//

Sunday, October 4, 2009

Meningkatkan Kemampuan Bekerja

Tip-tip untuk semua

T
ips Meningkatkan Kemampuan Bekerja

ANDA ADALAH DIRI ANDA
Jangan ubah personaliti hingga kita terpaksa berpura-pura. Hipokrit bukanlah tindakan wajar untuk kita meningkatkan kerjaya. Kelak kita sendiri akan berasa kurang selesa. Apa yang penting ialah lakukan apa yang difikirkan wajar.

YAKIN DIRI
Selami diri agar dapat mengenali diri sendiri seterusnya akan meningkatkan keyakinan diri. Bisikan kata-kata, "Aku boleh melakukannya," secara psikologinya kata-kata ini akan mendorong kita untuk berusaha lebih gigih.

KOMUNIKASI BAIK
Amat penting dalam sesebuah komuniti untuk berbincang. Perbincangan merupakan cara kita berkomunikasi bagi mendapatkan pandangan dan berita baru terutamanya yang melibatkan kerjaya. Selalulah bertukar-tukar fikiran dengan orang lain.

AKTIF
Selagi muda kita digalakkan mencuba perkara baru yang berkaitan dengan kerjaya sendiri. Setiap yang kita lakukan, laluinya dengan fikiran yang terbuka dan tajam. Pengalaman tersebut dapat membantu kita melihat kelebihan dan kekurangan diri.

BERGAUL
Pernahkah kita terfikir bahawa kehadiran kita memberi kesan kepada orang disekeliling?
Jika ya, ini bermakna anda telah berjaya dalam usaha mengetengahkan diri. Apabila kita biasa bergaul, secara tidak langsung bakat komunikasi dapat diasah dan akan menjadi semakin biasa dan selesa untuk berbual dengan sesiapa sahaja.

MENGEMBANGKAN BAKAT
Jangan ragu-ragu untuk memulakan seterusnya melakukan apa yang terbaik dalam apa sahaja bidang yang kita kuasai dan minat. Apabila bakat sudah ada, minat pasti akan datang.

TERUSKAN USAHA
Jangan biarkan diri kita dihantui dengan pengalaman silam yang pahit.Teruskan berusaha dengan cara yang terbaik. Pengalaman silam akan mengajar kita agar lebih berhati-hati dan lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang tiba.

GUNAKAN KESEMPATAN
Setiap daripada kita akan diberi kesempatan dan sebaiknya gunakan kesempatan tersebut demi kebaikan meningkatkan tahap kerjaya anda. Peluang-peluang seperti mendapat penilaian baik daripada ketua merupakan kesempatan baik untuk kita membuktikan kemampuan sebenar.

HARGAI WAKTU
Masa itu adalah emas dan kita tidak mungkin dapat berpatah kembali kepada masa lampau. Memahami kepentingan masa, janganlah kita sekali-kali menunda atau menangguh-nangguhkan kerja yang dapat kita lakukan sekarang.

JAGA KESIHATAN
Mempunyai tubuh badan yang sihat merupakan aset utama kita. Jika badan sihat, kita dapat bekerja dengan baik. Bagi menjaga kesihatan agar berada pada tahap optimum, rajin-rajinlah kita bersenam serta mengambil makanan yang menyihatkan.

JANGAN LEKAS BOSAN
Ada masanya kita berasa bosan dengan apa yang sedang kita lakukan. Ini adalah normal, namun jangan sekali-kali membiarkan perasaan ini menguasai diri sehingga kita gagal melaksanakan tugas dengan baik. Kebosanan yang melanda diri akan menyebabkan kita melakukan kerja separuh hati.

FAHAMI ORANG LAIN
Hidup bermasyarakat memerlukan kita bersikap toleransi. Memahami orang lain bukanlah perkara yang merugikan. Jangan kita memaksa orang lain memahami diri kita sedangkan kita enggan memahami orang lain.

BERDOA
Berdoa merupakan perbuatan orang-orang yang bertaqwa. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar perjalanan hidup kita sentiasa dirahmati, dilindungi dan diberkatiNya. Berdoa dapat membantu kita meningkatkan keyakinan diri dan berasa dekat dengan Ilahi.

Tip-tip untuk semua

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Protected by Copyscape Web Plagiarism Software