//

Wednesday, September 28, 2011

Merawat Luka Bersalin

Tip-tip untuk semua

Nenek-nenek kita dahulu amat-amat jaga badan masa dalam pantang. Mereka berpantang dalam ertikata betul-betul berpantang. Menjaga makan minum, kedudukan peha dan punggung, bertangas, bertungku serta banyak lagi pantang yang mereka buat. Mak-mak bidan zaman dulu mengatakan apabila seseorang perempuan itu bersalin, 7 urat dalam badan mereka akan putus. Bayangkan kalau dah bersalin sampai berbelas-belas orang. Yang peliknya nenek-nenek moyang kita walau di usia tua mereka masih cergas dan kuat berbanding dengan ibu-ibu zaman sekarang.

Jom kita kongsi apakah petua dari mereka untuk ibu-ibu yang baru bersalin;

Petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut:-

1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.

2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.

3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.

4.. Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.

5. Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.

Tip-tip untuk semua

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Protected by Copyscape Web Plagiarism Software