Tip-tip untuk semua
Kata-kata yang membuat ramai orang sebak. Lebih-lebih lagi ibubapa bila mengenangkan acuh tak acuh sikap anak-anak. Sentiasa sibuk dengan aktiviti harian….dengan kerja, hobi, rumahtangga, anak ,isteri dan lain-lain lagi. Wahai anak muda/mudi, ketahuilah bahawa kamu juga akan berada ditempat ibubapamu suatu hari nanti sekiranya Allah panjangkan umurmu. Adakah kamu inginkan perkara yang sama terjadi kepada dirimu kelak?.... Fikir-fikirkanlah sejenak…
» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.
Tetapi ....
» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.
Jadi, ingatlah pengorbanan ibu bapa kita, cintailah mereka lebih dari kita sendiri, kerana tanpa mereka, siapalah kita.
Islam mengajar agar anak-anak menghormati ibu bapa dan menghargai pengorbanan mereka. Perintah ini banyak dimuatkan dalam al-Quran yang menunjukkan bahawa perkara ini amat penting.
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)
Tip-tip untuk semua
Monday, April 16, 2012
Buat Renungan Yang Bergelar ANAK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment