//

Friday, September 4, 2009

Berbakti kepada ibu bapa

Tip-tip untuk semua

Suatu wasiat yang diturunkan oleh Allah swt kepada manusia.
Di zaman Islam kembali dagang manusia berhajat agar wasiat ini dapat diulang.

Rasulullah saw menitikberatkan birrul waalidaini iaitu berbakti kepada ibubapa.
Berbuat baik kepada ibubapa adalah perkara besar, berada di tangga kedua selepas taat kepada Allah dan Rasul.

Di zaman Islam kembali dagang, air mata ibubapa seperti tiada apa-apa... tiada terkesan langsung di hati anak-anak melihat airmata ibubapa mengalir walaupun mereka sudah dewasa dan berakal.

Ulama menyimpulkan dua keadaan :
1. Berbakti kepada ibubapa semasa hidup
2. Berbakti kepada ibubapa selepas mati

Bagaimana?

Allah swt telah memuliakan kita dengan ibubapa. Sebagaimana kita telah mendapat kemuliaan itu maka muliakanlah mereka.

Semua orang akan melalui fasa menjadi anak dan seterusnya ibu atau bapa.Jika umur masih dipanjangkan oleh Allah, akan melalui fasa menjadi datuk atau nenek.. dan seterusnya.

Daripada surah Al Isra' Allah swt telah berfirman yang bermaksud :
'Dan kepada kedua ibubapa berlaku ihsan'


Di dalam ayat di atas itu Allah swt telah mensyariatkan :

1. Jangan mensyirikkan Allah
2. Berbakti kepada dua ibubapa

Berbakti kepada ibubapa ada dua cara :

a. Berbakti dengan lisan
b. Berbakti dengan sifat/tubuh badan

a. Lisan-
yang menghormati dan memuliakan mereka sehingga jangan sedikit pun ada mengeluarkan satu perkataan yang boleh mengguris hati mereka.

Memilih perkataan yang mulia.
Allah tidak menyebut hasana yang bermaksud baik tetapi qoulan kariima yang bermaksud perkataan yang mulia.
= Qoul yang menjadikan mereka merasa mulia.

Qoulan kariima adalah suatu perintah daripada Allah swt kepada anak tidak kira berapa usia ibubapa. Qoulan mesti meletakkan ayah sebagai ayah dan ibu sebagai ibu walaupun mereka adalah orang musyrik.

Contoh; daripada kisah Nabi Ibrahim :

Nabi Ibrahim mengucapkan :
'Ya abatii, lima ta'budu.. la yasma' wala yabsir'
'Ya abati' dalam bahasa Arab adalah kalimah yang terlalu lembut/halus.

Dalam Bahasa Melayu, panggilan ayah adalah seiring dengan maksud ini atau lain-lain panggilan yang setimpal dengan statusnya sebagai bapa.

Dalam doa, kalimah ;
waliwaalidaina = dua ibubapa, lebih tepat, lebih khusus
waliwaalidiina = dua ibubapa termasuk datuk nenek, terangkum semua

b - sifat/tubuh badan.
Kalau dalam sebuah majlis adanya ibubapa bersama tidak boleh bercakap melainkan dua perkara :

i. Ilmu
ii. Hajat

Yakni tidak boleh menyampuk mereka melainkan dua perkara yang di atas sekiranya mereka sedang ada tetamu/kawan/majlis.

Contoh; daripada kisah Ibnu Sirin :
Tatkala Ibnu Sirin sedang berada di dalam sebuah majlis, ibunya masuk ke majlis itu. Lantas Ibnu Sirin tidak banyak berkata-kata. Apabila ditanya akan keadaanya itu, dia menjawab 'kerana menghormati ibunya'.

Dalam adat Melayu pun ada adat yang baik ini, diwarisi daripada ulama Islam dahulu.

Menggunakan perkataan yang halus dan tinggi serta lembut - 'falaa takullahuma auffin'

Ulama mengatakan jika ada lagi perkataan yang lebih ringan daripada 'uff' itu pun Allah akan mengharamkannya. Akan tetapi tiada yang lebih ringan daripada 'uff' itu yang menunjukkan ketidakpuasan hati seorang anak.

Luka atau calar di hati ibubapa sampai mati. Sekali terkeluar sesuatu perkataan itu tidak boleh ditarik balik. Jadi berhati-hatilah apabila mengeluarkan kata-kata.

Berbakti dengan jawaarih yakni anggota atau tubuh badan

1. Yang paling besar sekali ialah 'suhbatul aba' yakni bersama mereka

Tidak boleh bermusafir tanpa keizinan ibubapa.

Tidak boleh duduk jauh/bekerja jauh daripada mereka tanpa keizinan mereka. Kalau pergi juga sudah dikira derhaka kepada ibubapa.

Ulama mengistinba'kan :

Daripada kisah seorang sahabat :
Suatu ketika ada sahabat hendak berbaiah kepada nabi untuk berhijrah dan berjihad.

