//

Monday, May 18, 2009

hikmah Sujud

Sujud bukan sahaja mendekatkan kita kepada Allah seperti mana sebuah hadis yang diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah berasbda: "Tiadalah keadaan seorang hamba yang disukai Allah, daripada Dia melihat hambaNya itu dalam keadaan sujud, dengan meletakkan mukanya di tanah (sebagai tamsilan tunduk pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah." Riwayat Imam Tabrani

Tetapi dari sudut perubatan pun ada hikmahnya. Antara hikmah sujud menurut keterangan perubatan ialah:

1) Memperbetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2) Memperbetulkan pundi peranakan yang jatuh
3) Melegakan sakit Hernia
4) Mengurangkan senggugut ketika haid
5) Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan
6) Mengurangkan kesakitan pada pesakit apendiks atau limpa
7) Meringankan bahagian pelvis
8) Gerakan otot-otot ini menjadi bahu, dada, leher, perut, punggung ketika sujud
9) Gerakan otot-otot ini menjadi kuat dan elastik: Secara automatik memastikan kelancaran perjalanan darah yang baik

10) Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin , organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit perut gelombang.

11) Mengurangkan kegemukan
12) Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen
13) Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh

14) Memberi dorongan untuk mudah tidur
15) Menenangkan jiwa.

Selain itu, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serat, menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan mentaliti kita.

1 comment:

Related Posts with Thumbnails

Protected by Copyscape Web Plagiarism Software