//

Friday, October 23, 2009

Doa Orang Yang Teraniaya

Tip-tip untuk semua

Dalam kehidupan manusia di dunia ini tidak sunyi dari berbagai ragam dan perangai manusia.Ada yang baik dan tak kurang juga yang berperangai jahat serta zalim, hatta dari kalangan saudara mara, adik beradik sendiri pun sanggup berbuat zalim.Lebih menyayat hati apabila ada anak sendiri yang sanggup melakukan kezaliman terhadap kedua orang tuanya. manusia jenis apakah ini??

Di waktu ini kezaliman sudah bermaharajalela. Nyawa manusia sudah tidak berharga. Baca dan tengok lah berita di tv, internet dan dimana saja kezaliman berlaku di merata-rata tak kira agama ataupun bangsa.Yang kecik, kerdil,rakyat jelata selalu menjadi mangsa.

Kezaliman dan kejahatan dilakukan dalam berbagai cara, ada yang tersembunyi@cara halus seperti guna santau dan bomoh. Ada juga secara terang nyata saperti bunuh, seksa, dera dan lain lain lagi.

Baca Lagi...


Siapakah........ ?

Tip-tip untuk semua

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Baca Lagi...


Ketenangan Bagi Jiwa Yang Resah

Tip-tip untuk semua

Mencari tempat sunyi, kemudian duduk dan relaks adalah antara cara meditasi popular di Barat. Selepas itu menyebut kalimat seperti `Ham Sah', suatu mantera dalam bahasa Sanskrit yang bermaksud "Aku ialah itu." Orang yang bermeditasi disuruh menjaga dan menyedari pernafasan.

Ketika menarik nafas, disuruh mengeluarkan kalimat `hammm...'. Sewaktu mengeluarkan nafas, keluarkan kalimat `saah...'. Mereka memejamkan mata dan mengulang proses itu selama beberapa minit


Baca Lagi...


Wednesday, October 14, 2009

Tanda Orang Mendapat Kebaikan Di Dunia

Tip-tip untuk semua

Allah beri bermacam-macam kebaikan di dunia buat hamba-hamba yang dikehendaki- Nya. Dan segala kebaikan itu pula bermanfaat untuk akhirat mereka. Bagaimana kita hendak tahu kita telah mendapat kebaikan di dunia atau tidak? Apa kata para ulama mengenai kebaikan di dunia itu?

Ulama-ulama dahulu termasuk Ibnu Katsir, telah menyenaraikan apa itu kebaikan di dunia di dalam kitab-kitab mereka. Apa yang mereka senaraikan itu semuanya dilihat dari neraca agama dan penilaian Allah serta bertepatan dengan fitrah manusia yang inginkan kebaikan dalam hidup. Kebaikan yang disenaraikan itu meliputi perkara-perkara berikut: kesihatan, isteri yang solehah, rezeki yang luas lagi halal, anak-anak penyejuk hati, kerehatan, ilmu yang bermanfaat, amal soleh, rumah yang aman, kenderaan yang baik, dan pandangan baik dari orang. Kebaikan di dunia juga menurut ulama merangkumi limpahan segala nikmat, kesejahteraan hidup dan taufik dari Allah Yang Esa.


"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka."


Baca Lagi...


Sunday, October 11, 2009

Fresh Pineapple Has Many Benefits

Tip-tip untuk semua

By Info Kesihatan Anda



The pineapple is a member of the bromeliad family. It is extremely rare that bromeliads produce edible fruit. The pineapple is the only available edible bromeliad today. It is a multiple fruit. One pineapple is actually made up of dozens of individual flowerettes that grow together to form the entire fruit. Each scale on a pineapple is evidence of a separate flower.

Pineapples stop ripening the minute they are picked. No special way of storing them will help ripen them further. Color is relatively unimportant in determining ripeness. Choose your pineapple by smell. If it smells fresh, tropical and sweet, it will be a good fruit. The more scales on the pineapple, the sweeter and juicier the taste.

