//

Friday, June 17, 2011

Kelebihan Dan Kebaikan Mandi

Tip-tip untuk semua

Orang yang tidak suka mandi selalunya akan digelar ‘kambing’ kerana bau badan yang dikeluarkan seperti bau binatang tersebut yang menyengat deria bau. Dengan jelas kita tahu bahawa mandi dapat menghapuskan bau busuk dari badan.

Mandi juga dapat membersihkan diri dari segala kekotoran dan membuatkan diri kita labih segar, selesa dan tenang. Walaupun kita dalam keadaan bersih dan berada di tempat yang bersih sepanjang hari namun ‘aura’ orang yant tidak mandi akan keluar juga. Dan ketidak selesaan itu akan pasti terasa juga. Contoh saperti kita dalam perjalanan jauh dan berada dalam kenderaan yang berhawa dingin sepanjang hari namun rasa tidak selesa, letih dan lemal tetap akan terasa. Sekiranya kita boleh berhenti sekejap dan membersihkan muka, leher serta lengan itu sudah memadai untuk kita kembali segar. Apatah lagi kalau dapat mandi, pasti terasa kesegaran, keselesaan saperti perjalanan baru sahaja bermula.

Dalam ajaran Islam juga menitikberatkan kebersihan, lebih=lebih lagi kebersihan diri. Hadis Nabi SAW ada mengatakan ; kebersihan adalah separuh dari iman.

Kajian berkaitan dengan mandi mendapati bahawa mandi bukan sahaja bertujuan untuk membersihkan diri dari kotoran, tetapi menghilangkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekuatan tubuh. Berikut ini disenaraikan beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya;

1) Meringankan sakit kritikal

Penyelidikan yang diterbitkan dalam ‘New England Journal of Medicine’ menunjukkan orang yang menghidap penyakit kencing manis (diabetes) dapat menurunkan kadar gula dalam darah sekitar 13 peratus dengan berendam dalam air suam selama setengah jam. Kajian di Jepun pula menunjukkan berendam dalam air panas selama 10 minit dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk kaum lelaki.

2) Mengeluarkan racun

Mandi dengan berendam dalam air panas sekitar 32 - 35 darjah Celsius selama 10 hingga 20 minit dapat membuka ruang kulit yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan kadar kandungan gula dalam darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik.

3) meringankan Stress

Jika anda mengalami stress atau tekanan, mandi air sejuk adalah petua yang paling mujarab. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 -18 darjah Celsius. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.

4) Jangkitan kulit

Penyakit kulit seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan kacau sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

5) Selesema dan sakit kepala

Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang kepenatan. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis pati minyak wangi seperti lavender, peppermint atau lemon. Rendam kaki selama10 hingga 20 minit. Selepas itu bilas kaki dengan air sejuk.

6) Insomnia

Merendamkan kaki dalam air sejuk sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini juga berguna untuk menyegarkan kaki yang kepenatan, merawat pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Tip-tip untuk semua

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Protected by Copyscape Web Plagiarism Software