Nabi bertanya : Adakah kedua mereka atau antara salah satu mereka masih hidup?
Sahabat menjawab : Na'am
Nabi berkata : Adakah kamu datang untuk mencari pahala?
Sahabat menjawab : Na'am
Nabi berkata : Baliklah kepada mereka, sentiasalah bersama mereka, berbuat baik kepada mereka.

'Suhbatul' adalah bermaksud sahabat, yang sentiasa berada di sisi mereka, untuk berbakti kepada mereka.

Kisah sahabat yang kedua :
Di suatu ketika yang lain, seorang sahabat dari Yaman hendak berbaiah untuk berjihad.

Nabi bertanya : Adakah ibu kamu masih hidup?
Sahabat jawab : Ya.
Nabi berkata : Pergilah pegang kakinya, sesungguhnya di situlah syurgamu.

Rasulullah saw bersabda :
'hajat ibubapa lebih utama daripada hajat anak-anak'.

Hajat ibubapa hendaklah diutamakan daripada hajat isteri dan anak-anak.

Hajat :
i. Beri makan kalau mereka lapar
ii. Beri pakaian kalau mereka berhajat
iii. Berbakti kepada ibubapa selepas mati
*Selepas mati tiada yang dihajatkan ibubapa melainkan doa anak-anak.

Isu solat jenazah

Hak solat jenazah adalah hak 'al qarabah' yakni kaum kerabat. Ia adalah hak warisan walaupun telah diwasiatkan oleh simati kepada orang tertentu dari luar kaum keluarga contohnya imam. Orang lain tidak boleh melakukannya melainkan dengan keizinan ahli waris.

Isu khenduri arwah

Adalah suatu kelencongan memanggil orang makan dan berdoa untuk ibubapa sedangkan anak-anak sendiri duduk di luar ataupun sibuk dengan urusan khenduri itu.

Kisah sahabat lagi :
Seorang sahabat bertanya :
Adakah lagi hak yang hendak aku sempurnakan, ibubapaku telah mati?

Nabi menjawab :

1. Doakan mereka
2. Mohon ampun untuk mereka
3. Baikkan silaturrahim

Silaturrahim, silatul qorobah, silatul waalidaini
Silah = hubungan, rahim = perut

Menunjukan bakti kepada ibubapa yang sudah mati ialah ialah dengan meneruskan hubungan dengan saudara mara ibubapa walaupun mereka sudah tiada. Menziarah orang yang pernah mereka ziarahi. Menghubungkan silaturrahim yang ada dengan adanya mereka. Bahkan ada yang mengatakan sahabat-sahabat mereka juga.

Kisah Ibnu Omar
Ibnu Omar terjumpa seorang tua di jalanan. Orang tua itu adalah seorang Yahudi. Ibnu Omar lalu menyelimutkannya dan memberi unta tunggangannya sedangkan Ibnu Omar sendiri berjalan kaki.

Sahabat-sahabat bertanya : Siapakah dia?
Ibu Omar menjawab : Dia adalah kawan al Khattab semasa jahiliah.

Kesan berbakti kepada ibubapa

1. Amalannya diterima oleh Allah swt. Sebaliknya, amalannya ditolak oleh Allah swt walaupun beliau bersolat, berpuasa, belajar/berilmu. Apabila amalan diterima, hidup diberkati di dunia dan di akhirat.

Allah menetapkan berbuat baik kepada ibubapa selepas tidak syirik kepada Allah, dalam ayat di atas tadi, menunjukkan besarnya ia.

2. Diampunkan dosa.

Manusia yang memenuhi hajat ibubapa dihapuskan dosanya oleh Allah swt. Sebaliknya, derhaka kepada ibubapa menyebabkan amalan tidak diterima walaupun siang malam bersolat. Dosanya tidak diampun.

3. 'Mustabun do'a' = doa dimakbulkan
Doanya Allah pandang + dengar. Adalah suatu musibah doa yang tidak Allah dengar.

Kisah Uwais al Qorni
Telah datang satu gerombolan dari Yaman. Orang Yaman baik akhlaknya. Dalam rombongan itu ada seorang yang bernama Uwais al Qorni yang suatu ketika dulu pernah kena sakit sopak. Kerana taat kepada ibubapa dan beliau berdoa kepada Allah, dia sembuh, kecuali sedikit tanda tinggal di kakinya.

Rasulullah saw menyuruh sahabat-sahabat mencari Uwais al Qorni dalam gerombolan itu dan meminta Uwais membacakan doa untuk mereka kerana doanya mustajab kerana dia seorang anak yang taat kepada ibunya.

Sangat sedikit doanya ditolak, banyak diterima.
Dan sekiranya dia bertawassul..

Isu tawassul

Tawassul ialah menjadikan amalan soleh sebagai suatu wasilah atau jalan. Yakni bertawassul dengan amal soleh, contohnya :

Ya Allah, sekiranya amalan solehku dulu diterima maka (jadikanlah ia wasilah) aku bertawassul dengannya, berikanlah aku...bantulah aku...

