1.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, "Barang siapa yang membuatkan ibu bapanya gembira/reda maka sesungguhnya ia mendapat reda Allah. Dan bagi sesiapa yang menyakiti hati keduanya maka sesungguhnya ia mendapat kebencian Allah." (H.R Bukhari)
2.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, "Ikatan janji antara kami dengan mereka hanyalah solat, maka sesiapa yang meninggalkannya kafir." (H.R Ahmad, Tarmizi& Annasai')
3.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, "Pedagang dan peniaga muslim yang jujur dan amanah, kelak pada hari kiamat akan berkumpul dengan para syuhada." (H.R Hakim & Ibn Majah)
4.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian ia berpuasa pula sebanyak 6 hari pada bulan Syawal, maka seolah-olah ia berpuasa sepanjang tahun." (H.R Muslim)
5.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, "Sebaik-baik jiran di sisi Allah s.w.t ialah orang yang paling baik hubungannya dengan jiran tetangga." (H.R Attarmizi)
6.Amal yang paling disukai Allah adalah solat pada waktunya, lalu berbakti kepada kedua orang tua, lalu jihad di jln Allah (Sahih.R.Ahmad,Bukhari,Muslim,Abu Dawud & Nasaai)
7.Nabi s.a.w. bersabda; Siapa meninggalkan sembahyang Jumaat 3 kali tanpa keuzuran, maka dia adalah munafik.- Riwayat Ibnu Hibban
8.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, "Sesiapa yang diberi oleh Allah pengetahuan ilmu agama lalu disembunyikannya, maka Allah akan mengendalikan mulutnya pada hari kiamat kelak dengan kendali api neraka." (H.R Attabrani)
9.Diberitakan oleh Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda : "Apabila imam membaca Amin, maka ucapkan pulalah Amin ! Kerana barangsiapa bersamaan Aminnya dengan Amin malaikat, diampuni segala dosa-dosanya yang telah lalu."
10.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, "Sesungguhnya 7 petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat mengganggu ahli neraka yang lainnya kerana tersangat busuk." (H.R Albazaar)
11.Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda : "Menengoklah kepada orang yang lebih rendah darimu, dan jangan menengok orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu."
12.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, "Kebersihan zahir dan batin adalah sebahagian daripada iman." (H.R Muslim)
13. Berita dari Abu Hurairah r.a. mengatakan, bahawa Nabi s.a.w. bersabda : "Ketika seseorang berjalan kesuatu jalan, kemudian didapatinya sepotong duri di jalan itu, lalu dibuangnya, Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya."
14. Dari Anas bin Malik r.a., katanya Nabi s.a.w. bersabda : "Yang menghantar jenazah ada 3 macam. Yang 2 kembali, satu tinggal menemaninya. Yang menghantar ialah keluarganya, hartanya dan amalnya. Keluarga dan hartanya pulang dan yang tinggal menemaninya ialah amalannya."
15. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, "4 jenis manusia Allah tidak akan memasukkannya ke dalam syurga dan tidak dapat merasai nikmatnya iaitu peminum arak, pemakan riba, memakan harta anak yatim dengan jalan yang zalim dan menderhaka terhadap kedua ibu bapa." (H.R Hakim)
17. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, "Orang yang meminta kembali barang pemberiannya, sama seperti seekor anjing yang muntah kemudian dimakan semula muntahnya itu." (H.R Bukhari)
18. Diberitakan oleh 'Ubbadah bin Shamit r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak (sah) solat orang yang tidak membaca Surah Al Fatihah." - Sahih Bukhari
19. Abdullah bin Umar r.a. memberitakan bahawa Rasulullah solat 2 rakaat sebelum Zohor dan 2 rakaat sesudahnya. 2 rakaat sesudah Maghrib di rumahnya dan sesudah Isyak 2 rakaat dan beliau tidak solat sesudah Jumaat sehingga beliau pulang. Setelah sampai di rumah barulah Nabi s.a.w. solat 2 rakaat. - Sahih Bukhari
20. Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang ditimpa kemiskinan lalu mengeluh pada manusia tidak akan tertutup kekurangannya tetapi siapa menyandarkan kepada Allah akan segera diberi kekayaan di dunia atau meninggal dunia (bebas dari bebanan)" - Riwayat Ahmad, Abu Dawud & Al-Hakim
21. Dari Ibnu Abbas r.a. katanya; "Nabi s.a.w. pernah berbekam, pada hal beliau sedang berpuasa." - Sahih Bukhari
22. Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berbuat baik kepada jiran tetangganya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah menghormati tetamunya.
23. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, "3 orang yang tidak diterima oleh Allah akan ucapan syahadatnya iaitu orang yang liwat (homeseksual), bersihaq (lesbian) dan imam (raja) yang zalim." (H.R Attabrani dari A.Hurairah)
24. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, "Jihad yang paling utama/penting ialah jihad seseorang terhadap diri sendiri dan hawa nafsu." (H.R Bukhari & Muslim)
25. "Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergusti, tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah." (Al-Tirmizi)
26. sabda Rasul SAW yang bermaksud: " Ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. Maka akal boleh hilang disebabkan marah. Agama bole hilang disebabkan dengki. Malu boleh hilang disebabkan tamak dan amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain."
27. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, "Tiada sesuatu pun yang menimpa orang Islam baik penderitaan, seksaan, kesedihan atau kemelaratan hatta walau terkena cucukan duri sekalipun akan dihapuskan oleh Allah sebagian daripada dosanya." (H.R Bukhari & Muslim)
Monday, May 18, 2009
Hadis Nabi saw
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment