//

Tuesday, April 10, 2012

SAHABAT....

Tip-tip untuk semua

Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…

Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.

Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :

Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.

Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.

Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.

Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.

Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkn 2 hati. Dalam 2 hati diberikn 3 rasa :
SAYANG, KASIH dan KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan:
BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN dan BERSAMA. Dalam 4 prkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:
TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu trsmbunyi 6 impian iaitu :

SAYANG,KEKAL,SETIA,MNGERTI,MENGHARGAI dan MENGINGATI. Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu : “SAHABAT”.
Tip-tip untuk semua

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Protected by Copyscape Web Plagiarism Software