//

Wednesday, August 28, 2013

Petua Mengenai Beras

Tip-tip untuk semua

Ibu ibu, makcik makcik, kakak kakak, jom kita kedapur masak nasi. Tapi anda semua menghadapi masalah dengan beras?... meh kita kongsi tips dan petua tentang beras.

1. Petua Membersihkan Beras - Jangan dibasuh beras lebih daripada 3 kali kerana ia akan mengurangkan kanji dan khasiatnya akan hilang.

2. Petua Untuk Beras Tidak Berkutu - Masukkan beberapa tangkai cili kering atau serai ke dalam bekas beras. Hasilnya beras tidak akan berkutu dan sebaliknya berbau wangi.

3. Petua Menghilangkan Hapak Beras - Basuh dan masak beras seperti biasa di dalam periuk. Apabila airnya kering, masukkan sehelai daun pandan ke dalamnya.

4. Petua Mengatasi Beras Tidak Bermutu - Kalau anda tersilap membeli beras dan mendapatinya kurang enak dan tidak bermutu, goreng beras tanpa minyak dan rendam dalam air beberapa minit. Masaklah seperti biasa. Nasi akan menjadi lembut dan sedap dimakan.

Tip-tip untuk semua

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Protected by Copyscape Web Plagiarism Software