After you cut off the top, you can plant it. It should grow much like a sweet potato will. This delicious fruit is not only sweet and tropical, it also offers many benefits to our health.

Baca Lagi...


Saturday, October 10, 2009

Langkah Bestari Suami Mithali

Tip-tip untuk semua

Kepada suami-suami dan yang bakal-bakal menjadi suami, jadilah suami yang sangat-sangat di cintai lagi di sayangi serta di hormati oleh isteri dan anak-anak. Rumahtangga adalah wadah utama pemangkin ummah.. merupakan syurga dunia yang tidak ternilai. Saperti kata pepatah...'rumahku syurgaku'.

Antara langkah-langkah untuk menjadi suami mithali :

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup.

Baca Lagi...


Faedah Mandi Wap @ Sauna

Tip-tip untuk semua

Sauna adalah merupakan proses. Proses penghabaan badan dengan wap air panas bercampur herba semulajadi. Proses perkumuhan atau pengeluaran peluh kotor dan garam serta membawa toksid dari dalam air. Mengendurkan otot yang tegang dan menghilangkan stress serta migraine. Rawatan melalui mandi wap herba semulajadi dapat menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk penyakit kronik antaranya:

• Lumpuh
• Darah Tinggi.
• Kencing Manis.
• Gaout.
• Lelah.
• Gatal Kulit.
• Lemah Tenaga Batin.
• Perjalanan Haid Tidak Teratur.
• Keputihan.
• Kebas Kaki atau Tangan.
• Demam.
• Menyehat dan melicinkan kulit.
• Memecahkan Lemak
• Mengurangkan Berat Badan.

Penting !!!
Pastikan anda mengetahui kaedah-kaedah penggunaan TERBAIK yang disyorkan pakar.

Baca Lagi...


Refleksi Kaki

Tip-tip untuk semua

Pendapat awal menyatakan bahawa, punca penyakit adalah disebabkan oleh 3 unsur yang utama:

1. Unsur Luar;
Sejuk,panas,lembap,kering dan sebagainya. Iaiut berkaitan dengan perubahan cuaca

2. Unsur Dalam;
Gembira ,risau,sedih,fikiran yang terganggu, terkejut, takut dan sebagainya. Ini adalah berkaitan dengan perubahan emosi dan mental

3. Unsur Lain;
Benda-benda luar seperti tabiat pemakanan yang tidak teratur, letih dan sebagainya.

Reflexology: Health at your fingertipsOleh kerana 3 unsur utama yang disebutkan di atas sebagai punca yang menyebabkan penyakit ,maka rawatannya juga perlu menitik beratkan unsur-unsur tersebut. Tetapi penyataan ini tidak bererti meremehkan jenis penyakit yang disebabkan oleh infeksi atau virus.

Apakah dia kawasan refleksi?
Menurut pakar refleksi, kawasan refleksi adalah kawasan titik pusat urat-urat saraf. Setiap titik refleksi berhubung rapat dengan bahagian tertentu badan. Sebenarnya kawasan refleksi ini tertabur hampir seluruh bahagian badan. Tetapi di sini huraian terperinci hanya akan menyentuh bahagian kaki sahaja.

Baca Lagi...


Friday, October 9, 2009

5 AYAT PENDINDING

Tip-tip untuk semua

Dalam al-Quran, ada lima ayat dalam beberapa surah yang mengandungi khasiat. Lima ayat itu lebih dikenali sebagai ayat Nashr, yang bermaksud suatu ayat yang boleh digunakan sebagai penolong atau pendinding diri.

Mengikut pendapat ulama, ayat lima itu mempunyai pelbagai faedah termasuk:

l. Sebagai penolak sebarang kejahatan manusia, jin, syaitan dan binatang buas.

2. Sekiranya dibaca di hadapan musuh atau seteru, insya-Allah akan terjaga daripada sebarang kejahatannya.

Baca Lagi...


Related Posts with Thumbnails

Protected by Copyscape Web Plagiarism Software