//

Wednesday, June 2, 2010

Solat melatih Kesabaran

Tip-tip untuk semua

Bagaimana hendak menjadi seorang yang sabar?
 Mengerjakan ibadah solat juga banyak melatih kesabaran.seseorang.

Bagi orang yang tidak bersabar, solat yang memakan masa lebih kurang 5 minit pun akan dirasakan seperti 50 minit. Tetapi bagi orang yang kuat kesabarannya, solatnya dirasakan bagai sepantas kilat. Baru sahaja takbiratul ihram, sedar-sedar sudah bagi salam.

Bagaimana keadaan ini terjadi? 
Semuanya bila otak kita difokuskan untuk berfikir. Bila otak laju berfikir, hati yang selalunya berat untuk bersolat akan terkunci dari berkhayal kosong.

Dengan berfikir juga, darah akan dilancarkan pergerakannya, kerana pembuluh darah terbesar menuju ke otak. Ini akan menyihatkan jantung kerana mengepam darah ke saluran yang besar. Kerana itu ada hikmahnya rukun rukuk dan sujud itu supaya merendahkan tekanan darah menuju ke otak. Bila otak cerdas, tekanan darah yang stabil menenangkan jiwa. Ketenangan jiwa akan melahirkan insan yang sabar dan boleh berfikir dengan waras. Tetapi jika jantung sentiasa tertekan, jiwa jadi tidak tenteram dan hilang kewarasan akal.

Begitulah indahnya ibadat solat yang ada kaitan dengan kesabaran dan kebenaran (sesuatu yang benar itu, bila ia waras difikirkan). Seperti yang disarankan dalam surah Al Ashr.

Lihat balik pada diri sendiri, sudahkah solat kita mampu menjadikan kita insan yang bersabar dan berfikiran waras? Jika asyik mengutuk dan mencari kesalahan orang lain atas tekanan hidup yang dirasai sendiri, sejauh mana nilai solat kita di sisi Allah?

Tidaklah seseorang itu dikatakan beriman jika tidak bersabar. Pantang harga minyak naik, mulalah nak naik minyak mengutuk dan mencaci maki orang lain. Itu bukannya akhlak orang yang beriman. Sebab yang menaikkan harga minyak itu kerana keizinan Allah. Adakah kita hendak mengutuk Allah di atas apa yang Dia takdirkan? Allah tidak menzalimi kita dengan kenaikan harga minyak itu, sebaliknya sebagai peringatan kepada kita yang mengabaikan pengkaji ilmu Allah, sehingga kita gagal menguasai ilmu-ilmu semasa. Akhirnya pasaran minyak dikuasai oleh US.

Masihkah sibuk menunding jari menyalahkan orang lain? Bila lagi kita hendak muhasabah diri masing-masing kerana lalai membangunkan pemikiran? Selagi beragama secara tidak berfikir dan menurut membuta-tuli, selagi itu kita hidup dalam kelembapan otak. Tidak mungkin bangsa yang lembab otaknya mampu menguasai khazanah alam ini, sebab pasti mereka akan melakukan kerosakan. Yang sibuk berpecah-belah atas nama agama pun orang Islam sekarang...

Semasa dalam solat juga kita umpamakan diri kita sedang berbicara dengan Allah.Sebagai permulaan solat kita hendaklah berkeadaan bersuci dan berwudhuk.Ramai yang belum memahami mengapa kita mesti bersuci sebelum mengadap Allah.Berwudhuk dengan mengikut rukun-rukun yang betul serta tertib dapat menjamin khusyuk semasa solat.

Tip-tip untuk semua

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Protected by Copyscape Web Plagiarism Software