//

Friday, October 23, 2009

Doa Orang Yang Teraniaya

Tip-tip untuk semua

Dalam kehidupan manusia di dunia ini tidak sunyi dari berbagai ragam dan perangai manusia.Ada yang baik dan tak kurang juga yang berperangai jahat serta zalim, hatta dari kalangan saudara mara, adik beradik sendiri pun sanggup berbuat zalim.Lebih menyayat hati apabila ada anak sendiri yang sanggup melakukan kezaliman terhadap kedua orang tuanya. manusia jenis apakah ini??

Di waktu ini kezaliman sudah bermaharajalela. Nyawa manusia sudah tidak berharga. Baca dan tengok lah berita di tv, internet dan dimana saja kezaliman berlaku di merata-rata tak kira agama ataupun bangsa.Yang kecik, kerdil,rakyat jelata selalu menjadi mangsa.

Kezaliman dan kejahatan dilakukan dalam berbagai cara, ada yang tersembunyi@cara halus seperti guna santau dan bomoh. Ada juga secara terang nyata saperti bunuh, seksa, dera dan lain lain lagi.

Bagi orang islam DOA adalah senjata yang paling ampuh bagi orang yang tidak berdaya untuk melawan kejahatan tersebut.Lagipun, Allah berjanji kepada orang-orang yang soleh yang teraniaya dalam surah Alam Nasyrah." Selepas kepayahan, pasti datang kemudahan. ".

Doa orang yang teraniaya

1. Mohon pada Allah, untuk menggantikan penipuan dan sebagainya dengan rezeki yang lebih baik dan bertambah-tambah. Baca " Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha ". Sangat mujarab bagi orang-orang yang dizalimi dan cepat pula dapat jawapan dari Allah.

ATAU .......

2. Sebutkan doa di dalam bahasa kita " Ya Allah. Mereka ini ( sebut nama mereka ) zalim pada aku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini. " Juga mujarab.

ATAU .....

3. Biarkan Allah balas mereka di Padang Mahsyar. Tuntut dari Allah segala pahala mereka dan minta Allah campakkan dosa-dosa kita pada mereka. Mereka akan kekal memikul dosa kita dan menerima balasan buat selama-lamanya.


Tip-tip untuk semua

16 comments:

  1. Ya Allah, aku memohon kepadamu supaya hilangkan penderitaan ini ya Allah...





    azzaAzman.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. salam..

    saya mintak share artikel ni...tq.

    ReplyDelete
  3. salam...mohon share ye...syukran

    ReplyDelete
  4. salam minta share boleh? terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Love your post!! thank u for the advice and doa ;)

    ReplyDelete
  6. As-salam saudari Aya Sofiya & sesiapa sahaja pelawat di blog ini. Tkasih utk doa2 utk orang teraniya. Saya sdg dlm kebuntuan & hilang semangat berhadapan dgn masalah tidak amanah/teraniaya apabila saya terjumpa blog ini. Saya amalkan di antara 2 doa di atas & timbul sedikit semangat & percaya bhw Allah itu Maha Adil. Utk menambahkan lagi keyakinan yg mula timbul, adakah saudari Aya Sofia @ sesiapa shj ada pengalaman @ pernah mendengar hasil slps doa2 di atas diamalkan? Mohon kongsi....

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah... harap dengan doa ini, saya akan dapat keluar dari masalah yang saya hadapi dan semoga orang yang menyebarkan fitnah mengenai saya akan sedar atas apa yang mereka lakukan. insyaallah...

    ReplyDelete
  8. ni surah ape ni?? camane sebutan yg betulnyer? versi jawi/quran ade x?

    ReplyDelete
  9. ape la bro....mana bole bagi orang dosa kita??? kita patut doakan hamba allah s.w.t yang lain menjadi baik.dan janganlah kamu suka-suka meletakkan hukum ke atas orang lain...kerana itu kerja allah s.w.t.hanya allah sahaja yang layak menghukum...

    ReplyDelete
  10. mohon share..jazakallahu khairan..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Protected by Copyscape Web Plagiarism Software