//

Tuesday, February 19, 2013

Pintu Masuk Syaitan

Tip-tip untuk semua

Pintu masuk bagi syaitan ke dalam Hati anak Adam itu ada Tiga.
Syaitan tidak akan masuk padamu melainkan dengan 3 pintu ini.
Sekiranya ketiga-tiga pintu ini ditutup,maka tiadalah bagi syaitan pintu untuk masuk padamu.

1. Pintu Syahwat (Nafsu).
Ubat dan cara mengatasinya adalah dengan mentarbiyah/mendidik nafsu. Mendidik nafsu itu caranya adalah dengan mengingkari dan menyanggah kehendaknya. Jangan mendekati perbuatan-perbuattan yang mendekatkan kita kepada shawat.

2. Pintu Kelalaian (Ghaflah).
Ubat dan cara mengatasinya adalah dengan Berzikir. Barangsiapa yang Berzikir mengingati Allah dia akan sentiasa berada dalam benteng yang kukuh. Hati akan tenang, jiwa akan lapang dan bahagia.

3. Pintu Kejahilan.
Ubat dan cara mengatasinya adalah dengan Ilmu. Rajin-rajin lah pergi ke majlis ilmu terutama ilmu agama kerana selagi kita berada dimajlis ilmu para malaika menaungi dan mendoakan kita. Ilmu itu cahaya, jahil itu merbahaya.

sumber; petikan dari Pengajian Syarah Soheh Al-Bukhari oleh Fadhilatus Syaikh Yusri Rusydi As-Sayyid Jabr Al-Hasani.
Fadhilatus Syaikh menamakan nasihat ini dengan "Petikan dari Al-Yusriyat"

Tip-tip untuk semua

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Protected by Copyscape Web Plagiarism Software