Tip-tip untuk semua
Saya dapat e-mail pasal ilmu memagar diri dan rumah dari kawan. So baik juga kalau kita share sama-sama dan mungkin ramai yang dah tau cara ni dan dah amalkannya.
Disini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihir dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekusyukan.
Waktunya
Waktu selepas solat maghrib, se-eloknya pada hari selasa bagi memagar diri dan hari jumaat bagi memagar rumah.
Caranya.
1) Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.
2) Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana Allah Taala.( jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan).
3) Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan kita ada satu tembuk yg amat kebal!
Sesudah selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.
4) Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembuk empat persegi yang sempurna.
5) Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk yang afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselematan kita semua.
Jadikannya amalan dan yang lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa.
Untuk memagar rumah
Caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman dari pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembuk itu berada dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula.
Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yg lepas, orang yg mengamalkan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasuki rumahnya tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak bolih sama sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.
Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini boleh dilakukan untuk anak-anak yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niatkan sahaja untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan (dengan keizinan Allah).
Memagar Rumah Dari Pencuri
Satu cara lagi yang dilakukan oleh ramai orang ialah dengan cara membaca ayat kursi sekeliling dalam rumah. - Dimulakan dengan hujung pintu hadapan rumah mengikut arah jam.
- Bahu sebelah kiri berada didinding rumah.
- Baca ayat kursi berulang kali keliling setiap bilik dalam rumah ! kecuali tandas.
- Tamat di hujung pintu utama rumah yang sebelah satu lagi.
- Jangan cover seluruh pintu utama.
Petua ini adalah untuk memagar rumah dari dimasuki pencuri, kebiasaannya pencuri akan payah untuk mencari jalan masuk lain kecuali pintu utama. So pintu utama sahaja kita perlu perhatikan. Kita tak cover sehingga hujung pintu takut-takut pencuri yang masuk tak jumpa jalan keluar pulak.
Tip-tip untuk semua
Sunday, August 1, 2010
Memagar Diri dan Rumah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment