//

Wednesday, January 26, 2011

Cara Hilangkan Kurap Dibadan

Tip-tip untuk semua

The Homoeopathic Treatment of Eczema (Beaconsfield Homoeopathic Library)Orang-orang tua dahulu merawat penyakit yang di anggap 'biasa-biasa' hanya dengan ramuan herba di sekeliling rumah atau kampung sahaja. Mereka amat kreatif dan selalunya pengunaan ubat-ubatan herba itu adalah di warisi turun temurun dari nenek moyang mereka. Namun ianya amat berkesan dari segi pengobatan.

Di sini di perturunkan petua dari khazanah nenek moyang untuk mengobati penyakit KURAP

1) Seketul kunyit hidup; di tumbuk atau cincang ambil airnya dan sapu pada kurap. Lakukan setiap malam@pagi sampai kurap itu sembuh. InshaAllah mujarab.

2) ambil segenggam daun GELENGGANG dan tumbuk lumat. Sapu pada kurap tersebut. Ulang-ulang menyapu setiap hari sampai kurap itu hilang. InsyaAllah berkesan.

Selamat mencuba.

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Tuesday, January 25, 2011

Punca hati Tidak Tenteram

Tip-tip untuk semua

The Qur'an (Arabic Edition)Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah 20 sifat. Tetapi disini saya hanya bagi 9 sahaja. Cuba muhasabah diri kita dengan sifat-sifat mazmumah tersebut, adakah ia bersarang di hati kita?... dan cuba-cubalah leraikan sifat tersebut agar kita dapat menikmati kebahagiaan di dunia lagi sebelum kebahagiaan haqiqi di akhirat nanti.

1. Pemarah –
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak-bawak lah senyum..tentu orang tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam –
Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki –
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil –
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak –
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak lagi pun orang tamak selalu rugi.. saperti pantun zaman sekolah; dalam semak ada duri, ayam kuning buat sarang.. orang tamak selalu rugi, cam anjing ngan bayang-bayangnya

** Ingat! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar –
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..contohnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego –
Ibu segala mazmummah. Jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut.

8. Riak –
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada (harta,ilmu, kecantikan,kepandaian, amal dan lain-lain)

9. Cinta dunia –
kalau tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa, tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. Dan bila mati cuma bawa amalan dan doa anak-anak yang soleh/solehah.

** Cinta dunia merupakan "neraka dunia", kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Oleh itu sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain.

Nota: ~*Makin tinggi mazmumah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.*~

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Mutiara Minda

Tip-tip untuk semua

2011 Motivational Classics Wall CalendarTeringat pesan ayahanda..."Sudahkah di Qada' Solat yang lepas-lepas? Jika tidak ingat, gantikanlah dengan mengira berapa usia kita sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil baligh kita..." Subhanallah, betapa alpa nya kami...
Sesungguhnya Engkau maha penerima taubat... Peringatan buat diriku yang sering lupa...

Adakah kita seorang Islam??...Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah.

Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian?. Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan kita?

Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari. Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... fitnah.. gempa bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!!. Tanda kemurkaan Allah!!. Adakah kita benar-benar seorang Islam????

Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga?

Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar kita sendiri?. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah.

Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur?. Adakah kita yakin kita seorang Islam??.. Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita masih leka di buai perasaan?!

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah?... Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah?... Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun???... Tentu tidak.. Jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!! Apakah kita yakin kita berTuhankan Allah??... Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia?... Mengapa kita masih mendedahkan aurat?. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu?. Syariat,Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf... Dapatkah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya?.

Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri?. Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa. Dosa!!!.....

- Kita tidak takut dosa. Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian?
- Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat?
- Siapakah kita menjelang hari kematian?
- Adakah kita seorang Islam?
- Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut?
- Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar?

*Kita pergi kuliah, pergi kerja ** kita yakin kita telah menutup aurat?
*Kita solat ... ** kita yakin solat kita tidak tercela?
*Kita makan .... ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?
*Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang?
*Kita ketawa ... ** kita tidak malu pada Allah? Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, ITAS, C++, * *kita yakin semua itu dapat membantu kita menjelangnya fitnah kubur?
*kita berpuasa ** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari akhirat?
*Kita sihat ... ** kita yakin Allah muliakan kita?
*Kita sakit ... ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan?
Siapa Kita????
Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina.. betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa.

# Bersedialah menempuh hari selepas kematian,
# bersedialah untuk menempuh sakaratul maut.
Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatNya. Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI......!!!!
Siapa kita....?

A) Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:

Ada 4 di pandang sebagai ibu ( ibu utama) iaitu:
1 ) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2 ) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT CAKAP.
3 ) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4 ) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

B) Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran.

C) Beberapa kata renungan dari Qur'an:

Orang yang tidak melakukan sholat pada :
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zhuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan / kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isya' : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

~* Sembahyanglah sebelum kau disembahyangkan oleh orang lain*~

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Menangis

Tip-tip untuk semua

The Islamic Prayer from A to ZMENANGIS.....Perlukah menangis?....Bila dibolehkan menangis?....Adakah tangisan itu boleh dipaksa?....

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
11) Menangis kerana mencari duit (berlakon) *- penulis blog tambah..huhuhu...*

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir didunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?. Kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ??

Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka 

"Rasulullah saw bersabda :Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s.
Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.

Air mata yang tiada di tuntut:

* Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya.

* Janganlah menangis nonton filem hindustan. Itu kan cuma lakonan.

* Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

* Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

* Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

* Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat. Yakinlah,rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah kita lakukan, segala dosa-dosa yang berupa tintik-tintik hitam yang telah mengkelam dan menggelapkan hati sehingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa-dosa. Dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda;
 "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka;
1. Mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt
2. Mata yang menjaga pasukan fi sabiilillah diwaktu malam."


"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat" seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah,maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a, saya di buat menangis atas 3 perkara jua :

1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat ’izrail datang mencabut nyawanya.
3. saya tidak tahu sama ada saya akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan.

Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahinya berpeluh.
2) Air matanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
 

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat. (riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
4. Dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Hanya Ingin Mengingatkan (2)

Tip-tip untuk semua

Sterling Silver Prayer Beads - 33 Elongated Oval Beads with 2 Dividers and Decorative TasselAntara lima perkara yang dipesan oleh ulamak-ulamak terdahulu kepada kita supaya dibuat panduan dan pedoman.

LIMA PERKARA YANG MESTI DISEGERAKAN
(Dari Hatim Al-Asom). "Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat :

1) Memberi makan tetamu, bila ia datang berkunjung.
2) Menyiapkan perkuburan mayat bila telah mati.
3) Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur.
4) Membayar hutang, bila telah sampai masanya.
5) Bertaubat dari dosa, bila ia telah melakukannyaa.

LIMA PESANAN DARI SYAIKH AL-BALKHI
"Ambil olehmu lima perkara kemudian amalkan" :

1) Sembahlah Allah sebanyak keperluanmu kepadaNya.
2) Ambil apa-apa dari dunia menurut keperluan selama umurmu didalamnya.
3) Lakukan maksiat kepada Allah, menurut kemampuanmu memikul azabNya.
4) Persiapkan bekal didunia untuk selama kamu tinggal didalam kubur.
5) Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa yang kamu inginkan untuk tinggal didalamnya."

HARTA BERTIMBUN BOLEH MENYEBABKAN LIMA PERKARA:
Dari Sufyan Sauri : "Tiada berkumpul harta disisi seseorang pada zaman ini, melainkan timbul didalam dirinya lima perkara" :

1) Panjang angan-angan.
2) Sentiasa tamak.
3) Sangat kedekut.
4) Berkurang waraknya.
5) Lupa kepada akhirat

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Hanya Ingin Mengingatkan

Tip-tip untuk semua

100 Ways To Motivate Yourself: Change Your Life ForeverBuat peringatan kepada diri saya dan pembaca-pembaca blog yang muslim, sebagai tanda sahabatnya sedang mengingatinya...

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan 'Bismillah...' sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya

1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.


Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Ada 4 dipandang sebagai ibu ", iaitu:

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.

2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.

3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.

4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

"Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran." (surah al 'ashr )


Beberapa kata renungan dari Qur'an:

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar.

Zohor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya.

Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan.

Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.

Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya.

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Saturday, January 22, 2011

Tampilkan Kaki Menawan

Tip-tip untuk semua

Kensington 56146 Solemate Plus Adjustable Footrest, GrayApabila memperkatakan tentang penjagaan diri, tumpuan sering diberi kepada wajah. Manakala kaki kurang diberi perhatian biarpun anggota badan itu amat penting untuk melengkapkan penampilan seseorang.

Oleh itu dalam tatarias diri, penjagaan kaki sepatutnya dimasukkan dalam senarai rutin harian yang mesti diberi perhatian. Sesekali apa kata manjakan kaki dengan rawatan yang dibuat sendiri dirumah.

Di antara cara-cara yang boleh kita lakukan ialah;

1. Rendam kaki dalam air suam yang dicampur garam galian kira-kira 10 minit. Letak juga guli didalam mangkuk berisi air tersebut. Pijak guli-guli itu dengan pergerakan ke hadapan dan ke belakang serta tekan sedikit tapak kaki kerana ia memberi kesan urutan yang melegakan.

Gosok kaki dengan batu sungai untuk menanggalkan kulit mati pada kaki. Selepas direndam dan digosok, bersihkan kaki dan urut dengan krim pelembab.

2. Sedikit jus lemon dalam air rendaman membantu menyegarkan kaki.

3. Kelopak mawar bersama beberapa titik pati minyak lavender menjadikan rawatan kaki umpama spa di rumah.

4. Untuk merawat kesan retak dan pecah pada tumit, cuba kaedah ini. Sapu vaselin pada tumit dan sarung stoking. Dalam beberapa minggu tumit menjadi lembut dan kesan rekahan akan hilang.

5. Sapu campuran jus lemon yang segar, minyak castor dan pati ros pada tumit selepas membersihkan kaki. Gabungan bahan tersebut membantu melicinkan kulit.

6. Sapu minyak zaiton dengan kerap untuk kulit kaki yang lembut dan menarik.

7. Parut kulit lemon dan sapu pada kaki. Biarkan 15 minit sebelum dicuci. Amalkan setiap hari untuk kesan yang memuaskan.

8. Rawatan panas dan sejuk membantu melancarkan peredaran darah. Mula-mula rendam kaki dalam air suam, kemudian alih kepada air sejuk. Buat selama 5 hingga 10 minit. Akhiri proses tersebut dengan air sejuk.

9. Elak pakai kasut bertumit. Tukar stoking setiap hari untuk elak masalah kaki berbau.

10. Didihkan 3 cawan air bersama 3 uncang the. Campur dengan setengah baldi air sejuk dan rendam kaki untuk atasi masalah kaki berbau.

11. Luangkan beberapa minit setiap hari untuk mengurut kaki anda dengan minyak kelapa.

12. Setiap kali selepas mandi, lap kering celah-celah kaki untuk menghindari jangkitan kulat.

13. Perah jus lemon, campurkan dengan sedikit gula pasir dan gosok pada kaki secara lembut. Cuci dengan air sejuk. Campuran bahan tersebut mampu bertindak sebagai scrub kaki.

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Related Posts with Thumbnails