Tip-tip untuk semua
Assalammualaikum. Senyum dan bersyukurlah wahai muslimim muslimat apabila bangun dari tidur. Semoga hari yang akan kita lalui di berkati dan penuh dengan Rahmat Allah. Untuk renungan bersama di pagi ini :-
Sifat taqwa (takut kepada Allah) dapat dikenali melalui tujuh tanda, iaitu :
1. LIDAH
Sibuk berzikir, membaca al-Quran, bermuzakarah, nasihat menasihati, bercakap benar dan sebagainya.
Menghindari diri dari berbohong, mengumpat, mengadu domba, berbual kosong (sia-sia) dan sebagainya.
2. HATI
Menghindari diri dari segala penyakit hati seperti hasad dengki, buruk sangka, dendam dan sebagainya.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hasad memakan amal kebaikan seperti api memakan kayu.”
3. MATA
Menghindari diri dari memandang perkara yang diharamkan oleh Allah seperti memandang perempuan yang bukan mahram dengan syahwat, gambar lucah dan sebagainya.
Tidak memandang dunia dengan keinginan, sebaliknya mengambil segala iktibar daripadanya.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barang siapa yang memenuhi matanya dengan yang haram, Allah akan memenuhi matanya pada hari Qiamat dengan api neraka.”
4. PERUT
Tidak makan makanan yang haram atau syubhah.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Ketika sesuap makanan yang jatuh ke dalam perut cucu anak Adam, semua malaikat di langit dan bumi melaknatinya selama makanan itu berada di dalam perutnya. Kalau ia mati dalam keadaan tersebut, tempatnya adalah neraka.”
5. TANGAN
Tidak digunakan untuk memegang perkara yang haram dan bukan hak.
Ka’bil Ahbar berkata: “Sesungguhnya Allah taala menciptakan perkampungan dari zabarjad hijau, di dalamnya terdapat seribu rumah dan di dalam setiap rumah terdapat seribu bilik, khusus untuk seorang lelaki yang meninggalkan perkara-perkara yang haram kerana takut kepada Allah S.W.T.”
6. KAKI
Tidak digunakan untuk berjalan ke tempat maksiat, sebaliknya digunakan untuk pergi ziarah, dakwah, tempat ibadah dan sebagainya.
7. KETAATAN
Selalu mencari keredaan Allah dan sebaliknya khuatir dan bimbang dari berlaku perasaan riak (menunjuk-nunjuk) dan kemunafikan.
Sebagai kesimpulannya marilah kita melihat sifat-sifat yang ada pada orang mukmin, sebagamana yang dikehendaki Allah s.w.t dan Rasul s.a.w.
Sesunggohnya beruntunglah orang-orang yang beriman (iaitu) orang-orang khusyuk dalam sembahyang.
Tip-tip untuk semua
Tuesday, April 10, 2012
7 Tanda Orang Bersifat Taqwa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment