Tip-tip untuk semua
Salamun’alaik..
Salam serta selawat ke atas Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, ahli keluarga baginda serta salam kepada para sahabat yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini.
Semoga dapatlah dipanjangkan kepada umat Islam yang lainnya, insyaAllah saham akhirat tersedia buat kita..
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.”Surah Al Baqarah (Ayat 277)
Firman Allah:”Dan dirikanlah olehmu solat, kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar” [Al Ankabut 29:45]
Solat adalah tiang agama dan khusyuk adalah sangat penting dalam menunaikan solat, supaya solat yang dilakukan itu tidak sia-sia, InsyaAllah. Ketika mulut terkumat-kamit membaca bacaan-bacaan dalam solat, fahamkah kita akan maksud bacaan-bacaan tersebut?
Adalah penting untuk kita fahaminya kerana salah satu cara untuk khusyuk dalam solat adalah memahami segala perkataan yang dibaca ketika solat.
1. Takbiratul-Ihram
Iaitu mengucapkan Allahu-Akbar untuk memulakan solat. Perkataan Allahu-Akbar itu tidak boleh ditukar dengan lafaz lain dan diucapkan tanpa rasa was-was.”Allah Maha Besar”
2. Doa Iftitah
“Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya, dan Maha Suci Allah siang dan malam.
Ku hadapkan muka ku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah, dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah.
Sesungguhnya; sembahyangku, ibadatku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam.
Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya, kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam.”
3. Al-Fatihah
“Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
“Segala puji-pujian bagi Tuhan sekalian alam”
“Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
“Raja bagi hari pembalasan”
“KepadaMu kami menyembah,dan kepadaMu kami meminta pertolongan”
“Tunjukkan kami jalan yang lurus”
“Iaitu jalan org yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka,bukan (jalan) orang-orang yang telah Engkau murkai,dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat”
4. Bacaan ketika rukuk:
“Maha suci Allah yang Maha Agung dengan sifat kepujian-Nya.”
5. I’tidal
“Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya.”
“Ya Tuhan kami! Bagi-Mu segala puji.”
6. Bacaan ketika sujud
“Maha suci Allah yang Maha Agung dengan sifat kepujian-Nya.”
7. Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
“Ya Allah ampunilah daku,
rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikanlah aku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah aku
dan maafkanlah aku.”
8. Tahiyyat Awal:
“Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,
dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.”
9. Tahiyyat akhir/Tasyahud akhir.
“Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan Kepada junjungan mulia Muhammad saw dan ke atas ahli keluarga baginda yang mulia,
sebagaimana rahmat dan kesejahteraan yang telah Engkau kurniakan kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim.
Dan limpahkanlah berkatMu kepada Muhammad dan ahli keluarga Muhammad seperti mana berkatMu kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim.
Sesungguhnya Engkau yang amat terpuji lagi amat mulia.”
10. Salam :
Sekurang-kurang salam ialah “Assalamu’alaikum” bermaksud:
“salam sejahtera ke atas kamu.”
Doa Qunut:
“Ya Allah, tunjukkanlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau tunjukkan.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau pimpinkan.
Berkatlah hendaknya untuk apa-apa yang telah Engkau berikan kepadaku.
Jauhkan aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperoleh pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi, telah memberi berkat Engkau, oh Tuhan, dan Maha Tinggi Engkau.
Maka hanya untuk Engkau tetapkan.
Aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dirahmati Allah jugalah kiranya Muhammad, Nabi yang buta-huruf, dan keluarganya dan sahabat-sahabatnya, dan diberiNya kesejahteraan.”
** InsyaAllah dengan memahami maksud bacaan-bacaan tersebut, kita dapat tingkatkan rasa khusyuk dalam setiap solat yang kita tunaikan.
Tip-tip untuk semua
Saturday, February 12, 2011
Solat; Maksud Bacaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment