Tip-tip untuk semua
Para isteri yang mithali, walaupun anda mepunyai pembantu rumah, pastikan juga NASI yang dimakan oleh suami dan anak-anak itu dimasak dengan tangan isteri sendiri kerana "air tangan" isteri itu ada barakahnya.
Pastikan ketika membasuh beras, tangan hendaklah sentiasa berpusing arah lawan jam (arah tawaf) dan ketika bilasan air beras yang akhir, selawat 7 kali dan niat di dalam hati mohon kepada ALLAH Swt supaya lembut hati suami dan anak-anak, rukun damai serta dengar kata..
In sya ALLAH akan bertambahlah kasih sayang suami terhadap isteri dan anak-anak.
Tip-tip untuk semua
Wednesday, May 29, 2013
Tips Mudah Buat Para Isteri
Saturday, March 30, 2013
37 Sifat Buruk Yang Harus Dijauhi Suami
Tip-tip untuk semua
Seorang suami adalah ketua dalam sesebuah rumahtangga, pemimpin dalam dalam satu keluarga. Amat besar tanggung jawab yang Allah amanahkan kepada seorang lelaki yang bergelar suami. Dibawah ini adalah 37 sifat buruk yang harus dijauhi oleh lelaki yang bergelar suami.
1. Tidak tepat dalam memilih isteri.
2. Melalaikan isteri dan tidak memberi nafkah.
3. Memukul isteri dengan keras dan menghinakannya.
4. Memberi mudharat kepada isteri dengan melakukan ila’ (seorang laki-laki yang marah pada isterinya, lalu ia bersumpah untuk tidak mendekatinya) melebihi batas ketentuan Allah.
5. Menyusahkan isteri untuk menghilangkan hak-haknya.
6. Menggauli isetri yang sedang haid dan nifas.
7. Mendatangi wanita pada duburnya.
8. Menyebarkan rahasia isteri kepada rakan-rakannya.
9. Tidak mengajarkan Islam kepada isteri dan membiarkannya melakukan perbuatan-perbuatan haram.
10. Berusaha mengubah tabiat isteri dengan kekerasan.
11. Melalaikan pendidikan anak.
12. Terlalu lama meninggalkan isteri.
13. Curiga dan berprasangka buruk terhadap isteri.
14. Tidak bersikap adil diantara para isteri.
15. Tidak membantu isterinya yang lelah.
16. Menyempitkan nafkah untuk isteri ketika lapang.
17. Tidak sabar menghadapi tabiatnya.
18. Menzolimi ibu demi isteri.
19. Memaksa isteri untuk melakukan yang haram.
20. Terperosok ke dalam fitnah isteri dan anak.
21. Meninggalkan bercanda dan bergurau.
22. Mengabaikan adab-adab Islam terhadap isterinya.
23. Tidak memperhatikan atau menjaga kesehatan isteri.
24. Hidup dengan satu irama (tidak ada inovasi).
25. Melecehkan isteri karana keluarganya.
26. Berlebihan dalam menetapkan standard ideal.
27. Suami menganggap dirinya selalu benar.
28. Terlalu sensitif terhadap perkataan isteri.
29. Tidak menghargai kondisi khusus wanita/isteri.
30. Besar pasak dari pada tiang.
31. Otoriter terhadap isteri dan anak-anak.
32. Melarang isteri untuk berbakti kepada keluarganya.
33. Tidak mengikuti petunjuk Islam dalam memperbaiki isteri yang membangkang.
34. Menjatuhkan talak kepada isteri yang sedang haid.
35. Menjatuhkan talak tiga sekaligus.
36. Mengeluarkan isteri dari rumahnya setelah talak Roj’i.
37. Menyiarkan keburukan isteri setelah mentalaknya.
Tip-tip untuk semua
Tuesday, February 19, 2013
12 Sikap Isteri Yang Mententeramkan Hati Suami
Tip-tip untuk semua
Dalam membina rumahtangga yang bahagia kerukunan amat penting. saling mempercayai dan berkasih sayang, bertolak ansur, berkerjasama dan so on perkara-perkara yang positif. Suami dan isteri ada peranan masing-masing. Saling penuh memenuhi keperluan antara satu sama lain. Dibawah ini adalah antara sikap seorang isteri yang di dambakan oleh seorang yang bernama suami. Bagi isteri, cuba-cubalah ye memperaktikkannya
1. Berhias secantik mungkin serta banyak tersenyum ketika suami berada di rumah.
2. Menampakkan wajah yang selalu ceria dan berseri ketika ada di depan suami.
3. Suka memberi perhatian kepada suami. Dengan perhatian tersebut maka akan membuat seorang suami merasa nyaman.
4. Menerima sekecil apapun pemberian suami dan menghargai pemberian tesebut.
5. Tidak banyak menuntut kepada suami dengan hal-hal yang masih belum mampu dia penuhi.
6. Tidak suka membantah apa yang suami ucapkan. Dan bersuara rendah ketika berbicara kepada suami.
7. Selalu mentaati segala perintah dan larangan suami selagi bukan menyuruh pada hal-hal kemaksiatan.
8. Suka menemani suami diwaktumakan. Dengan ditemani maka seorang suami akan merasakan bahagia bersama.
9. Tidak suka melakukan sesuatu ataupun kegiatan yang tidak disukai suami.
10. Tidak suka keluar rumah jika tak ada keperluan penting. Kerana biasanya seorang suami tidak menyukainya.
11. Suka menghibur hati suami ketika dia dalam suasana bersedih.
12. Dan selalu turuti permintaan suami jika hendak mengajak tidur bersama sepanjang tidak ada hal-hal yang menghalangi untuk melakukannya.
Tip-tip untuk semua
Monday, January 21, 2013
Petua Merapatkan Hubungan Suami Isteri
Tip-tip untuk semua
Jangan biarkan situasi 'dingin' atau 'panas' berpanjangan kerana ianya tidak elok untuk sebuah ikatan suami isteri. Berusahalah untuk merapatkan kembali hubungan yang renggang dengan tip-tip di bawah;
1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.
8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.
11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.
13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.
16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.
18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.
21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.
23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.
24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh,satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang. WOW!
25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.
26. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari. I Love u too..
27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.
28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.
29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.
30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.
31. Basuhkan kereta yang dipakainya.
32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.
33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.
34. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya. Yeay!
35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.
36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.
37. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.
38. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.
39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.
40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.
41. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
42. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.
43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.
44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.
45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.
46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.
47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.
48. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.
49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.
50. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.
51. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.
52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
53. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.
54. Solat bersama dan berdoa bersama.
55. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.
56. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.
57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau.Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.
58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.
59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.
60. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.
61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.
62. Bila dia memasak, pujilah masakannya.
63. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.
64. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.
65. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.
66. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.
67. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.
68. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.
69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.
70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.
71. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.
72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.
73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.
74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.
75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.
76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.
Tip-tip untuk semua
Thursday, March 15, 2012
6 Sikap Isteri Yang Boleh Menyiksakan Jiwa Suami
Tip-tip untuk semua
Si isteri mempunyai serampang mata dua yang sakti, ia boleh membuat suaminya hidup bersemangat, bercita-cita tinggi, gigih dan ia boleh membuat suaminya menjadi seorang yang lemah, patah hati, tidak percaya diri sendiri, pengecut, ragu-ragu dalam membuat keputusan-keputusan dan bertindak.
Sikap dan perhubungan seorang isteri dengan masyarakat juga merupakan satu faktor yang menentukan nama baik suaminya di khalayak, kerana tingkah laku sosial seorang isteri tidak boleh dipisahkan dari nama baik suaminya.
Dalam kehidupan rumah tangga ada enam isteri yang membawa kesiksaan-kesiksaan jiwa kepada suaminya sehingga membuat suami itu tidak bersemangat untuk melaksanakan kejayaan-kejayaan baru dalam kehidupan.
1. Isteri yang tidak tahu membuat keputusan
Dia seorang isteri yang kaku tanpa inisiatif. Dia hanya tahu menyelesaikan perkara-perkara mengenai kepentingan-kepentingan diri setiap hari dan tugas-tugas kecil mengenai hal-hal rumah tangga saja. Selain dari itu seluruh persoalan hidup yang lain dibebankan ke pundak suaminya. Dia tidak mahu mengambil keputusan bagaimana hendak menyusun perabut-perabut rumahnya dengan yang lebih menarik, tidak tahu mengambil keputusan terhadap kelakuan dan tindak tanduk anak-anaknya, tidak tahu membuat anggaran rumah tangga yang wajar dan teratur, tidak tahu membuat sesuatu yang membina terhadap dengan jiran tetangga, sanak saudara dan kawan temannya, malah ia tidak tahu menentukan barang-barang yang perlu dibeli untuk kepentingan rumah tangganya, malah kadang-kadang ia tidak tahu menentukan jenis-jenis masakan yang patut di sediakan hari ini. Segala-galanya dirujukkan kepada suaminya. Pendeknya dia tidak akan bertindak melainkan dengan arahan yang jelas dari suaminya.
Suami yang mendapat isteri yang sedemikian terpaksa memikul beban-beban tambahan yang berat di samping pekerjaan hariannya. Ia terpaksa memikul beban-beban rumah tangga serentak dengan beban-beban pejabatnya. Dia selalu saja diganggu oleh pertanyaan-pertanyaan yang tidak putus-putus dari isterinya bagaimana hendak membuat itu dan ini. Akibatnya bukan saja membuang waktu suaminya yang berharga malah menghalangi dari memikirkan sesuatu yang lebih serius dan berguna kepada kemajuan dan kemajuan hidup.
2. Isteri yang selalu mengomel/berleter
Dia selalu tidak puas hati biar apa pun yang dibuat oleh suaminya. Dia mengomel, mengeritik, dan mempersenda semua tindak tanduk suaminya. Segala galanya tidak kena dan ada saja cacat celanya. Suaranya seperti suara nyamuk yang terus menyerang dan menganggu. Dia tidak segan-segan memperkatakan kelemahan-kelemahan suaminya kepada orang lain.
Dia seorang yang selalu mementingkan dirinya dan tidak sabar. Dia mahu segala-galanya cepat, sempurna dan memuaskan. Lebih jauh dari itu dia begitu lancang membuat pertandingan-pertandingan yang tidak adil dengan suami-suami orang lain.
Untuk mencari hiburan dan ketenteraman, suaminya lebih suka berlabuh di kedai-kedai kopi hingga jauh petang dan jauh malam, dan suka melupakan diri dengan permainan-permainan catur dan daun terup,atau mencari kedamaian pada perempuan-perempuan yang lain atau pada minuman-minuman keras.
Seorang suami yang bernasib baik sedemikian tidak lagi mempunyai kegairahan atau inisiatif untuk bekerja keras bagi memajukan hidupnya dan hidup anak-anaknya. Ia seorang suami yang begitu bosan dengan hidupnya.
3. Isteri diktator
Dia seorang isteri yang gila kuasa. Dia melayani suaminya sebagai tawanan atau sebagai kanak-kanak yang kecil. Dia mahu semua keputusannya dipatuhi oleh suaminya dan dia mahu menguasai semua perbelanjaan rumah tangga. Setiap hari terima gaji dia akan menunggu suaminya di muka pintu untuk mengambil semua gaji itu dan mengawal semua perbelanjaan-perbelanjaan suaminya.
Setiap kali suaminya pulang dari luar dia akan memeriksa saku suaminya dan meminta laporan kemanakah suaminya akan membelanjakan wang yang diambilnya petang tadi.
Dia bukan saja mengawal perbelanjaan suaminya, malah dia menyoal setiap gerak-geri suaminya dan tidak silu-silu mengkritik tindak tanduk suaminya di depan kawannya. Akibatnya si suami itu menjadiseorang yang tidak berperibadi, lemah dan lumpuh di dalam segala-galanya. Dia menjadi bahan ketawa kawan-kawannya dan tentulah suami yang seperti itu tidak mempunyai kesempatan-kesempatan dan dorongan-dorongan yang wajar untuk hidup dengan lebih maju dari kedudukannya yang ada sekarang.
4. Isteri yang suka campur tangan
Dia seorang isteri yang bercita-cita tinggi, tetapi menyalahgunakan kedudukan suaminya untuk melaksanakan cita-cita itu. Dia mahu suaminya naik pangkat dan merasa kewajipan nutuk campur tangan agar suaminya cepat naik pangkat. Kerana itu dia membuat hubungan-hubungan dengan isteri ketua pejabat atau isteri majikan suaminya atau membuat hubungan lansung dengan ketua pejabat atau majikan itu sendiri dengan tujuan untuk mempengaruhi mereka agar suaminya mendapat kenaikan pangkat. Ia tidak sedar bahawa campurtangannya itu merosakkan imej suaminya di mata ketua pajabat atau majikannya dan manimbulkan kebencian pada mereka. Kadang-kadang hubungan lansungnya dengan ketua pejabat dan majikan itu menimbulkan tomahan-tomahan yang menjatuhkan maruah suaminya pada pandangan orang lain.
5. Isteri yang boros
Dia hidup dengan satu anggapan yang salah iaitu tugasnya bukan mencari duit, tetapi membelanjakan duit. Tugas seorang suami ialah mencari duit dan sebagai suami yang tahu harga diri dia harus pandai mencari duit sebanyak yang diperlukan oleh isterinya. Atas anggapan inilah ia memboroskan pendapatan suaminya dengan membelikan barang-barang yang mewah dan mahal seperti alat-alat kosmetik, permaidani, pinggan mangkuk yang tinggi mutunya, dan pelbagai lagi barang mewah yang tidak diperlukanya.
Suami terpaksa mencari pendapatan dengan mencari kerja-kerja lebih masa atau melakukan rasuah di pejabatnya untuk membayar bermacam-macam hutang yang meyerabut kepalanya. Biasanya dia tidak berunding dengan suaminya semasa hendak membeli sesuatu barang melainkan barang itu sudah sampai di rumah dan di sana dia akan meletakkan suaminya yang sabar dan lemah itu di depan kenyataan yang pahit.
Akibatnya suami menjadi begitu lemah dan lumpuh. Jiwanya ditekan berbagai-bagai kerunsingan yang menjejaskan kecekapan dalam menjalani tugas-tugas hariannya dan tidak lagi mempunyai kesempatan-kesempatanuntuk memajukan dirinya.
6. Isteri sosial
Dia seorang isteri yang sentiasa berpakaian cantik. Dianggap kewajipan utamanya bukan terletak di rumah tangga, malah menghadiri pertemuan-pertemuan, majlis-majlis keramaian, melawat rumah-rumah teman dan bergiat dalam berbagai-bagai kegiatan sosial tanpa menghiraukan rumah tangganya. Dia tidak sempat menghiraukan sarapan pagi untuk suaminya, kerana ia masih nyenyak tidur akibat balik jauh malam. Suaminya tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa ikut sama ke mana-mana majlis yang dihadirinya untuk memperlihatkan keperibadiannya sebagai seorang suami yang bermaruah.
Untuk memenuhi tuntutan-tuntutan hidupnya yang begitu sosial itu dia terpaksa berbelanja lebih yang memberatkan suaminya. Kemudian dia meyiksakan suaminya dengan membandingkannya dengan suami-suami sahabatnya yang bergaji besar dan mewah dengan tujuan agar suaminya juga berusaha mencapai taraf hudup seperti itu. Oleh kerana suaminya tidak mempunyai asas pelajaran yang sama dengan mereka, maka sudah tentu pemberangsangan itu sia-sia saja, malah membuat suaminya semakin lemah dan oatah semangat dan berakhir dengan kejatuhan-kejatuhan yang menyedihkan.
Tip-tip untuk semua
Wednesday, July 20, 2011
Masa Berjimak dan Zuriat
Tip-tip untuk semua
Hindari berjimak dalam situasi berikut;
1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.
2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.
3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.
4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.
5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari).
Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.
6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar).
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.
7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng.
Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.
8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.
9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.
10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak).
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat.
Cara berjimak yang dituntut.
1. Berjimak pada malam Isnin.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.
2. Pada malam selasa.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.
3. Pada malam Khamis.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.
4. Sewaktu matahari di tengah langit.
Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.
5. Pada malam Jumaat.
Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.
6. Hari Jumaat selepas asar.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, mashor dan alim.
7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir.
Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.
8. Bacalah doa berlindung dari syaitan setiap kali berjimak.
Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.
Tip-tip untuk semua
Monday, February 28, 2011
Cinta Dipertengahan Usia
Tip-tip untuk semua
Tetapi sekiranya pena itu digunakan untuk mencucuk, dicampak atau digunakan sebagai pengetuk, maka ia akan rosak. Mengapa?
Pena akan rosak sekiranya ia digunakan bersalahan dengan tujuan ia diciptakan. Ia diciptakan untuk menulis, bukan mengetuk atau mencucuk. Pena yang disalahgunakan akan rosak. Apabila rosak, ia akan dibuang ke dalam tong sampah. Ketika itu ia tidak dinamakan pena lagi. Ia dinamakan sampah!
Begitulah juga cinta. Cinta dicipta oleh Allah untuk dua insan bernama lelaki dan wanita beribadah kepada-Nya. Selagi cinta berlandaskan dan bermatlamatkan ibadah, yakni selaras dengan tujuan ia diciptakan, maka selagi itu cinta itu akan selamat dan bahagia. Sebaliknya, jika cinta itu diarahkan secara bertentangan dengan tujuan ia diciptakan, maka cinta itu akan musnah dan memusnahkan. Keindahan cinta itu akan pudar dan tercalar.
Ketika itu hiduplah kedua-duanya (suami dan isteri) dengan perasaan yang hambar dan tawar. Tanpa cinta, manusia akan “bertukar” sama ada menjadi haiwan ataupun robot yang tidak punya rasa kemanisan lagi – bukan sifat-sifat luarannya, tetapi sifat-sifat dalamannya. Hidup berumah tangga tanpa cinta umpama kapal yang belayar tanpa angin. Keserasiannya mudah retak. Hanya kerana kesalahan yang sedikit, perbalahan dan krisis mudah berlaku. Keadaan rumah tangga pada waktu itu boleh diumpamakan sebagai “hidup segan, mati tak mahu”.
Memang, pada usia empat puluhan dan ke atas (dalam sesetengahnya keadaan lebih awal lagi), suami isteri akan dilanda satu krisis tabii yang dinamakan oleh pakar-pakar psikologi sebagai krisis pertengahan umur. Pada waktu itu hormon testosteron akan berkurangan seiring berlakunya beberapa perubahan yang “mengejutkan”.
Lelaki Andropaus
Kaum lelaki akan mengalami fasa andropous yang mengakibat kurang daya rangsangan seks, cepat rasa letih, perubahan emosi seperti cepat marah,cepat merajuk, mudah rasa tertekan dan “mood” yang berubah-ubah. Pada waktu inilah lelaki akan diserang oleh pelbagai rasa yang meresahkan. Antaranya ialah dia mula berasa tidak bahagia dengan hidup dan gaya hidupnya sendiri.
Manakala secara interpersonal dia mula berasa bosan dengan individu-individu yang berada di sekelilingnya. Dari sudut kerjaya dan hobi, tiba-tiba ada bidang lain yang menarik minatnya. Dia seolah-olah menjadi remaja buat kali kedua walaupun dalam keadaan tenaga dan upaya semakin menyusut.
Lelaki andropaus juga dilanda penyesalan tentang pilihan-pilihan yang telah dan pernah dibuatnya dalam hidup. Mengapa aku memilih yang ini, tidak yang itu? Sampai pada satu tahap, dia berasa marah dengan isterinya dan rasa terikat dengannya. Dan paling menggerunkan apabila mula timbul keinginan untuk menjalinkan hubungan baru. Jangan terkejut jika pada usia ini lelaki yang selama ini “pijak semut pun tak mati” pun akan berlaku curang!
Wanita Menopaus
Bagi kaum wanita pula, mereka akan mengalami fasa menopaus. Tahap ini juga melibatkan perubahan fizikal, tingkah laku, emosi dan kejiwaan. Perubahan ini boleh menghala kepada kebaikan, mahupun sebaliknya. Wanita yang mengalami fasa ini akan terdorong untuk lebih berdikari dan mandiri. Fokusnya lebih kepada keakuannya. Dia ingin memiliki kemampuan kewangan sendiri, hobi dan objektif sendiri dan pelbagai lagi yang “sendiri”. Pada waktu itu ada wanita yang mengejar kembali atau “qada” semula apa yang tidak dapat dicapainya semasa muda.
Walau apa pun krisis yang melanda diri suami dan isteri, Islam punya cara untuk menangani krisis pertengahan umur. Islam adalah agama fitrah yang mampu menghadapi perubahan dalam fitrah kehidupan berumah tangga. Selagi berpegang kepada aqidah, syariat dan akhlak islamiah lelaki andropaus dan wanita menopaus akan dapat mengawal perubahan biologi mahupun psikologi ke arah kebaikan.
Hakikatnya, siapa kita sewaktu tua dicorakkan oleh masa muda kita. Jika cinta kita dibina atas tujuan beribadah, maka tujuan itu mampu mempertahankan kita daripada landaan godaan, cabaran dan masalah yang datang bersama krisis pertengahan umur. Jika pangkal jalan kita benar, betul dan kukuh maka mudahlah kita kembali ke pangkal jalan itu apabila dirasakan ada yang tersasar di pertengahan jalan kehidupan itu.
Suami andropaus dan menopaus hakikatnya diuji dengan keegoan (ketakburan). Sama-sama ego. Cuma selalunya ego lelaki lebih terserlah, manakala ego wanita lebih tersembunyi. Ego itulah yang menyebabkan suami merasakan dirinya lebih baik, gagah dan berupaya sehingga mula menjalinkan hubungan dengan wanita lain. Ego itulah yang menyebabkan isteri mula berasa kuat dan mampu melalui kehidupan tanpa bersandar lagi kepada pandangan dan pimpinan suami. Dan ego itulah juga yang menyebabkan kedua-duanya melakukan aktiviti atau tindakan yang bertentangan dengan syariat.
Penyakit Ego
Ego dengan manusia berpunca daripada ego kepada Allah. Orang yang besar diri sebenarnya tidak mengenal kebesaran Allah. Jika Allah “dibesarkan” dalam dirinya, nescaya terasa kerdillah diri dan dengan itu seseorang manusia akan mudah berhubung dengan manusia lain. Kenal Allah juga akan membuahkan rasa cinta kepada-Nya. Dan cinta kepada Allah itulah sumber cinta kita sesama manusia. Gugurlah tiga ciri ego – berasa diri lebih baik, memandang hina orang lain dan menolak kebenaran daripada diri suami dan isteri. Dan dengan itu, mudahlah mereka berdua menghadapi krisis pertengahan umur.
Jadi, sangat penting dijaga niat dalam membina cinta dalam rumah tangga. Ia hakikatnya satu hijrah dari alam bujang ke alam perkahwinan dan hijrah itu mestilah didorong oleh niat yang baik, benar dan betul. Berniatlah berkahwin kerana Allah, kerana itulah pangkal jalan yang dapat kita susuri kembali apabila bertembung dengan masalah dalam kehidupan berumah tangga pada awal, pertengahan atau di hujungnya nanti. Ingatlah pesanan Rasulullah s.a.w. bahawa seseorang akan mendapat ganjaran atau balasan mengikut apa yang diniatkannya.
Bagaimana pula dengan pasangan yang telah terlajak? Maksudnya, mereka yang berkahwin tanpa sedikit pun terniat kerana Allah? Yang berkahwin hanya atas dorongan fitrah dan dilangsungkan atas dasar adat bukan ibadat? Perlu diingat, tidak ada istilah terlambat dalam melakukan satu kebaikan. Selagi ada nyawa di badan, maka selagi itulah kita mampu membetulkan atau memperbaharui niat dalam perkahwinan. Bertaubatlah atas niat yang salah dan sebagai gantinya, binalah niat baru yang lebih benar dan jitu.
Gelanggang Ibadah
Katakan pada diri bahawa rumah tangga ini pada hakikatnya ialah gelanggang untukku dan pasanganku serta seluruh anggota keluargaku untuk beribadah kepada Allah. Ibadah bukan sahaja terbatas kepada solat, puasa, haji, zikir dan sebagainya. Tetapi semua tugas menyelenggarakan sebuah keluarga juga dikira sebagai ibadah. Suami yang mencari rezeki yang halal, mendidik isteri, membimbing anaknya adalah suami yang sedang beribadah kepada Allah.
Begitu juga isteri yang memasak, mencuci pakaian, menjaga anak-anak ialah juga isteri yang hakikatnya sedang beribadah kepada Allah. Selagi semua anggota keluarga beribadah dan rumah tangga dijadikan gelanggang ibadah, maka akan wujudlah ketenangan, kemesraan dan kasih sayang sesama mereka.
Katakan juga bahawa rumah tanggaku akan hancur sekiranya ia tidak lagi menjadi gelanggang ibadah buat seluruh anggota keluargaku. Aku, pasanganku dan anak-anak yang bertindak bertentangan dengan tujuan kami diciptakan akan merobohkan syurga yang indah ini.
Memang pada awal rumah tangga dibina segalanya akan nampak indah. Ini kerana segala-galanya terbina di atas fitrah… Maksudnya semua manusia secara fitrahnya (instinct) inginkan cinta. Seorang lelaki inginkan kasih sayang seorang isteri dan begitulah sebaliknya. Tetapi cinta yang berasaskan fitrah sahaja tidak cukup untuk mempertahankan keharmonian dalam sebuah rumah tangga.
Fitrah perlukan syariat. Syariat itu ialah peraturan Allah. Melaksanakan syariat itulah ibadah. Syariatlah yang mengatur, menyubur dan mengawal fitrah. Allah yang mengurniakan cinta dan Allah jualah yang menurunkan syariat untuk mengawal dan menyuburkannya. Jika tidak, cinta akan tandus. Kasih akan pupus. Sama ada dalam diri lelaki andropaus mahupun wanita menopaus.
Ingatlah bahawa cinta itu adalah rasa. Ia tidak terbina oleh urat, daging dan tulang. Tetapi ia rasa yang terbina di hati. Di daerah rasa, tidak ada tua atau muda. Tidak ada permulaan, pertengahan atau pengakhiran. Di hati yang beriman, tetap ada cinta. Cinta tetap muda walaupun yang bercinta telah tua… justeru cinta itulah yang membentuk hati yang sejahtera, bekal kita ke alam syurga!
sumber; Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Tip-tip untuk semua
Resah Seorang Ayah
Tip-tip untuk semua
Kerap kali kalau kita jujur kita dituduh bodoh. Bila kita mengalah, kita dianggap lemah. Pada hal, kita inginkan keamanan dan kedamaian tanpa kehilangan hak dan harga diri. Namun begitu sukar untuk mendapatnya!
Paling teruji apabila ada orang lain yang mengikut lorong salah… lalu dia cepat sampai, sedangkan kita di lorong yang betul masih lelah menapak dan merangkak. Bila yang batil ketawa, yang benar pastinya teruji melihat kegembiraan itu. Dan hampir-hampir ia melepaskan kebenaran itu semula hanya kerana tidak tega melihat kebatilan melonjak ria.
Acapkali duri berselindung di sebalik bunga… lalu kita yang tercium keharumannya alpa akan tusukan bisa di sebaliknya. Huluran tangan yang ikhlas dan lembut kekadang dikilas dalam diam dan dendam. Sering juga baldu yang lembut dan halus dihamparkan tetapi di bawahnya ada belati tajam yang sedia terhunus.
Namun inilah hakikat, tidak ada keadilan yang mutlak di dunia ini. Justeru, di sana ada akhirat supaya segala topeng kepura-puraan yang selama ini bertahta akan terhenyak dan mendapat pembalasan.
Namun, jika itu yang kita ingatkan kepada yang lain, pasti ada yang mengatakan bahawa itu hanya ‘escapisme’ . Bila kecewa dengan manusia, orang ‘lari’ kepada Tuhan, bila tidak dapat meraih dunia orang mula merindui akhirat, bila terlepas kenikmatan nafsu baru ada yang merintih syurga itu ada!
Bukan, tidak begitu. Keyakinan kepada Allah dan Hari akhirat itu adalah tunjang, teras dan pegangan semasa kita hidup di dunia. Jangan terperangkap oleh ‘etheis’ dalam diri yang mendakwa bahawa manusia itulah yang ‘mencipta’ Tuhan demi ketenangan.
Selalu kita diperingatkan bahawa selesaikanlah urusan kita dengan Allah, barulah Allah akan membantu kita menyelesaikan urusan kita dengan manusia. Dan siapa yang memburu akhirat, dunia akan melutut di kakinya!
Kita tidak selalu benar dalam pendirian dan tindakan… kita hanya manusia. Walaupun sungguh hati kita ingin mengikut jalan Allah, tetapi kerana kealpaan dan kejahilan kita tersasar jua. Kita ingin tenang, tetapi oleh kerana ketipisan iman dan zikir, pendirian kita goyah jua. Ada rasa marah, ada rasa resah… tetapi semua itu adalah ‘bayaran tol’ di lebuh raya mujahadah.
Ya Allah, ampunkanlah kami. Berilah kami kekuatan untuk memaafkan diri kami sendiri dan juga orang lain. Kami masih tidak pandai mensyukuri nikmatMu kerana kami masih mendidik hati dalam menerima ujian-Mu.
-----------------------------------------------------------
Buat para pembaca …
marilah kita renung tulisan yang sederhana ini:
RESAH SEORANG AYAH…
Ingin kubisikkan resah seorang ayah. Resah kita bersama. Resah warisan lama. Berkesinambungan sejak zaman silam. Imbauan kisah Yaa’qub dan Yusuf Alahaihisalam. Harapan suci seorang ayah memang selalu teruji. Bayangkan bertapa terkejutnya Yaa’qub menerima khabar kematian Yusuf. Namun, jauh di dalam hatinya tidak pernah gementar. Dia yakin Yusuf tetap dipelihara Allah walaupun di tangannya baju berdarah.
Ah, siapakah tidak tergugah bila berpisah? Dan menangislah Yaa’qub menanggung resah seorang ayah. Matanya menjadi buta… tetapi hatinya terus bercahaya. “Yusufku, Yusufku… demi Ilahi dia pasti kembali.” Lalu terjadilah tribulasi demi tribulasi. Tragedi demi tragedi. Terjual menjadi hamba, terfitnah oleh wanita, terasing dipenjara…
Akhirnya Yusuf ternama. Mimpinya mencatur ekonomi. Siasahnya menyelamatkan negara. Akhirnya Yusuf pulang ke Yaa’qub. Pertemuan kedua itu sudah termaktub.
Sudah beberapa dekad pula kita genggam anugerah itu. Kita cuba perkukuhkan amanah ini hari demi hari. Adakalanya kita tegak berdiri dengan ampuh. Tetapi ada masanya kita terjatuh. Kita dilanggar dan dirempuh.
Taufan kehidupan ini tidak sudi simpati. Dengan sepercik iman, sekelumit keyakinan, kita harungi jua badai penderitaan. Sesungguhnya titipan Tuhan ini bukan khayalan. Kehadiran putera dan puteri kita adalah kenyataan. Walaupun perjalanan peristiwa kekadang sepantas igauan.
Ah, rasanya baru semalam, kita panggil anak. Tapi hari ini, sudah bergelar ayah. Dulu, kita dibelai dan dimanja. Namun kini kita adalah “retua” yang telah dipagut usia. Ah, sedar-sedar sudah putih rambut di kepala. Sudah berkedut garis di muka. Usia sudah diambang senja… mentari hidup kian redup. Sudah hampir ke episod penutup.
Walaupun sekali-sekali terasa gian berkejar-kejaran di tepian denai. Atau berenang-renang di sungai. Tapi siapakah mampu memutar jarum waktu. Yang berlalu, terus berlalu… terlalu laju. Yang tinggal hanya turisan kenangan, yang kekal sebagai ingatan. Ah, musim bermain hujan telah berlalu. Kini musim… bermandi ujian.
Masih kita ingat detik kelahiran mereka. Seorang demi seorang. Bersama isteri di sisi, kita nikmati tangisan pertamanya. Lalu kita azan di telinga kanan, iqamat di telinga kiri. Kita ukirkan kalimah tauhid di kanvas hatinya yang suci. Itulah bekal utama, jati dirinya yang pertama. Dan maktub sudah janji insan di sisi Tuhan. Anak, kau hamba Allah dan khalifah. Nya. Dan aku adalah ayahmu, pemegang amanah safarmu yang fana.
Lalu bermulalah kembara anak di alam dunia. Kembara ini terasa panjang bagi mereka yang alpa, lalu masa terbuang sia-sia. Kembara ini terasa begitu pendek bagi mereka yang cerdik, masa akan terisi dengan baik.
Kenalkan dahulu anak kepada Tuhan. Katakan Tuhan itu Ada, Esa, Agung dan Perkasa. Lihat awan dan bulan… itu semua Tuhan jadikan. Nun, di sana burung dan ikan… Tuhan yang memberinya makan. Kalau di satu ketika anak bertanya, “ayah kenapa jerebu begini?” Katakan, “Tuhan ingatkan kita supaya menghargai nikmat mentari.”
Walaupun masih di tahap fikrah terendah, anak mesti diajar mentauhidkan Allah. Kuasa hafalannya, terokailah. Kecepatan menirunya, eksploitasilah. Semuanya menuju satu. Segala terjurus lurus. Awaluddin Makrifatullah – awal agama mengenal Allah.
Lepaskanlah anak ke persada buana. Jangan dikurung, nanti mereka pemurung. Biar mereka hirup udara kebebasan dan kemerdekaan. Namun awasi langkah dan teliti tingkahnya. Bekalkan ilmu buat mereka menyuluh. Agar mereka tahu menilai pahala. Arif mengenal dosa. Selalulah berdamping dengannya. Dengarkan luahan katanya yang tersurat. Fahamilah isyarat dalamannya yang tersirat.
Kekadang mereka malu hendak menjelaskan, kitalah yang patut dahulu mentafsirkan. Adakalanya mereka bertanya dalam bercerita. Pandai-pandailah kita menjawabnya dalam selamba. Istiqamahkan didikan, berilah pimpinan. Sesungguhnya tugas ini sulit sekali, justeru kitapun selalu tersasar. Sering juga kita melakukan yang mungkar. Namun itu bukan alasan untuk menyerah kalah. Jadilah seorang ayah… yang selalu bermujahadah.
Ah, esok anak-anak kita pula akan menjadi ayah. Bagaimana ya? Aduuh… resah lagi. Semoga kita terus memiliki hati seresah Ya’aqub. Agar anak-anak menjadi setabah Yusuf . Dan semuga kisah itu akan tetap agung, terus bersambung… kisah resah seorang ayah. Pesan kepada anak kita… sayangilah keluarga kerana di sana ada sumur cinta yang setia sampai bila-bila!
sumber; Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Tip-tip untuk semua
Tips menjadi ayah yang hebat
Tip-tip untuk semua
Andai ketika bersendiri, semua yang dilakukan hanya berpandu kehendak dan gerak hati. Sebaik menjadi suami, senario nyata berbeza. Lelaki yang berkahwin wajib melindungi isteri, menjaga hatinya selain menyediakan segala keperluan keluarga. Begitulah hakikatnya apabila sudah memiliki tanggungjawab besar.
Tiba masa bergelar bapa, lain pula ceritanya. Ketika asyik berseronok mendengar perkhabaran itu, sedarkah anda betapa besarnya tanggungjawab yang harus dipikul jejaka sebaik menerima anggota baru dalam hidup? Lelaki semestinya perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk memikul tugas baru sebagai ketua keluarga.
Tibanya si comel penyeri hidup, suara dan tawanya pasti melengkapkan hidup lelaki bergelar bapa dan suami. Indahnya mahligai yang dibina dengan kehadiran si kecil tanda kasih sayang anda berdua. Namun berdepan ‘tugas’ baru sebagai bapa, bagaimana agaknya melayan kerenah atau mood si kecil? Meragam, menangis tanpa henti siang atau malam, merengek, menguruskan aspek kebersihan termasuk memandi dan membersihkannya selepas membuang air kecil atau besar serta ketika si kecil tidak sihat?
Sebaik mendapat cahaya mata, inilah masanya bagi suami membuktikan rasa tanggungjawab dan kasih sayang kepada isteri. Bukan sekadar menjaga isteri dan si manja, sebagai ayah, anda harus melakukan lebih daripada itu. Anda perlu mengambil-alih tugas menguruskan rumahtangga selain belajar membancuh susu, memandikan bayi, memakaikan lampin dan paling mustahak, mengorbankan masa tidur anda.
Di sini kita berkongsi tips untuk panduan bakal bapa,ayah,walid,abi,daddy,papa dan lain-lain panggilan kepada 'ayah'
1 - Biasakan berjaga malam
Tiada alasan untuk tidur nenyak dan berdengkur sepanjang malam...
2 - Kejutan kasih sayang
Inilah detik terbaik untuk melakukan kejutan terbesar buat isteri yang telah berkorban bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat anda. Apa kata anda pula yang mengambil peranannya ketika isteri dalam pantang. Mungkin anda boleh mulakan dengan menyediakan sarapan, membantu isteri menguruskan dirinya, menyediakan keperluan si comel dan sesekali hadiahkan bunga tanda kasih sayang.
3 - Ringan tulang
Jika sebelum lahirnya si kecil, anda dimanjakan oleh isteri. kali ini, anda harus beralah dan mengambil alih peranan menjaga isteri dan anak. Memadailah dengan membantu menyediakan makanan, membasuh pinggan atau mengasuh si kecil.
4 - Sedia untuk kotorkan diri
Geli dengan najis si comel? Akurlah hakikat di mana anda harus membersihkan najis bayi dan belajar memakaikan lampinnya. Fikirkan ayah anda juga pernah melakukan perkara yang sama ketika anda masih kecil dahulu. Mungkin agak kekok pada permulaannya, namun, alah bisa tegal biasa. Ikuti cara-cara memandikan si comel dalam entry cara mandikan bayi.
5 - Dapatkan petua orang tua
Ketepikan ego serta sikap tahu seba-serbi. Sebagai ayah muda, anda perlu mendapat banyak nasihat dan petua daripada orang yang lebih berpengalaman. Guru terbaik untuk mendapatkan maklumat ialah ibu bapa serta saudara-mara atau kenalan yang lebih arif mengenai soal penjagaan bayi dan kanak-kanak. Tidak perlu malu kerana maklumat yang diberi akan memudahkan urusan menjaga si kecil.
6 - Buku panduan dan internet
Zaman sudah berubah, dunia semakin maju, banyak maklumat kini terletak di hujung jari anda. Sebagai ayah moden, anda harus menguasai ilu penjagaan awal bayi melalui bahan bacaan serta informasi di internet. Walaupun belum lagi memiliki cahaya mata, tidak salah andai memulakan pembacaan awal.
7 - Sediakan pengasuh
Jika mampu, dapatkan pengasuh untuk meringankan tugas anda dan isteri di rumah. Pengasuh bukan sahaja boleh menguruskan isteri yang sedang berpantang, malah pada masa yang sama boleh menjaga si comel yang memerlukan perhatian hampir 24 jam sehari.
8 - Belajar berhadapan dengan tekanan
Bohonglah jika anda tidak tertekan terutamanya apabila tiba saat si comel 'mengamuk' atau menangis tanpa henti. Jika waktu siang, mungkin anda tidak terasa, tetapi di kala tengah malam, tentu haru biru anda dibuatnya. Usah panik, uruskan saat itu dengan tenang dan penuh motivasi. Selidik punca bayi menangis, mungkin kerana kembung perut atau berasa panas atau mungkin juga kesejukan. Belajarlah bersabar!
9 - Kawal nafsu!
Sudah namanya lelaki, tidak dapat tidak, nafsu selalu bsergelora. Jangan gelojoh dan akurlah pada detik yang sesuai untuk bersama isteri dalam hubungan intimasi. Fikirkanlah yang isteri anda sudah bersusah-payah menggendong si kecil ke sana ke sini selama 9 bulan 10 hari tanpa keluh kesah dan kini dalam pantang pula. Tentulah mengambil masa untuk pulih seperti sedia kala. Fikirkan juga yang kini ada orang ketiga yang harus diutamakan.
10 - Pastikan tabungan mencukupi
Ayah muda perlu memastikan tabungan sentiasa mencukupi bagi menghadapi saat-saat kecemasan terutamanya bila membabitkan si kecil yang mungkin diserang demam serta perlu mendapatkan rawatan segera di hospital. Peruntukan sebahagian daripada pendapatan bulanan untuk memenuhi keperluan kecemasan si kecil dan isteri sepanjang bergelar ayah.
Apabila anak-anak anda sudah semakin membesar, peranan seorang ayah semakin bertambah. Bagi ayah yang memilik anak-anak yang sedang membesar, ikuti tips yang berikut pula.
11 - Hormati ibu anak-anak anda
Salah satu hal terbaik yang dapat dilakukan ayah bagi anak-anaknya adalah menghormati ibu mereka. Setelah anda melafazkan ijab-kabul, anda wajar menjaga ikatan pernikahan anda agar tetap kuat dan penuh komitment.
12 - Luangkanlah waktu bersama anak-anak anda
Bagaimana seorang ayah meluangkan waktunya dengan anak-anak amat mempengaruhi perkembangan mental anak-anak. Jika anda nampaknya selalu terlalu sibuk untuk anak-anak anda, mereka akan merasa dipinggirkan dan ini mampu menjejaskan perkembangan mereka.
13 - Upayakanlah hak untuk diperdengarkan
Sering kali satu-satunya saat si ayah bersuara kepada anak-anaknya adalah ketika mereka melakukan sesuatu kesalahan. Mulakanlah mendekatkan diri dengan anak-anak dengan berbicara ketika mereka masih kecil. Jika anda biasa meluangkan masa untuk mereka, topik-topik sulit akan lebih mudah ditangani ketika mereka semakin besar. Luangkanlah waktu dan dengarkanlah idea-idae serta persoalan-persoalan mereka. Ingat, mereka kecil hanya sekali.
14 - Disiplinkanlah dengan kasih sayang tanpa syarat
Setiap anak memerlukan bimbingan dan disipli, bukan sebagai hukuman, melainkan untuk menetapkan batasan-batasan yang masuk akal. Ingatkanlah anak-anak anda akan ganjaran bagi perlakuan mereka dan berikanlah imbuhan yang munasabah atas perilaku baik mereka yang seperti kita ingini.
15 - Role model atau idola
Mungkin anda tidak menyedarinya, tetapi sebenarnya, para ayah adalah role model atau idola bagi anak-anaknya. Seorang anak perempuan yang meluangkan waktu dengan ayahnya akan tumbuh dengan penuh kasih sayang dan tahu apa yang harus dicarinya dalam diri seorang suami, apabila dia dewasa kelak. Seorang anak lelaki yang meluangkan masa dengan ayahnya pula akan menghormati ayahnya. Setiap ayah seharusnya mengajar anak-anak lelakinya apa yang penting dalam kehidupan ini dengan mendemonstrasikan kejujuran, kerendahan hati dan tanggungjawab.
16 - Jadilah guru kepada anak-anak
Tidak dapat dinafikan, terlalu ramai bukan sedikit ayah yang menganggap bahawa mengajar adalah urusan isterinya dan orang lain. Contohnya, guru di sekolah. Jadikanlah anak sebagai amanah dan bukan sekadar anugerah. Seorang ayah yang memahami amanah yang dititipkan Allah Taala akan mengajar anak-anaknya tentang yang benar dan yang salah serta mendorong mereka untuk melakukan yang terbaik. Dengan ini ayah akan melihat anak-anaknya membuat pilihan yang baik dalam hidup mereka.
17 - Makanlah bersama-sama keluarga
Makan sarapan, makan siang, atau makan malam bersama-sama, boleh menjadi bahagian penting dalam kehidupan keluarga yang sihat. Selain memberikan hak kepada ahli keluarga (walaupun anda seorang yang sangat sibuk), ini juga memberi anak-anak peluang untuk membicarakan apa yang sedang mereka kerjakan dan apa yang ingin mereka kerjakan. Hal ini pernah dikupas dalam entry Manfaatkan waktu malam bersama keluarga.
18 - Bacakanlah cerita untuk anak-anak
Mulakanlah membacakan cerita untuk anak-anak semenjak mereka masih kecil. Setelah mereka lebih besar, doronglah mereka untuk membaca sendiri. Menanamkan semangat kecintaan untuk membaca adalah salah satu cara terbaik untuk memastikan anak-anak anda mengalami pertumbuhan peribadi yang lebih cemerlang dalam hidup mereka.
19 - Perhatikanlah kasih sayang anda
Anak-anak berhak untuk mendapatkan rasa tenteram yang tumbuh dari fikiran bahawa mereka diingini, diterima dan dikasihi oleh keluarga. Orang tua terutama para ayah, perlu membiasakan diri memeluk anak-anaknya. Memperlihatkan kasih sayang setiap hari adalah cara terbaik untuk memberitahu mereka bahawa anda sayang kepada mereka.
20 - Sedarlah bahawa tugas sebagai ayah takkan pernah selesai
Walaupun setelah anak-anak besar dan bersedia untuk meninggalkan rumahpun, mereka akan tetap mencari hikmat serta nasihat daripada ayah mereka. Mungkin persoalan bagi meneruskan pendidikan, pekerjaan baru atau pernikahan, para ayah terus memainkan peranan penting dalam kehidupan anak-anak mereka.
Diharapkan tip-tips yang disenaraikan di atas dapat menjadi guideline para ayah di luar sana. Kita semua kalut dengan gejala sosial yang melanda masyarakat. Jika setiap ayah dan ibu berganding bahu menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna, mungkin krisis sosial dapat dikurangkan di masa hadapan.
Tip-tip untuk semua
Sunday, February 27, 2011
Batasan bersahabat dengan lelaki bagi seorang isteri
Tip-tip untuk semua
Sebaik status diri berubah dari bujang bergelar suami mahupun iseri, maka ada banyak perkara yang perlu dijaga. Ðari aspek tanggungjawab, ia sudah tentu tergalas di bahu sebaik sahaja akad-nikah disahkan oleh saksi dan kadi. Tugas menjaga, menyara dan menguruskan rumahtangga akan automatik terpikul di bahu.
Namun bukan ini sahaja yang harus dijaga sebaik melangkah ke alam perkahwinan, perlakuan diri sesuai dengan status juga harus diperhatikan. Sememangnya jika anda seorang isteri, banyak batas yang perlu dijaga. Tapi sekiranya anda seorang suami, jangan memandang ringan soal perlakuan. Biarpun anda adalah lelaki, bukan bermakna anda bebas dari segi perlakuan dan batas pergaulan. Paling peting, jangan sesekali berbohong akan status anda!
Perkara ini harus ditekankan kerana ia juga antara punca yang menyebabkan keharmonian sesebuah rumahtangga terjejas. Bayangkan apa perasaan pasangan jika anda sebagai iseri bebas keluar bersama dengan rakan lelaki di malam hari?
Disini kita akan memperkatakan tentang batas pergaulan tentunya dengan teman berlainan jantina, khusus buat isteri agar anda dilihat sebagai wanita yang bermaruah dan perasaan suami terpelihara.
Hati suami perlu dijaga
Jika seorang gadis bersahabat dengan lelaki, ia mungkin dapat diterima dan tidak memberi masalah. Maklumlah bujang, tiada hati yang perlu dijaga. Pun begitu, ia tetap ada hadnya, apatah lagi jika wanita yang sudah berumahtangga.
Ada banyak perkara dalam pergaulan yang harus anda jaga dan perhatikan serta tidak boleh berkompromi. Biar sebaik mana sekalipun hubungan anda dengan rakan itu, kalau anda dan dia berlainan jantina, maka jagalah batas pergaulan anda. Berikut adalah antara batas-batas yang harus anda jaga bila bersama rakan lelaki.
1 – Hindari keluar makan malam bersama
Biarpun anda dan rakan lelaki anda itu adalah sahabat lama atau teman sekampung yang sudah lama dikenali tapi elakkan menerima pelawaan makan malan bersama, terutama jika hanya anda berdua sahaja.
Anda tidak boleh makan malam bersama, kecuali jika ditemani dengan suami, mahupun rakan atau adik-beradik anda. Biarpun rakan lelaki anda itu mengajak anda makan di tempat yang cukup enak atau tempat yang anda sukai, sebaiknya tolak dengan cara baik.
Anda sendiri tahu di antara dua orang pasti ada yang ketiga, malah keluar bersama di malam hari juga boleh mengundang fitnah dan curiga, meskipun anda berniat baik dan anda sudah mendapat keizinan daripada suami.
2 – Elak pergi berjauhan berdua
Batasan ini memang ada kalanya membuatkan seorang isteri yang berkerjaya berada dalam dilema. Tuntutan kerjaya kadang-kadang menyebabkan anda tidak boleh berkata tidak, meskipun diri sebenarnya tidak mahu berpergian.
Memang benar anda berniat untuk bekerja, tetapi keluar daerah bersama dengan rakan sekerja lelaki terutama sekali, jika hanya anda berdua saja boleh mengundang rasa tidak senang malah juga ada risikonya.
Suami sekalipun mengizinkan anda untuk pergi kerana bekerja, tetapi dalam hatinya tetap berasa risau memikirkan isteri pergi bersama dengan lelaki lain. Ðalam hal yang lain, meskipun niat anda baik untuk bertugas tetapi bolehkah anda memastikan bahawa rakan lelaki sekerja dengan anda itu juga berniat yang sama?
Mungkin bekerja di luar daerah sekali dua boleh dimaafkan, tetapi anda harus ingat, jika ia kerap dan asyik dengan rakan lelaki yang sama, tidak mustahil akan terjadi perkara yang lain pula. Berdua-duaan dalam tempoh yang lama boleh saja menumbuhkan kemesraan, malah mungkin perasaan yang tidak sepatutnya hadir dalam hati.
3 – Jauhi tempat yang romantis
Anda tidak boleh menempatkan diri dan rakan lelaki dalam situasi di mana perasaan romantik boleh bercambah. Selalunya perasaan itu boleh tumbuh apabila anda berada berdua di tempat yang sunyi, santai dan dingin. Sekiranya ada wanita berkarier yang kerap bertemu dengan pelanggan sama ada yang anda sudah atau belum kenali, jangan sesekali menetapkan pertemuan di tempat-tempat sedemikian.
4 – Jangan bercerita rahsia
Wanita memang suka bercerita, namun hati-hati kerana tidak semua perkara boleh anda kongsi, terutama sekali dengan rakan lelaki anda. Urusan rumahtangga apatah lagi yang membabitkan hal di dalam kamar jangan sesekali diuar-uarkan. Anda juga tidak boleh membuka rahsia yang tidak anda ceritakan dengan pasangan anda, kepada rakan berlainan jantina. Sekiranya anda berkongsi sesuatu yang eksklusif dengan rakan lelaki dan bukan dengan suami sendiri, bermakna anda meletakkan pasangan anda bukan pada keutamaan.
Ði samping itu, rahsia rumahtangga, terutamanya yang melibatkan konflik rumahtangga, tidak boleh diceritakan kepada rakan lelaki. Sekiranya anda memang sudah terlalu tertekan dan tidak dapat menanggungnya sendirian, cara yang paling baik adalah mencari rakan wanita yang boleh anda percayai, atau boleh saja meminta pendapat atau nasihat daripada orang tua sendiri.
Namun, ada kalanya mereka tidak banyak dapat membantu dan daripada terjebak dengan dosa fitnah, adalah lebih baik anda mengadu kepada yang Maha Esa atau mengadu ke Pejabat Agama Islam yang berdekatan dengan kediaman anda. Ði sana, anda boleh mendapatkan khidmat nasihat dan kauseling tentang masalah keluarga yang dihadapi.
Jangan sesekali menceritakan hal-hal rumahtangga kepada rakan berlainan jantina. Mengadu masalah rumahtangga kepada seorang lelaki boleh saja mengundang rasa kedekatan dan simpati yang pada akhirnya boleh membuahkan perasaan yang tidak sepatutnya hadir dengan status anda sebagai isteri.
5 – Jangan bersahabat dengan bekas teman lelaki
Suami anda mungkin tidak kisah jika anda kembali bersahabat dengan bekas teman lelaki, tetapi sebagai isteri, andalah yang harus bijak membuat pertimbangan sama ada perkara itu akan membuatkan suami terasa hati atau tidak.
Tentunya sebagai isteri yang prihatin, anda tidak mahu melukakan hati pasangan, bukan? Ði mulut suami mungkin berkata tidak kisah, tetapi dalam hatinya, tentu tersimpan terselit rasa curiga. Berhubung kembali dengan bekas teman lelaki juga boleh mengimbas kenangan lama. Kenangan sewaktu bercinta lebih-lebih lagi cinta pertama memang syahdu dan mengasyikkan. Membina semula hubungan dengan bekas teman lelaki boleh menyebabkan cinta lama kembali bertaut. Oleh itu, jauhi diri anda daripada menjalinkan hubungan dengan bekas teman lelaki, jika anda sayangkan rumahtangga anda.
Selain daripada 5 batas yang disenaraikan di atas, perhatikan juga adab-adab yang digariskan oleh syarak bagi seorang isteri dalam menjalani kehidupan, berdasarkan penulisan Ðr Yusof al-Qardhawi :
1. Memelihara pandangan matanya dan memelihara kesuciannya.
2. Menutup aurat dan perhiasannya dengan baik, tidak berpakaian terlalu sempit dan menjolok mata.
3. Jangan menampakkan perhiasannya yang tersamar, seperti rambut, leher, kedua lengan dan betis, kecuali kepada suaminya atau mahramnya.
4. Hendaklah bersopan dalam berjalan dan berbicara.
5. Hendaklah ia menjauhi segala sesuatu yang menarik perhatian lelaki dari dirinya seperti berdandan dengan dandanan ala jahiliah.
6. Wanita dilarang berdua-duaan dengan lelaki lain yang bukan suaminya dan bukan mahramnya. Hal ini untuk memelihara dirinya dan diri orang lain dari bisikan-bisikan dosa dan memelihara dirinya dari berita bohong.
7. Jangan berikhtilath dengan kaum lelaki lain kecuali kerana keperluan yang terpaksa, kemaslahatan yang dibenarkan dan dilakukan dengan seperlunya, seperti solat di masjid, menuntut ilmu, yang tidak terlarang bagi wanita untuk ikut serta dalam memberi pelayanan kepada masyarakat, tetapi jangan lupa batas syariat dalam bertemu dengan lelaki ajnabi.
Begitulah antara adab yang perlu diamalkan dalam kehidupan seorang isteri solehah. Jadi, kepada para muslimah sekalian, saya ini berpesan kepada diri saya sendiri dan anda juga, jagalah maruah kerana maruah merupakan cermin diri kita.
Semoga bermanfaat!.
----------------------------------------------
Tip-tip untuk semua
Monday, November 8, 2010
Mencari Erti Sebuah Perkahwinan
Tip-tip untuk semua
Lantas, Allah yang Maha Mengetahui isi hati Adam menciptakan Hawa sebagai penghibur dan teman Adam sebagaimana firman Allah yang bermaksud "Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya."
Berkahwin Kerana Ibadah
Menurut Islam, perkahwinan bukan atas tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama. Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan shahawat tetapi untuk memenuhi kehendak misi kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada Allah. Kerna itulah, setiap muslim perlu merancang dan berusaha agar perkahwinan mereka tergolong dalam perkahwinan mithali.
Perkahwinan mithali adalah model perkahwinan cemerlang menurut acuan Islam bersandarkan ikatan kasih murni angota keluarga menuju redha Allah. Perkahwinan mithaliah bermula dengan matlamat yang jelas lagi tersuluh. Syariat Islam menitikberatkan perkahwinan ditegakkan sebagai satu ibadah dan mampu mendekatkan diri dengan Allah. Perkahwinan dibuat atas keinginan untuk memenuhi tuntutan syariat dan Sunnah RAsulullah SAW.
Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabrani dan Al-Baihaqi, Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka bukanlah dia dari golonganku".
Dengan pendekatan ini, perkahwinan mithali dapat membendung masyarakat daripada penyakit-penyakit yang menular disebabkan hubungan seks yang liar dan bebas. perhubungan seks yang haram ini menimbulkan pelbagai kompilasi dalam masyarakat seperti lahirnya anak luar nikah, hubungan sejenis, penyakit-penyakit kelamin seperti VD dan AIDS serta menghapuskan keturunan.
Perkahwinan mithali juga perlu berpaksikan Al-Quran dan Sunnah sebagai tonggak keluarga.
Prinsip ini berasaskan hakikat bahawa manusia tidak boleh melewati batas-batas kefitrahannya sebaliknya perlu mengukuhkan kedudukannya sebagai hamba Allah dan khalifah dalam sebuah keluarga khasnya dan komuniti yang lebih besar amnya.
Cinta Dan Kasih Sayang
Cinta dan kasih sayang adalah penghias utama dalam sesebuah perkahwinan mithali. Jaminan kebahagiaan dalam sebuah keluarga sebenarnya berputik daripada cinta yang mendalam di antara suami isteri berpaksikan Islam.
Cinta yang murni ini seterusnya melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka apabila telah tiada di dunia nanti. Justeru hubungan kasih sayang di antara ibu bapa dan anak-anak perlu dijaga dan dipupuk agar setiap baitul muslim atau keluarga Islam dihiasi dengan kesyahduan cinta yang segar dan kasih yang mengasyikkan.
Kasih sayang juga perlu sentiasa dicari dan dibina bukannya ditunggu atau dibiarkan kerna firtah manusia sentiasa dahagakan kasih sayang.
Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah Ar-Rum:30 : "Fitrah Tuhan yang telah diciptakan manusia ke atasnya, tiada pertukaran lagi bagi ciptaan tuhan itu. Itulah agama yang lurus, akan tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui."
Tarbiyah Dan Pendidikan
Pendidikan adalah tema penting dalam sesebuah perkahwinan mithali. Kecemerlangan dan kehebatan anak-anak yang menjadi tunjang dan penyeri sebuah keluarga bermula daripada pendidikan yang diberikan oleh ibubapa. Haluan yang dipilih perlulah ditapis daripada elemen-elemen yang tidak sihat yang menjadi punca keruntuhan sebuah keluarga. Perlu diingatkan bahawa anak-anak adalah aset yang mewarisi kepimpinan negara pada suatu hari nanti.
Pentarbiyahan dan pendidikan yang diterapkan perlu berteraskan ketauhidan kepada Allah, kecintaan kepada Rasul seterusnya menjunjung Al-Quran sebagai kalam Allah yang tidak ada keraguan baginya. Ibu dan bapa yang prihatin akan sentiasa membentengi anaknya daripada kebejatan moral dan akhlak yang tenat pada mutakhir ini seperti vandalisme, hedonisme dan materialisme yang menatijahkan keruntuhan iman dan akhlak anak-anak mereka.
Begitu juga, pendidikan anak-anak bukan hanya terpikul di atas bahu ibu atau bapa sahaja, malah kedua-dua ibu dan bapa bertanggungjawab membentuk keluarganya ke arah keluarga mithali yang hebat dan cemerlang. Lelaki atau bapa merupakan ketua bagi setiap keluarga. Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah An-Nisa ayat 34 bermaksud: "Kaum lelaki adalah pemimpin kepada kaum wanita. Oleh kerana itu Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan)".
Selaku pemimpin, pentadbir, penguasa dan pelindung rumah tangga suami wajib memastikan hal ehwal rumah tangga berjalan lancar. Isteri pula perlu mengembelingkan segala potensi kelembutan, ketabahan dan kepekaannya untuk mendidik anak-anak dengan cara yang terbaik. Pendidikan anak akan menentukan keindahan dan kejayaan perkahwinan mithali untuk jangka masa yang panjang.
Kita melihat fenomena hari ini di mana anak-anak berselerak dan terbiar disebabkan perkahwinan ibu bapa yang tidak mithali.
Ibu bapa melepaskan tangan dalam perjuangan mendidik anak-anak.
Amat malang sekali sekiranya kita berbuih mulut bercakap tentang perjuangan Islam sedangkan anak-anak seperti itik yang terlepas dari kandang, terbiar dan membawa diri dalam dunia sendiri.
Sebelum berkahwin sepatutnya pasangan lelaki dan perempuan mendalami dan memfaqihkan diri tentang ilmu-ilmu selok belok rumahtangga. Paling penting kedua-dua pasangan perlu sembahyang dan taat kepada perintah Allah.
Ibu Bapa Mithali
Perkahwinan mithali bermula dari ibu dan bapa yang mithali. Kita pasti berasa malu sekiranya pasangan suami isteri tidak mampu menjadi contoh kepada anak-anak dek kerana kejahilan tentang Islam yang disengajakan. Kita tidak mahu ibu dan ayah hanya terkelu lidahnya apabila diminta anaknya mengajar tentang solat, doa-doa harian dan bacaan Al-Quran yang betul.
Contoh terunggul perkahwinan mithali tentunya datang dari junjungan mulia Rasulullah SAW. Baginda Rasulullah selaku suri teladan sepanjang zaman telah meletakkan Khadijah binti Khuwailid sebagai wanita pertama yang bertakhta di hati baginda dan berjaya menakluki hati Rasulullah dengan cinta yang tidak pernah kunjung padam.
Keindahan perkahwinan Baginda terungkap dalam pergaulannya dengan Khadijah dan isteri-isteri yang lain. Kehadiran putera dan puteri serta cucu Baginda telah menyerikan lagi kehidupan keluarga Rasulullah. Mengimpikan sebuah perkahwinan mithali, hanya tinggal mimpi jika kita tidak menyelak kembali sejarah hidup baginda sekeluarga yang amat indah itu.
Tegasnya perkahwinan mithali yang aman dan bahagia adalah impian pasangan suami isteri. Namun bukan semua rumahtangga mampu melakar dan mengekalkan kebahgiaan. Terdapat rumah tangga yang tergadah dengan kekusutan yang tiada jalan penyelesaian malah penceraian menjadi kemuncak pemilihan kerana kemurkaan terhadap hambanya.
Janganlah gelanggang perkahwinan hanya satu platform atau pentas untuk bersandiwara atau bercengkerama tanpa dihiasi dengan keilmuan dan amalan yang berterusan. Perkahwinan bukan hanya satu testing ground tetapi ia adalah realiti yang perlu ditempuhi dengan kearifan, kesabaran dan kejituan iman.
Tip-tip untuk semua
Monday, October 18, 2010
Displin Dalam Bertunang
Tip-tip untuk semua
Saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah. Saya mengikuti nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat lima waktu. Saya dapat rasakan ada perasaan indah yang timbul dalam hati sanubari saya terhadapnya. Saya selalu berangan-angan agar dapat bersamanya sebagai suami isteri suatu hari nanti. Ustaz, apakah yang saya lakukan ini dalam keredaan Allah? Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut, bukan sepenuhnya kerana Allah SWT? Bagaimana untuk memastikan agar saya sentiasa berada di landasan yang betul? [soalan]
Jawapan
Tahniah, kerana bertemu dengan pemuda yang alim dan warak. Dalam hal yang melibatkan hubungan lelaki dan wanita, Islam cukup teliti dan sering dituduh sebagai ‘konservatif' dari kacamata barat. Hakikatnya, Allah maha bijaksana dan amat mengetahui baik dan buruk untuk manusia di dunia dan akhirat.
Justeru, jika dilihat dari apa yang telah meresapi hati saudari, bolehlah di katakan saudari sudah ‘jatuh hati' kepada si pemuda tadi serta memasang niat baik untuk mempersuamikannya. Sebagai manusia biasa, ia sememangnya satu niat dan perasan yang sukar di tolak. Bagaimanapun, saudari perlulah mengawal semua batasan perhubungan dengan pemuda tadi bagi mendapat keredhaan Allah. Tindakan berikut perlulah saudari lakukan :-
1) Meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh di fahami kepada pemuda tadi untuk membina "rumahtangga" bersama. Ia berdasarkan tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW. Imam Al-Bukhari di dalam sohihnya meletakkan satu bab bertajuk "Wanita mendedahkan/menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh" (Rujuk Kitab Nikah, juga terdapat satu riwayat bahawa Anas r.a berkata di sisi anak perempuannya : "telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda); berkatalah wanita itu : "Adakah dikau punyai hajat kepadaku?" ; maka anak perempuan Anas menyampuk: "Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya"; maka Anas menjawab : " Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW" (Sohih Al-Bukhari, 7/17). Imam Ibn Hajar menegaskan tiada catatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki (Fath al-Bari, 9/175) Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik. Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW (Sohih al-Bukhari, 7/15)
2) Saudari diizinkan untuk menjemput sipemuda ke rumah saudari bagi memperkenalkannya kepada kedua Ibu bapa saudari. Dengan kewujudan ibu bapa atau ‘wali' lain di majlis itu, saudari dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu (dengan menutup aurat lengkap) dan tidak perlulah bersembunyi di dalam bilik. Ia berdasarkan hadith-hadith yang mengizinkan lelaki dan wanita yang berniat untuk kahwin, bagi mengenali dengan lebih dekat bakal pasangan masing-masing.
Antaranya dalilnya : "telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : "Adakah kamu telah melihatnya? : "Belum jawabnya" ; Nabi menjawab : "Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)" ( Riwayat Muslim) Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu'bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita : "Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya - bagi menilai kesesuaian - (perkahwinan) kamu berdua" ( Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma'arif ; Sohih menurut Albani) Perlu diingat bahawa melihat bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud suatu meninjau sikap, budi bahasa, cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan (kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat). (Fiqh as-sunnah, Sayyid Sabiq, 2/23 dengan tambahan, Nizom al-Usrah, Dr Muhd ‘Uqlah, 1/206)
3) Jangan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama, ( Nizom al-Usrah, 1/216) kerana ia amat mudah membawa keapda yang haram. Perihal berangan-angan saudari tadi juga bukanlah sesuatu yang baik untuk diteruskan. Nabi SAW menyatakan : "Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH " ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami' As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa) . Al-Allamah Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294)
4) Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin' boleh membawa fitnah dengan mudah. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)
5) Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu' dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.
6) Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat), bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal' lebih mudah.
7) Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-
a. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
b. Haram ber"dating" tanpa disertai mahram yang thiqah.
c. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. ( sms, phone, chat, mesengger )
d. Awas fitnah masyarakat sekeliling.
e. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
f. Haram melihat kepada aurat masing-masing.
g. Awas daripada bertukar gambar.
h. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.
Wallahu'alam.
sumber; www.zaharuddin.com
Tip-tip untuk semua
Friday, October 1, 2010
Tingkatkan Paras Hormon Kelelakian
Tip-tip untuk semua
Bagi orang lelaki, makin berusia makin kuranglah paras hormon di dalam tubuh badannya. Kita ni manusia macam bateri, perlu di Charge bila makin kurang.
Pun begitu, kaum wanita pun perlu ambil tahu, kalau bukan untuk diri sendiri ia adalah untuk suami, ahli keluarga atau rakan-rakan. Ada pelbagai cara meningkatkan paras hormon dalam badan kita sama ada dengan mengambil makanan tambahan berbentuk pil atau makanan yang kita makan seharian.
Tetapi tanpa kita sedari, sebenarnya terdapat banyak makanan yang dapat membantu meningkatkat paras hormon dalam tubuh kita. Tetapi apa yang saya senaraikan ini adalah makanan yang terbaik sekali untuk diamalkan.
1. Pisang
2. Coklat hitam
3. Brokoli
4. Tembikai
5. Anggur merah
6. Asparagus
7. Avocado
8. Semua keluarga Siput
9. Ikan salmon
10. Cili
Apakah senarai di atas ada dalam menu harian anda?
Sumber; http://pakartani.com/blog
Tip-tip untuk semua
Tuesday, August 10, 2010
Batas Sempadan Meluah Rahsia Rumah Tangga
Tip-tip untuk semua
Kenapa pentingnya rahsia rumah tangga disimpan dan dipelihara, serta apakah ruang lingkup hal-hal yang tergolong dalam rahsia rumah tangga, telah pun dijelaskan. Namun masih ada satu aspek yang perlu diketahui berhubung dengan persoalan ini, iaitu mengenai keadaan yang membolehkan rahsia rumah tangga diluahkan kepada pihak ketiga.
Ambil contoh satu kes yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. Seorang wanita mengadu kepada Rasulullah bahawa dia telah dipukul oleh suaminya. Rasulullah pada awalnya memutuskan bahawa si suami boleh dikenakan qisas (pukul dibalas pukul), tapi pada ketika itu juga turun wahyu yang membolehkan seorang suami memukul isterinya dalam keadaan tertentu dengan tujuan mendidik (bukan pukul menyakitkan atau pukul geram).Secara tidak langsung, wanita tadi telah membocorkan rahsia rumah tangganya dengan menceritakan keburukan suaminya kepada pihak ketiga (Rasulullah).
Dalam kes seumpama ini, tidak menjadi kesalahan bagi isteri (atau suami) untuk membuka rahsia rumahtangganya. Kerana, ia dibuat demi kepentingan atau maslahat rumah tangga itu sendiri. Bila timbul masalah dalam hubungan suami isteri yang tidak dapat diselesaikan melalui perbincangan bersama, dan pihak
suami atau isteri terasa sudah tidak mampu menghadapinya, maka satu jalan penyelesaian perlu diambil dengan melibatkan 'orang luar'. Mahu tidak mahu, sempadan rumah tangga terpaksalah direntas! Bagaimanapun, beberapa perkara perlulah diambil kira supaya natijahnya benar-benar mendatangkan maslahat kepada rumah tangga, bukan sebaliknya.
Perlunya sikap telus dan berlapang dada
Hubungan suami isteri mestilah dilandaskan atas sifat saling berlapang dada. Jika timbul satu-satu hal yang tidak menyenangkan salah satu pihak, ruang perbincangan perlu dicari. Seboleh mungkin, apa pun masalah yang dihadapi, ia perlu diselesaikan di bawah bumbung rumah tangga sendiri. Sifat telus dan berterus-terang perlu ada.
Kadang-kadang ada satu-satu sikap atau perilaku pasangan kita yang tidak kita senangi. Rasa tidak senang ini boleh diluahkan asalkan kena cara dan waktunya. Jika tidak berhasil dan pasangan kita masih mengekalkan sikap itu, apa yang mampu kita buat ialah sabar dan redha. Terimalah pasangan kita seadanya.
Allah berfirman, maksudnya:
"Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (maka bersabarlah), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah menjadikan padanya kebajikan yang banyak (untuk kamu)." (An-Nisa: 19)
Ini dikuatkan dengan hadis yang bermaksud:
"Pada kesabaran atas yang engkau tidak sukai itu, banyak kebajikan." (Riwayat Termizi daripada Ibnu Abbas)
Di dalam ayat yang lain, Allah berfirman yang bermaksud:
"... Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu sedangkan ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah: 216)
Oleh itu, sebelum sampai ke tahap 'gatal mulut' untuk meluahkan perasaan dan menceritakan buruk laku pasangan kita kepada orang ketiga, cubalah bersabar dan pujuk hati dengan mengingati kelebihan pada dirinya berbanding keburukannya.
Mengadu kepada Allah
Andainya tidak mampu bersabar dengan sikap dan tingkah laku pasangan yang telah Allah takdirkan menjadi suami atau isteri kita itu, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan perilaku yang bertentangan dengan syariat, bolehlah kita berkira-kira untuk mengadu kepada 'orang luar'.
Namun sebelum itu, tanyalah pada diri sama ada tindakan kita itu nanti memberi natijah yang baik pada rumah tangga kita. Dan jangan lupa pada sebaik-baik tempat mengadu iaitu Allah. Mohonlah kekuatan dari-Nya
dan mohonkan juga petunjuk buat suami atau isteri kita. Sebaik-baiknya jika kita hendak mengadu hal kepada pihak ketiga kerana tidak mampu lagi menanggung beban masalah yang semakin berat itu, buatlah dulu sembahyang istikharah. Minta petunjuk dan 'restu' dari Allah terlebih dahulu.
Merujuk kepada orang yang sesuai
Andainya sudah bulat tekad untuk membawa soal dalaman rumah tangga kita kepada orang lain, kita harus
merujuk kepada orang yang tepat. Kerana bukan sebarangan orang boleh menjadi tempat mengadu masalah.
Jika pada diri orang itu tidak ada sifat amanah dan adil, kita mungkin mengundang susah.
Hal-hal sulit melibatkan rahsia rumah tangga yang kita adukan kepada orang yang tidak amanah, boleh jadi akan dikongsi dengan orang lain hingga akhirnya tersebar merata. Ia akan dibisikkan dari satu telinga ke satu
telinga. Seorang yang tidak memiliki sifat adil pula akan memberi maklum balas yang dipengaruhi emosi. Ada
kemungkinan orang seperti ini akan menjadi penghasut dan pengusut masalah.
Sempadan dalam menceritakan rahsia rumah tangga
Orang yang tepat untuk diadukan masalah sudah diperolehi. Orangnya boleh dipercayai, tenang dan berwatak pendamai. Mungkin dia merupakan teman rapat yang sering menjadi tempat meluah perasaan dan berkongsi masalah. Boleh jadi juga dia seorang kaunselor yang berpengalaman. Dia boleh membantu sama ada memberi pandangan dan nasihat, atau menjadi orang tengah untuk membetulkan frekuensi hubungan dua hala antara suami isteri yang tergendala.
Siapa pun dia, seperkara yang harus diingat, dia tetap 'orang luar' dalam konteks sesebuah rumah tangga. Oleh itu, rahsia rumah tangga yang mahu diceritakan kepadanya harus dibataskan kepada hal-hal yang berkaitan (relevan) dengan masalah yang dihadapi. Tidak lebih dan tidak kurang. Jangan sampai hal-hal yang tidak berkaitan pun diluah habis. Jangan sampai pengaruh emosi membuatkan seseorang itu bersikap tidak
adil dan tidak jujur terhadap pasangannya. Biarlah hal-hal yang diceritakan itu sekadar yang perlu untuk membolehkan pihak ketiga tadi mengetahui masalah yang dihadapi dan dapat memberi pandangan yang sesuai.
Merujuk kepada hakim
Sesetengah masalah rumah tangga memerlukan pihak suami atau isteri merujuk kepada pihak yang boleh membuat keputusan ke atas masa depan rumah tangga terbabit. Dalam kes ini, jalan penyelesaian melalui perbincangan dan melalui kaunselor atau orang tengah tidak membuka sebarang harapan untuk damai. Waktu itu rahsia rumah tangga terpaksa disingkap di hadapan hakim atau mahkamah. Sebelum ke peringkat itu, boleh juga ia diselesaikan melalui inisiatif wakil kedua-dua pihak suami dan isteri yang dipanggil 'hakam'. Pihak lelaki diwakili seorang hakam, dan pihak perempuan begitu juga. Adakalanya mahkamah sendiri yang akan melantik hakam di kedua-dua pihak sebagai jurudamai untuk membantu menyelesaikan kes yang dihadapi.
Firman Allah, bermaksud:
"Dan jika kamu khuatirkan ada persengketaan antara kedua-duanya (suami isteri), maka kirimlah seorang hakam dari keluarga lelaki dan seorang hakam dari keluarga perempuan." (An-Nisa': 35)
Kedua-dua hakam ini akan mengadakan 'soal selidik' ke atas suami atau isteri dalam sesi berasingan, untuk mengetahui punca dan kedudukan masalah. Kemudian kedua-dua hakam ini akan bertemu untuk mencari titik temu atau jalan damai. Dalam hal ini, suami mahupun isteri, memberi kepercayaan kepada hakam untuk mencari jalan penyelesaian pada masalah antara mereka. Oleh itu sedikit sebanyak rahsia rumah tangga mereka akan diluahkan kepada jurudamai ini. Di sini pentingnya hakam yang dipilih itu terdiri dari orang yang boleh dipercayai, bijaksana dan adil. Boleh menyimpan rahsia, bijak bertindak dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Andainya didapati tidak ada lagi titik temu antara kedua-dua suami isteri, kedua-dua hakam harus sepakat untuk membuat keputusan memisahkan mereka dengan cara baik. Dan ini perlu dirujuk kepada mahkamah.
Menceritakan hal-hal dalaman rumah tangga kepada hakam ataupun hakim, kadang-kadang akan mendedahkan juga aib diri sendiri. Tapi disebabkan jalan lain tidak ditemui dan beban yang ditanggung semakin menekan, risikonya terpaksa ditanggung. Termasuklah kemungkinan lebih banyak rahsia rumah tangga harus dibuka berbanding jika merujuk masalah kepada kaunselor atau orang tengah.
Walau apa pun, jalan terakhir ini juga perlu didahului dengan sembahyang istikharah dan disertakan niat yang tulus. Kalau hanya dengan cara ini dirasakan masalah akan selesai, moga ia dapat ditempuh dengan tabah dan diperolehi kekuatan dari Allah.
Apa pun, yang jelasnya rahsia rumah tangga tetap merupakan perkara yang harus dipelihara dengan kemas. Anak kunci 'peti besi' yang menyimpan rahsia rumah tangga hanya boleh dipinjamkan kepada orang lain jika keadaan memaksa demi kepentingan bersama. Itupun perlu dilakukan dengan penuh waspada supaya aib dan maruah keluarga terpelihara.
Tip-tip untuk semua

















