Tip-tip untuk semua
Otak yang sudah menyimpan sebuah pengalaman sujud yang benar pasti akan cepat mengaktifkan sebuah rasa syukur dan pasrah bersama kemaafan kepada ALLAH S.W.T.
Ilham dari ALLAH mewujudkan sebuah rasa dan mengaktifkan fikiran yang disimpan di otak. Gabungan fikiran ini akan diintegrasikan oleh akal yang mampu mengenal baik dan buruk. Integrasi fikiran yang dikendalikan oleh akal akan wujud sebuah fikiran yang baru. Fikiran yang baru akan disimpan di dalam otak bersama fikiran yang lepas. Proses ini terus berulangan.
Seandainya ilham fujur yang diterima, maka fikiran-fikiran negatif akan terjana. Sukar untuk kita membuangnya melainkan kita membina fikiran-fikiran positif.
Fikiran positif tidak mampu dijana dengan memaksa otak membinanya sendiri. Hanya jiwa yang diilhamkan dengan taqwa mampu membina fikiran positif. Ketika fikiran positif lebih banyak, sendirinya fikiran negatif akan hilang (neuron dalam otak kembali ke asal tidak bersambung membentuk fikiran negatif).
Ketika kita berterima kasih di dalam sujud dengan kerendahan hati serta menyedari kehambaan diri dan keTuhanan ALLAH S.W.T, fikiran menyimpan sebuah rasa keimanan dan sujud menjadi aktiviti pengaktifan fikiran ini.
"DIA-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada)"…(Al Fath 48 : 4)
Apabila kita berhadapan dengan sesuatu ujian ALLAH S.W.T, SUJUD mampu mengaktifkan rasa dan fikiran yang pernah kita alami di dalam SUJUD kita sebelum ini.
Oleh itu, ketika mendirikan solat, lakukanlah SUJUD dengan benar dan saudara akan merasai betapa nikmatnya sujud kepada ALLAH S.W.T.
"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."(Al Baqarah 2 : 153)
SUJUDLAH...
Di saat beroleh kesenangan ataupun kesusahan...SUJUDLAH.
Di saat dalam keadaan sedih dan kecewa… SUJUDLAH.
Di saat dalam keadaan kesunyian.. SUJUDLAH.
Di saat dalam keadaan gelisah.. SUJUDLAH.
Di saat dalam keadaan geram.. SUJUDLAH.
Di saat dalam keadaan buntu, tidak mampu berfikir... SUJUDLAH.
Di saat dalam keadaan bahagia… SUJUDLAH
Di saat dalam keadaan menerima sesuatu rezeki.. SUJUDLAH
Di saat dalam keadaan disayangi dan dihargai.. SUJUDLAH
Di saat dalam keadaan rindukan ALLAH.. SUJUDLAH
Di saat anda ingin kembali kepada ALLAH.. SUJUDLAH
Tip-tip untuk semua
Saturday, November 17, 2012
Rahsia Sujud
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment