//

Saturday, August 31, 2013

Mulakan Sarapan Dengan Air Limau/Lemon

Tip-tip untuk semua

Potong limau/lemon dan masukkan 2-3 hiris kedalam satu gelas air suam dan minum. Lemon menjadikan air 'alkaline' dan memberi banyak khasiat terhadap kesihatan badan kita.

Seorang pakar dari Baltimore USA mengatakan airlemon bolih bunuh sel2 kanser dan ia lebih kuat lagi tindakan dari ubat kanser/chemotherapy.

Untuk pesakit2 saya yang mengalami berbagai jenis ovarian cyst termasuk endometriosis , adenomyosis dan fibroids sila cuba minum segelas air lemon yang fresh tiga kali sehari selama 3-6 bulan dan lihat ada tak perubahan dan tumbuhan2 tersebut.

Air bersih dan lemon segar yang diperah merupakan salah satu penggalak tenaga bersih yang paling baik .

Kebanyakan orang bergantung kepada minuman berkafein seperti kopi untuk mendapatkan tenaga pada waktu pagi. Kopi adalah perangsang adrenal menghasilkan tenaga yang kotor dalam bentuk gula dalam darah dan tekanan oksidatif.

Baca Lagi...


Mencegah Keguguran Kandungan

Tip-tip untuk semua

Bagi kebanyakan orang hamil untuk mencapai cukup bulan (37-40 minggu) tidak menjadi masalah. Lebih kurang 10-15% akan mengalami keguguran dan sebahagian besar daripada mereka yang berlaku dalam 3 bulan pertama. Keguguran berlaku sekali pun sudah cukup untuk menyebabkan trauma mental, dan jika ia terus lagi berulang, ia sangat buruk padahnya dan boleh merosakkan perkahwinan anda. Saya mempunyai pesakit yang telah hamper 10-12 kali keguguran diperingkat awal kehamilan.

Biasanya, saya akan melaksanakan penilaian yang sangat berhati-hati, pemeriksaan secara menyeluruh dan penyiasatan makmal yang berkaitan untuk mencari apa-apa punca keguguran. Ada kala saya dapat mengenal pasti punca serta merta, tetapi kadang-kadang saya tidak boleh kerana ia mungkin disebabkan oleh kecacatan genetik / kromosom atau mungkin terdapat mutiple faktor-faktor berinteraksi.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini saya mendapati bahawa kadar kejayaan saya dalam merawat keadaan ini telah meningkat dengan ketara, dan saya cuba untuk menganalisis sebab di sebalik kejayaan ini.

Baca Lagi...


Merancang Jantina Bayi

Tip-tip untuk semua

Kita merancang Allah menentukan. Semuanya boleh dirancang termasuk jantina bayi. Kesluruhan kadar kejayaan 70%. Tiga bulan sebelum mencuba buat segala persiapan, untuk kesan waktu subur/ovulation. dan panduan jenis pemakanan dimulakan awal-awal lagi.

Merancang anak lelaki

Petua yang saya berikan tidak boleh dijamin sepenuhnya keberhasilannya. Mungkin dengan izin Allah s.w.t. anda akan mencapai 70% kejayaan.

Sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y. Sedangkan telur/benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).

Baca Lagi...


Info; Air Ketuban

Tip-tip untuk semua

Air ketuban ialah cecair pelindung yang memenuhi rahim wanita ketika hamil.

Selepas 10 minggu kehamilan, pembentukan janin akan dibantu oleh kehadiran cecair yang mengandungi protein, karbohidrat, lipid dan fosfolipid, urea dan elektrolit ini. Air ketuban sangat penting bagi melindungi sebarang gegaran ketika kehamilan berlangsung. Dalam kehamilan normal, air ketuban sekitar 500-800 ml pada akhir kehamilan. di saat kelahiran. Air ketuban ini akan pecah disebabkan penolakan dari bayi dan juga kontraksi.

Ciri-ciri air ketuban ialah:
- rasa suam
- tidak berbau
- tidak berwarna/jernih.

Tip-tip untuk semua

Beberapa garispanduan untuk pecah lemak dan kuruskan badan

Tip-tip untuk semua

Ini adalah panduan yang diberi oleh Dr Hamid Arshad, pakar perbidanan dan sakit puan plus pakar perbidanan sakit tuan.

1. Kunyah makanan dalam mulut selama boleh , 20 kali kunyah sebelum telan. Enzim dari air ludah membantu penghazaman.
2. Kurangkan makan diluar, masak sendiri, jauhkan fas foods dan makanan goreng.
3. Hentikan gula cordail dan sirup dan minuman dalam botol dan kotak.
4. Jauhkan segala makanan yang mengadungi perisa, pengawet dan pemanis.
5. Minum segelas air suam dicampur perahan separuh buah lemon atau limau nipis. Minum sedikit apel cider atau vinegar ketika atau lepas makan.
6. Cili mentah - merah, hijau atau padi , makan sebagai ulam atau salad.
7. Kunyit hidup campurkan dalam masakan.
8. Gunakan olive oil, magerin, minum minyak kelapa dara satu sudu 2 kali sehari.
9. Supplemen vitamin B khususnya B3 atau Niacin.
10. Makan seaweed sebagai sumber iodine dan antioxidants.
11 Lepas itu minum green tea.

Tip-tip untuk semua

Friday, August 30, 2013

10 Tip Mendidik Dan Melembutkan Hati Anak

Tip-tip untuk semua

Semua ibubapa mendambakan anak-anak yang soleh/solehah walaupun diri sendiri tidah soleh/solehah. Apatah lagi sekiranya ibubapa itu sendiri sudah memang orang yang beriman, teramat-amatlah sedih sekiranya anak-anak yang dididik dengan sebaik didikan agama tapi di zaman remajanya berubah perangai dan berubah haluan. Berusaha berikhtiarlah secara berterusan untuk mendidik anak, agar suatu hari nanti menjadi orang yang soleh/solehah yang dapat membantu kita apabila kita sudah dialam akhirat. Jangan jemu. Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan (ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya) dan ucapan ini adalah DOA. Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

Baca Lagi...


Bahaya Ajinomoto

Tip-tip untuk semua

Selalu kita dengar ibu atau isteri mengarahkan kita supaya menambah sedikit ajinomoto untuk kasi lazat lagi itu masakan. Itupun kalau para bapa yang disuruh oleh isteri untuk masak. Jikalau isteri yang masak, pernahkah kita cakap “kasi tambah sikit tu ajinomoto supaya sedap sayang!”

Demikianlah pendahuluan kepentingan ajinomoto atau Mono Sodium Gulamate (MSG) dalam memujuk hati segenap surirumah supaya melazatkan lagi makanan mereka. Sebagaimana pentingnya bawang, lada dan garam, begitu jugalah peranan MSG yang dianggap nadi penyedap kepada masakan. Oleh itu tidak hairanlah jika hampir semua rumah di Malaysia pasti memiliki sekurang-kurangnya sebotol penambah perisa tersebut sebagai ‘teman’ setia di dapur.

Tetapi adakah kita sedar, bahawa pelbagai kajian saintifik yang dijalankan oleh pakar seluruh dunia mendapati bahawa MSG memberi impak negatif kepada kesihatan manusia? Tahukah kita bahawa penggunaan MSG pernah dikritik hebat oleh Persatuan Barah Kebangsaan Jepun, negara kelahirannya sendiri?

Baca Lagi...


Wednesday, August 28, 2013

Khasiat Bawang Putih

Tip-tip untuk semua

Bawang putih dapat digunakan untuk pengubatan alternatif sebagai berikut:

1. Selsema dan Batuk

Kandungan sulfur yang terdapat di dalam bawang putih mempunyai bau dan rasa yang khas dapat meningkatkan dan mempercepatkan kegiatan membran mucous di saluran pernafasan, yang membantu melegakan pemampatan dan mengeluarkan lendir. Bawang putih mentah mengandungi phytochemical yang dapat membantu membunuh bakteria dan virus penyebab penyakit.

2. Bawang Putih dan Kolesterol
Terdapat lebih daripada 12 kajian di seluruh dunia yang memastikan bahawa bawang putih dalam berbagai bentuk dapat menurunkan kolesterol. Oleh kerana itu, dapat disimpulkan bahawa bawang ini dapat menyembuhkan tekanan darah tinggi dan juga penyakit jantung.

3. Bawang Putih dan Kanser
Bawang juga mempunyai kandungan untuk melawan kanser, terutama kanser perut dan usus besar. Organosulfida yang terkandung dalam bawang putih membantu hati memproses senyawa kimia beracun, termasuk senyawa kimia yang menyebabkan kanser. Beberapa penelitian epidemiologi menunjukkan bahawa orang yang banyak menggunakan bawang putih lebih rendah risikonya terkena kanser perut dan usus besar.

Baca Lagi...


Petua Rasulullah SAW Buat Yang Menghidap Penyakit Kronik

Tip-tip untuk semua

Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah SAW;

"Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."

Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.

Mesti cuba tau! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua.

by Ustaz Zahazan Mohamed

Tip-tip untuk semua

Khasiat Petai

Tip-tip untuk semua

Tahukah anda khasiat PETAI? Adakah anda tahu...selepas membaca ini, anda tidak akan melihat petai atau parkia speciosa dengan cara yang sama sekali lagi.

Nasihat Daripada Doktor Perubatan UKM

Petai atau Parkia speciosa mengandungi tiga gula semulajadi -sukrosa, fruktosa dan glukosa. Digabungkan dengan serat, petai memberikan, meningkatkan kadar segera dan berterusan tenaga. Penyelidikan telah membuktikan bahawa hanya dua hidangan petai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit.

Tidak hairanlah petai adalah nombor satu buah utama kepada atlit terkenal dunia. Tetapi tenaga bukanlah satu-satunya cara petai boleh membantu kita menjaga kesihatan. Ia juga boleh membantu mengatasi atau menghalang sejumlah besar penyakit dan keadaan, menjadikan ia satu kemestian untuk menambah kepada diet harian kita.

Kemurungan:
Menurut kaji selidik baru-baru ini yang dijalankan oleh MIND di kalangan orang yang mengalami kemurungan, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan petai. Ini kerana petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang badan bertukar kepada serotonin, yang dikenali untuk membuat anda berehat, meningkatkan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS (sindrom pra-haid):
Lupakan pil - makan petai. The vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh menjejaskan mood anda.

Anemia:
Zat besi yang tinggi, petai boleh merangsang pengeluaran hemoglobin dalam darah dan seterusnya membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan darah:
Ini buah-buahan tropika unik ini sangat tinggi kalium tetapi rendah garam, menjadikannya sempurna untuk mengalahkan tekanan darah. Sehinggakan, US Food and Drug Administration telah hanya dibenarkan industri petai membuat tuntutan rasmi untuk keupayaan buah-buahan untuk mengurangkan risiko tekanan darah dan strok.

Baca Lagi...


Petua Merawat Kencing Manis

Tip-tip untuk semua

Kepada pesakit Diabetis. Pada hari raya kedua saya beraya di rumah pak cik saya yang temankan saya menunaikan haji dalam tahun 1992. Dia baru balik dari keluar Tabligh.

Dalam pertemuan singkat itu, sempat lah mendengar "ceramah" beliau tentang penyakit. Menurut beliau, walaupun dari segi perubatan moden, sakit kencing manis itu hanya boleh dikawal, namun tidak boleh sembuh, namun dari segi perubatan Islam, penyakit itu tetap ada penawarnya. Dan betul seperti janji Allah, " Setiap penyakit ada ubatnya kecuali kematian".

Beliau memaklumkan, untuk merawat kencing manis, perlu dirawat pankerias kerana kerosakannya menyebabkan tidak dapat merembeskan insulin secara normal.

Caranya adalah dengan mengambil sebiji buah tomato yang cukup masak (merah). potongkannya dan blend dengan sesudu teh yis (mauripan) dicampur dengan secawan air (air jangan banyak sangat, sebab kalau tomato besar akan menjadi banyak sangat dan sukar untuk dihabiskan).

Juga perlu diminum segera sebaik buah tomato dikisar kerana jika dibiarkan, gelembung yis akan memenuhi cawan dan susah untuk meminumnya. Buat 3 hari berturut-turut, kemudian dos boleh dikurangkan....

Perkara ini telah dicuba kepada ibu saudara saya ketika admit di hospital putrajaya, kaki beliau yang bengkak susut dan tidak perlu dibedah..semuga anda semua mendapat manafaat dari perkongsian ini. Semuga cepat sembuh In shaa Allah... Amin.

sumber; blog/fb
Tip-tip untuk semua

Khasiat Buah Betik

Tip-tip untuk semua

Buah betik memang banyak zatnya serta berkhasiat. Antara khasiat yang paling ‘popular’ adalah untuk mengubati rabun mata. Entah benar ataupun tidak saya kurang pasti. Tetapi jika dirujuk pada bahan bacaan yang berkaitan, memang ada benarnya.

 Selain zat vitamin, mengandungi serat dan zat protein, betik juga mengeluarkan sejenis enzim yang dikenali sebagai enzim papain. Papain banyak digunakan dalam penyediaan makanan, khususnya untuk melembutkan daging dan penyediaan ‘chewing gum’.

 Walau bagaimana pun, di negara-negara ASEAN potensi industri papain masih belum diterokai sepenuhnya. Buat masa ini, pengeluar papain secara komersil hanya terdapat di Filipina.

Pelbagai Kandungan Buah Betik

Buah betik mengandungi pelbagai khasiat pemakanan. Bagi setiap 100g betik , ia mengandungi :

~ 59.0 kalori untuk pembekalan tenaga,
~ 92.1g air,
~ 1.0g protein,
~ 0.1g lemak,
~ 13.5g karbohidrat,
~ 0.5g serat,
~ 0.5g abu,
~ 31.0mg kalsium
~ 0.8mg magnesium
~ 17.0mg posporus
~ 1.0mg zat besi
~ 2.0mg sodium
~ 337.0mg potasium
~ vitamin B sebanyak 0.08mg,
~ vitamin B2 (0.12mg)
~ niasin (0.1mg
~ vitamin C (69.3mg)
~ karotin (2431ug)

Khasiat Buah Betik

1. Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit.Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.

2. Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.

Baca Lagi...


Khasiat Timun

Tip-tip untuk semua

Antara khasiat timun yang mesti anda tahu adalah:


1. Amalkan memakan timun setiap hari bagi mengelakkan sembelit.


2. Jus timun amat baik untuk anda yang mengalami gastrik.


3. Seandainya anda campurkan jus timun dengan perahan lobak merah serta daun saderi boleh mengatasi masalah artritis, gout dan reumatik.


4. Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, amalkan memakan timun sama ada secara mentah ataupun yang telah dimasak. Jika minum jus timun setiap hari pun boleh menurunkan berat anda.


5. Timun juga mampu mengubati penyakit disentri (keluar darah semasa buang air besar).


6. Campuran perahan timun, jus lobak serta salad mujarab untuk mengubati kudis.


7. Bagi anda yang masih buntu dengan masalah jerawat, cuba parutkan timun dan campurkan dengan kuning telur.


Kacau bahan tersebut hingga sebati. Kemudian, sapu pada seluruh muka anda. Biarkan selama 20 minit. Setelah itu, bilaslah dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali agar jerawat lekas kering.


8. Ada tak yang sakit tekak atau hilang suara?


Jika ada, ambil biji timun dan campurkan dengan sedikit garam. Berkumurlah dengan bahan tersebut beberapa kali sehari.

Insya-Allah, amalan ini akan menyelesaikan masalah anda tu.

Tip-tip untuk semua

Petua Mengenai Beras

Tip-tip untuk semua

Ibu ibu, makcik makcik, kakak kakak, jom kita kedapur masak nasi. Tapi anda semua menghadapi masalah dengan beras?... meh kita kongsi tips dan petua tentang beras.

1. Petua Membersihkan Beras - Jangan dibasuh beras lebih daripada 3 kali kerana ia akan mengurangkan kanji dan khasiatnya akan hilang.

2. Petua Untuk Beras Tidak Berkutu - Masukkan beberapa tangkai cili kering atau serai ke dalam bekas beras. Hasilnya beras tidak akan berkutu dan sebaliknya berbau wangi.

3. Petua Menghilangkan Hapak Beras - Basuh dan masak beras seperti biasa di dalam periuk. Apabila airnya kering, masukkan sehelai daun pandan ke dalamnya.

4. Petua Mengatasi Beras Tidak Bermutu - Kalau anda tersilap membeli beras dan mendapatinya kurang enak dan tidak bermutu, goreng beras tanpa minyak dan rendam dalam air beberapa minit. Masaklah seperti biasa. Nasi akan menjadi lembut dan sedap dimakan.

Tip-tip untuk semua

Amalan Memurahkan Rezeki

Tip-tip untuk semua

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Diantaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah.
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku, maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar.
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

Baca Lagi...


Related Posts with Thumbnails

Protected by Copyscape Web Plagiarism Software