Tip-tip untuk semua
Mari kita kira diri kita sendiri terlebih dahulu sebelum kita dikira Allah di Padang Mahsyar.
Jika kita inginkan Rahmat Allah dan hajat yang maqbul, kita seharusnya bersedia untuk memberi rahmat kepada orang lain terlebih dahulu.
Antara amalan memberi rahmat yang dirahmati Allah adalah:
1. Memaafkan dosa-dosa yang orang lakukan kepada kita, termasuklah orang yang mengutuk kita, mengeji kita dan menghina kita.
2. Mendoakan dan mengharapkan kebaikan untuk orang lain, tak kira siapapun mereka selagi mereka orang Islam, tanpa mereka ketahui.
3. Mendoakan kebaikan untuk ibubapa, anak-anak dan saudara-mara tanpa mereka ketahui yang kita mempunyai harapan baik terhadap mereka.
4. Memastikan keselamatan orang lain dari kejahatan lidah kita, dari kejahatan tangan kita, dari kejahatan akal kita, dari kejahatan perbuatan kita dan dari kejahatan kejahilan kita.
5. Merasai gembira apabila orang lain mendapat kebaikan dan merasa sedih jika mereka mendapat kesusahan.
Jika kita sangka hidup kita penuh kesusahan dan seharusnya doa maqbul, ia adalah meleset sekali kerana ada orang Islam yang lebih susah dari kita di Kemboja, Vietnam, Thailand, Philipines, Indonesia, Bangladesh, India, Pakistan, Afghanistan, Tajikistan, Syria, Palestin, Chechnya, Mesir, Sudan, Mauritania, Morocco, Kenya, Zanzibar, Ghana, Guinea, Nigeria dan banyak lagi tempat.
Jadinya, janganlah hairan WALAUPUN SUSAH dan DISUSAHKAN, doa tidak maqbul kerana masih tidak layak berbanding orang lain yang lebih teramat susah. Makanan yang tidak halal juga punca doa tidak maqbul. Tidak berlaku baik pada ibu, anak dan isteri juga punca tidak maqbul. Tidak jaga solat juga sebab utama doa kita diketepikan.
Hanya dengan memberi rahmat pada orang lain terlebih dahulu sahaja TANPA MEREKA MEMINTA, dapat menarik rahmat dari Allah. Hanya ini sahaja yang tinggal pada kita, untuk mengharap ihsan dari Allah. Ia adalah sifat yang dicintai Allah yang ada pada Nabi yang kita sedang cuba ikuti.
Cubalah...
"Kalau kita hendak menasihati orang, tanya hati kita dahulu. Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang."
"Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang. Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu."
"Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".
"Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita. Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu. Bukan pahala kita dapat tapi bala."
Tip-tip untuk semua
Thursday, February 4, 2010
Inginkan Rahmat Allah dan Hajat Yang Maqbul?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Good wsite
ReplyDelete