//

Monday, October 10, 2011

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah

Tip-tip untuk semua

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau..

Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun-rukunnya. Jika tidak, mandi wajib seseorang itu tidak sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:

1 : Niat.
2 : Menghilangkan najis pada badan.
3 : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah satu anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu-bulu yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu-bulu dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya bulu-bulu di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yang diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitkannya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah.Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya, sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air dari sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.vInai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi mestilah dipandang dari sudut yg berbeza. Dalam hal ini juga sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab-sebab seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab-sebabnya terdiri daripada 6 sebab;
* 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati.
* Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan dimana-mana dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, air sungai, air  laut dan air tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok-eloknya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh..

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Sunday, October 9, 2011

10 Kelebihan Coca Cola ??....

Tip-tip untuk semua

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam  kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa dua hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit? Celup tuala dengan coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni! Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis. Sila lihat lori yang membawa air sirap coke dalam lori tangki, [bukan lori yang bawa coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis: bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. Tolong jangan letak/parking kereta
berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu teh satu tin coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah.

Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi?

Perkara ini telah disampaikan oleh seorang sahabat... masa dia belajar di Mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. Dia nak carik jalan untuk serang cara lain, tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia sedang study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men & women. menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sebab diaorang tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama keturunan, diorg tak nak le mandul!

Kalau korang pernah terima forwarded email pasal bertapa cidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cucitoilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late. So kalau minum banyak & at that time baru lekat zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & amp; untuk kesihatan & amp; untuk tak support jewish companies.

Masih tidak pasti kesahihan artikel ini, namun jika ia benar bayangkan apabila ia masuk kedalam perut kita, bertambah sihatkah kita.. jika tidak benar pun lebih baik menjauhi, bukan kerana kesihatan sahaja malah untuk agama kita..

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Tuesday, October 4, 2011

Ya Allah, Kabulkanlah Doaku..

Tip-tip untuk semua

Dari Abu Sa'id, Rasulullah bersabda, "Tidak ada seorang Muslim yang berdoa dengan suatu doa didalamnya tidak ada unsur perbuatan dosa atau memutuskan silaturahim kecuali Allah akan memberikan kepadanya tiga pilihan, pertama segera mengabulkan doanya, kedua menyimpannya untuknya diakhirat dan ketiga melepaskannya dari kesulitan atau semisalnya." (HR. Hakim).

Rasulullah menerangkan kepada kita bahwa Allah mengabulkan doa setiap hamba yang berdoa kepadaNya selama dirinya tidak bergelumang dengan hal-hal yang diharamkan, tidak meminta sesuatu yang mengandung dosa dan tidak memutuskan tali silaturahim. "Rasulullah menyebutkan bahwa seorang laki-laki yang menempuh perjalanan jauh rambutnya penuh dengan debu. Dia mengangkat tangannya ke langit sambil berkata, "Ya Rabbi! Ya Rabbi! sedangkan makanannya haram, minumannya haram maka bagaimana mungkin doanya dikabulkanNya?" (HR. Muslim).

Sahabatku, ditengah rasa perih dan terluka, jangan pernah putus asa dan putus harapan. Yakinlah Allah akan mengabulkan doa anda karena Allah akan memberikan yang terbaik menurut caraNya bukan menurut apa maunya diri kita. Maka kembalilah kepada Allah sepenuh hati. Serahkan beban hidup anda padaNya. Biarkan Allah memberikan yang terbaik untuk anda. "Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhaiNya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam surgaKu." (QS. al-Fajr : 27-30).

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Saturday, October 1, 2011

Kelebihan Susu Kambing :

Tip-tip untuk semua

Minum susu kambing suatu sunnah Rasulullah yang patut diamalkan. Dalam riwayat-riwayat kita sering membaca Rasulullah SAW dan para sahabat meminum susu kambing, bukannya susu lembu. Marilah kita menghiburkan Rasulullah dengan mengamalkan sunnahnya.

Rasulullah SAW pernah bersabda sebagaimana yang diriwayatkan dalam HR. Muslim bahwa Islam datang dalam keadaan asing dan pada akhirnya akan datang suatu masa di mana Islam akan menjadi asing kembali. Kerana dalam memahami dan mempraktiskan ajaran-ajaran Islam seorang muslim diperintahkan Allah SWT untuk meneladani Rasulullah SAW (QS. 33: 21), semaksimum mungkin. Seluruh sikap dan perilaku sehari-hari Rasulullah termasuk kebiasaan makan dan minumnya. Di antara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah saw. adalah susu kambing segar.

Antara kelebihan susu kambing :

- Paling hampir dengan susu ibu (minuman terbaik di dunia selepas susu ibu).

- Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah)

- Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila)

- Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu

- Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat

- Kambing betina beranak 2 kali setahun, 1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor.

- Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari

- Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam.

Maka makanlah yang halal lagi baik (thoyyib) dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu, dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya kepada-Nya saja menyembah (QS. 16 :114).

Di antara gangguan kesihatan yang mungkin timbul dari kebiasaan minum susu lembu adalah kegemukan (sangat lazim), asthma, infeksi paru-paru, allergi dan tuberkulosis.

Dunia sudah terlalu dipromosikan dengan susu lembu. Barat sengaja mahu memalingkan manusia dari sunnah nabi yang mengandungi seribu kebaikan. Hasilnya, harga susu kambing agak mahal berbanding susu lembu kerana susah didapati, terutama di negara kita. Walhal kos penternakan kambing jauh lebih rendah dari lembu, kadar pembiakannya tinggi, dan binatang ini tahan lasak.

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Related Posts with Thumbnails

Protected by Copyscape Web Plagiarism Software