//

Sunday, May 10, 2009

63 petua kebahagian

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dgn pujian.
4. Murah dgn khidmat.
5. Murah dgn belaian kasih sayang.
6. Murah dgn sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri drpd setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri drpd perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dlm kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira 'gerak batin' (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pd pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yg ada.
23. Perhubungan seksual yg sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dlm diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan..
27. Meletakkan hak kpd pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kpd pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dlm situasi 'menang-menang'.
32. Muhasabah hubungan utk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan 'pasangan'.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jgn simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dlm hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yg tahu.
38. Sengaja merancang utk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut 'I love you' sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa utk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat utk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pd hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi drpd menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas drpd pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jgn berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang utk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan utk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dgn masalah semasa).
59. Tidak meminta yg bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dlm rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dgn apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kpd Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Protected by Copyscape Web Plagiarism Software