Ada keadaan di mana tiada siapa yang dapat menolong melainkan Allah swt.

Kisah daripada hadis sohih, Rasulullah menceritakan :

Tiga orang lelaki terperangkap di dalam sebuah gua di mana pintu gua telah tertutup dengan batu besar. Mereka bertiga bertawassul dengan amalan soleh mereka yang lalu..

1. Lelaki pertama yang berpeluang berzina tetapi tidak melakukannya.. memohon sekiranya Allah swt mengiranya sebagai amal soleh, bertawassul dengannya, agar dibuakkan pintu gua itu. Batu yang menutup itu bergerak/beralih sedikit..tetapi mereka masih belum dapat keluar..

2. Lelaki kedua, seorang pemotong kayu, tiap-tiap hari bawa balik susu untuk ibubapanya dan tidak membenarkan orang lain meminumnya melainkan ibubapanya makan/minum terlebih dahulu. Suatu hari, beliau terlewat balik, ibubapanya sudah tidur, dia tidak membangunkannya, walaupun anak-anaknya menangis kelaparan mahukan susu itu..memohon kepada Allah sekiranya Allah menerimanya sebagai amal solehnya membukakan pintu gua itu..pintu gua itu terbuka sedikit lagi..tetapi meweka masih belum dapat keluar..

3. Lelaki ketiga, seorang majikan yang tidak diambil upah oleh seorang pekerja yang meninggalkan pekerjaannya sehingga pekerja itu menuntutnya lama kemudian, dia telah memberi kesemua upah termasuk untung yang terkumpul dari pelaburan upah itu untuk sekian lama..bertawassul dengannya agar Allah swt membebaskan mereka dari terperangkap itu..batu itu beralih lagi dan akhirnya mereka semua dapat keluar dari gua itu..

Seorang guru penceramah semasa penceramah masih belajar pernah berkata, jarang orang yang berbakti kepada ibubapa susah hidupnya.

Sesungguhnya rahmat Tuhan tidak akan turun kepada orang yang memutuskan silaturrahim.

Ditanya : Bagaimana pula orang yang derhaka kepada ibubapa?

3. Ketaatan kepada ibubapa membawa kepada kelapangan hati kerana ketaatan ibubapa merupakan suatu ubudiah.

Sesungguhnya manusia yang engkar ia tidak tenang.

Jadi, kalau rasa hidup susah, doa tidak diterima, mintalah ibubapa mengampunkan dosa-dosa kita. Mungkin ia penyebab hati kita tidak bahagia. Kemudian cari kemungkinan ada hak-hak ibubapa yang tidak kita tunaikan.

Isu
Ada orang berbuat baik kepada ibubapa tetapi ibubapa tidak suka kepadanya. Samada ia seorang anak atau seorang menantu. Kita muliakan dia, dia hina kita. Kita buat baik, dia tidak terima.

Itulah sebaik-baik bakti. Mungkin Allah swt hendak mengangkat darjat kita, hendak mengampunkan dosa kita.

Kisah Omar Al Khattab
Omar al Khattab semasa menjadi khalifah pernah masuk ke dalam sebuah wadi lalu mengambil tanah dan meletakkan ke mukanya. Apabila ditanya, beliau memberitahu : Aku teringat di dalam wadi ini aku pernah menggembala unta ayahku. Dan tiap-tiap hari ayahku memukul aku.

Walaupun ayahnya seorang pemabuk tetapi dia tetap taat sedangkan semasa itu dia masih seorang jahiliah.
Ulama mengatakan, Allah menunjukkan bahawa dengan ketaatannya dia diangkat menjadi khalifah Islam.


Allah mengajarkan bahawa tidak boleh membuka sayap/bahu di depan ibubapa, tidak boleh berjalan di depan ibubapa.


Urusan syurga bukanlah suatu urusan yang kecil.


Soalan : Kalau demikian kewajipan kita berbakti kepada ibubapa bagaimana pula dengan kebaktian kepada ibubapa mertua ? - by Wash

1. Hak utama suami adalah berbakti kepada ibubapanya. Isteri hendaklah membantu itu, walaupun dia (isteri) tidak suka, dikira dia (isteri) berbakti kepada ibubapanya (isteri) juga.

2. Walaupun isteri wajib mentaati suami tetapi Islam menetapkan suami menolong isteri mentaati ibubapanya (isteri) walaupun dia (suami) tidak suka dan pahalanya seperti dia (suami) mentaati ibubapanya (suami) sendiri.

Kebaktian, kedudukan adalah sama walaupun mertabat berbeza.

Manzilah

Bila berkahwin, dengan akad walaupun belum dijima' keluarga isteri sudah menjadi muhrim si suami..
..tetapi anak kepada isteri tidak dikira mahram suami selagi isteri dan suami baru itu belum berjima'..
..sebab itu suami baru boleh menceraikan isteri dan mengahwini anak kepada isteri selagi pasangan itu belum 'bersama'..

Tip-tip untuk semua

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Protected by Copyscape Web Plagiarism Software