//

Monday, May 18, 2009

Hadis Nabi saw

1.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, "Barang siapa yang membuatkan ibu bapanya gembira/reda maka sesungguhnya ia mendapat reda Allah. Dan bagi sesiapa yang menyakiti hati keduanya maka sesungguhnya ia mendapat kebencian Allah." (H.R Bukhari)

2. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, "Ikatan janji antara kami dengan mereka hanyalah solat, maka sesiapa yang meninggalkannya kafir." (H.R Ahmad, Tarmizi& Annasai')

3. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, "Pedagang dan peniaga muslim yang jujur dan amanah, kelak pada hari kiamat akan berkumpul dengan para syuhada." (H.RHakim & Ibn Majah)

4. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, "Pedagang dan peniaga muslim yang jujur dan amanah, kelak pada hari kiamat akan berkumpul dengan para syuhada." (H.R Hakim & Ibn Majah)

5. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian ia berpuasa pula sebanyak 6 hari pada bulan Syawal, maka seolah-olah ia berpuasa sepanjang tahun." (H.R Muslim)

6. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, "Sebaik-baik jiran di sisi Allah s.w.t ialah orang yang paling baik hubungannya dengan jiran tetangga." (H.R Attarmizi)

7. Amal yang paling disukai Allah adalah solat pada waktunya, lalu berbakti kepada kedua orang tua, lalu jihad di jln Allah (Sahih.R.Ahmad,Bukhari,Muslim,Abu Dawud & Nasaai)

8. Nabi s.a.w. bersabda; Siapa meninggalkan sembahyang Jumaat 3 kali tanpa keuzuran, maka dia adalah munafik.- Riwayat Ibnu Hibban

9. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, "Sesiapa yang diberi oleh Allah pengetahuan ilmu agama lalu disembunyikannya, maka Allah akan mengendalikan mulutnya pada hari kiamat kelak dengan kendali api neraka." (H.R Attabrani)

10. Diberitakan oleh Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda : "Apabila imam membaca Amin, maka ucapkan pulalah Amin ! Kerana barangsiapa bersamaan Aminnya dengan Amin malaikat, diampuni segala dosa-dosanya yang lepas.

11.Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)

12. Hadis yang diriwayatkan oleh Ad Dailami, Rasululah SAW bersabda: “Perbuatan zina itu mewariskan (mendatangkan) kefakiran (kemelaratan) .”

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails