Tip-tip untuk semua
Surah alFalaq an anNas turun tatkala Rasulullah (s.a.w) balik dari Hudaibiah dalam bulan Zulhijjah tahun tujuh hijriah.
Setelah selesai perang Khaibar maka datanglah ketua-ketua Yahudi bertemu seorang tukang sihir Yahudi, yang benama Labid bin Aksam, bertujuan untuk melakukan sihir keatas Rasulullah (s.a.w). Dengan kerja sama dari budak Yahudi, khadam nabi, mereka telah mencuri sisir (sikat) kepala nabi serta gigi sisir.
Rupa Rasulullah (s.a.w) dibuat dengan lilin, ditikam dengan sebelas bilah jarum, dan disimpul dengan sebelas simpulan.
Maka di takdirkan, Rasulullah telah terkena sihir selama 40 hari. Pada suatu hari ketika nabi tidur maka datanglah dua malaikat, seorang di kepala dan seorang di kaki.
Malaikat yang di kepala: “Apa kena lelaki ini?”
Malaikat yang di kaki: “Disihir orang”
Malaikat yang di kepala: “Siapa sihir?”
Malaikat yang di kaki: “Labid bin Aksam, Yahudi”
Malaikat yang di kepala: “Dengan apa disihir?”
Malaikat yang di kaki: “Dengan sisir kepala dan gigi sisir:
Malaikat yang di kepala: “Di mana?”
Malaikat yang di kaki: “Dalam sumpit daun tamar di bawah batu dalam telaga zarwan”
Rasulullah (s.a.w) kemudiannya terjaga dari tidur, menyuruh saidina Ali, Saidina Zubir dan Omar bin Yasir pergi membuka telaga zarwan, dibawa keluar sumpit yang berada dibawah batu. Di dalam sumpit tersebut terdapat sisir kepala dan gigi sisirnya dan sebelas simpul dan sebelas jarum.
Maka turunlah kedua surah ini. Apabila di baca satu ayat, maka terurailah satu simpul, sehinggalah terurai sekelian simpulannya. Maka bangunlah Rasulullah (s.a.w) seperti terungkai dari ikatan. Apabila dicabut satu jarum, terasa sakit dalam tubuh, kemudiannya hilang.
Diriwayatkan dari ‘Aisyah (r.h) bahawa Rasulullah (s.a.w) pada setiap malam apabila hendak tidur, beliau membaca surah Ikhlas, surah alFalaq dan surah anNas. Ditiupkan pada kedua tapak tangan kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.
Saidina ‘Ali (r.h) menerangkan; pernah Rasulullah (s.a.w) digigit kala, kemudian baginda mengambil air garam, dibacakan surah alFalaq dan anNas lalu disapukan kepada anggota yang digigit kala tadi.
‘Uqbah bin ‘Amir menerangkan; ketika aku sesat jalan dalam satu perjalanan bersama dengan Rasulullah (s.a.w), baginda membaca surah alFalaq dan anNas dan aku pun disuruh oleh baginda juga untuk membacanya.
Barangsiapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca surah alFalaq dan anNas sebanyak 41 kali, selama tiga hari, lina hari atau tujuh hari berturut-turut.
Sesiapa yang takut akan godaan syaitan atau manusia atau takut dalam kegelapoan malam atau takut kekejaman raja, bacalah surah alFalaq dan surah anNas sebanyak 100 kali.
"La Haula Walla Quwatta Illa Billah..."
Tip-tip untuk semua
Saturday, April 21, 2012
Fadhilat Surah AL-FALAQ & AN-NAS...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment