lagi yang lebih baik daripada kedua-duanya. Sebaliknya, jika kedua-dua bahagian ini sudah buruk, tidak ada lagi yang lebih buruk dibandingkan dengan keduanya,'' jawab Luqman.

Sememangnya itulah kebijaksanaan Luqman kerana kebaikan dan keburukan seseorang insan itu akan ditentukan bagaimanakah dia menjaga hati dan lidahnya.

Apa yang kita perkatakan dan apa yang terkandung dalam hati kita sama ada baik atau buruk sudah pasti menjadi penentu imej kita di depan orang lain.
Tetapi malangnya pada zaman ini, ada di antara kita yang tidak mahu memikirkan itu semua, mereka bercakap sesuka hati dan bertindak mengikut hawa nafsu.

Rasulullah s.a.w pernah mengingatkan umatnya supaya menjaga lidah dengan sebaik-baiknya kerana ia mendatangkan kesengsaraan kepada manusia jika salah digunakan.
"Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah bercakap perkara yang baik atau diam.''

Keengganan atau kelalaian kita untuk menjaga lidah kita dengan baik boleh menjuruskan kita melakukan dosa.
Justeru itulah Rasulullah mengingatkan bahawa "Barang siapa banyak bercakap maka banyak pula salahnya dan barang siapa banyak salah maka banyak pula dosanya dan barang siapa banyak dosanya maka api neraka lebih utama baginya.''

Berdasarkan kepada hakikat itulah, berhati-hatilah ketika bercakap dan pelihara kesucian hati kita dengan sebaik-baiknya.

** Kaya Hati Kaya Yang HaQiQi

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Tips meningkatkan daya ingatan

Tip-tip untuk semua

1. Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat.Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

2. Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran.Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

3. Berhati2 Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu,lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum
membeli makanan tambahan.

4. Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih
baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

5. Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-
kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

6. Awasi Pengambilan Ubat

Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi,anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jgn mengambil ubat tanpa arahan doktor.

7. Belajar Sesuatu yang Baru

Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek,menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

8. Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yg mencabar minda.

9. Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian.Membaca dapat meluaskan pengetahuan,mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yg terkandung didalam bahan bacaan.

10. Katakan Berulang Kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

11. Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara
dan mencatatkan apa yg anda fikirkan.

12. Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu,anda boleh menghubungkaitkan angka2 tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

13. Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerangkan hati/jiwa,menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Mutiara Minda

Tip-tip untuk semua

Teringat pesan ayahanda..."Sudahkah di Qada' Solat yang lepas-lepas?
Jika tidak ingat,gantikanlah dengan mengira berapa usia kita sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil baligh kita..."
Subhanallah, betapa alpa nya kami...

Sesungguhnya Engkau maha penerima taubat...
Peringatan buat diriku yang sering lupa.....
Adakah kita seorang Islam????
Pernahkah kita terfikir... hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah.?
Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian?.

Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan kita?

Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah.
Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari. Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya?.

Semua ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!! Adakah kita benar-benar seorang Islam????

Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga?
Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri ?.
Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah.

Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur?.
Adakah kita yakin kita seorang Islam???
Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik sekalipun.
Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit.
Tetapi, mengapa kita masih leka di buai perasaan… Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah??..

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah??...
Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun??? Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!!

Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah????
Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia...
Mengapa kita masih mendedahkan aurat?.
Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu... Syariat,Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf... Dapatkah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut?.. Tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya??.

Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri.

Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu..
Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa. Dosa!!!
Kita tidak takut dosa.
Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian???
Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat????
Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam?. Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut?.

Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar?.

Kita pergi kuliah, pergi kerja ** kita yakin kita telah menutup aurat?
Kita solat ... ** kita yakin solat kita tidak tercela?
Kita makan .... ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?
Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang?
Kita ketawa ... ** kita tidak malu pada Allah?
Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, ITAS,C++, ** kita yakin semua itu dapat membantu kita menjelangnya fitnah kubur?
Kita berpuasa ** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari akhirat?
Kita sihat ... ** kita yakin Allah muliakan kita?
Kita sakit ... ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan?

