//

Saturday, August 22, 2009

MENJAGA HATI DAN MULUT

Tip-tip untuk semua

Dalam sejarah Islam nama Luqman al -Hakim cukup terkenal dengan kebijaksanaannya.
Luqman tidak pernah mengamalkan sikap yang buruk termasuklah setiap kali apabila berkata-kata.

Apa yang keluar daripada kedua bibirnya adalah kebijaksanaan. Dia tidak pernah mengucapkan sesuatu pun, kecuali hal-hal yang mulia, penuh makna dan hikmah, serta berguna.
Allah mengabadikan namanya dalam al Quran sebagai salah satu teladan untuk umat manusia.

Baca Lagi...


Tips meningkatkan daya ingatan

Tip-tip untuk semua

1. Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat.Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

2. Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran.Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Baca Lagi...


Mutiara Minda

Tip-tip untuk semua

Teringat pesan ayahanda..."Sudahkah di Qada' Solat yang lepas-lepas?
Jika tidak ingat,gantikanlah dengan mengira berapa usia kita sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil baligh kita..."
Subhanallah, betapa alpa nya kami...

Sesungguhnya Engkau maha penerima taubat...
Peringatan buat diriku yang sering lupa.....
Adakah kita seorang Islam????
Pernahkah kita terfikir... hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah.?
Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian?.

Baca Lagi...


Kenali Peribadi Lelaki Dan Wanita

Tip-tip untuk semua

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkhawin.

Baca Lagi...


Jangan, Jangan Dan Jangan

Tip-tip untuk semua

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Baca Lagi...


Tuesday, August 11, 2009

Doa Dan Resepi Penawar H1N1

Tip-tip untuk semua

Umat Islam yang terus lalai, leka, dan sombong itu tidak pernah berpaut kepada Allah. Mereka tidak pernah berdoa kepada Allah untuk memohon ditolak bala itu. Mereka tidak pernah meminta perlindungan Allah daripada wabak itu. Inilah hakikat yang sukar dinafikan.*

Doa hindari dari sebarang WABAK:

لِي خَمْسَةٌ أُطْفِي بِهَا حَرَّ الوَبَاءِ الْحَاطِمَة
اَلْمُصْطَفَى وَالْمُرْتَضَى وَابْنَاهُمَا مَعَ فَاطِمَة

LIIKHAMSATUN UTFIBIHA HARROL WABA
ILHUTTOMA ALMUSTHOFFA WALMURTHADHO
WABNAHUMMA MA'A FATTIMA

"Bagiku lima orang yang dengannya boleh memadamkan kepanasan wabak iaitu Nabi Muhammad, Ali, Hasan, Husin bersama Fatimah."

Ulang 7 x
Dibaca setiap kali selepas solat fardu

Umat Islam seharusnya bergantung kepada Allah dalam semua keadaan, waktu baik apatah lagi waktu bencana. Apabila kita banyak bergantung kepada Allah waktu senang pasti Allah bersama dengan kita waktu kita susah.*

Saya melihat banyak komen daripada pihak tertentu tentang doa menghindari wabak H1N1. Pada mulanya saya malas nak mengulas tetapi apabila dilihat semakin serius suka saya menjelaskannya:
1. Doa itu memang bukan untuk wabak H1N1 tetapi sebarang wabak yang dipercayai diamalkan oleh ulama terdahulu.
2. Doa itu tiada kaitan dengan al-Arqam kerana doa itu wujud ratusan tahun sebelum wujudnya al-Arqam. Cuma al-Arqam menggunakannya setelah ia dilupakan mungkin kerana sudah tidak ada wabak.
3. Doa itu tiada kaitan dengan syiah. Kalau dikatakan orang syiah sudah sinonim dengan lima nama itu, kita Ahli Sunnah Wal-Jamaah lebih patut menyebutnya.
4. Doa itu bukan hadis dan athar, maka sama taraf dengan doa kita yang dibaca dalam bahasa Melayu oleh ulama yang kita hormati di negara ini. Salahkah kalau doa harian seorang ustaz yang kita yakin susunan bahasanya amat berkesan, lalu kita salin dan amalkan? Kalau ini boleh mengapa doa di atas tidak boleh.

Umat Islam tidak boleh berfikiran statik.*

* Dicatat oleh Ahmad Baei Jaafar

Baca Lagi...


Monday, August 10, 2009

Doa Menjadi Hamba yang Taat

Tip-tip untuk semua

Bacalah surah Al Baqarah - ayat 128

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم

Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.

Baca Lagi...


Doa supaya diberi kekuatan meninggal perkara mungkar & di beri pertunjuk kejalan yg lurus

Tip-tip untuk semua

Bacalah:

Surah Al Baqarah ayat 126

YA QABIR - ( Yang maha .... )
baca banyak-banyak supaya di beri kekuatan untuk meninggalkan sesuatu perbuatan buruk yg menjadi amalan anda.

Contoh:
suka berjudi, kaki botol/minum arak, penagih dadah, penzina dll.

Tip-tip untuk semua

Doa Untuk Mendapat Anak Yang Soleh

Tip-tip untuk semua

Baca SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

Tip-tip untuk semua

Wednesday, August 5, 2009

4 Perkara Sebelum Tidur

4 perkara sebelum tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iyaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat aku memberimu syafaat untukmu dihari akhirat nanti,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasulullah tersenyum dan bersabda : "Sebelum engkau hendak tidur bacalah:
Al Ikhlas tiga kali. Amalan ini adalah seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Membacalah sholawat untukKu, maka aku akan memberi syafaat untukmu dihari akhirat kelak.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

"Astaghfirullahalazim li wali waa lidaiya wali jami il muslimina wal muslimat wal mukminina wal mukminat al ahya immin hum wal amwat "

Ampunilah aku ya Allah yang maha besar,
kedua ibubapaku,
semua muslimin dan muslimat,
mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah mati.
Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil,bertakbir
maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Kalau larat amalkan sekurang-kurangnya tiga kali.
Selepas itu bacalah bismillahirahmanirahim sebanyak 21 x.
Seterusnya bacalah doa sebelum tidur.


Adapun amalan rasulullah sebelum tidur itu membaca
surah sajadah dan Al Mulk sebelum tidur.

Mengamalkan membaca suratul Mulk sebelum tidur akan membuat kubur kita, tempat semadi sementara menunggu akhirat, suatu tempat yang sejahtera dan terang-benderang.

Sebagai suatu perlindungan eloklah kita amalkan membaca
- Ayatul Kursi dan
- 4 Qul

semoga kita di jauhi dari gangguan manusia dan jin sewaktu kita tidur.

Allah Berkati Perniagaan

Setiap kali memulakan perniagaan bacalah ayat dibawah ;

Surah Al-Faathir - ayat 29 dan 30

semoga Allah berkati perniagaan kita

Untuk Sakit Jantung

Baca surah Ar Ra'd - ayat 28

* selalu-selalulah baca ayat tersebut bagi pesakit jantung dan berdoalah pada Allah agar di sembuhkan

*

Ayat Pengasih Nabi Yusuf

Tip-tip Untuk Semua

An English Interpretation of the Holy Quran with English Translation and Full Arabic Text

1. Surah Yusof - ayat 4
2. Surah Thoo Ha - ayat 39

Cara:

Setiap kali bertemu/bersua dengan kekasih/suami, bacalah kedua-dua ayat ini.

* amalkan selalu membaca di hadapannya. Tak perlu dibaca dengan kuat, memadai dengan baca dalam hati sahaja.

Tip-tip Untuk Semua

Related Posts with Thumbnails

Protected by Copyscape Web Plagiarism Software