//

Saturday, October 10, 2009

Refleksi Kaki

Tip-tip untuk semua

Pendapat awal menyatakan bahawa, punca penyakit adalah disebabkan oleh 3 unsur yang utama:

1. Unsur Luar;
Sejuk,panas,lembap,kering dan sebagainya. Iaiut berkaitan dengan perubahan cuaca

2. Unsur Dalam;
Gembira ,risau,sedih,fikiran yang terganggu, terkejut, takut dan sebagainya. Ini adalah berkaitan dengan perubahan emosi dan mental

3. Unsur Lain;
Benda-benda luar seperti tabiat pemakanan yang tidak teratur, letih dan sebagainya.

Reflexology: Health at your fingertipsOleh kerana 3 unsur utama yang disebutkan di atas sebagai punca yang menyebabkan penyakit ,maka rawatannya juga perlu menitik beratkan unsur-unsur tersebut. Tetapi penyataan ini tidak bererti meremehkan jenis penyakit yang disebabkan oleh infeksi atau virus.

Apakah dia kawasan refleksi?
Menurut pakar refleksi, kawasan refleksi adalah kawasan titik pusat urat-urat saraf. Setiap titik refleksi berhubung rapat dengan bahagian tertentu badan. Sebenarnya kawasan refleksi ini tertabur hampir seluruh bahagian badan. Tetapi di sini huraian terperinci hanya akan menyentuh bahagian kaki sahaja.

Hasil daripada urutan refleksi ini akan menyebabkan perjalanan darah akan menjadi lancar dan membetulkan kedudukan urat saraf kepada kedudukan sebenar. Ini adalah juga menjelaskan mengapakah orang yang biasa mengamalkan urutan refleksi ini sangat mengambil berat tentang penjagaan kaki.

Oleh kerana kawasan pusat saraf terdapat pada kaki maka pakar refleksi tidak mengalakan memakai kasut yang sempit sehingga boleh menghimpit kaki semasa memakai, atau kasut yang hujungnya tirus yang bisanya dipakai oleh perempuan. Orang yang tahu dan mementingkan kesihatan tidak akan mengorbankan kesihatan mereka semata-mata kerana fesyen kasut yang diminati.

Antara penyakit yang boleh disebabkan oleh kasut yang sempit adalah seperti penyakit hidung, kepala, leher, mata, bahu, dada, buah dada, kelenjar, kelejar tiroid, paru-paru dan bronkhus. Di sini dapat dilihat betapa kaki kita boleh menentukan keadaan kesihatan kita.

Alam ini telah diciptakan dengan sangat sempurna oleh Allah yang maha kuasa sehinggakan batu-batu yang bertaburan dijalanan yang mungkin tidak berguna pada pandangan mata kasar juga sebenarnya dapat memberi manfaat sedikit sebanyak terhadap kesihatan manusia. Apabila kita berjalan tanpa mengunakan kasut atau sebarang alas kaki sambil memijak jalan yang penuh dengan batu yang mempunyai pelbagai saiz, semasa kita berjalan tersebut akan berlaku suatu proses urutan secara semulajadi terhadap kaki kita. Namun kini zaman telah berubah, jalan berbatu telah digantikan dengan jalan yang diperbuat daripada tar atau simen tambahan pula terciptanya alas kaki (kasut) maka hubungan yang intim antara manusia dan alam ini turut berkurang.

Walaupun cara perubatan ini tidak dapat diterangkan secara sains namun khasiat dan faedah yang diperolehi daripada kaedah perubatan ini sangat menakjubkan.

Antara cara
memberi tindakan kepada kawasan refleksi ialah
1. Mengunakan bahan yang panas seperti rokok yang diletakan hampir pada kawasan refleksi.
2. Kayu yang tumpul juga boleh digunakan sebagai kaedah mengurut.
3. Cara yang paling lazim adalah dengna mengunakan tangan atau jari .

Contoh yang paling mudah untuk menguji kebenaran atau kesahihan kaedah refleksi ini bagi yang baru mengenali dunia perubatan kaedah refleksi ini adalah dengan mencuba suatu aplikasi mudah iaitu dengan meletakan api rokok berhampiran dengan bahagian tepi jari hantu. Setiap kali rokok didekatkan dengan jari, apabila terasa panas yang tak tertahan maka jauhkan api rokok tersebut. Proses ini diulang beberapa kali. Anda akan dapat merasai kesan daripada tindakan ini. Sebenarnya kawasan refleksi ini adalah untuk mengurangkan ketegangan fikiran atau fikiran yang kusut. Apabila api rokok tersebut didekatkan dengan jari hantu sebenarnya ianya akan menyebabkan perjalanan darah akan menjadi lebih pantas. Darah yang bergerak ini akan membawa bersama bahan makanan, hormon, oksigen, antibiotik dan lain-lain. Selain daripada itu darah yang bergerak ini juga akan membawa dan menyingkirkan bahan–bahan toksik daripada badan. Darah yang bergerak ini kemudian akan bergerak kearah otak sambil membawa bahan–bahan yang terkandung bersamanya.
Maka jika suatu bahagian yang sakit, perjalanan darah yang lancar akan membantu proses penyembuhan berlaku. Namun demikian tiada siapa dapat menerangkan apakah hubungan bahagian jari hantu tadi dengan ketegangan fikiran. Tiada bukti saintifik yang boleh menerangkan hubungan tersebut. Tetapi, berdasarkan pengalaman pemanasan bahagian jari hantu tersebut memang memberi sedikit ketenagan kepada fikiran yang mengalami ketegangan.

Seperti yang telah diterangkan sebelumnya tentang fungsi darah, jika perjalanan darah tidak lancar maka kemungkinan terdapat pemendapan bahan-bahan tertentu pada saluran-saluran darah. Ini mengurangkan jumlah darah yang mengalir pada saluran darah. Seseorang yang berpengalaman berkenaan urutan refleksi akan tahu samada bahagian kawasan refleksi tersebut mengalami masalah atau tidak. Biasanya kawasan yang mengalami masalah akan terdapat semacam ada 'pasir' pada kawasan tersebut apabila disentuh.

Selain daripada itu semasa mengurut daerah refleksi seandainya jika orang yang diurut merasa sakit atau rasa kurang selesa walaupun dengan sentuhan yang perlahan, maka ini juga petanda yang menjelaskan bahawa organ yang merujuk kepada kawasan refleksi tersebut mengalami masalah

Sebenarnya terdapat pelbagai aturan atau etika semasa mengurut kawasan refleksi ini.

** Pesakit yang ingin diurut haruslah duduk dalam keadaaan berehat dan bebas daripada memakai pakaian yang sempit yang boleh menganggu aliran darah.

** Dicadangkan urutan kawasan refleksi dengan mengunakan minyak urut yang sesuai untuk mengelakan kulit daripada cedera atau melecet.

** Semasa mengurut pula, jika pesakit merasa kesakitan yang amat sangat maka orang yang mengurut haruslah memberitahu pesakit supaya dapat menahan kesakitan yang dialami akibat urutan. Jika pesakit tidak dapat menahan kesakitan maka urutan hendaklah dihentikan seketika bagi meredakan kesakitan.

** Biasanya keberkesanan urutan refleksi ini adalah berbeza mengikut umur. Orang yang lebih muda biasanya sudah mencukupi dengan diurut 3 hingga 4 kali berbanding orang tua yang memerlukan urutan yang lebih untuk mendapat kesan yang sama.

** Dalam satu-satu masa pula, biasanya kawasan refleksi diurut selama 5 minit .Jika kesakitan yang dialami akibat kesan urutan dapat ditahan maka masa urutan sehingga 10 minit bolehlah dilakukan bagi satu–satu kawasan refleksi.

Peraturan-peraturan lain yang harus diikuti semasa kerja-kerja pengurutan dijalankan adalah seperti

** tidak melakukan pengurutan sejam selepas makan.

** Semasa mengurut kawasan refleksi, pada satu–satu masa hanya satu kawasan sahaja yang diurut, kemudian setelah selesai barulah berpindah kepada kawasan refleksi yang lain.

** Apabila selesai satu-satu sessi pengurutan haruslah minum air sebanyak dua hingga tiga gelas air. Ini adalah penting agar kotoran yang terdapat dalam badan dapat disingkirkan dengan lebih cepat, tetapi aturan ini terkecuali bagi pesakit buah pinggang. Pesakit buah pinggang hanya dibenarkan meminum air kurang daripada setengah gelas selepas pengurutan dijalankan.

** Bagi kawasan refleksi yang melibatkan kelenjar pula tidak boleh diurut terlalu keras ini adalah untuk mengelakan kesan sampingan daripada berlaku.

** Kepada mereka yang sudah teruk mengalami penyakit-penyakit seperti jantung, kencing manis, sakit kuning atau barah, cara mengurutnya adalah tidak terlalu kuat dan tiap-tiap bahagian refleksi tidak boleh diurut melebihi 2 minit bagi satu-satu masa pengurutan.

** Perkara yang sebaliknya pula harus dilakukan kepada mereka yang mengalami penyakit tulang. Mereka yang mengalami penyakit tulang harus diurut dengan kuat agar kesannya lebih cepat dirasai.

** Semasa pengurutan dilakukan kadangkala timbul kesan-kesan kehitaman pada bahagian yang diurut. Ini adalah petanda baik teruskan urutan sehingga bahagian refleksi tersebut sembuh.

** Bagi mereka yan sedang mendapatkan rawatan doktor pula disarankan agar menghentikan dahulu semua jenis ubat yang dimakan kerana ubat tersebut boleh menghalang atau melambatkan proses penyembuhan cara urutan refleksi ini. Ini terkecuali bagi para pesakit jantung dan kencing manis. Ubat yang diperolehi daripada doktor harus dimakan secara berterusan seperti biasa.

Kepada yang mengurut, terdapat juga beberapa etika atau peraturan yang harus diikut iaitu

** selepas kerja pengurutan tidak digalakan mencuci tangan serta-merta. Ini adalah penting untuk menjaga kesihatan. Namun tidak dapat diterangkan di sini kaitan antara mencuci tangan dengan gangguan kesihatan yang akan bakal berlaku.

** Yang terakhir pula adalah tidak digalakan kepada si pengurut merawat orang lain seandainya dirinya sendiri berada dalam keadaaan yang kurang sihat.

Kadangkala selepas urutan dilakukan kita boleh melihat kesan akibat daripada urutan refleksi ini. Namun reaksi yang berlaku tersebut hanyalah bersifat sementara. Seandainya berlaku kesan-kesan seperti yang diterangkan di bawah ini teruskan urutan sehingga sembuh.

Antara kesan daripada urutan refleksi ini adalah :

** seperti timbul luka dan nanah pada peha atau pada kesan parut. Ini bemaksud kotoran di dalam darah tidak berjaya disingkirkan secara normal sehingga timbul luka sebagai jalan mudah untuk mengeluarkan kotoran tersebut.

** Selain daripada itu kadangkala pesakit mengalami sakit pinggang atau punggung, ini bererti rintangan yang menghalangi peredaran darah sudah dapat dilalui oleh darah semula.

** Kadangkala pesakit juga mengalami pembengkakan pada urat. Ini sebenarnya menunjukan perjalanana darah semakin lancar.

Berdasarkan pengalaman yang pakar dalam urutan refleksi ini, antara penyakit yang mudah untuk disembuhkan adalah seperti kencing di tempat tidur, otot kejang, infeksi sendi, sakit kepala, selsema, buasir, sakit jantung dan beberapa jenis penyakit lagi.

Walaupun demikian kaedah urutan refleksi ini mempunyai had atau batasan yang tidak boleh dilampau olehnya. Antara had yang tidak dapat disembuhkan melalui kaedah ini adalah pesakit yang urat sarafnya telah mati akibat kemalangan atau ‘stroke’, pengambilan ubat-ubatan juga menyebabkan urat saraf menjadi kebal (kurang sensetif). Selain daripada itu yang terakhir adalah penyakit, khususnya barah yang telah terlambat untuk diubati(tenat). Kesemua penyakit ini langsung tidak dapat dibantu oleh kaedah perubatan refleksi ini.

Tip-tip untuk semua

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails