Tip-tip untuk semua
Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu mencintainya seumur hidupmu, bahkan sering kala rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.
|☆. Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya hingga dia beranjak dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru saja dikenalnya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah dan ibunya.
|☆. Suamimu ridho menghabiskan waktunya untuk mencukupi kebutuhan anak-anakmu serta dirimu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau lebih harus di hormati tiga kali lebih besar oleh anak-anakmu dibandingkan dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi Allah.
|☆. Suamimu berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikannya sendiri. Sedangkan engkau terbiasa mengadukan masalahmu pada dia dengan harapan dia mampu memberi solusi, padahal berkemungkinan disaat engkau mengadu itu, dia sedang memiliki masalah yang lebih besar. namun tetap saja masalahmu di utamakan dibandingkan masalah yang dihadapinya sendiri.
|☆. Suamimu berusaha memahami bahasa diammu, bahasa tangisanmu. Sedangkan engkau kadang hanya mampu memahami bahasa verbalnya saja. Itupun bila dia telah mengulanginya berkali-kali.
|☆. Bila engkau melakukan maksiat, maka dia akan ikut terseret ke neraka, karena dia ikut bertanggung jawab akan maksiatmu. Namun bila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah di tuntut ke neraka. karena apa yang dilakukan olehnya adalah hal-hal yang harus dipertanggung jawabkannya sendiri...
Tip-tip untuk semua
Sunday, December 16, 2012
Mengapa RIDHA SUAMI itu adalah SYURGA bagimu wahai PARA ISTERI
Saturday, December 15, 2012
Renungan Buat para Penuntut Ilmu
Tip-tip untuk semua
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH meletakkanmu dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH mengurniakanmu KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH membiarkanmu mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..
MELAINKAN ALLAH tahu kamu akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN ALLAH tahu kamu bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN ALLAH akan temukan kamu dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN ALLAH mahu menguatkanmu..
MELAINKAN ALLAH mahu kamu tahu betapa tingginya kasih sayang-NYA padamu..
Renungan buat PARA PENUNTUT ILMU..
BERHENTI MERUNGUT & MENGELUH,
MELAINKAN BERUSAHA TERBAIK & BERSUNGGUH
Tip-tip untuk semua
Apabila.....
Tip-tip untuk semua
Apabila kamu teringatkan seseorang, perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR,
Apabila kamu lupa tentang apa yang kamu pelajari, perbanyaklah SHOLAWAT,
Apabila kamu ingin wajah berseri dan sejuk mata memandang, perbanyaklah SHALAT DHUHA,
Apabila kamu inginkan perlindungan dan kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJUD,
dan
Apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu dan mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan berwudhu.”
Jika wajah penat memikirkan dunia, maka berwudhulah...
Jika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah,
Jika bahu ini tidak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah,
ikhlaskan semuanya dan dekatilah ALLAH SWT,
agar tunduk di saat yang lain angkuh,
agar teguh di saat yang lain runtuh,
agar tegar disaat yang lain terlempar.”
“Maka berikanlah haknya kepada kerabat dekat, juga kepada orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalananan. Itulah yang lebih baik bagi orang yang mencari keridhaan Allah. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” [QS. Ar-Rum: 38]
Tip-tip untuk semua
Adab mendengar Azan
Tip-tip untuk semua
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "LAAILAHAAILLALLAH." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "LAAILAHAAILLALLAH." Semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal alamin .."
Tip-tip untuk semua
Thursday, December 13, 2012
5 Pesanan Buat Mu Wahai DIRI
Tip-tip untuk semua
Pesanan ini buat diriku yang selalu lupa, juga untuk pembaca blog yang ingin membaiki diri kearah yang lebih baik dan sempurna.
1. Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENIMBA ILMU.
2. Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktu untuk engkau BERKONGSI ILMU.
3. Jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENYAMPAIKAN ILMU.
4. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu engkau TUMPANG SEKAKI.
5. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk engkau DIAM & BERLALU PERGI....
Tip-tip untuk semua
TUJUH sunnah Nabi Muhammad SAW setiap hari.
Tip-tip untuk semua
Mari kita cuba amalkan sunnah-sunnah Nabi SAW ini secara istiqomah. Semoga diberi kekuatan oleh Allah.
Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Jom sama-sama amalkan. Satu persatu, lets make it istiqamah...
Tip-tip untuk semua
Wednesday, December 5, 2012
Khasiat Serai Wangi
Tip-tip untuk semua
Dalam masyarakat Melayu, serai sering digunakan untuk menambah perisa dalam makanan bagi menambah kelazatannya. Bagi tujuan perubatan tradisional pula, ada tiga bahagian utama boleh dimanfaatkan iaitu akar, batang dan daunnya.
Khasiat serai wangi tidak terkira. Ia mampu melegakan kesakitan otot, bertindak sebagai anti septik dan digunakan secara aktif dalam dunia perubatan dan pembersihan tradisional sejak turun temurun.
Minyak serai wangi juga digunakan dalam rawatan aroma terapi yang didapati berkesan menaikkan semangat dan mengembalikan kesegaran minda.
Bagi kebanyakan wanita dulu, selepas melahirkan anak, bidan biasanya memandikan mereka dengan air serai wangi. Ia bertujuan menghilangkan bau hanyir selepas bersalin, bau badan serta meningkatkan kesegaran badan.
Kepentingan serai wangi:
• Mengandungi pelbagai jenis minyak yang diperlukan tubuh badan manusia.
• Ada beberapa campuran seperti citral, limonena dan methyl heptonen.
• Haruman dan aroma yang terhasil daripada pokok serai ini sebenarnya disebabkan oleh limonena dan campuran citral yang terkandung di dalamnya.
• Dua jenis bahan kimia lain daripada pokok serai iaitu campuran Cymbopogonol dan Cymbopogon.
• Spesies lain digunakan dalam industri minyak wangi adalah Cymbopogon martini (disuling menjadi minyak palmarosa) dan Rumput Citronella (Cymbopogon winterianus Jowitt) dari mana minyak citronella didapati.
• Citratus digunakan untuk herba perubatan dan wangi-wangian. Lilin atau gaharu yang dicampur minyak citronella pekat boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk.
Tip-tip untuk semua
Khasiat Aleovera
Tip-tip untuk semua
Dulu orang sebut lidah buaya. Ada penghuni terutama perempuan berminat menanamnya di dalam pasu atau di penjuru halaman rumah. Ini kerana tanaman tidak berbatang itu mengandungi pelbagai khasiat untuk rawatan rambut, kulit dan penawar luka.
Kini, lidah buaya lebih dikenali sebagai aloe vera. Ada lebih 250 spesies tumbuhan aloe vera tetapi Aloe Barbadensis Miller lebih dikenali sebagai ‘tumbuhan ajaib' kerana kemujaraban sebagai penawar kepada pelbagai penyakit.
Pokok lidah buaya adalah herba saka sekulen yang tumbuh sehingga 45 hingga 50 sentimeter (sm) tinggi dengan daunnya berisi bendalir, berwarna hijau, dipenuhi bintik bulat dan tepi daunnya yang tajam dan berduri turut menjadi pilihan peminat seni taman.
Keindahannya dapat dilihat pada tangkai bunganya yang boleh mencapai ketinggian satu meter yang muncul dengan segugus bunga yang berwarna kuning oren kemerah-merahan yang meluntur ke bawah.
Berdasarkan kajian sejarah, tumbuhan pelbagai guna ini berasal dari Afrika. Orang Sepanyol pula membawanya dalam perjalanan pengembaraan mereka untuk mengubati pesakit, manakala di Russia, ia digunakan bagi merawat kesan melecur. Di Greek pula, aloe vera digunakan sebagai penawar luka dan mengelak penyakit berjangkit.
Aloe vera terdiri daripada tiga komposisi iaitu glukos (monomeric sugar constituents), asid malik serta polisakarida dan monosakarida. Selain itu, terdapat lebih 200 komponen aktif seperti vitamin, mineral, enzim pada asid amino yang diperlukan dan protein.
Tumbuhan itu dapat membantu kesuburan dan keperluan tubuh badan khusus untuk mencegah penyakit seperti ulser perut, diabetes dan senggugut ketika kedatangan haid pada wanita.
Di samping itu, ia mempunyai formula semula jadi yang berkesan sebagai anti penuaan, anti ulser, anti jangkitan dan anti terhadap diabetes selama-lamanya untuk manusia.
Produk aloe vera yang biasa didapati di pasaran berbentuk cecair dan jarang sekali dikhususkan untuk pemakanan kerana lebih tertumpu untuk kegunaan luaran.
Apa yang pasti, herba digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk makanan dan minuman kesihatan, seperti tambahan diet, perisa dan pewangi selain kosmetik.
Minat masyarakat negara ini menanam tumbuhan ini sebagai pokok hiasan sama ada dengan kaedah pasuan atau terbiar adalah untuk dua tujuan iaitu hiasan laman dan keperluan perubatan.
Nama saintifiknya Aloe vera (L) Burm F dari keluarga Liliaveae dianggap sebagai ubat mentah yang penting dalam sejarah perubatan yang masih diguna secara meluas dalam perubatan moden mutakhir ini.
Ia mengandungi sebatian aspirin yang dapat melegakan sakit, menyembuhkan kecederaan kerana melecur, luka dan lain-lain selain kaya dengan nutrien serta mengandungi lebih 200 komponen aktif vitamin, mineral, asid amino, enzim dan bahan kimia tumbuhan yang lain yang dapat dimanfaatkan untuk menguat, mengekalkan dan menggalak aktiviti sel dalam tubuh manusia.
Fakta
• Nama : Lidah Buaya
• Nama Saintifik: Aloe vera
• Keluarga: Liliaveae
• Asal : Afrika
Fakta Mengenai Aloe Vera.
• Kehadiran 20 asid amino yang diperlukan, tujuh vitamin, sembilan mineral, lapan enzim dan dua hormon akan membantu tubuh untuk menyerap kebanyakan nutrien daripada makanan dan mengaktifkan badan. Lebihan tenaga itu dapat menolong mengurangkan tekanan.
• Kehadiran polisakarida dan monosakarida akan melindungi kulit daripada penuaan dan membantu kulit sentiasa muda. Pendedahan kepada sinaran matahari dan proses penuaan normal mengurangkan penghasilan protein sokongan kulit yang dipanggil kolagen. Minuman herba aloe vera boleh menggalakkan penghasilan kolagen melalui peningkatan kegiatan penggabungan sel. Ia juga menggalakkan lebih banyak penghasilan elastin fibroblas yang mana boleh mengelak penuaan. Proses itu membantu mengekalkan keremajaan kulit.
• Antioksidan seperti beta karotena, vitamin C,E,B12 serta selenium bertindak apabila sel merekah dan berfungsi sebagai anti penuaan.
• Mukopolisakarida memulihkan keradangan seperti ulser, gastrik dan arthritis. Molekul berkenaan juga berfungsi sebagai anti bakteria dan agen anti virus.
• Komponen `acemannan' bertanggungjawab menggalakkan penghasilan sel T-limfosit dan membina sistem pertahanan diri.
• Asid `chrysophanic' membantu merawat ulser dan menambah kebolehan penghadaman. Ia menyeimbangkan aktiviti dalaman dengan mengawal kandungan pH enzim dalam perut dan memperbaiki pergerakannya. Minuman herba berkenaan menghilangkan kesan gas dan membina semula sistem imunisasi dalam perut.
• Saponins dan glikosit (Glycoytes) mempunyai kandungan bahan yang berfungsi sebagai agen pembersih dan antiseptik. Saponins menghalang enzim chynin daripada bertindak balas yang boleh menyebabkan radang.
• Glucomannana dan mannose membantu merendahkan kandungan glukos dalam badan terutama pesakit diabetes dan paras lipid darah pada pesakit yang menghidap H yperlipidaemia.
Tip-tip untuk semua
Misteri Umur 40 tahun menurut Al-Quran
Tip-tip untuk semua
Dalam salah satu artikel pernah membincangkan tentang pertumbuhan otak yang terus berkembang sehingga
pada umur 40-an. Kemudian terhenti ketika mencapai usia ini. Dan hari ini para pengkaji telah mengenal pasti perkara tersebut bahawa pertumbuhan otak akan mengalami penurunan setelah mencapai umur tertentu.
Terdapat kajian baru yang diterbitkan dari “Jurnal perubatan Britain” yang melaporkan bahawa faktor usia sangat mempengaruhi perubahan kognitif seseorang. Terdapat kes-kes tertentu mengakibatkan timbulnya penyakit Alois Alzheimer atau penyakit lain dari jenis dimensia dan kadang kala bermula pada awal usia, pada pertengahan umur atau hujung 40-an.
Penyelidik mengatakan bahawa penurunan itu sangat minimum sehingga kemungkinkan kecil untuk dikesan dalam kehidupan seharian. Hal ini telah dilaporkan dalam satu penyelidikan perubatan yang melibatkan peserta setiap tiga atau empat tahun. Dari hasil penyelidikan ini sangat penting kerana membuktikan ubat tersebut berkesan sebagai penawar jika digunakan ketika muncul gejala-gejala penurunan prestasi kongnitif.
Kajian sebelum ini telah membuat kesimpulan bahawa penurunan prestasi kongnitif pada manusia terjadi sebelum usia enam puluh tahun. Akan tetapi hasil penyelidikan terkini menujukkan bahawa faktor tersebut boleh berlaku pada pertengahan usia.
Oleh itu ketika seseorang berumur 40 tahun, maka pertumbuhan otaknya telah terhenti dan selepas umur ini sel-sel otak mula rosak. Tetapi tanpa penelitian dan kajian yang terperinci serata dilengkapi dengan peralatan yang canggih adalah sangat kecil kemungkinan untuk menyedari hal tersebut.
Maha suci Allah! Bukankah Al-Quran telah memberitahu perkara ini sebelum 1400 tahun lalu, bahawa manusia ketika mencapai tahap prestasi otaknya pada usia 40 tahun akan mengalami penurunan selepas itu.
Allah swt berfirman:“… Sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdo’a:” Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat yang telah Engkau berikan … “ (Surah Al-Ahqaaf: 15)
Diterjemah dari sumber islampos.com
Tip-tip untuk semua
Gastrik; Tanda-Tanda Dan Rawatan
Tip-tip untuk semua
Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).
Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).
Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.
Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.
Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.
Tanda Gastrik
Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :
* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)
Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :
* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi
Siapa Yang Berisiko?
Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :
# Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)
Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini
# Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)
# Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :
i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan
ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini
# Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.
# Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.
Rawatan
Ada 3 jenis ubat untuk gastrik iaitu :
* Antasid - bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari
* Antagonis H2 - berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis
* Perencat pam proton (PPI) - bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut
Masalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas 3 atau 4 hari iaitu apabila kesakitan hilang.
Mengapa perlu menghabiskan ubat? Ubat diberi sebenarnya membantu memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ia mengambil masa 2 minggu untuk kembali normal. Memberhentikan pengambilan ubat selepas 3 atau 4 hari bermakna anda sengaja mengundang gastrik untuk datang balik.
Malah lebih baik jika pesakit jalani pemeriksaan teropong perut (endoskopi) untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit mengalami jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai.
Jaga Pemakanan, Ubah Gaya Hidup
Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :
* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol
* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing
Tip-tip untuk semua









