//

Saturday, February 27, 2010

Kaedah Membenteng Iman

Tip-tip untuk semua

6mm Rubber Wood Prayer Beads - Muslim RosarySebutir biji benih yang kita semai, yang kita harapkan ia tumbuh dan membesar dan seterusnya berbuah, mestilah di pagari, untuk mengawalnya dari serangan musuh-musuhnya. Tanpa pagar yang kukuh dan sempurna, musuh-musuh tanaman akan merosakkan biji benih yang kita semai itu dan kita tidak akan memperolehi hasilnya lagi. Di waktu itu janganlah disalahkan musuh-musuh itu, tetapi salahkanlah diri sendiri yang tidak menjalankan tugas mengawal tunas yang tumbuh. Dan banyak lagi bentuk serangan perosak yang katogeri halus akan menyerang 'pokok' yang kita tanam saperti ulat daun,semut, anai-anai, kutu daun, hatta sudah berbuah pun masih di rosakkannya buah tersebut kalau kita tidak jaga.. saperti ulat buah, kutu buah. Dari itu bukan sekadar pagar yang perlu di bina, racun serangga perosak juga perlu. dan kalau berbuah, setidak tidaknya mesti di balut dengan surat khabar atau plastik untuk menjamin buah akan selamat membesar seterusnya masak dan boleh di makan hasilnya.

* Yakin
* Ikhlas
* Mengerjakan amalan sunat
* Istiqamah beramal
* Bertatasusila atau berdisiplin di dalam mengerjakan ibadah

Yakin

Benteng yang pertama dan terpenting ialah yakin. Adapun sebabnya mengapa kita perlu yakin kerana dengan yakinlah yang menjamin sahnya iman seseorang. Apa yang hendak kita yakinkan. Itulah segala rukun iman yang enam dan segala hal yang berkaitan dengannya. Meyakini perkara rukun iman itu adalah syarat penting untuk sahnya iman. Jikalau satu perkara sahaja yang tidak di yakini, walaupun yang lain diyakini, ianya akan membawa kepada rosaknya iman. (rujuk bab Perkara yang boleh merosakkan iman).


Keyakinan adalah perlu dan penting. Oleh itu wajiblah kita belajar dan berusaha menyuburkan keyakinan kita. Jangan biarkan keyakinan dicelahi oleh keraguan walaupun sedikit. Keraguan mesti dilawan dengan ilmu pengetahuan, bukan dengan akal semata-mata. Syaitan dan nafsu sentiasa menyuruh dan mempengaruhi akal untuk ragu-ragu dan mewas-waskan kita. Tanpa ilmu yang benar dan menyeluruh, kita akan terperangkap di dalam perangkap syaitan. Dan jikalau kita kita terperangkap di jalam jerat syaitan di dalam soal-soal keyakinan, maka hapuslah segala pahala amal dan hapuslah iman. Jikalau terjadi demikian, maka matilah kita sebagai orang yang tidak beriman dan kekal di dalam neraka.

Untuk mengelak dari terjebak dengan nasib seburuk itu, eloklah dari sekarang diusahakan mendirikan benteng iman yang paling utama ini iaitu Yakin. Untuk itu perlu ada ilmu. Iaitu mempelajari ilmu Tauhid yang menjadi ilmu fardhu ain untuk kita pelajari. Kerana dengan ilmu Tauhid sahajalah kita dapat menolak segala hasutan syaitan yang tidak pernah putus asa berjuang menghapuskan iman kita.

Ikhlas

Benteng iman yang kedua ialah Ikhlas. Seperti yakin, ikhlas juga sangat penting. Tanpa ikhlas, sesuatu amalan akan tertolak. Amalan yang lain kalau ikhlas akan diterima oleh Allah. Ikhlas ialah meniatkan sesuatu yang dilakukan atau yang ditinggalkan kerana Allah. Kalau tidak diniatkan sesuatu yang kita lakukan itu kerana Allah , maka amalan tersebut itu tidak di anggap ikhlas dan tertolak serta tidak ada nilaiannya disisi Allah.

Ikhlas itu yang sebenarnya adalah rahsia Allah yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Tetapi walaupun ia rahsia, namun Islam ada membuat garis panduan untuk kita mengukur hati kita dan membentuk kita agar benar-benar ikhlas. Caranya, orang puji atau keji pada kita, kita rasa sama sahaja. Pujian tidak membanggakan danm kejian tidak mengecewakan kita. Itulah tanda ikhlas. Bagi orang yang beramal dan melakukan kebaikan, tidak mengharapkan pujian dan tidak berkesan segala kejian itulah ikhlas. Bagi orang yang ikhlas, mereka tidak mengharapkan sesuatu melainkan keredhoaan Allah. Pandangan dan pujian manusia langsung tidak diendahkan. Pernah suatu ketika di dalam peperangan, Sayidina Ali k.w.j diludahi mukanya oleh seorang musuh, terus dilepaskan peluang untuk membunuh musuh tersebut. Bila ditanya kenapa dia melepaskan musuh tersebut sedangkan musuh itu telah meludah mukanya. Maka dijawab oleh Sayidina Ali " Aku takut kalau-kalau pukulanku sesudah ludahnya itu adalah kerana marah bukan kerana Allah." Demikian contoh orang yang ikhlas yang sanggup mengenepikan kepentingan diri dalam usaha mencari keredhoaan Allah.

Untuk mendapatkan ihklas bukannya mudah. Tanpa usaha yang sungguh-sungguh melawan nafsu dan syaitan, ikhlas tidak akan kita dapati. Syaitan telah bertekad untuk menghancurkan kita. Ingatlah janji Iblis ketika dihalau Allah s.w.t dari syurga yang difirmankan oleh Allah di dalam Al Quran :

"Jawab Iblis : Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semua. Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas dikalangan mereka." ( Sod : 82-83 )

Syaitan akan menyelinap di dalam hati setiap manusia untuk merosakkan amalan dengan rasa ujub dab riak. Orang yang tidak mempunyai ikhlas sekalipun tuan guru, ustaz ustazah,, kadhi, imam apalagi orang biasa, pasti Allah biarkan mereka itu terperangkap di dalam jerat ujub dan riak yang merupakan jerat syaitan dan nafsu. Bila Allah biarkan yang sedemikian, maka nerakalah tempat kembalinya. Oleh itu hati-hatilah di dalam melakukan setiap amalan dan pohonlah pimpinan Allah agar setiap amalan yang kita lakukan itu adalah untuk Allah semata-mata bukan untuk kepentingan diri dan nafsu kita.

Mengerjakan Amalan Sunat

Selain daripada itu, kita hendaklah banyak melakukan amalan-amalan sunat seperti banyak bersembahyang sunat, membaca Al Quran, bersedekah untuk menguatkan iman kita. Selain kita mengemaskan amalan wajib, kita juga dianjurkan memperbanyakkan amalan sunat kerana :

1. Amalan sunat itu menyempurnakan amalan wajib kita
2. Meninggikan pangkat dan darjat kita di syurga

Di dalam kita melaksanakan amalan sunat ini, perlu kita ingat, jangat sampai melalaikan perkara yang wajib. Contohnya ; kerana hendak mengejar tahajud malam sehingga terlewat atau tertinggal sembahyang subuh. Atau banyak melakukan sedekah dan ibadah sunat tetapi tidak bersilaturrahim sesama manusia. Kerana bersilaturrahim itu hukumnya wajib dan perlu dilaksanakan dahulu.

Kerana itu banyak kita lihat mereka yang banyak melakukan amalan-amalan sunat tetapi masih terlibat dengan maksiat. Ini adalah tertipu kerana meninggalkan maksiat itu lebih utama dari melakukan amalan sunat. Kalau kita sembahyang tahajud tetapi masih melakukan maksiat, maka lebih baiklah tidak tahajud asalkan tidak melakukan maksiat. Ertinya amalan sunat itu tidak ada nilainya disisi Allah, jikalau kita masih menderhakaiNya.

Istiqamah Beramal

Sikap istiqamah (tetap) beramal itu adalah merupakan salah satu dari benteng iman. Seseorang yang telah memiliki sifat ini akan dapat mengawal imannya daripada dicelahi oleh musuh-musuh iman yang hendak merosakkannya. Yang penting di dalam beramal ibadah ialah mengekalkan amalan itu (istiqamah) walaupun sedikit.

Baca Lagi...


Dunia Sebenar Makhluk Ghaib Yang Bernama JIN

Tip-tip untuk semua

Paranormal State: Season 1T ahukah anda selain manusia, alam ini juga dihuni oleh makhluk ghaib yang bernama JIN. Alam kedua-dua makhluk ini letaknya sangat berdekatan bahkan boleh dikatakan letaknya saling bertindih (cuma dimensinya sahaja yang berbeza). Dan antaranya ikut hidup berkeliaran dengan manusia di rumah-rumahnya (ada yang menyerupai kucing dan lain-lain haiwan peliharaan).

Sesuatu tempat itu mungkin tempat kediaman JIN ataupun mungkin perkampungannya. Sebab itu bila berada di tempat yang kita belum kenal keadaannya janganlah bertindak sebarangan, takut nanti perlakuan kita itu mengganggu ketenteraman JIN dan menjadikan ia marah (walaupun dengan tidak sengaja).

Baca Lagi...


Friday, February 26, 2010

Khasiat Tauge

Tip-tip untuk semua

Roland Bean Sprouts, 15-Ounce Can (Pack of 24)Menu tauge untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.

Lebih Subur

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.


Baik Untuk Wanita

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Kurangkan Lemak

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450%. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau 'lemak jahat' LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Lebih Muda

Tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Buang Kotoran

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser. Apabila kotoran segera meninggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Masalah Perut Kembung/Berangin

Tip-tip untuk semua

Oleh Norlaila Hamima Jamaluddin

Alternative Health & Herbs Remedies Gas, Acid Stomach, 1-Ounce Bottle (Pack of 2)Selepas makan tengah hari, walaupun hanya sedikit makanan dijamah, perut rasa kembung dan tidak selesa. Pinggang seluar terasa mencengkam sehingga ada kalanya kancing terpaksa dibuka supaya perut tidak terus terseksa.

Ini antara gejala yang biasa dialami akibat masalah banyak angin dalam saluran sistem pencernaan atau usus. Biasanya perut lebih lega jika angin dapat dikeluarkan sama ada melalui sendawa atau kentut.

Bagi kebanyakan masyarakat, sendawa di depan orang masih boleh diterima tetapi individu itu dianggap kurang sopan jika 'terlepas angin'. Bukan saja orang sekeliling berasa kurang senang tetapi individu itu sendiri turut malu dan mungkin menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat!



Isu angin atau gas ini adalah isu semua orang, jadi tiada apa perlu dimalukan. Dianggarkan 7 atau 8 daripada 10 orang ada masalah ini.

Sistem Pencernaan

Secara purata kita menghasilkan antara 0.5 hingga 2 liter gas dalam sistem pencernaan setiap hari. Gas ini membabitkan beberapa jenis iaitu oksigen, karbon dioksida, nitrogen, hidrogen sulfida, ammonia dan metana.


Oksigen, karbon dioksida dan nitrogen yang masuk ke dalam sistem pencernaan melalui mulut (ketika kita menelan) adalah komponen paling besar. Gas ini tidak berbau tetapi bau kentut yang busuk disebabkan kehadiran gas surih seperti hidrogen sulfida yang terhasil apabila makanan di dalam usus mengalami proses pereputan.

Sendawa dan Kentut

Sendawa dan kentut adalah 2 fungsi badan yang penting untuk mengeluarkan gas ini, namun kebanyakan gas dikeluarkan melalui kentut. Yang membezakan ialah ada orang kentut lebih kerap.

Kentut antara 6 hingga 20 kali sehari adalah normal. Malah ada laporan mengatakan kekerapan kentut sehingga 25 kali sehari juga perkara normal walaupun ia mungkin mendatangkan rasa kurang selesa.

Gas yang terkumpul dalam perut dan usus dikeluarkan secara berperingkat sepanjang hari. Biasanya ia tidak menimbulkan masalah tetapi bagi individu yang sensitif, pengumpulan gas ini menyebabkan ketidakselesaan.

Perut Kembung

Jika gas ini tidak dikeluarkan, ia menyebabkan seseorang mengalami masalah kembung dan tidak selesa. Keadaan ini boleh menjejaskan daya tumpuan, prestasi kerja dan kualiti hidup. Masalah biasa dialami hampir kebanyakan orang, terutama wanita. Selain itu orang tua, pesakit kencing manis atau pesakit yang mengambil ubat yang boleh memperlahankan aktiviti usus juga kerap mengalami masalah ini.

Gas dalam usus datang daripada 2 sumber utama iaitu udara yang ditelan dan makanan. Setiap kali kita menelan, sedikit gas masuk ke dalam perut dan berpindah ke usus kecil yang mana sebahagian daripadanya diserap. Baki gas yang tidak diserap akan masuk ke dalam usus besar (kolon) dan dikeluarkan melalui dubur (rektum). Namun bagi sesetengah orang, angin yang masuk ke dalam perut tidak berpindah ke usus kecil atau besar, sebaliknya dikeluarkan melalui mulut (sendawa).

Biasanya masalah kembung atau sakit perut lebih terasa pada waktu tengah hari, terutama selepas makan, kerana makanan berlemak juga sebenarnya boleh merangsang kepada pengumpulan gas di dalam perut. Ini kerana lemak memperlahankan proses pengosongan perut dan membenarkan lebih banyak gas terkumpul, menyebabkan seseorang berasa kembung dan tidak selesa.

Punca Masalah Angin

Banyak faktor boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah angin berlebihan, antaranya :

* Tekanan - Individu yang tertekan/stres biasanya menelan lebih banyak angin.

* Kerap mengunyah gula-gula getah atau mengulum gula-gula yang keras.

* Merokok

* Makan atau minum terlalu cepat dan makanan ditelan sebelum ia lumat. Apabila kita makan terlalu cepat, kita tidak sedar menelan lebih banyak udara dan menyebabkan masalah sedia ada bertambah buruk.

* Gigi palsu tidak dipasang dengan baik juga menyebabkan seseorang itu menelan lebih banyak udara.

* Minum minuman berkarbonat. Kandungan karbon dioksida dalam minuman ini menghasilkan lebih banyak gas apabila ia menjadi hangat di dalam perut. Ia juga boleh disebabkan keradangan pada lapisan dalam perut atau gastritis. Banyak perkara boleh menyebabkan gastritis dan antara paling lazim ialah jangkitan bakteria Helicobacter pylori (H pylori). Apabila bakteria ini masuk ke dalam perut, ia menyebabkan masalah kembung yang berpanjangan.

* Makan makanan yang banyak lemak kerana lemak mengambil masa lebih lama untuk dicerna dan memberi peluang banyak gas terkumpul dalam perut.

* Pemecahan makanan yang tidak tercerna - Bukan semua makanan diserap oleh badan. Sesetengah jenis karbohidrat, contohnya gula, kanji dan serat di dalam usus tidak dapat diserap akibat kekurangan atau ketiadaan enzim tertentu. Jadi makanan yang tidak diserap badan berpindah dari usus kecil ke usus besar yang mana bakteria baik memecahkannya dan menghasilkan gas hidrogen, karbon dioksida dan metana pada sesetengah orang. Semua gas ini akhirnya keluar melalui dubur.

Gejala

# Kerap buang angin - Secara purata kita buang angin kira-kira 10 kali sehari. Namun kekerapan ini boleh bertukar antara 6 hingga 20 kali sehari. Jika lebih daripada itu, ia dikira keterlaluan.

# Kerap sendawa - Sendawa selepas makan adalah perkara normal. Gas dikeluarkan apabila perut penuh berisi makanan. Bagaimanapun jika kerap sendawa, ia mungkin disebabkan seseorang itu menelan terlalu banyak udara dan melepaskan udara berkenaan sebelum ia sampai ke perut.

Sesetengah orang sengaja menelan udara untuk membuat mereka sendawa bagi melegakan ketidakselesaan perut. Kajian menunjukkan tindakan ini tidak memberi kelegaan, sebaliknya ia hanya menambah kandungan udara dalam perut. Ia boleh merangsang berlakunya masalah asid refluks iaitu aliran songsang asid dalam perut ke dalam salur makanan kerana asid gastrik di dalam perut tertolak ke atas ketika individu berkenaan cuba sendawa. Selain itu sendawa yang terlalu kerap mungkin menjadi petanda kepada masalah usus atas seperti ulser peptik atau asid refluks.

# Kembung - Keadaan ini boleh disebabkan oleh kehadiran angin dalam perut dan usus. Ia juga mungkin disebabkan jangkitan bakteria H pylori.

# Sakit perut atau rasa tidak selesa - Ia adalah masalah biasa tetapi kadangkala gejala ini boleh mengelirukan. Pengumpulan gas dalam usus yang menyebabkan kesakitan boleh berlaku di mana-mana sepanjang usus, sama ada di kiri atau kanan. Jika pengumpulan gas berlaku pada bahagian kiri usus, mungkin ditafsir sebagai penyakit jantung dan jika di belah kanan pula, ia menyerupai masalah batu hempedu atau apendiks.

Adakah Masalah Gas Berlebihan Satu Penyakit?

Tidak. Ia adalah masalah biasa yang dialami ramai orang dan boleh diatasi dengan melakukan beberapa perubahan seperti pemilihan makanan, cara makan dan bersenam. Bagaimanapun jika ketidakselesaan atau kesakitan berlanjutan, anda dinasihatkan agar berjumpa doktor supaya punca sebenar dapat diketahui.

Ini kerana jika masalah disebabkan jangkitan bakteria H pylori, ia perlu dirawat segera kerana bakteria yang mampu hidup bertahun-tahun lamanya pada persekitaran berasid dalam perut boleh menyebabkan ulser perut dan duodenum iaitu bahagian pertama usus kecil. Ia memberi lebih banyak masalah kerana individu itu boleh alami masalah sakit perut (pada bahagian atas), ketidakhadaman, kembung, pendarahan dalam perut akibat ulser dan berak berdarah (najis berdarah atau berwarna hitam yang menandakan kehadiran darah).