Siapa Kita????
Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina.. betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa. Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh sakaratul maut.

Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya.
Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI......!!!!
Siapa kita....????
Wallahu'alam -


A) Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :

Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu:
1 ) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2 ) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT CAKAP.
3 ) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4 ) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

B) Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran.

C) Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang yang tidak melakukan sholat pada :
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zhuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan / kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isya' : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Al-Quran:
Sembahyanglah sebelum kau disembahyangkan oleh orang lain.

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Kenali Peribadi Lelaki Dan Wanita

Tip-tip untuk semua

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkhawin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkhawin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum khawin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah khawin, ia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkhawin

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkhawinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir sekali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban di kepala dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

KASIH ALLAH TIADA BERTEPI.. ...SAYANG ALLAH PASTI ABADI

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Jangan, Jangan Dan Jangan

Tip-tip untuk semua

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh,
nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat.

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan bergaul bebas ditempat kerja.
Banyak buruk dari baiknya.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula
.
Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong,
kerana itu adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

(Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. '

'Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Tuesday, August 11, 2009

Doa Dan Resepi Penawar H1N1

Tip-tip untuk semua

Umat Islam yang terus lalai, leka, dan sombong itu tidak pernah berpaut kepada Allah. Mereka tidak pernah berdoa kepada Allah untuk memohon ditolak bala itu. Mereka tidak pernah meminta perlindungan Allah daripada wabak itu. Inilah hakikat yang sukar dinafikan.*

Doa hindari dari sebarang WABAK:

لِي خَمْسَةٌ أُطْفِي بِهَا حَرَّ الوَبَاءِ الْحَاطِمَة
اَلْمُصْطَفَى وَالْمُرْتَضَى وَابْنَاهُمَا مَعَ فَاطِمَة

LIIKHAMSATUN UTFIBIHA HARROL WABA
ILHUTTOMA ALMUSTHOFFA WALMURTHADHO
WABNAHUMMA MA'A FATTIMA

"Bagiku lima orang yang dengannya boleh memadamkan kepanasan wabak iaitu Nabi Muhammad, Ali, Hasan, Husin bersama Fatimah."

Ulang 7 x
Dibaca setiap kali selepas solat fardu

Umat Islam seharusnya bergantung kepada Allah dalam semua keadaan, waktu baik apatah lagi waktu bencana. Apabila kita banyak bergantung kepada Allah waktu senang pasti Allah bersama dengan kita waktu kita susah.*

Saya melihat banyak komen daripada pihak tertentu tentang doa menghindari wabak H1N1. Pada mulanya saya malas nak mengulas tetapi apabila dilihat semakin serius suka saya menjelaskannya:
1. Doa itu memang bukan untuk wabak H1N1 tetapi sebarang wabak yang dipercayai diamalkan oleh ulama terdahulu.
2. Doa itu tiada kaitan dengan al-Arqam kerana doa itu wujud ratusan tahun sebelum wujudnya al-Arqam. Cuma al-Arqam menggunakannya setelah ia dilupakan mungkin kerana sudah tidak ada wabak.
3. Doa itu tiada kaitan dengan syiah. Kalau dikatakan orang syiah sudah sinonim dengan lima nama itu, kita Ahli Sunnah Wal-Jamaah lebih patut menyebutnya.
4. Doa itu bukan hadis dan athar, maka sama taraf dengan doa kita yang dibaca dalam bahasa Melayu oleh ulama yang kita hormati di negara ini. Salahkah kalau doa harian seorang ustaz yang kita yakin susunan bahasanya amat berkesan, lalu kita salin dan amalkan? Kalau ini boleh mengapa doa di atas tidak boleh.

Umat Islam tidak boleh berfikiran statik.*

* Dicatat oleh Ahmad Baei Jaafar

--------------------------------

Resepi ini pulak dapat dari email seorang kawan yg baru kembali dari Thailand elok kiranya dikongsikan bersama rakan-rakan pancing dalam MFN ni manalah tahu berkesan..
Wallahualam.

Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Air kelapa
2. Kurma
3. Mangkuk (apa-apa bekas pun boleh)

Cara-caranya:

1. Masukkan kurma ke dalam mangkuk. Masuk terus dalam tempurung kelapa cam orang jual-jual tu pun boleh gak... lagi senang.
2. Tuang air kelapa.
3. Biar sejam dua.
4. Minum air kelapa dan makan isi kurma bersama-sama.

--------------------------------

Mengikut amalan tradisi kaum india kalau nak meningkatkan imunisasi dalam badan mereka amalkan minum minyak kelapa. Tapi bukan minyak kelapa yang banyak jual kat kedai tu tapi minyak kelapa yang tulen... dikenali sebagai virgin coconut oil atau minyak kelapa dara. Minyak kelapa ni boleh di buat sendiri.

*kita cuma berusaha ...berikhtiar... Allah yang menentukan ...

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Monday, August 10, 2009

Doa Menjadi Hamba yang Taat

Tip-tip untuk semua

Bacalah surah Al Baqarah - ayat 128

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم

Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami : Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Doa supaya diberi kekuatan meninggal perkara mungkar & di beri pertunjuk kejalan yg lurus

Tip-tip untuk semua

Bacalah:

Surah Al Baqarah ayat 126

YA QABIR - ( Yang maha .... )
baca banyak-banyak supaya di beri kekuatan untuk meninggalkan sesuatu perbuatan buruk yg menjadi amalan anda.

Contoh:
suka berjudi, kaki botol/minum arak, penagih dadah, penzina dll.

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Doa Untuk Mendapat Anak Yang Soleh

Tip-tip untuk semua

Baca SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Wednesday, August 5, 2009

4 Perkara Sebelum Tidur

4 perkara sebelum tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iyaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat aku memberimu syafaat untukmu dihari akhirat nanti,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasulullah tersenyum dan bersabda : "Sebelum engkau hendak tidur bacalah:
Al Ikhlas tiga kali. Amalan ini adalah seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Membacalah sholawat untukKu, maka aku akan memberi syafaat untukmu dihari akhirat kelak.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

"Astaghfirullahalazim li wali waa lidaiya wali jami il muslimina wal muslimat wal mukminina wal mukminat al ahya immin hum wal amwat "

Ampunilah aku ya Allah yang maha besar,
kedua ibubapaku,
semua muslimin dan muslimat,
mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah mati.
Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil,bertakbir
maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Kalau larat amalkan sekurang-kurangnya tiga kali.
Selepas itu bacalah bismillahirahmanirahim sebanyak 21 x.
Seterusnya bacalah doa sebelum tidur.


Adapun amalan rasulullah sebelum tidur itu membaca
surah sajadah dan Al Mulk sebelum tidur.

Mengamalkan membaca suratul Mulk sebelum tidur akan membuat kubur kita, tempat semadi sementara menunggu akhirat, suatu tempat yang sejahtera dan terang-benderang.

Sebagai suatu perlindungan eloklah kita amalkan membaca
- Ayatul Kursi dan
- 4 Qul

semoga kita di jauhi dari gangguan manusia dan jin sewaktu kita tidur.

Baca Lagi...


Allah Berkati Perniagaan

Setiap kali memulakan perniagaan bacalah ayat dibawah ;

Surah Al-Faathir - ayat 29 dan 30

semoga Allah berkati perniagaan kita

Baca Lagi...


Untuk Sakit Jantung

Baca surah Ar Ra'd - ayat 28

* selalu-selalulah baca ayat tersebut bagi pesakit jantung dan berdoalah pada Allah agar di sembuhkan

*

Baca Lagi...


Ayat Pengasih Nabi Yusuf

Tip-tip Untuk Semua

An English Interpretation of the Holy Quran with English Translation and Full Arabic Text

1. Surah Yusof - ayat 4
2. Surah Thoo Ha - ayat 39

Cara:

Setiap kali bertemu/bersua dengan kekasih/suami, bacalah kedua-dua ayat ini.

* amalkan selalu membaca di hadapannya. Tak perlu dibaca dengan kuat, memadai dengan baca dalam hati sahaja.

Tip-tip Untuk Semua

Baca Lagi...


Related Posts with Thumbnails