//

Sunday, June 6, 2010

Petua Mencuci Hati

Tip-tip untuk semua

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a 
Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih."

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur.
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di ampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat
Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran 
Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari
- Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif 
Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -( CUBALAH!! ).

8. Berpuasa 
Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati
Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.
Walau pun sedikit. kalau terlalu miskin sedekahlah senyuman kerana Nabi saw pernah bersabda; 'senyum itu sedekah'. Senyum juga boleh awet muda tau..

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan 
jangan makan makanan yang subhat (was-was, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb).
Jangan dengar orang mengumpat.

            "Wahai Tuhan...
Sesungguhnya aku tidak layak untuk syurgamu ...
   namun aku tidak pula anggup menanggung siksa nerakamu...
      dari itu ampukanlah dosa dosa ku
       sesungguhnya Engkaulah pengampun
         dosa dosa besar.
           kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...
                   "Ya Allah...
 jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
   ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"........


                     ...Amin...

Tip-tip untuk semua

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Protected by Copyscape Web Plagiarism Software