Berlebihan gas dalam usus juga mungkin menandakan beberapa keadaan lain seperti usus anda tidak aktif, ada masalah sistem perkumuhan atau usus mengandungi banyak bakteria yang menghasilkan banyak gas.

Rawatan

Rawatan untuk masalah banyak angin atau gas sangat mudah. Anda boleh beli ubat perangsang aktiviti usus di farmasi. Ia memudahkan pengeluaran gas daripada usus. Selain itu anda perlu lebih teliti ketika memilih makanan supaya masalah tidak bertambah teruk.

Jika masalah berlarutan, jumpa doktor kerana ia mungkin disebabkan jangkitan H pylori. Jangkitan bakteria ini boleh dirawat dengan pengambilan ubat antibiotik selama 2 minggu. Jangan biarkan masalah ini terus mengganggu hidup anda.

Makanan 'Bergas'

Antara makanan yang boleh menggalakkan penghasilan gas dalam usus ialah :

* Bunga kubis
* Kekacang
* Kubis
* Kubis Brussels
* Brokoli
* Bran
* Kebanyakan makanan berkanji (kentang, jagung, bihun, gandum). Beras adalah makanan berkanji yang tidak menyebabkan penghasilan gas
* Bawang
* Makanan bergoreng dan banyak lemak

Sila ambil perhatian juga dengan makanan-makanan berikut :

Serat

Kebanyakan orang beralih kepada pemakanan sihat dengan menambah pengambilan serat. Namun masalah gas berlebihan boleh berlaku jika mengambil terlalu banyak serat sama ada daripada bijirin (oat, bran atau gandum), roti mil penuh, buah-buahan atau sayur-sayuran.

Pada peringkat awal, pengambilan serat yang banyak akan menyebabkan rasa kembung tetapi masalah ini akan hilang perlahan-lahan dalam masa beberapa minggu. Bagaimanapun, ada juga yang tidak boleh menyesuaikan diri dengan penambahan serat dalam diet mereka. Untuk mengelak masalah ini, anda perlu minum lebih banyak air supaya serat tidak terkumpul dalam usus. Serat boleh menyerap air dan mengembang beberapa kali ganda daripada saiz asal. Jika anda minum air secukupnya, serat ini menjadi lembut dan mudah dikeluarkan daripada usus.

Susu dan Produk Tenusu

Antara punca lazim menyebabkan seseorang mengalami masalah kembung dan banyak angin ialah kekurangan enzim laktase yang bertanggungjawab mencernakan gula laktosa dalam susu dan produk tenusu. Ketiadaan enzim laktase menyebabkan laktosa yang tidak dicerna dipindahkan terus ke dalam usus besar dan melalui proses penapaian akibat tindakan bakteria. Dalam proses inilah banyak gas terhasil.

Buah-buahan dan Pemanis Makanan

Makanan manis mengandungi gula fruktosa juga boleh menyebabkan penghasilan gas berlebihan dalam usus. Usus kecil kita hanya boleh menyerap fruktosa pada jumlah tertentu dan selebihnya masuk ke dalam usus besar dan menjalani proses penapaian seperti laktosa. Elak juga pemanis makanan seperti sorbitol kerana ia sukar diserap badan.

Penjagaan di Rumah

* Jumpa doktor gigi, pastikan gigi palsu betul-betul padan dengan gusi.

* Elak mengunyah gula getah atau mengulum gula-gula (terutama gula getah tanpa pemanis atau gula-gula dietetik yang mengandungi sorbitol).

* Hentikan pengambilan minuman berkarbonat dan kurangkan makanan yang tinggi kandungan sirap fruktosa jagung.

* Elak susu dan produk tenusu seperti keju lembut jika anda ada masalah tidak toleran laktosa. Sebaliknya, cuba susu yang gula laktosanya dipecahkan (rujuk pada label).

* Kurangkan makan makanan yang banyak menghasilkan gas seperti kubis, bunga kubis, kubis Brussels, brokoli, kacang dan bran. Beli ubat pelega gas daripada farmasi yang boleh membantu memecahkan karbohidrat dalam makanan yang tidak boleh diserap badan.

* Makan perlahan-lahan dan kunyah sehingga lumat sebelum ditelan. Apabila makan terlalu cepat, kita menelan banyak udara.

* Buat diari makanan untuk mengetahui makanan mana yang menyebabkan anda lebih cepat mengalami masalah ini.

* Minum banyak air masak, sekurang-kurangnya satu hingga satu setengah liter sehari.

* Jangan makan terlalu banyak kerana ia juga menyebabkan penghasilan gas berlebihan selain masalah obesiti. Hadkan pengambilan makanan bergoreng dan berlemak.

* Banyakkan bersenam kerana senaman merangsang aktiviti usus supaya makanan yang tidak dihadam boleh dikeluarkan segera daripada badan.

Tip-tip untuk semua

Baca Lagi...


Thursday, February 18, 2010

Refleksologi Kaedah Perubatan Kuno

Tip-tip untuk semua

Urut boleh buat orang ketagih. Ini dakwaan beberapa teman yang menjadi perangsang perkembangan industri kesihatan tradisional, termasuk urut kaki atau tangan yang lebih dikenali sebagai refleksologi untuk mengembalikan kecergasan.

Comprehensive Reflexology & Massage: The FootRefleksologi adalah seni pemulihan semula jadi yang berasaskan kepada prinsip asas iaitu tangan, kaki dan telinga dipercayai ada kaitan dan memberi gerak balas terhadap seluruh anggota, kelenjar dan organ badan.

Mengurut sebenarnya memberi tekanan kepada titik refleks dan urutan ini akan meredakan ketegangan serta memperbaiki edaran darah yang secara tidak langsung merangsang anggota berkenaan untuk berfungsi dengan baik. Orang zaman dulu melakukan refleksologi dengan berjalan di atas batu kerikil atau permukaan bumi yang kasar untuk mengembali dan mengekalkan keseimbangan badan.

Baca Lagi...


Wednesday, February 17, 2010

Beating Your Addiction to Sugar

Tip-tip untuk semua

1.Stick to foods that are closest to their original form

Sugar-Free Old-Fashioned Cookies - Wisconsin CheesemanInstead of eating corn from a can, eat corn on the cob. Instead of white bread, eat wholemeal bread. Instead of processed fruit juices, make your own fruit juice without sugar.

2. Eat protein with breakfast

Breakfast is the most important meal of the day. Your first meal must create blood sugar stability that will carry you to the next meal without sugar cravings. You are also advised to eat protein with each meal as it keeps your blood sugar stable throughout the day.

Baca Lagi...


Tuesday, February 9, 2010

RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR

Tip-tip untuk semua

The Meaning Of The Holy QuranBismillah..........
"Innaa'kthoina'(panjang sikit bunyi) kalkautsar,
fashollilirabbikawanhar, innashania'ka huwal abtar".

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

Baca Lagi...


Siapakah?....

Tip-tip untuk semua

Cuba teliti dan amati dengan betul-betul siapakah kita dalam katogeri dibawah ini.Ya.. kita selalu tersalah tafsir mengenai SIAPAKAH seseorang itu sebenarnya mengikut pandangan ALLAH/Agama/Nabi dan Rasul s.a.w. Bagi tanggapan umum, orang kaya itu adalah orang yang mempunyai banyak harta, hidup mewah, semua kehendak boleh 'dibeli' dengan wang ringgit dan begitu lah seterusnya.

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya! dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Baca Lagi...


Sifat Amarah

Tip-tip untuk semua

Imam Gazzali's Ihya Ulum-Ud-Din/the Revival of Religious Learnings/4 Vols in

IntifadaSifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego).

Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki.Cuma tahap-tahap kemarahan saja yg berbeza.

Kenapa kita mesti marah?
Telah berkata Mujahid didalam sebuah bait syair: "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi.Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un."

Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu.Ahnaf menjawab : "Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu :
pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas.Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais.Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat serta mengiggil dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu."

Baca Lagi...


Tanda Kita Akan Bahagia Atau Sengsara

Tip-tip untuk semua

Tanda-tanda Bahagia
1. menjauhkan diri daripada urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat
2. himmahnya(kemahuan) kuat terhadap ibadah dan membaca al-Quran
3. sedikit kata terhadap apa yang tidak diperlukan
4. sangat memelihara sembahyang fardhu yang lima
5. menjaga diri daripada yang haram dan syubhat,sedikit mahu pun banyak
6. bersahabat dengan golongan yang soleh dan baik
7. bersifat merendah diri
8. bersifat dermawan yang ikhlas
9. belas kasihan terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain
10. bermanfaat kepada orang lain
11. selalu ingat mati dan bersiap sedia menghadapinya

Tanda-tanda Sengsara
1. rakus terhadap harta dunia
2. kemahuan kuat terhadap nafsu syahwat dan kelazatan dunia
3. kotor dalam perkataannya serta banyak ghibah(menceritakan cela orang lain)
4. meringan-ringankan sembahyang fardhu yang lima
5. berkawan dengan golongan yang fasik(derhaka)
6. buruk perangainya
7. sombong lagi membangga diri
8. enggan memberi kebaikan kepada orang lain
9. sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman
10. bersifat kedekut
11. lupa terhadap mati

Tip-tip untuk semua

Monday, February 8, 2010

Perniagaan Baru 2010 - Jual Tshirt Cara Lumayan

Tip-tip untuk semua

Mungkin selama ni kita selalu dimomokkan dengan pelbagai bisnes internet, penjualan ebook, affiliate, adsense dan sebagainya.

