1. Diriwayat daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki meminta nasihat daripada Nabi s.a.w. katanya, "Berilah wasiat kepadaku." Sabda s.a.w "Janganlah engkau marah." Lelaki itu mengulangi (permintaannya) beberapa kali.Rasulullah s.a.w. tetap bersabda, "Janganlah engkau marah." (Hadis Riwayat al-Bukhari)
2. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, "Perumpamaan orang yang bercakap ketika imam berkhutbah Jumaat bagaikan himar/keldai yang membawa lembaran buku dan orang yang menegur dengan kalimah dengarlah juga tidak mendapat pahala jumaat." (H.R Ahmad dari Ibn Abbas)
3. Daripada Jabir ra, bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda 'takutlah kamu daripada melakukan perbuatan zalim kerana sesungguhnya perbuatan tersebut membawa kebinasaan kepada orang-orang sebelum kamu, mereka sanggup melakukan pertumpahan darah sesama sendiri dan menghalalkan yang haram' - riwayat Muslim
4. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, "Sesiapa yang mati dan tidak sempat mengqadakan puasanya maka hendaklah keluarganya (walinya) menggantikan puasa tersebut." (H.R Bukhari & Muslim)
5. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, "Janganlah kamu mengadap ke kiblat dan jangan pula kamu membelakanginya ketika hendak membuang air besar/kecil tetapi hendaklah pula mengadap ke Timur atau ke Barat." (H.R Abu Daud)
6. Sabda Rasulullah saw 'Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia' (Muslim dan Tarmidzi)
7. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, "Tiada sesuatu pun yang menimpa orang Islam baik penderitaan, seksaan, kesedihan atau kemelaratan hatta walau terkena cucukan duri sekalipun akan dihapuskan oleh Allah sebagian daripada dosanya." (H.R Bukhari & Muslim)
8. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, "Berhadiah-hadiahlah kamu, kelak kamu akan menjadi berkasih-kasihan dan berjabat tenganlah kamu nanti hilanglah rasa kedengkian antaramu." (H.R Ibn 'Asakir)
Monday, May 18, 2009
Hadis Nabi saw
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment