//

Tuesday, January 25, 2011

Punca hati Tidak Tenteram

Tip-tip untuk semua

The Qur'an (Arabic Edition)Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah 20 sifat. Tetapi disini saya hanya bagi 9 sahaja. Cuba muhasabah diri kita dengan sifat-sifat mazmumah tersebut, adakah ia bersarang di hati kita?... dan cuba-cubalah leraikan sifat tersebut agar kita dapat menikmati kebahagiaan di dunia lagi sebelum kebahagiaan haqiqi di akhirat nanti.

1. Pemarah –
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak-bawak lah senyum..tentu orang tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam –
Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki –
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil –
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak –
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak lagi pun orang tamak selalu rugi.. saperti pantun zaman sekolah; dalam semak ada duri, ayam kuning buat sarang.. orang tamak selalu rugi, cam anjing ngan bayang-bayangnya

** Ingat! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar –
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..contohnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego –
Ibu segala mazmummah. Jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut.

8. Riak –
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada (harta,ilmu, kecantikan,kepandaian, amal dan lain-lain)

9. Cinta dunia –
kalau tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa, tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. Dan bila mati cuma bawa amalan dan doa anak-anak yang soleh/solehah.

** Cinta dunia merupakan "neraka dunia", kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Oleh itu sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain.

Nota: ~*Makin tinggi mazmumah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.*~

Tip-tip untuk semua

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Protected by Copyscape Web Plagiarism Software