Tip-tip untuk semua
Dulu orang sebut lidah buaya. Ada penghuni terutama perempuan berminat menanamnya di dalam pasu atau di penjuru halaman rumah. Ini kerana tanaman tidak berbatang itu mengandungi pelbagai khasiat untuk rawatan rambut, kulit dan penawar luka.
Kini, lidah buaya lebih dikenali sebagai aloe vera. Ada lebih 250 spesies tumbuhan aloe vera tetapi Aloe Barbadensis Miller lebih dikenali sebagai ‘tumbuhan ajaib' kerana kemujaraban sebagai penawar kepada pelbagai penyakit.
Pokok lidah buaya adalah herba saka sekulen yang tumbuh sehingga 45 hingga 50 sentimeter (sm) tinggi dengan daunnya berisi bendalir, berwarna hijau, dipenuhi bintik bulat dan tepi daunnya yang tajam dan berduri turut menjadi pilihan peminat seni taman.
Keindahannya dapat dilihat pada tangkai bunganya yang boleh mencapai ketinggian satu meter yang muncul dengan segugus bunga yang berwarna kuning oren kemerah-merahan yang meluntur ke bawah.
Berdasarkan kajian sejarah, tumbuhan pelbagai guna ini berasal dari Afrika. Orang Sepanyol pula membawanya dalam perjalanan pengembaraan mereka untuk mengubati pesakit, manakala di Russia, ia digunakan bagi merawat kesan melecur. Di Greek pula, aloe vera digunakan sebagai penawar luka dan mengelak penyakit berjangkit.
Aloe vera terdiri daripada tiga komposisi iaitu glukos (monomeric sugar constituents), asid malik serta polisakarida dan monosakarida. Selain itu, terdapat lebih 200 komponen aktif seperti vitamin, mineral, enzim pada asid amino yang diperlukan dan protein.
Tumbuhan itu dapat membantu kesuburan dan keperluan tubuh badan khusus untuk mencegah penyakit seperti ulser perut, diabetes dan senggugut ketika kedatangan haid pada wanita.
Di samping itu, ia mempunyai formula semula jadi yang berkesan sebagai anti penuaan, anti ulser, anti jangkitan dan anti terhadap diabetes selama-lamanya untuk manusia.
Produk aloe vera yang biasa didapati di pasaran berbentuk cecair dan jarang sekali dikhususkan untuk pemakanan kerana lebih tertumpu untuk kegunaan luaran.
Apa yang pasti, herba digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk makanan dan minuman kesihatan, seperti tambahan diet, perisa dan pewangi selain kosmetik.
Minat masyarakat negara ini menanam tumbuhan ini sebagai pokok hiasan sama ada dengan kaedah pasuan atau terbiar adalah untuk dua tujuan iaitu hiasan laman dan keperluan perubatan.
Nama saintifiknya Aloe vera (L) Burm F dari keluarga Liliaveae dianggap sebagai ubat mentah yang penting dalam sejarah perubatan yang masih diguna secara meluas dalam perubatan moden mutakhir ini.
Ia mengandungi sebatian aspirin yang dapat melegakan sakit, menyembuhkan kecederaan kerana melecur, luka dan lain-lain selain kaya dengan nutrien serta mengandungi lebih 200 komponen aktif vitamin, mineral, asid amino, enzim dan bahan kimia tumbuhan yang lain yang dapat dimanfaatkan untuk menguat, mengekalkan dan menggalak aktiviti sel dalam tubuh manusia.
Fakta
• Nama : Lidah Buaya
• Nama Saintifik: Aloe vera
• Keluarga: Liliaveae
• Asal : Afrika
Fakta Mengenai Aloe Vera.
• Kehadiran 20 asid amino yang diperlukan, tujuh vitamin, sembilan mineral, lapan enzim dan dua hormon akan membantu tubuh untuk menyerap kebanyakan nutrien daripada makanan dan mengaktifkan badan. Lebihan tenaga itu dapat menolong mengurangkan tekanan.
• Kehadiran polisakarida dan monosakarida akan melindungi kulit daripada penuaan dan membantu kulit sentiasa muda. Pendedahan kepada sinaran matahari dan proses penuaan normal mengurangkan penghasilan protein sokongan kulit yang dipanggil kolagen. Minuman herba aloe vera boleh menggalakkan penghasilan kolagen melalui peningkatan kegiatan penggabungan sel. Ia juga menggalakkan lebih banyak penghasilan elastin fibroblas yang mana boleh mengelak penuaan. Proses itu membantu mengekalkan keremajaan kulit.
• Antioksidan seperti beta karotena, vitamin C,E,B12 serta selenium bertindak apabila sel merekah dan berfungsi sebagai anti penuaan.
• Mukopolisakarida memulihkan keradangan seperti ulser, gastrik dan arthritis. Molekul berkenaan juga berfungsi sebagai anti bakteria dan agen anti virus.
• Komponen `acemannan' bertanggungjawab menggalakkan penghasilan sel T-limfosit dan membina sistem pertahanan diri.
• Asid `chrysophanic' membantu merawat ulser dan menambah kebolehan penghadaman. Ia menyeimbangkan aktiviti dalaman dengan mengawal kandungan pH enzim dalam perut dan memperbaiki pergerakannya. Minuman herba berkenaan menghilangkan kesan gas dan membina semula sistem imunisasi dalam perut.
• Saponins dan glikosit (Glycoytes) mempunyai kandungan bahan yang berfungsi sebagai agen pembersih dan antiseptik. Saponins menghalang enzim chynin daripada bertindak balas yang boleh menyebabkan radang.
• Glucomannana dan mannose membantu merendahkan kandungan glukos dalam badan terutama pesakit diabetes dan paras lipid darah pada pesakit yang menghidap H yperlipidaemia.
Tip-tip untuk semua
Wednesday, December 5, 2012
Khasiat Aleovera
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment