//

Monday, April 5, 2010

Nyah toksin atasi masalah usus

Tip-tip untuk semua

The Detox Book: How to Detoxify Your Body to Improve Your Health, Stop Disease, and Reverse Aging, 2nd EditionPENGUMPULAN toksin banyak dipengaruhi oleh cara hidup yang kurang sihat seperti pencemaran udara, air dan makanan yang dipenuhi dengan pelbagai toksin. Ditambah pula dengan cara hidup yang kurang bersenam mengakibatkan bahan buangan bertoksin terkumpul di dalam usus dan terjadinya sembelit dan najis terlonggok. Najis terlonggok adalah sejenis toksin yang boleh menjejaskan kesihatan badan.

Mengikut kajian usus yang dilakukan oleh pakar, walaupun kita membuang air besar secara normal setiap hari, tetapi terdapat 6 hingga 10 paun najis terlonggok di dalam usus kita. Seringkali keseluruhan usus besar terlonggok dengan najis lama dan bahan kumuh yang mengeras. Ia hanya membenarkan najis yang lembik dan kecil untuk melalui saluran usus yang sempit. Akibatnya kebanyakan dari kita mempunyai masalah sembelit.

Sembelit merupakan masalah yang disebabkan kesukaran untuk membuang air besar dan najis terlonggok adalah bahan toksin yang terlekat di usus akibat daripada perkumuhan yang tidak sihat. Bahan toksin ini akan diserap oleh mukus usus dan boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser kolon, tekanan darah tinggi, masalah kesihatan jantung, hati, buah pinggang, kencing manis dan sebagainya. Bukan itu sahaja, ia juga boleh membawa masalah seperti kulit yang berkedut, jerawat dan sakit ketika datang haid. Justeru itu, cara paling berkesan untuk mengatasi masalah tersebut adalah menghapuskan sembelit dan menyahkan najis yang terlonggok di dalam usus.

Ketua Pegawai Eksekutif Zazen Health Solution, Yasotha Krishna, berkata Zazen FIR Thermal System berfungsi membantu membuang toksin secara semula jadi.

Ia merupakan pilihan gaya hidup zaman moden untuk menjamin kesihatan termasuk sistem usus. "Rawatan Sinar inframerah jauh (FIR) memberi pelbagai manfaat dan kesan terapeutik kepada tubuh yang biasanya diganggu bahan toksin yang menyekat pemulihan secara semula jadi," katanya.

Malah, terapi pemanasan dalam FIR ini juga boleh mengeluarkan air daripada tubuh badan antara 80 hingga 85 peratus yang mengandungi kolesterol, toksin, ammonia dan asid urik FIR iaitu satu bentuk tenaga dari matahari telah diperluaskan penggunaannya bagi tujuan kesihatan kerana ia membantu proses pemulihan dalam sistem tubuh seseorang.

Menurut Pakar Pediatrik, Dr. Sharmila Kylasam, tubuh badan memerlukan pembuangan toksin secara semula jadi untuk memastikan badan berfungsi secara sempurna.

Dengan itu, kualiti kesihatan lebih baik dan badan lebih bertenaga.

Mengnyahtoksik untuk kekal sihat

Penyahtoksinkan secara kerap untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang berbahaya ini membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan.

Menurut kajian terdapat beberapa masalah yang timbul akibat pengumpulan toksin termasuk sering keletihan, daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah, sembelit atau cirit-birit yang kerap, peredaran darah yang lemah, kemurungan dan sebagainya.

Jika badan melalui proses membuang toksin secara baik, ia mampu menjamin kesihatan keseluruhan yang lebih baik dan rasa lebih bertenaga dan cergas. Selain itu, badan mempunyai daya ketahanan, fungsi penghadaman yang lebih baik. Bahkan, seseorang akan melalui pembuangan air besar yang kerap.

Rawatan sembelit

* Bagi mereka yang tidak mengalami sebarang masalah perubatan, campur tangan utama ialah penambahan kandungan cecair (terutamanya air) dan makanan yang berasaskan fiber.

* Peningkatan makanan berasaskan fiber boleh dilakukan dengan menambah pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan, roti yang tinggi serat dan biji rami dalam pemakanan.

* Amalan pengambilan ubat pelawas secara rutin tidak digalakkan kerana ini akan menyebabkan usus bergantung penuh kepada penggunaan pelawas.

* Disimpaksi secara manual (pembuangan feses terimpak) dilakukan dengan bantuan sedasi atau anestatik am (pembiusan menyeluruh) - bagi menahan kesakitan dan melonggarkan sfinkter anal.

* Dalam perubatan alternatif dan tradisional, pengairan berkolon, enema, senaman, diet dan herba digunakan dalam mengubati sembelit.

* Bagi sembelit yang terjadi akibat penyakit usus besar yang menyempitkan saluran najis seperti kanser usus ataupun hernia, maka rawatannya adalah pembedahan.

sumber; Utusan Malaysia

Tip-tip untuk semua

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Protected by Copyscape Web Plagiarism Software