//

Tuesday, April 28, 2009

BUASIR

Buasir adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol. Kadangkala ianya boleh pecah.

Ada dua jenis buasir : Dalaman dan Luaran

•Buasir Dalaman:

Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

•Buasir Luaran:

Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

Penyebab Utamanya

•Sentiasa duduk
•Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
•Cirit-birit
•Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
•Batuk yang teruk
•Bersalin
•Mengangkat berat

Pencegahan

Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir.

Amalkan petua-petua berikut:
•Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.

•Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.

•Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.

•Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.
Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan.

Pengurusan Sendiri

•Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari
•Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
•Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
•Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
•Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor.


** Menurut ahli naturopati berpengalaman, Dr Bernard Jensen, beliau pernah merawat 350,000 pesakit dalam jangka masa 50 tahun. Semua pesakitnya mempunyai masalah kesihatan berkaitan usus.

Berikut ialah simptom usus yang tidak sihat:

- sembelit dan penyingkiran najis yang tidak lengkap

- pergerakan usus yang lembap dan tidak tetap

- mulut dan badan berbau busuk

- penghasilan mukus, demam dan jangkitan virus

- najis berwarna hitam, tenggelam kecil atau berbentuk riben dan berbau terlalu busuk

- sindrom keletihan kronik dan selalu pening

- sakit tulang belakang

- bibir dan kulit kering serta gatal

- denyutan jantung cepat

- perut berangin

- pelupa

- cirit-birit

Kajian Persatuan Perubatan Great Britain membuktikan lebih 65 penyakit kronik berpunca daripada toksin yang dihasilkan kolon.

Kajian itu mendapati purata kandungan najis dalam kolon adalah antara satu hingga 12 kilogram. Najis dalam kolon yang sudah dibuang segera terutama makanan yang tidak dihadam dengan sempurna menjadi tapak pembiakan bakteria dan kilang pemprosesan toksin.

Toksin boleh mengakibatkan penyakit yang serius, walaupun dalam jumlah yang kecil. Biasanya toksin itu sentiasa membanjiri sel badan secara berterusan.

Kita perlu mengetahui bahawa badan juga menghasilkan toksin melalui proses metabolisme, penghadaman dan penyingkiran, aktiviti fizikal, menghadapi jangkitan dan mengalami tekanan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Protected by Copyscape Web Plagiarism Software