Tidak dinafikan bahawa kesemua teknik di atas akan memberikan keuntungan yang lumayan untuk menjana pendapatan di internet.

Tapi jangan sampai kita tidak nampak peluang-peluang lain yang terbuka luas untuk kita menjana pendapatan lumayan diinternet dengan cara yang betul.

Hari ini, saya ada berita gembira untuk anda.

Salah seorang usahawan internet, Hafizi Zain dengan ikhlas akan mendedahkan satu peluang perniagaan yang beliau lakukan sendiri berdasarkan pengalaman beliau.

Ia adalah perniagaan yang boleh dilakukan secara offline dan online. Pendedahan ini cukup menarik, kerana perniagaan sebegini mempunyai ciri-ciri menarik seperti:

1. Boleh dibuat secara online atau offline.
2. Tak memerlukan simpan stok barang dalam rumah.
3. Modal yang sangat rendah.
4. Boleh dibuat secara sambilan.

Malah, beliau sendiri berjaya meraih jualan sehingga 6 angka dengan perniagaan ini.

Nak tahu lebih lanjut?

Download ebook pendedahan perniagaan ini di laman web berikut:
>> KLIK DI SINI <<

PS : Ebook pendedahan ini percuma sahaja. Bukan itu saja. Anda boleh sertai program PPL yang bermula 21 januari - 31 Januari 2010. Setiap lead yang anda promosi, anda dapat RM 0.40! Cepat sebelum terlambat:
>> KLIK DI SINI <<

Tip-tip untuk semua

Thursday, February 4, 2010

Menasihati Anak Agar Tidak Degil

Tip-tip untuk semua

Setiap ibubapa akan merasa sedih, risau,cemas dan berbagai lagi apabila mendapati anak tidak mendengar nasihat, degil malah melawan cakap-cakap atau nasihat yg kita berikan.Lebih sedih dan risau kalau mereka memberontak. Terutama anak-anak remaja. Mereka boleh melakukan apa saja tanpa berfikir panjang saperti lari dari rumah, melakukan jenayah, malah boleh membunuh. Justeru pendidikan awal patut diperkemaskan terutama didikan agama. Agama bukan sekadar hantar mereka mengaji quraan atau iqra' sahaja....didikan sedari awal akhlak (tasauf) dan adab juga penting selain tauhid dan feqah.

Jadi bagaimana mahu menasihati anak agar tidak degil?
Jawapan yang mahu nyatakan di sini bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita. Tak kiralah anak, isteri atau suami.

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.

Baca Lagi...


Inginkan Rahmat Allah dan Hajat Yang Maqbul?

Tip-tip untuk semua

Mari kita kira diri kita sendiri terlebih dahulu sebelum kita dikira Allah di Padang Mahsyar.

Jika kita inginkan Rahmat Allah dan hajat yang maqbul, kita seharusnya bersedia untuk memberi rahmat kepada orang lain terlebih dahulu.

Antara amalan memberi rahmat yang dirahmati Allah adalah:

1. Memaafkan dosa-dosa yang orang lakukan kepada kita, termasuklah orang yang mengutuk kita, mengeji kita dan menghina kita.

2. Mendoakan dan mengharapkan kebaikan untuk orang lain, tak kira siapapun mereka selagi mereka orang Islam, tanpa mereka ketahui.

3. Mendoakan kebaikan untuk ibubapa, anak-anak dan saudara-mara tanpa mereka ketahui yang kita mempunyai harapan baik terhadap mereka.

4. Memastikan keselamatan orang lain dari kejahatan lidah kita, dari kejahatan tangan kita, dari kejahatan akal kita, dari kejahatan perbuatan kita dan dari kejahatan kejahilan kita.

5. Merasai gembira apabila orang lain mendapat kebaikan dan merasa sedih jika mereka mendapat kesusahan.

Baca Lagi...


Wednesday, February 3, 2010

Nikmat dan Istidroj

Tip-tip untuk semua

Semoga di dalam kehidupan dunia yang fana ini Allah SWT memberikan kepada kita kurniaan NIKMAT.

Pemberian ALLAH SWT di Dunia

1. Nikmat
2. Istidroj

NIKMAT :
Kurnia Allah yang diberikan kepada hamba-Nya yang beriman, bertaqwa, berakhlak mulia, yang dicintai, disayangi, ampuni, diridhoi-Nya.

(QS.1. Al-Fatihah: 6-7)
“Tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus, (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula) mereka yang sesat”

(QS. 2 Al-Baqarah: 150)
“Maka janganlah kamu takut kepada mereka, dan takutlah kepada-Ku. Dan agar Aku sempurnakanlah nikmat-Ku atasmu dan supaya kamu mendapat petunjuk”

(QS. 4 An-Nisaa: 69-70)
"Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu : para Nabi, Shiddiqin, Orang-orang yang mati Syahid dan Orang-orang yang Shalih. Dan mereka itu teman yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah karunia dari Allah, dan cukuplah Allah Dzat Yang Maha Mengetahui”

Tanda-tanda Nikmat:

1. Rezeki, Kekayaan, Pangkat dan Jawatannya digunakan untuk berinfaq berjihad di jalan Allah.

(QS. 9. At-Taubah: 20)
“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah. Dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan”

Baca Lagi...


Penyakit HATI

Tip-tip untuk semua

Gejala penyakit hati adalah, ketika ia menghindari makanan-makanan yang bermanfaat bagi hatinya, lalu menggantinya dengan makanan- makanan yang tak sihat bagi hatinya. Berpaling dari ubat yang berguna, menggantinya dengan ubat yang berbahaya. Sedangkan makanan yang paling berguna bagi hatinya adalah makanan iman. Ubat yang paling mujarab adalah Al-Qur'an masing-masing memiliki penyembuhan dan ubat. Barangsiapa yang mencari kesembuhan (penyakit hati) selain dari Al- kitab dan As-sunnah, maka ia adalah orang yang paling bodoh dan sesat.

Sesungguhnya Allah berfirman:

"Katakanlah: "Al-qur'an itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang- orang yang beriman. Dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al-qur'an itu suatu kegelapan bagi mereka. Mereka itu adalah (seperti) orang-orang yang dipanggil dari tempat jauh." (Fushshilat : 44)

Al-qur'an adalah ubat sempurna untuk segala penyakit tubuh dan hati, segala penyakit dunia dan akhirat. Namun tak sebarang orang mahir menggunakan Al-qur'an sebagai ubat. Kalau si sakit mahir menggunakannya sebagai ubat, ia letakkan pada bahagian yang sakit, dengan penuh pembenaran, keimanan dan penerimaan, disertai dengan keyakinan yang kuat dan memenuhi syarat-syaratnya. Tak akan ada penyakit yang berkumpul. Bagaimana mungkin penyakit itu akan menentang firman Rabb langit dan bumi; yang apabila turun di atas gunung, gunung itu akan hancur, dan bila turun di bumi, bumi itu akan terbelah? Segala penawar bagi penyakit jasmani dan rohani, pasti ada terdapat dalam Al- qur'an , sebab-sebab timbulnya dan cara pengobatannya hanya bagi orang yang diberi kemampuan mamahami kitab-Nya.

Baca Lagi...


Saat-Saat Sangat Berharga Dalam Hidup

Tip-tip untuk semua

Tempat mengadu, meminta, dan kembali segala urusan bagi orang beriman hanyalah Allah, Rasulullah memberitahukan menit-menit yang sangat berharga untuk menghadap dan memohon kepada Allah
,
1. Waktu sepertiga malam terakhir. saat orang lain terlelap dalam tidurnya,sesetengah sedang di buai mimpi.

Allah SWT berfirman:
"....Mereka para muttaqin sedikit sekali tidur di waktu malam, dan di akhir malam, mereka memohon ampun kepada Allah." (QS Adz Dzariyat: 18-19).

Rasulullah SAW bersabda: "Rabb (Tuhan) kita turun disetiap malam ke langit yang terendah, yaitu saat sepertiga malam terakhir, maka Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepadaKu maka Aku kabulkan, siapa yang meminta kepadaKu maka Aku berikan kepadanya, dan siapa yang meminta ampun kepadaKu maka Aku ampunkan untuknya." (HR Al Bukhari)

Dari Amr bin Ibnu Abasah mendengar Nabi SAW bersabda: "tempat yang paling mendekatkan seorang hamba dengan Tuhannya adala saat ia dalam sujudnya dan jika ia bangun melaksanakan sholat pada sepertiga malam yang akhir. Karena itu, jika kamu mampu menjadi orang yang berzikir kepada Allah pada saat itu maka jadilah." (HR At Tirmidzi dan Ahmad)








Baca Lagi...


Related Posts with Thumbnails

Protected by Copyscape Web Plagiarism Software